Menjadi perkara biasa dalam perhubungan cinta yang serius jika ada masalah-masalah kecil yang sukar untuk dielakkan. Perkara ini mungkin dapat mengukuhkan lagi jalinan cinta antara anda dan pasangan.
Namun, sekiranya ia terlalu kerap berlaku dan tidak menemui jalan penyelesaian, anda patut semak apa yang kurang dan cara untuk menyelesaikannya. Jom kita lihat 10 perkara bahaya yang boleh merosakkan hubungan cinta anda!
1. EGO
Jika pasangan atau anda sendiri yang mempunyai ego setinggi KLCC, itulah yang mencetuskan konflik dalam perhubungan. Ego yang terlalu tinggi boleh menyebab pasangan anda rasa terluka dan jika anda tidak pandai kawal situasi ini, hubungan tidak dapat kekal lama.
2. JARAK
Sudahlah terpisah oleh jarak, jika semakin lama masalah anda berdua tidak diselesaikan dengan cepat, kalian akan semakin jauh dan menjauh. Tidak semua orang mampu untuk mengharungi percintaan jarak jauh.
3. MEDIA SOSIAL
Ads
Banyak pasangan kini mempunyai masalah akibat daripada akaun media sosial masing-masing. Daripada terlalu asyik melayan sosial media hingga mengabaikan pasangan sendiri ataupun berlaku curang di dalam sosial media, itulah punca banyak hubungan yang retak kini.
4. JARANG MENDENGAR
Pasangan yang baik perlulah menjadi seorang pendengar yang baik. Apabila anda mendengar, itu bermaksud anda memberikan sepenuh tumpuan, fokus dan rasa cinta pada pasangan. Biarkan tidak dapat membantu apa-apa, hanya dengan mendengar boleh menyebabkan pasangan anda berasa lega.
5. PENTINGKAN DIRI SENDIRI
Ads
Semuanya tentang anda, keinginan anda, keperluan anda dan hati anda. Hal ini boleh menyebabkan pasangan anda berasa cepat penat, rimas dan malas melayan karenah anda. Siapa pula yang akan menjaga keperluan dan keinginan mereka?
6. MEMENDAM RASA
Dalam perhubungan, seharusnya anda boleh berkongsi apa sahaja. Baik rasa tidak puas hati, rasa marah, curiga mahupun apa sahaja, jangan pendam rasa itu. Luahkan pada pasangan anda supaya anda boleh mendapat jawapan yang sewajarnya. Memendam rasa hanya akan menyebabkan ia tersimpan dalam dan bakal meletup apabila keadaan sudah tidak terkawal.
7. INSECURITY
Perasaan insecure boleh mencetuskan pergaduhan. Jika anda banyak memuji orang lain dari pasangan sendiri, merendah-rendahkan si dia atau sering cakap lepas dengan pasangan anda, ia sangat tidak sihat dalam perhubungan kalian.
Ads
8. PERTEMBUNGAN PERSONALITI
Pasangan yang baik sebenarnya berkongsi minat, rasa, budaya, persekitaran atau apa sahaja walaupun ia berbeza. Anda boleh tahu jika si dia klik atau tidak dengan personaliti anda apabila anda sering berasa senang dengan kehadiran mereka.
9. TIADA KEPERCAYAAN
Kepercayaan merupakan kunci perhubungan. Jika pasangan anda sering meragui kepercayaan yang dibina, ia lambat-laun boleh mendatang rasa jelak dan benci. Apabila kepercayaan telah diberikan, anda jangan pula mengkhianati kepercayaan itu.
10. TAKUT KOMITMEN
Berada di dalam perhubungan bermaksud anda sedia untuk memberikan komitmen. Jika anda masih berasa takut dengan komitmen, anda masih belum bersedia untuk memulakan hubungan yang serius. Jangan heret pasangan anda dengan masalah ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita pastinya mengimpikan baju pengantin yang sempurna untuk disarungkan di majlis meraikan cinta. Selain potongan baju, pilihan fabrik juga merupakan perkara yang harus dititikberatkan bagi memastikan busana yang diimpikan terlihat sempurna seperti yang anda inginkan. Fabrik berperanan penting untuk memastikan anda tampil lebih menyerlah dan elegan di majlis hari bahagia anda.
Jom kita lihat 7 pilihan fabrik yang sering digunakan oleh pengantin untuk majlis perkahwinan.
1. SUTERA
Bagi yang sukakan ‘glamorously simple’, fabrik ini amat sesuai untuk anda. Walaupun jarang digunakan untuk busana pengantin, dengan sedikit hiasan renda atau manik anda sudah kelihatan seperti raja sehari. Sesuai juga dipilih sebagai fabrik baju keluarga pengantin ataupun bridesmaid.
2. SONGKET
Fabrik jenis ini amat popular terutamanya pada yang berjiwa tradisional. Sesuai untuk dibuat kebaya dan baju kurung pesak. Namun, pada masa kini, songket juga mula mendapat perhatian ramai. Dengan suntikan yang lebih moden, fabrik songket diberi nafas baru seperti peplum, dress labuh dan banyak lagi.
3. SIFON
Fabrik sifon selalunya lebih popular dalam kalangan pasangan pengantin kerana sifat fizikalnya yang ringan, lembut dan mudah dijaga. Tudung anda juga boleh dibuat daripada fabrik jenis ini kerana lebih mudah dibentuk. Alunan fabriknya menghasilkan busana yang lebih flowy dan romantis
4. ORGANZA
Fabrik jenis ini tidaklah begitu popular di Malaysia kerana sifatnya yang keras dan tidak mesra cuaca Malaysia kerana sifatnya yang tidak menyerap peluh. Namun, jika anda mengadakan majlis anda di tempat yang mempunyai penyaman udara atau pada waktu malam, anda boleh memilih fabrik ini sebagai pilihan.
5. RENDA
Renda ini selalu digabung dengan pelbagai fabrik untuk menyerlahkan keayuan pemakai. Berhati-hati dengan pemilihan renda kerana pilihan renda anda boleh membuat anda kelihatan lebih berisi mahupun tampak gemuk. Hiaskan dengan sedikit labuci dan batu permata, nescaya tampak lebih elegan dan eksklusif.
6.COTTON SILK
Barcelona Bridal Week 2016
Fabrik jenis ini mempunyai jenis yang tebal dan nipis. Anda boleh memilih mengikut keselesaan anda. Permukaan fabrik ini juga lebih mengkilap dan harganya sedikit lebih mahal dibandingkan dengan cotton biasa. Padankan dengan tampalan renda dengan sedikit jemeki pada fabrik ini dan nescaya anda bakal tampil lebih menyerlah.
7. SATIN
Ia biasanya licin, mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama. Permukaannya mengilap, Sesuai dibuat gaun labuh dan pelbagai potongan mengikut citarasa anda. Boleh dijadikan lining kerana sifatnya yang sejuk dan selesa. Juga sesuai dibuat baju melayu untuk lelaki buat majlis pernikahan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ingat, bila sah jadi suami isteri, jangan bandingkan kebahagiaan dengan orang. Pegang pesanan ini, semua perkahwinan unik dengan cara tersendiri.
Kalau dia bahagia bila punya anak ramai, kita mungkin bahagia dengan anak seorang yang cukup berkualiti dan tinggal sebumbung. Itu rezeki masing-masinglah. Nak lagi faham, jemput baca perkongsian Puan Normaliza Mahadi ini.
Jangan Bandingkan Kebahagiaan Dengan Orang
Tak ada perkahwinan yang sama walaupun yang berkahwin tu kembar seiras perempuan dengan kembar seiras lelaki. Kedua perkahwinan ini akan jadi berbeza. Tak akan sama!
Mendengar tips macam mana ada perkahwinan boleh bertahan sekian tahun, tak bermakna tips tu sesuai untuk perkahwinan kita.
Contohnya ada isteri kata, setiap tahun birthday dan anniversary dia akan dapat bunga dari suami. Dia sangat bahagia.
Tapi bukan semua isteri suka bunga macam dia. Ada isteri macam saya suka duit ringgit malaysia satu juta. Contohnya lah. Tapi mungkin ada isteri tak suka juga duit satu juta tapi prefer bunga lagi (ada ke macam ni?).
Dan ada suami pula kata rumah tangga dia dah bertahan 55 tahun sebab isterinya memang menyediakan makanan yang enak sedap lazat menyelerakan epic dan sebagainya setiap hari. Sebab itu dia sayang sangat isteri dia.
Tapi macam saya ini, masak dahlah tak berapa bijak, makan aje genius. Jadi tak sama kan rumah tangga ni.
Rangka Ikut Sesuai Dengan Pasangan
Rumah tangga kita unik dan tersendiri. Kita kena hidup dalam kerangka yang sesuai dengan pasangan sendiri bukan pasangan orang lain.
Dengar tips orang sangat digalakkan tetapi kena sesuaikan dengan kehidupan sendiri. Jangan frust kalau suami orang tu buat begitu dan begini kepada isteri dia. Jangan juga frust kalau isteri orang lain dapat buat begitu kepada suaminya sendiri.
Begitulah ya.
Cuba senaraikan apa yang isteri rasakan akan membahagiakan dalam rumah tangga. Senaraikan juga apa yang sesuai.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita yang baik budi pekertinya menjadi idaman setiap lelaki untuk dijadikan seorang isteri. Bukan bersandarkan pada rupa semata-mata, wanita yang sempurna dilihat dengan mempunyai hati yang tulus dan ikhlas. Jika seorang wanita itu seorang yang cantik dan jeita, ia merupakan pakej lengkap dan bonus buat seorang lelaki.
Namun, lelaki cukup cerewet dalam memilih wanita untuk dijadikan seroang isteri. Kadang-kadang mereka buntuk kualiti atau kriteria apakah yang harus ada pada seorang wanita untuk dijadikan isteri yang baik. Di sini, Pengantin senaraikan beberapa kualiti wanita sebagai panduan!
1. SEORANG YANG JUJUR
Setiap orang buat kesilapan dan keputusan yang salah. Disebabkan itu anda perlukan seseorang yang boleh bawa anda kembali ke pangkal jalan dan berterus-terang jika anda buat salah. Kajian menunjukkan lelaki mahukan kualiti wanita yang ada sikap ini untuk perhubungan jangka panjang.
2. BERTOLAK ANSUR
Hidup tidak semestinya manis sentiasa dan akan ada detik anda dan pasangan tidak bersetuju pada suatu perkara. Itu perkara normal tetapi perhubungan akan hanya berjaya jika kedua-dua pasangan boleh bertolak ansur.
3. MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG BAIK DENGAN IBU BAPANYA
Jika anda hendak tahu bagaimana perangai pasangan anda 30 tahun daripada sekarang, lihatlah pada ibu bapanya. Jika anda hendak tahu bagaimana dia layan anda 30 tahun daripada sekarang, lihatlah cara dia melayan ibu bapanya.
4. MENYOKONG CITA-CITA ANDA DAN MENCARI CITA-CITA SENDIRI
Sudah lama saintis cuba buktikan yang lelaki mahukan wanita yang lemah. Dalam buku Why Smart Men Marry Smart Women, Christine C Whelan telah berjaya mengetepikan mitos itu. Ingat akan kelebihannya: Wanita yang kuat di sisi anda akan memberi anda motivasi dan takkan terlalu bergantung pada anda. Anda tak perlu risaukan dirinya.
5. MEMPUNYAI PANDANGAN YANG POSITIF
Adakah kualiti wanita yang anda sayangi ini sentiasa melihat semuanya positif walaupun dalam persekitaran yang sebaliknya? Dialah wanita impian anda. Anggapnya begini: pasangan yang negatif adalah toksik dan tidak sihat untuk kesihatan jangka panjang.
Ini kerana, tempias negativiti pasangan mungkin terkena pada anda dan pakar psikologi, Elaine Hatfield berkata, kesan negativiti dalaman boleh menambah kadar denyutan jantung, mengganggu sistem pencernaan dan merendahkan fokus.
6. SEORANG YANG BIJAK
Bila anda mencari pasangan hidup, pastikan dia wanita yang bijak dan secara idealnya, lebih bijak daripada anda. Seorang profesor di University of Abderdeen, Lawrence Whalley melakukan penyelidikan mengenai dementia dan mendapati wanita yang bijak boleh melindungi anda daripada permasalahan ini bila usia meningkat. Secara asasnya, wanita yang bijak akan sentiasa ‘mencabar’ anda dari segi intelektual jadi ia membantu buat mental anda sentiasa peka dengan lama.
7. TENANG DI SAAT TEGANG
Perhubungan mana yang tiada pertengkaran. Tiada persetujuan tidak bermakna kalian mempunyai hubungan yang tidak stabil. Tapi adalah penting melihat cara kalian menghadapi dan menyelesaikan dilema itu dan berbaik semula selepas itu.
Satu kajian oleh University of California Berkeley dan Northwest University menunjukkan sebuah perhubungan lebih bertahan lama jika wanita itu mampu menenangkan diri bila bergaduh dan memindahkan emosi sama pada lelakinya. Efeknya tidak sama bila lelaki yang menenangkan diri dulu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!