Isteri mana tidak bangga apabila suami tersayang menerima penghargaan di atas usaha yang dilakukan demi keluarga tercinta. Anzalna Nasir berkongsi kegembiraannya apabila Hanif memenangi beberapa anugerah pencapaian cemerlang dalam kerjaya.
Kredit foto: Instagram Anzalna
Memuatnaik satu foto yang diambil dari laman Facebook tentang kakitangan yang kecewa kerana tidak dihargai, Anzalna menitipkan pesan pada diri sendiri dan suami agar tidak sesekali lupa orang yang berada di bawah.
“I saw this on FB. Kesian. I always remind myself and @hanif_zaki kalau kita diatas jangan sesekali lupa orang dibawah yang memerlukan kita. I know, being a leader is not easy, but Im so proud of my husband tak pernah sekali lupa semua staff dia.”
“Sentiasa fikirkan yang terbaik untuk mereka. Ramai dia dah bantu sampai income 5 angka! Setiap kali dia bercerita tentang pencapaian staff dia semua, I pula meremang bulu roma dengar! Tumpang gembira. Dia adalah boss yang paling memahami when it comes to anak!
Ads
Kredit foto: Instagram AnzalnaKredit foto: Instagram Anzalna
“Kalau anak staff dia tak sihat, tak fikir panjang terus suruh selesaikan masalah anak atau keluarga dahulu sebab dia faham sangat. Anak dah 2 kan! Dah puji melambung ni jangan lupa transfer 💵 ke acc saya! ka chingg!!! hahahahahahhaha @mitsubishi.eam.ampang”
Tanggungjawab seorang suami bukan hanya menyediakan tempat tinggal, pakaian, makan minum dan keperluan isteri tetapi termasuklah juga membahagiakan jiwa seorang isteri. Rumah tangga yang dikemudikan oleh seorang suami yang baik akan menjadikan kehidupan hidup sebagai suami isteri lebih bahagia.
Melalui satu perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Fetrah Abu Samah berkongsi tentang satu momen yang sempat dirakamnya ketika berada di Tanah Suci Makkah.
Pengorbanan seorang suami.
Gambar ini saya ambil di depan Maqam Ibrahim, tempat jemaah melakukan solat sunat tawaf setelah selesai melaksanakan tawaf. Sangat-sangat menyentuh hati.
Pada hemat saya isteri mungkin sakit kaki/lutut dan tidak dapat sujud namun tiada kerusi disediakan di dataran kaabah. Atas kegigihan sang isteri melaksanakan tawaf 7 pusingan tanpa bantuan kerusi roda, akhirnya sang suami menghadiahkan belakangnya sebagai kerusi untuk isteri bersolat.
Sungguh indah dan mengharukan pemandangan. Moga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah. Juga amalan ikhlas semua jemaah (termasuk saya) diterima Allah SWT.
Pengorbanan seorang suami yang begitu menyentuh hati. Tidak kira ketika sihat mahupun sakit, seorang suami yang bertanggungjawab akan sentiasa memudahkan urusan isterinya termasuklah dalam soal amal ibadah.
Moga kisah ini menjadi contoh untuk semua di luar sana. Perkara yang baik elok kita terapkan dalam kehidupan harian.
Eh, suami kerja seorang pun boleh jadi isu ya? Risau takut tak cukup makan dan tak cukup nak bayar itu ini.
Kalau ikutkan memang zaman sekarang ekonomi agak mencabar. Kadang tak terfikir mampu menanggung keluarga dengan hanya satu sumber pendapatan dan hanya suami sahaja yang ‘teruk’ berkerja.
Sebenarnya, kita tak perlu ada ‘mindset’ sebegini. Bagi keluarga yang memilih untuk mempunyai hanya satu pendapatan dan isteri hanya seorang suri rumah, mereka ada gaya hidup yang bersesuaian dengan pendapatan dan kemampuan. Cara berbelanja, komitmen dan hutang pun tak sama.
Suami Kerja Seorang Pun Okay, Tak Ada Istilah Tak Cukup!
Ada benarnya apa yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin ini. Hadamkan perkongsian ini sebagai panduan.
“Isteri full time housewife? Mesti struggle kan kena keje sorang-sorang…”
Eh, kenapa plak nak struggle? Saya tanya orang yang kata tu…
“Yer la, zaman sekarang kan kos hidup tinggi, nak beli itu ini, harga barang mahal…mesti la struggle nak cukupkan keperluan keluarga”
Hidup Ikut Pendapatan & Kemampuan
Konsepnya mudah saja, jangan pening-pening, jangan pikir teruk-teruk, jangan ada mindset kerja seorang je, mesti struggle…sebab apa?
Sebab orang yang kerja seorang ni, dia dah created lifestyle ikut pendapatan dia… dia dah wujudkan cara keluarga dia hidup berdasarkan kemampuan dia.
Apa yang mampu dia sediakan, apa yang mampu dia bagi, apa yang mampu dia tunaikan.
Kita orang luar, kita tak akan tahu cara berbelanja orang yang hanya ada satu sumber pendapatan. Kita beranggapan dia struggle sebab kita kerja laki bini pun masih tak cukup.
Gaya Hidup Tak Sama
Lifestyle kita dengan dia tak sama. Cara berbelanja, komitmen, hutang kita dengan dia pun tak sama.
Nak stabilkan keluarga dengan hanya satu pendapatan ni, orang yang dah lalui akan tahu pengalaman tu. Bukan senang nak seimbangkan pendapatan dengan perbelanjaan. Susah tu, awal-awal ja.
Sekali dah dapat rentak berbelanja, dah tahu cara untuk berbelanja dengan pendapatan seorang saja, maka dah tak jadi masalah dah.
Akhir kalam, rezeki ni luas, nikmat ni banyak. Usaha mau lebih, maka insyaallah hidup tu Allah cukupkan dan mudahkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila hubungan suami isteri mula retak dan ada masalah, jangan difikir bab nak berpisah. Ambil masa untuk pulihkan emosi masing-masing dan cub baiki apa yang patut.
Nak lagi fahami apa yang anda patut buat, cuba selami perkongsian Mizan Dzai ini untuk lebih baik pulih hubungan yang semakin dingin.
Hubungan Suami Isteri Mula Retak
Ada isteri lembut bicara menyambut suami di depan pintu sambil menunggu kucupan di dahi tapi masak air pun boleh kering, sudahnya bungkus tomyam dan kailan ikan masin di kedai Kak Yah Utara.
Ada isteri yang garang bak singa tapi setiap kali memasak mulut terkumat-kamit membaca selawat dan doa agar rumahtangga bahagia melalui kesedapan masakannya.
Ada isteri pandai melawa, segak bergaya sendat berbalut nangka tapi bila bab melayan suami, bukan main payah sampai nak kena suami mengamuk baru nak dengar kata.
Ada isteri sekadar cukup muka berpelembab dan pencuci tapi hidup di dunia dan akhiratnya demi redha suami, setiap nafas, bangun dan tidurnya hanya buat syurga yang kekal abadi.
Sebab itu kita yang lelaki dan suami ni jangan lah tak sudah-sudah pandang orang lain yang kononnya lebih baik dari isteri di sisi. Takkan pernah habis kalau nak dicarinya kekurangan isteri.
Baiki Selagi Boleh Ikut Kemampuan
Kereta rosak pandai baiki. Kereta dah lama pandai pula dimodifikasi tapi isteri gemuk lonyot sana sini terus dicari ganti. Tuan puan, ini kita panggil bangang abadi.
Suami, sesekali rajinkan diri jenguk cermin kat rumah tu. Entah-entah kita punya kekurangan lagi banyak dari isteri. Silap-silap isteri yang banyak berkorban sepanjang hidup bagai hamba abdi.
Ini tidak, nampak bini orang lain lawa, dijelingnya si isteri.
Nampak bini orang lain manja, dibanding-bandingkannya dengan si isteri.
Nampak bini orang lain ada bisnes atau kerjaya masyuk bergaji, dikutuk-kutuknya isteri sendiri.
Nampak bini orang lain sempurna serba serbi, gatal juga kepala nak berpoligami kononnya melengkapi kekurangan si isteri.
Jangan Fikir Nak Poligami
Dalam sedar atau tidak, ramai sebenarnya cemburukan kehidupan yang kita miliki. Sebab tu kena banyakkan bersyukur, hargai apa yang sudah tentunya jelas depan mata sendiri.
Kita yang lelaki ni kalau nak berpoligami tapi keluarga sedia ada pun masih porak peranda, isteri pun kita tak pernah ajak solat bersama, isteri bahagia atau pun tidak sepanjang bernikah pun tak pernah kita bertanya, tak usah lah.
Poligami itu tak salah, yang selalunya salah adalah cara yang kita guna pakai untuk ke arah berpoligami. Perhalusilah poligami itu sebaiknya, bukan semata-mata mampu kewangan, mampu kebatinan.
Nak mengurat pengganti atau madu buat isteri, tunjuklah kita hebat bukannya sebat semua kebodohan dunia dengan menceritakan aib dan keburukan isteri. Bukan dengan meletakkan semua kesalahan pada isteri sebagai lesen untuk kita berpoligami.
Kalaupun dah tak sayang dah tak cinta, sampaikanlah niat pada walinya. In shaa Allah bapa, abang atau saudara lelakinya akan bawa dia pulang ke rumah keluarga.
Bukannya diseksa dengan menyakiti hati atau batang tubuhnya. Be a gentleman. Lelaki yang kuat adalah lelaki yang mampu menahan talak atau perasaan marah pada isterinya.
Jadi Pasangan Yang Kuat Hadapi Ujian
Lelaki yang sabar pula ialah lelaki yang mampu mendidik dan membentuk isterinya manakala lelaki yang rugi adalah lelaki yang menjandakan isteri mereka untuk janda pilihannya.
Sabar, baik isteri mahupun suami. Jadilah pasangan yang kuat menghadapi dugaan hidup dalam menjalani bahtera cinta sejati. Jadilah lelaki contoh untuk anak-anak lelaki kita kagumi. Jadilah lelaki contoh untuk anak-anak perempuan kita kahwini nanti.
Tidak pernah wujud isteri yang sempurna, apatah lagi suami yang cukup segalanya. Jangan dibuka ruang buat haiwan yakni pihak ketiga yang menunggu saat dan detik untuk menyondol rumahtangga kita.
Perkahwinan adalah institusi yang menemukan pasangan dan rakan kongsi hidup yang sehati dan sejiwa untuk sama-sama mengharungi segala suka dan duka erti kehidupan.
Selami serta hayati makna sebuah perkahwinan, iaitu saling bertoleransi dan melengkapi bukannya sesukahati mencari pengganti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!