Adat berumah tangga ada ketikanya tidak sefahaman. Maka sebab itulah komunikasi itu sangat penting dalam sesebuah rumah tangga bagi membentuk hubungan yang harmoni antara suami dan juga isteri.
Kelemahan dalam berkomunikasi sering menjadi punca keretakan rumah tangga. Perkataan yang baik adalah perkara penting dalam komunikasi.
Perkara yang sering menjadi masalah dalam rumah tangga apabila perkataan yang baik sudah tidak wujud lagi hingga menyebabkan komunikasi menjadi semakin dingin dan lebih buruk lagi menjadi tegang.
Para isteri, selalu beringat ya. Kata-kata kalian itu biasanya tajam berbisa. Ditambah lagi dengan intonasi yang nyaring memang buat telinga suami jadi panas.
Jika ada yang tak puas hati atau nak suarakan sesuatu, tunggulah keadaan sesuai dan reda.
Ads
Bukan masa suami pulang kerja, sedang berpenat lelah itu, kalian tabur segala-gala isi yang terbuku lama.
Masa itu, bila suasana tenang dan senyap, suami mungkin dengar. Tetapi kalau sudah mengantuk tu, tak boleh buat apa. Kena praktis cara pertama atau kedua.
Para isteri, komunikasi dalam rumahtangga memang perlu. Tetapi kita kena bijak melihat waktu dan tempatnya juga. Agar yang disampaikan harmoni serta tidak melukakan hati mana-mana pihak.
Ingat, bahagia bukan sehari dua sahaja. Kita nak bahagia sampai syurga.
Segelintir wanita menganggap memiliki tubuh yang besar boleh menurunkan tahap keyakinan diri seseorang itu.
Perasaan malu dan tidak yakin untuk berpasangan akan menyebabkan kesulitan untuk berinteraksi sekaligus menyebabkan diri merasa tidak layak bercinta dan sebagainya.
Namun, masih ramai jejaki di luar sana lebih tertarik dengan wanita bertubuh plus size dan boleh menerima diri anda seadanya.
Jom ikuti tip untuk wanita plus size agar percaya diri dalam mencari kekasih.
Cintai Diri Sendiri
Anda seharusnya belajar untuk mencintai diri sendiri terlebih dahulu. Anggap kekurangan anda merupakan satu kelebihan buat diri anda tiada guna sekiranya anda terus menyalahkan diri dan berasa rendah diri dengan bentuk tubuh anda.
Anda harus ingat, bahawasanya tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini. Yakinlah dengan diri anda dan percaya dengan ketentuan jodoh yang telah ditetapkan.
Belajar Membuka Diri
Apa pun bentuk tubuh yang anda miliki, anda harus bersyukur dengan nikmat kesihatan yang telah dikurniakan dan memiliki anggota tubuh yang lengkap.
Belajar membuka diri sekiranya anda sudah bertemu dengan pasangan yang tepat. Si dia pasti menerima diri anda seadanya tanpa melihat bentuk fizikal anda.
Sentiasalah menjadi diri sendiri untuk mengekalkan hubungan yang lebih utuh. Sesungguhnya, hati yang anda miliki lebih bernilai dari bentuk tubuh semata-mata.
Jadilah seorang yang berfikiran terbuka. Jangan menghakimi diri sendiri atas dasar bentuk tubuh anda. Jangan hiraukan kata-kata orang sekeliling yang bercakap mengenai bentuk tubuh anda.
Buktikan pada mereka, wanita plus size juga memiliki kelebihan tersendiri dan mempunyai kesihatan yang baik. Tidak semestinya wanita yang langsing sihat tanpa ada masalah kesihatan. Selain itu, jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Bersyukur dengan nikmat yang telah diberi oleh tuhan.
Tonjolkan Kelebihan Diri
Daripada anda meratapi diri sendiri yang mempunyai tubuh besar dan berasa malu untuk bergaul, lebih baik sekiranya anda belajar untuk menonjolkan kelebihan dan kemampuan yang anda miliki.
Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pandanglah dari sudut positif dan sentiasa menganggap diri anda juga berhak untuk bahagia. Bergaul dengan orang-orang yang sentiasa menyokong dan memberi “positive vibes” agar anda berasa lebih yakin dan bersemangat.
Semalam berlangsungnya majlis perkahwinan penyanyi Shahir Zawawi dan Jaskin Jaludin bertempat di Royal Ballroom Bizmilla, One City, Subang Jaya. Dekorasi pelamin yang dihasilkan team Mila Jirin sungguh menakjubkan! Mainan lampu dan hiasan bunga-bungaan nampak mewah.
Kredit foto: Instagram Bizmilla
Kolaborasi di antara kedua-dua bekas peserta Akademi Fantasia ini menjadi. Sebagai pemilik Bizmilla, tentunya Mila mahukan yang terbaik buat pelanggan merangkap teman seperjuangan.
Saat melafazkan akad nikah, pasangan merpati sejoli ini menggayakan busana berwarna putih. Mereka dinikahkan bapa pengantin perempuan, Jaludin Nongce disaksikan Penolong Pendaftar Nikah, Ustaz Muhammad Hakimi Mustapai dan bapa pengantin lelaki, Zawawi Abdullah.
Hanya selepas dua bulan menyulam cinta, pasangan ini memilih untuk hidup bersama. Malam semalam juga Shahir melancarkan single terbaharu berjudul ‘Halal’, yang diciptakan khas buat isteri tersayang.
Kuih bakar merupakan salah satu kuih tradisional masyarakat Melayu yang menjadi kegemaran ramai. Ada juga yang ‘memanggil’ kuih ini dengan ‘panggilan’ kuih bahulu kemboja.
Sering dihidangkan di majlis-majlis rasmi, perkahwinan, kenduri-kendara dan sebagainya, kuih bakar enak dimakan ketika sarapan pagi dan minum petang.
Kuih bakar tradisional dibakar dengan dapur arang menggunakan acuan khas. Seiring dengan gaya hidup masyarakat masa kini, kuih bakar boleh dimasak dengan cepat dan mudah menggunakan air fryer.
Anda yang baru kahwin sesuai sangat masak untuk suami. Tak perlu guna oven dan rasanya pun tetap sedap macam masak guna dapur arang.
RESIPI KUIH BAKAR MENGGUNAKAN AIR FRYER
Bahan-bahan:
1 cawan air daun pandan
2 cawan santan/1kotak kecil
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna hijau
Cara memasak:
1.Kisar semua bahan tadi sehingga sebati. Masukkan dalam loyang .
2.Bancuhan ini boleh dapat dua biji kuih bakar. Bahagi bancuhan kepada dua bahagian dan bakar secara berasingan.
3.Masukkan ke dalam air fryer dan bakar dengan suhu 170 celcius selama lebih kurang 45 minit.
4. Tunggu sehingga betul-betul sejuk barulah dipotong. Enak dinikmati ketika masih panas.