Aura Winter Blue Menguasai Ruang Majlis

Share

Tiada yang lebih indah andai majlis perkahwinan memilih sesuatu tema sebagai fokus utama dalam sebuah majlis. Segalanya nampak sempurna dengan dekorasi yang menarik. Contohnya seperti majlis ini yang bertemakan Winter Blue dan menggunakan warna segar seratus peratus.

Bunga segar diterbangkan dari Holland, China dan India.

Jenis bunga yang digunakan terdiri dari Delphiniums Powder Blue, Royal Blue Hydrangea, Mathiola, Babies Breath, Hydrangea Powder Blue, Rose, Tulip dan Spray Rose.

Lilin juga dipasang di setiap sudut dan meja untuk menaikkan mood dan memberi cita rasa mewah di dalam majlis.

Bunga segar menghiasi pelamin, walkway, pintu gerbang, meja tetamu, meja Vip, ruang legar dan bunga tangan diberi kelainan dengan menggunakan warna yang agak berani seperti tona merah.

“Effect smoke machine” juga digunakan untuk memberi kesan kabus supaya kelihatan sejuk dan menyerikan dewan makan untuk meraikan tetamu yang hadir.

Lampu-lampu LED seperti warna putih dan biru dinyalakan sepanjang majlis supaya kelihatan lebih menarik.

Kredit foto: Matbvnga

IKLAN