Kenapa ramai yang memandang rendah soal kerjaya suri rumah? Apa rendah sangatkah martabat seorang suri rumah tu? Tahu tak, ada di antara suri rumah ni yang belajar higga menjadi graduan. Wanita ini kongsi, apa ingat graduan perempuan suka sangat ke habis belajar jadi suri rumah?

Kau apa tahu.

Malam bila anak dan suami dah lena, kami diam-diam menitiskan air mata.

Terkenang susah payah Mak Abah besarkan dengan wang ringgit yang tak berapa nak ada.

Belajar tinggi-tinggi.

Ada harapan nak balas balik semua tu.

Nak bagi duit belanja bulan-bulan hasil titik peluh kerjaya sendiri. Biar orang tua rehat serehatnya. Nak mereka rasa puas dengan kedewasaan anak-anak ni.

Habis belajar, mohon kerja sana sini, belum ada yang terima. Jodoh, tiba-tiba kahwin mana ada kita yang atur.

Kita tak menggatal pun. Tapi Allah datangkan yang baik-baik. Semuanya tersusun cantik.

IKLAN

Tak ada sebab kita nak menolak. Kita pun dilafaz akad, dinikahkan.

Suami bukan tak bagi kerja. Bagi. Malah memahami dengan toleransi.

Sebab kita ni kahwin bukan macam dalam TV. Dengan anak Dato’ Datin. Lepas kahwin tadah je tangan duit dapat sekepuk.

Takdir Tuhan, Allah bagi rezeki dapat anak pula. Lebih dahulu sebelum dapat kerja.

Jangan kau kata siapa suruh menggatal. Kau tak jadi bapa tak jadi ibu,

Kau tak tahu betapa besarnya nilai seorang anak bila dah berumahtangga.

IKLAN

Manusia berduit sebab duit manusia yang cipta. Sedangkan anak Allah yang cipta.

Siapa yang lebih kaya? Maka duduklah rumah jaga anak.

Apa ingat semua ragam anak samakah? Ada anak yang memang tak nak susu botol.

Meragam selagi tak dapat direct susu badan ibunya. Macam mana nak hantar pengasuh?

Itu belum lagi cerita macam-macam ragam yang lain.

Yang buatkan perempuan bergelar isteri dan ibu korbankan angan-angan mereka demi sebuah mahligai penuh rahmat yang Allah beri.

IKLAN

Ada ni, rezeki meniaga online tak seberapa.

Cari duit tepi pelbagai cara.

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam

Kau masih lagi pukul sama rata.

Perempuan habis belajar tetap ke dapur jua.

Aku tulis dengan hati yang sebak.

Sebagai seorang perempuan yang dah merasa jadi anak, 
jadi graduan, jadi isteri, jadi ibu.

Kredit : Mai Izyani

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI