Pertambahan rezeki seseorang itu bergantung kepada hubungannya sesama manusia khususnya ahli keluarga. Berlaku baik dengan ahli keluarga termasuk juga isteri adalah antara sebab rezeki diluaskan oleh Allah SWT.
Ini yang disebutkan sebagai sebab dan musabbab. Ia juga sebagai satu motivasi agar para suami tidak mengambil ringan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Maksudnya: “Barangsiapa yang suka untuk diluaskan rezekinya dan ditambah hidupnya, maka sambunglah hubungan kekeluargaan.”
Oleh kerana itu, Nabi SAW menyifatkan lelaki yang terbaik adalah orang yang melakukan kebaikan kepada ahli keluarganya.
Nabi SAW bersabda:
خيركم خيركم لأهله
Ads
Maksudnya: “Orang yang terbaik dari kalangan kalian adalah orang yang melakukan kebaikan kepada ahli keluarganya.”
Melalui perkongsian Khai yang merupakan naib juara Akademi Fantasia Musim 1 dilaman Instagramnya, Khai & Rosma, penyanyi ini berkongsi tentang ‘keajaiban’ yang dialaminya selepas membelanjakan isterinya, Rosma, yang juga artis kelahiran daripada program realiti tersebut.
Berikut perkongsian Khai:
Ads
Power bila isteri doa dengan ikhlas sepenuh hati. Tp niat kita belanja family bukan atas sebab balasan. Belanja dgn ikhlas kerana Allah utk buat mereka Happy & itu rezeki mereka.
Isteri akan tahu sendiri doa utk kita juga. Tp anak2 perlu diingat, sblm tidur doa. Pesan selalu. Doa ringkas pun takpe janji utk 1 famili sihat, sentiasa diberkati, dilindungi serta berjaya dunia akhirat. Lps tu suruh anak2 baca doa makan pun OK.
Doa perlu jelas. Ini cite betul, depan sy isteri sy doa asbab RM800 ko berikan suamiku RM80,000. Itu yg sy tahu lah sbb tu sy terkejut betul2 cek dapat berjumlah RM80,000 MasyaAllah…
Perkongsian Khai mendapat respon ramai warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya:
“Fuhhh alhamdulillah berkat sungguh bahagia kam isteri.. tapi ade org masih nk percaya xnak percaya lagi bende tu walaupon dah terang lagi nyata..”
“Masyaallah subhanallah sebak akak… ikhlas nya doa utk suami.”
“Maha Suci ALLAH.”
“Power of syukur.”
Untuk info, Khai dan Rosma telah mendirikan rumah tangga pada 26 April 2008. Pada 17 Julai 2009, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Amzar Danish. Anak kedua mereka dilahirkan pada 4 Januari 2014 dan diberi nama Nur Amani Damia. Anak ketiga mereka dilahirkan pada 11 April 2019 dan diberi nama Nur Alya Dhania.
Persediaan pakaian kaum Adam untuk menyambut hari raya memang cukup ringkas. Cukup sekadar sepasang baju Melayu dan kain samping untuk dipakai pada pagi lebaran. Tidak lengkap baju Melayu jika tidak dipakai bersama kain samping yang diikat pada bahagian pinggang.
Kain samping jika dipakai bersama baju Melayu teluk belanga, ia biasanya dipakai pada sebelah dalam baju. Manakala baju Melayu cekak musang, ianya dipakai di bahagian luar.
Pemakaian samping juga menggambarkan status seseorang dalam masyarakat. Kaum kerabat mengikat samping pada belah kanan, golongan bangsawan pada belah kiri manakala orang kebanyakan pada bahagian tengah.
TIP MEMILIH KAIN SAMPING YANG SESUAI:
■ Pilih kain samping yang berwarna cerah agar mudah dipadankan dengan pelbagai warna baju. Jika memilih kain songket bunga tabur jangan biarkan lebih dari dua atau tiga warna.
■ Ikatan kain samping mestilah kemas terutama sekali pada bahagian belakang. Jika anda inginkan ikatan bunga pada sampin, kekemasan ikatan sangat penting. Saiz bunga tadi janganlah terlalu besar sehingga menutup bahagian pinggang.
■ Kerawang bunga pada kain samping juga mestilah ringkas tetapi mempunyai motif tradisional. Pastikan kain songket mempunyai kepala kain agar senang dibezakan antara bahagian depan dan belakang kain.
■ Untuk mencuci kain songket, anda boleh menggunakan syampu ataupun perapi rambut. Bilas dan keringkan di dalam rumah agar warna kain songket tidak rosak kerana pancaran cahaya matahari.
Pemakaian samping juga ada aturannya. Samping yang dipakai di bawah lutut bermaksud sudah berkahwin manakala bagi orang samping dipakai di atas lutut.
Sungguh hebat wanita uruskan rumah tangga sendiri, dialah tukang masak dan dialah ‘supir’ kepada anak-anak dan kadang dia juga cikgu di rumah.
Sulit untuk gambarkan kerja rumah sebagai seorang isteri, malah diri sendiri pun terabaik. Tak sempat nak uruskan diri sendiri bagi cantik. Yang penting, semuanya teratur untuk ahli keluarga kecilnya.
Tak Jadi Mudah Wanita Uruskan Rumah Tangga
Bak kata Puan Najibah Mustaffa, seorang wanita yang terluka akan menjahit sendiri lukanya. Ramai yang begini kan. Sekeliling kita. Cuma kadang tu kita tak perasan.
Banyak punca. Pengabaian daripada orang terhampir, penderaan, kesakitan kesakitan yang datang, struggle mengurus hidup, peranan, komitmen dan sebagainya.
Tadi pun ada terbaca kisah suri rumah yang mengadu susahnya urus anak dan rumah tangga. Serabut semua ada. Itu ini serba tak kena, tak siap kerja. Sampai tertekan.
Jangan perlekeh. Jangan ‘ek eleh’ kan situasi ibu begini. Jika tiada sokongan, ia boleh membawa kepada tekanan emosi yang berpanjangan.
Silap-silap boleh jadi macam wanita dalam gambar. Sakit, tertekan, terluka. Lepas tu jahit sendiri lukanya. Sebab tak ada yang peduli.
Saya faham sangat, suri rumah memang penat. Oh wanita bekerja pun. Sama je kita ni kan. Lagi lagi ada anak kecil. Saya pernah laluinya. Anak tak boleh letak, asyik nangis, buat bisnes lagi. Huru hara hidup. Lagilah kan kalau suri rumah yang memang duduk dalam rumah je. Tak ada keluar berjalan bercuti ke apa. Fuh.
Saya tak mahu ulas bab psikologi ke apa sebab tak mahir pun. Cuma hasil pengalaman, pembacaan dan perkongsian rakan rakan.
Saya mahu kongsi 10 tips ini. Bagaimana nak tenang urus rumah tangga. Terpakai kepada surirumah mahupun wanita yang bekerja. Insyaallah tips ini membantu ibu rasa kuat, tersusun dan kurang terluka seperti dalam gambar itu.
1. Kuatkan jiwa
Jiwa ini ibarat bateri, dia penentu untuk kita bergerak. Kalau bateri lemah, tak boleh nak buat apa. Bagaimana nak kuat jiwa?Ini sangat penting.
Kuatkan hubungan kita dengan Allah. Lazimi solat awal waktu, baca al-Quran seeloknya di permulaan hari dan ada zikir tertentu yang kita amal. Ia beri tenaga luarbiasa kepada jiwa kita masyaallah. Biiznillah.
Ibu ibu, jika tak jaga perkara ini, kita akan mudah serabut. Ini basic, jika mampu bangun malam qiamullail semua tu masyaallah lagi power. Jadikan rutin, satu kemestian. Effect nya jaga amalan begini, hati tenang dan rasa banyak masa. Subhanallah amazing.
2. Kuatkan fizikal
Bersenam sekejap di awal pagi. Janji keluarkan peluh dan regangkan badan. Dalam rumah pun boleh. Banyak cara, buka Youtube search sahaja. Kita rasa lebih sihat dan gembira.
3. Jaga kesihatan mental
Buat apa yang kita suka dan rasa best. Saya panggil terapi. Macam saya, pagi pagi sebelum mula buat kerja, saya siram pokok bunga dan sayur sayuran yang di tanam. Lepas tu latih diri setiap hari untuk baca apa apa bahan yang positif dan cakap yang baik baik je. Bacaan yang sedih, drama, gosip semua tu berbaloi untuk kita tinggalkan.
4. Bab memasak dan makan
Ibu wajib makan dulu. Bagi tenaga kepada diri. Roti ke yang mudah dan secawan kopi atau coklat panas di permulaan hari. Untuk tenaga. Sayangi diri dulu, baru boleh sayang orang lain.
Dan masakan untuk keluarga mudah dan ringkas sahaja. Asalkan berkhasiat. Jangan susahkan diri nak masak bagai bagai sangat. Kalau tak sempat sangat, boleh beli dan banyak juga servis penghantaran makanan sekarang. Bolehlah daripada kelaparan tak makan kan.
5. Pengurusan bahan dapur
Tetapkan satu hari buat kitchen setting day. Siapkan bawang, cili kisar semua masuk peti sejuk. Protein ayam ikan daging semua tu basuh siap pek kan portion sekali masak. Sayur guna ulam ulam sahaja. Cepat dan berkhasiat. Ada setting begini, boleh memasak bawah setengah jam.
6. Pengurusan rumah
Mengemas memang penat. Kena pulak anak kecil memang sepah sana sini. Jadi letakkan timing dan setting jadual. Mengemas waktu tertentu sahaja. Macam saya, pagi dan petang. Antara dua waktu tu, apa pun berlaku. Pejam mata. Ini termasuk pengurusan kain baju.
7. Pengurusan anak
Anak kita tak sama. Jangan stress anak orang lain tidur elok lama, anak kita payah tidur. Rileks rileks je. Bila kita buat perkara nombor 1-6, kita ada masa untuk fokus nombor 7 iaitu wujudkan masa untuk anak. Main dengan dia. Bila kita beri masa yang berkualiti untuk mereka, anak lebih mudah diurus. Saya selalu pegang, anak akan membesar, fasa meragam susah semua tu tak lama.
8. Bantuan
Ini sangat penting. Belajar minta bantuan pasangan. Jangan terlalu mahu buat semua. Jika mampu ambil pembantu yang datang kemas rumah secara harian, elok sangat. Atau pun beli gajet yang memudahkan kerja dapur. Contoh periuk Cuckoo, Noxxa semua tu. Campak campak, setting, tunggu masak je.
9. Mindset dan rehatlah
Pegang satu perkara ini. Kita tak perlu jadi sempurna. Bahagia jauh lebih penting. Turunkan expectation yang terlalu tinggi nak jadi tip top serba serbi. Iya, sementara anak masih kecil ini. Wujudkan masa untuk rehat. Tinggalkan sekejap kerja suri rumah yang memang takkan pernah habis.
10. Nikmati dan bina pengalaman
Anak seorang berbeza dengan anak dua, tiga, empat, lima, enam dan seterusnya. Masa akan mematangkan dan memahirkan kita urus perasaan dan peranan. Lalui sahaja dengan kesedaran bahawa momen ini adalah pengalaman. Dan syukuri semuanya.
Kunci utamanya ialah pengurusan, mindset dan mohon kepada Allah yang menguatkan segala. Insyaallah, dengan cara begini kita ada masa urus rumahtangga di mana ia sumber pahala berterusan tu, ada masa rehat, ada masa didik anak, ada masa cari ilmu, ada masa buat hobi kegemaran dan sebagainya.
Ibu ibu Tenanglah ya Dan berbahagialah.
Buat para ayah, sama-sama lah menjaga pasangan dan rumah tangga. Sama-sama nak tenang, sihat, bahagia dan mahukan rahmat Allah turun memayungi keluarga kita.
Lain padang lain belalang.
Lain orang lain pandangan.
Moga ada manfaatnya buat wanita yang berstatus isteri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika anda berhajat untuk berkahwin dalam usia yang muda, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira. Perkahwinan bukan semata-mata mengejar ‘keseronokan’ semata-mata tetapi lebih kepada soal tanggungjawab.
Melalui hantaran yang dimuat naik oleh Ustazah Asmak Husin di Facebook, beliau berkongsi tentang cabaran berkahwin dalam usia yang muda.
Kahwin muda itu kahwin semasa belajar ke? Kalau kahwin umur 25 tahun, 26 tahun dikira kahwin muda tak? Bagi saya definisi kahwin muda ini luas. Bukan sahaja terhad kepada berkahwin semasa belajar sahaja.
Sesiapa yang berkahwin bawah umur 30 tahun dikira kahwin muda. Kebiasaannya umur bawah 30 tahun ini, umur kita baru nak bina kerjaya dan masih struggle dengan pendapatan.
Apabila berkahwin muda pasti ada ujiannya. Tapi jangan pula anggap ujian ni negatif hingga menakutkan awak untuk berkahwin awal. Ujian dalam perkahwinanlah yang menjadi penguat hubungan suami isteri.
Ketika baru berkahwin, biasa simpanan masih lagi sikit. Rumah sendiri belum ada. Hanya mampu menyewa. Kereta pun baru beli. Hidup pun masih lagi mencari rentak untuk stabilkan pendapatan.
Tidak mengapa. Itulah proses berumah tangga. Yang penting awak tahu plan ke mana hala tuju perkahwinan. Awak tahu macam mana nak susun dan kawal kewangan keluarga. Yang paling penting, kena rajin dan bertanggungjawab.
BUKAN HANYA YANG INDAH-INDAH SAHAJA
Dalam perkahwinan bukan semuanya manis dan indah tetapi hakikat kehidupan penuh dengan ranjau dan duri.
Maksudnya: “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Surah Al-Mulk: 2)
Justeru itu, sebarang bentuk ombak, onak dan duri perlu diselesaikan dengan penuh hikmah dan bijaksana. Ini akan melahirkan rumahku ‘Syurgaku.’