Ini kata-kata azimat untuk suami, kadang kala lelaki pun perlukan sokongan dari segi moral. Isteri jangan awak sahaja nak dibelai.
.
Saya tahu, awak boleh lakukannya.”
Seorang lelaki perlukan kata – kata semangat tepat pada masanya untuk dia maju kehadapan. Jika dia tahu anda percaya pada dia, dia akan mencuba dengan sedaya upaya untuk realisasikan impian dia.
“ Terima kasih sayang “
Semua orang suka di beri ganjaran. Begitu juga dengan suami/kekasih anda, dia akan rasa sangat sayang pada anda jika anda sentiasa mengucapkan terima kasih padanya. Dia akan rasa lebih bersemangat kerana dia tahu segala usahanya di hargai oleh anda.
.
“ Awaklah lelaki yang paling handsome di mata saya “
Ads
Jika anda gembira di puji cantik dan sebagainya, suami/kekasih anda juga akan gembira jika dia di puji oleh anda. Dia akan lebih mempercayai dan menyayangi anda apabila menerima pujian dari diri anda. Keyakinan dia juga akan turut bertambah.
“ Saya bersyukur ada suami/kekasih macam awak “
Apabila anda bersyukur, anda akan memberi tanggapan yang positif pada suami /kekasih anda. Dengan ini, dia tahu anda gembira bersamanya.
“ Awak lebih bijak sayang “
Akui kebijaksanaan akan member lebih keyakinan pada diri dia. Jika anda hendak memberi nasihat, pastikan anda akui kebijaksanaan suami/kekasih anda untuk bertindak. Beri sokongan pada dia.
Ads
“ ya sayang, awak betul”
Jika anda dapati apa yang suami/kekasih anda sampaikan adalah betul, anda perlu akuinya dengan kata – kata. Jika tidak, anda boleh member nasihat padanya. Dengan ini suami/kekasih anda tahu bahawa anda sentiasa menyokong dia dan memberi nasihat jika anda rasa ia perlu sahaja.
.
“ Awak seorang ayah yang baik “
Sentiasa puji suami/kekasih anda sebagai ayah/bakal ayah yang baik. Dengan ini, dia akan lebih bersemangat untuk menjadi seorang ayah yang baik.
Ads
“ Saya berada di sebelah awak, sayang “
Jika suami/kekasih anda mengalami kesukaran dalam hidup. Pastikan dia tahu, anda mengambil berat akan dia dan sentiasa menyokong dia.
“ Awak jangan risau sangat, pasti ada jalan dia “
Sentiasa sejukkan hati suami/kekasih anda ketika dia berada dalam kesusahan atau kerisauan yang amat. Dengan ini, dia akan berfikir dengan lebih tenang dan tindakan dia juga akan berhasil.
“ I love u sayang, I always do “ “ saya mencintai awak selama – lamanya “
Jika anda selalu mengungkapkan perkataan cinta, dia akan rasa lebih di hargai dan akan rasa lebih sayang pada diri anda.
GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelancaran Lounge In The Sky buat julung kalinya di Asia menjadi antara tarikan utama Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020. Lounge In The Sky ini mewujudkan detik-detik istimewa dengan membawa semua tetamu bersatu dengan alam semula jadi, satu pengalaman yang tidak pernah diadakan sebelum ini. Pengalaman unik ini harus dicuba oleh semua di mana ia akan membawa semua tetamu 150 kaki ke udara, dengan permandangan bandaraya Kuala Lumpur yang menakjubkan sambil menikmati makanan dan minuman yang disediakan eksklusif selama 45 minit. Daya tarikan yang berasal dari Belgium ini akan ditempatkan di Elements KL, TREC, Jalan Tun Razak dan ia merupakan penambahan kepada beberapa inventori pengalaman dan lokasi santapan unik di bawah kendalian TwoSpicy Entertainment (yang terkenal dengan Dinner In The Sky, Plane In The City & Whimsy) dengan kerjasama Elements KL.
Lounge In The Sky ini mempunyai ciri-ciri unik yang tersendiri dari reka bentuk platform yang menarik dan turut memberi ruang kepada sesi persendirian kumpulan terdiri daripada empat orang tetamu, kapasiti yang besar hingga boleh memuatkan seramai 32 orang tetamu dalam setiap sesi, dan juga pentas tambahan yang boleh menempatkan persembahan secara langsung seperti yang terdapat di ruang-ruang acara lain. Lounge In The Sky mematuhi sepenuhnya langkah-langkah keselamatan yang diperlukan serta telah diperakui ciri-ciri keselamatannya oleh TÜV SÜD, organisasi Jerman yang mengesahkan keselamatan kesemua jenis peralatan untuk melindungi manusia dan alam sekitar daripada bahaya. Pengalaman yang tidak harus dilepaskan oleh semua hanya berharga RM199 seorang untuk pakej Kelas Ekonomi, RM299 seorang bagi Kelas Perniagaan dan RM499 bagi pakej Kelas Pertama.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Allah juga menjaga ketenangan isteri dengan memerintahkan suami menafkahi serta berbuat baik kepada isteri.
Begitu juga Allah memerintahkan ibu bapa mendidik anak-anak sehingga mereka terhindar daripada api neraka. Bagaimanakah Allah menjaga hamba-Nya dalam kalangan wanita yang hidup di bawah kepimpinan seorang suami?
Firman Allah yang bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita dengan apa yang Allah lebihkan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain dan dengan apa yang dinafkahkan dari harta kamu.” (Surah An-Nisaa’, ayat 34)
Allah memberikan amanah kepimpinan kepada suami bukan sebagai kemuliaan semata-mata, tetapi bersama tugasan berat dalam memelihara kemaslahatan seisi keluarga.
Disebutkan dalam tafsir al-Qurtubi, Ibnu Abbas berkata: “Darjat kelebihan yang disebutkan dalam firman Allah, suami mempunyai satu tingkatan kelebihan pada isterinya, mengisyaratkan dianjurkan lelaki untuk bergaul dengan baik dan bersikap lapang terhadap isteri dalam hal harta dan akhlak. Yakni, yang lebih utama ialah sebaik-baiknya suami membebani tugas terhadap dirinya sendiri.”
Muhammad Abduh berkata dalam tafsirnya, menerusi firman Allah, ‘dan para suami mempunyai satu tingkat kelebihan daripada isterinya,’ itu mewajibkan wanita satu perkara dan mewajibkan kepada lelaki beberapa perkara.
Banyak lagi peringatan ke atas lelaki, sekali gus memberi pembelaan kepada kemaslahatan wanita, antaranya: Allah mengiktiraf kesempurnaan iman lelaki apabila dia berakhlak baik, terutama kepada isterinya.
Sabda Nabi yang bermaksud: “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” (Riwayat Ahmad)
Berkahwin dan berkeluarga bukan perkara main-main. Ia mesti dilalui dengan penuh tanggungjawab. Lelaki yang berkeluarga perlu mencontohi kepimpinan Rasulullah yang selalu berbuat baik kepada keluarganya.
“Sebaik-baik kalian, adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku.” (Riwayat Tirmizi). Amanah kepimpinan akan ditanya. Sebagaimana yang diingatkan oleh utusan-Nya. “Lelaki (suami) adalah pemimpin bagi keluarganya dan kelak ia akan ditanya (dimintai pertanggungjawaban) tentang mereka.” (Riwayat al-Bukhari)
Keganasan fizikal tidak sepatutnya berlaku dalam keluarga kerana Nabi mengingatkan: “Aku ingatkan kepada kalian tentang hak dua orang yang lemah iaitu anak yatim dan perempuan.” (Riwayat Imam Ahmad, Ibn Majah, dan Al-Hakim)
Suami yang suka menyakiti isteri dianggap bukan suami yang baik. Disebutkan dalam satu riwayat, “Banyak perempuan menemui isteri-isteri Muhammad untuk mengadukan perlakuan suami mereka. Suami-suami seperti itu bukanlah orang-orang terbaik.” (Riwayat Abu Dawud, Ibn Majah, Al-Darimi, Ibn Hibban dan Al-Hakim)
Lelaki perlu banyak memahami dan menerima seadanya kelebihan emosi wanita sehingga mereka dianalogikan sebagai tulang yang bengkok.
“Barang siapa beriman kepada Allah SWT dan hari akhir, hendaklah ia tidak mengganggu tetangganya. Jagalah pesanku tentang kaum perempuan agar mereka diperlakukan dengan baik. Sebab mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok. Tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, tulang itu akan patah. Jika engkau membiarkannya, tulang itu tetap bengkok. Oleh kerana itu jagalah pesanku tentang kaum perempuan agar mereka diperlakukan dengan baik.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Bagaimana Allah menjaga hamba-Nya dalam kalangan lelaki yang dibebani tugas berat memimpin keluarga? Allah memberi ancaman neraka kepada wanita yang tidak menjaga mulut mereka terhadap suami. Ancaman itu adalah tanda sayang supaya mereka segera menjauhinya.
Nabi bersabda yang bermaksud: “Aku melihat kebanyakan penghuni neraka itu adalah wanita.” Kaum Muslimin bertanya, “Apa sebabnya ya Rasulullah?” Rasulullah bersabda, “Sebab kekafiran mereka.”
Ada yang bertanya, “Adakah mereka mengkufuri Allah?” Rasulullah bersabda, “Sebab mengkufuri kenikmatan berkeluarga dan kebaikan (orang kepadanya). Kalau engkau berbuat baik kepada salah seorang antara mereka sepanjang tahun, kemudian dia melihat satu kesalahan kecil padamu, maka dia akan berkata, “Aku tidak pernah melihat kebaikan darimu sama sekali.” (Riwayat Bukhari Muslim)
Bukan bermaksud fitrah wanita itu jahat. Namun jika sifat tercela itu tidak dibaiki, barulah dia diminta bertanggungjawab menerima balasannya. Dalam Fathul Bari, Jabir menyebutkan satu riwayat, “Orang yang paling banyak aku lihat dalamnya (neraka) dari kalangan wanita yang apabila diberi kepercayaan menyimpa rahsia, dia bocorkan. Apabila diminta sesuatu kepadanya, dia bakhil. Apabila mereka yang meminta, mereka mendesak dan minta banyak. Apabila diberi, mereka tidak pandai berterima kasih.”
Nabi Muhammad memaklumkan peluang keemasan bagi wanita supaya terlepas daripada ancaman itu.
“Wahai kaum wanita bersedekahlah kalian (dalam riwayat Muslim: ‘dan perbanyakkan istighfar’) kerana aku melihat kalian sebagai penghuni neraka yang terbanyak. Kaum wanita bertanya: “Apa sebabnya wahai Rasulullah?” Rasulullah bersabda: “Kerana kalian banyak mengutuk dan mengingkari budi baik suami.” (Riwayat Bukhari Muslim)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Betapa pentingnya tinggal di rumah sendiri selepas berkahwin, kerana ia bukan sahaja melibatkan rasa hati malah emosi pasangan anda. Mungkin anda dikurniakan ibu mentua yang baik, tapi jika berada di rumah ibu bapa ni terdapat ipar duai yang bukan mahram membuatkan itu sebagai satu kesulitan. Jadi berkongsi masalah ni, Rusyainie Ramli menceritakan betapa pentingnya tinggal berasingan selepas berkahwin.
Sejak berkahwin, hanya 6 bulan saja kami menumpang di rumah Mak. Itu pun sebab saya masih menjalani housemanship di HSAJB. Selepas itu, kami berpindah ke KL, kami membeli rumah pertama kami dan membina hidup berdua sendiri.
Dengan gaji yang tak berapa sangat, kami susah senang bersama. Terpaksa meminjam sedikit duit dengan Abah, sebab tak cukup bajet nak masuk rumah. Rumah kosong sampai bergema. Hahaha. Punyalah kan, sebab masa tu saya baru bekerja setahun. Dan suami pun baru nak mula bekerja di KL.
Saya tak betah tinggal dengan keluarga sendiri pun. Ma Abah pun memang menyokong dengan keputusan saya dan adik-adik untuk mempunyai kediaman sendiri selepas berkahwin.
Dalam rumah saya, dapur saya tu saya punya. Suami saya tak campur tangan. Jangan kacau tempat saya. Tak kiralah sederhana mana pun, tu tetap dapur saya. Saya tak suka nak berkongsi dengan sesiapa. Anak-anak pun tahu, dapur saya jangan dibuat kecah, mahu jadi hijau saya nanti.
Saya ni pengemas dan pembersih. Tak semua orang boleh hidup dengan saya. Saya tak suka kain bertimbun dalam bakul, lantai dapur berminyak, bilik air berdaki, mainan anak berterabur, makan bersepah, atau tidur merata. Saya memang cerewet.
Tinggal bersama mertua ni, untuk suami tak ada masalah sangat. Biasalah lelaki. Yang menjadi isu, adalah menantu perempuan dengan mak mertua atau ipar duai lain yang tinggal serumah.
Bukan semua orang macam Mak. Dia terlalu bertolak ansur. Menantu perempuan 3 orang, memang boleh duduk dengan dia. Mak tak bawa mulut merata cerita buruk menantu pada sesiapa pun. Mak tak kisah, masak apa pun dia makan. Mak tak berkira bab duit belanja dapur. Mak tak ambil pusing pasal kerja rumah. Kalau menantu buat, bagus, kalau tak, Mak tak bising pun. Dia siapkan.
Bila orang lain bercerita tentang mertua, saya bersyukur sebab saya tak ada yang buruk untuk diperkata. Mak terlalu baik dengan menantu. 3 perempuan menantu yang sangat berlainan personaliti dan latar belakang berbeza boleh tinggal sekali dengan Mak tanpa isu yang besar. Sekarang biras saya yang bongsu tinggal dengan Mak. Mak pun dok seorang diri. Risau juga.
Tapi itulah, tak semua Mak mertua serasi dengan menantu perempuan. Ada juga yang memeruk segala perasaan. Ada kisah di antara keduanya. Suami lah yang pening, mak dia di kanan, isteri di sebelah lagi satu.
Paling senang, selagi boleh, binalah kehidupan sendiri. Tak apalah rumah tu segala benda kurang. Kita bermula dari bawah, berdikit-dikit lah dulu, kecuali suami kita mampu dari segi kewangan, bolehlah berbelanja sesedap mahu. Mujur suami saya memahami saya, yang saya ni jenis control freak tentang rumah, maka keputusan terbaik, ialah duduk sendiri, walaupun rumah Mak atau Ma dekat dengan kami.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...