Menjadi perkara biasa dalam perhubungan cinta yang serius jika ada masalah-masalah kecil yang sukar untuk dielakkan. Perkara ini mungkin dapat mengukuhkan lagi jalinan cinta antara anda dan pasangan.
Namun, sekiranya ia terlalu kerap berlaku dan tidak menemui jalan penyelesaian, anda patut semak apa yang kurang dan cara untuk menyelesaikannya. Jom kita lihat 10 perkara bahaya yang boleh merosakkan hubungan cinta anda!
1. EGO
Jika pasangan atau anda sendiri yang mempunyai ego setinggi KLCC, itulah yang mencetuskan konflik dalam perhubungan. Ego yang terlalu tinggi boleh menyebab pasangan anda rasa terluka dan jika anda tidak pandai kawal situasi ini, hubungan tidak dapat kekal lama.
2. JARAK
Sudahlah terpisah oleh jarak, jika semakin lama masalah anda berdua tidak diselesaikan dengan cepat, kalian akan semakin jauh dan menjauh. Tidak semua orang mampu untuk mengharungi percintaan jarak jauh.
Ads
3. MEDIA SOSIAL
Banyak pasangan kini mempunyai masalah akibat daripada akaun media sosial masing-masing. Daripada terlalu asyik melayan sosial media hingga mengabaikan pasangan sendiri ataupun berlaku curang di dalam sosial media, itulah punca banyak hubungan yang retak kini.
4. JARANG MENDENGAR
Pasangan yang baik perlulah menjadi seorang pendengar yang baik. Apabila anda mendengar, itu bermaksud anda memberikan sepenuh tumpuan, fokus dan rasa cinta pada pasangan. Biarkan tidak dapat membantu apa-apa, hanya dengan mendengar boleh menyebabkan pasangan anda berasa lega.
Ads
5. PENTINGKAN DIRI SENDIRI
Semuanya tentang anda, keinginan anda, keperluan anda dan hati anda. Hal ini boleh menyebabkan pasangan anda berasa cepat penat, rimas dan malas melayan karenah anda. Siapa pula yang akan menjaga keperluan dan keinginan mereka?
6. MEMENDAM RASA
Dalam perhubungan, seharusnya anda boleh berkongsi apa sahaja. Baik rasa tidak puas hati, rasa marah, curiga mahupun apa sahaja, jangan pendam rasa itu. Luahkan pada pasangan anda supaya anda boleh mendapat jawapan yang sewajarnya. Memendam rasa hanya akan menyebabkan ia tersimpan dalam dan bakal meletup apabila keadaan sudah tidak terkawal.
Ads
7. INSECURITY
Perasaan insecure boleh mencetuskan pergaduhan. Jika anda banyak memuji orang lain dari pasangan sendiri, merendah-rendahkan si dia atau sering cakap lepas dengan pasangan anda, ia sangat tidak sihat dalam perhubungan kalian.
8. PERTEMBUNGAN PERSONALITI
Pasangan yang baik sebenarnya berkongsi minat, rasa, budaya, persekitaran atau apa sahaja walaupun ia berbeza. Anda boleh tahu jika si dia klik atau tidak dengan personaliti anda apabila anda sering berasa senang dengan kehadiran mereka.
9. TIADA KEPERCAYAAN
Kepercayaan merupakan kunci perhubungan. Jika pasangan anda sering meragui kepercayaan yang dibina, ia lambat-laun boleh mendatang rasa jelak dan benci. Apabila kepercayaan telah diberikan, anda jangan pula mengkhianati kepercayaan itu.
10. TAKUT KOMITMEN
Berada di dalam perhubungan bermaksud anda sedia untuk memberikan komitmen. Jika anda masih berasa takut dengan komitmen, anda masih belum bersedia untuk memulakan hubungan yang serius. Jangan heret pasangan anda dengan masalah ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepanjang bulan puasa ini, kita pastinya mahu melipat ganda amal ibadah. Oleh itu badan hendaklah sentiasa sihat dan bertenaga sepanjang tempoh tersebut. Kawallah pemakanan anda di waktu berbuka dan bersahur , bukan hanya untuk kesihatan malahan mampu menurunkan berat badan.
Bagi memastikan anda sentiasa bertenaga dalam tempoh berpuasa, perhatikan pemakanan yang perlu anda hindari di masa berbuka dan sahur. Antaranya;
Makanan goreng
Siapa yang mampu menolak dengan makanan goreng yang menjadikan kesukaan sesiapa sahaja. Di bulan puasa ini seharusnya kurangkan makan makanan bergoreng. Ini kerana ia mengandungi banyak minyak yang membuatkan badan menyimpan lemak, perut kembung serta meningkatkan kolesterol di dalam tubuh.
Manis
Berbuka dengan yang makanan yang manis memang baik. Namun, ini bukan bererti anda boleh mengambil makanan tersebut sesuka hati. Jika berlebihan mengambilnya akan menyebabkan kenaikan berat badan dan peningkatan kadar gula darah di dalam tubuh.
Masin
Jika tidak ingin kembung perut atau mengadu sakit selepas berbuka, elak dari mengambil makanan yang mengandungi banyak gas. Makanan tersebut antaranya ialah brokoli dan kubis.
Jika tidak ingin kembung perut atau mengadu sakit selepas berbuka, elak dari mengambil makanan yang mengandungi banyak gas. Makanan tersebut antaranya ialah brokoli dan kubis.
Dengan mengawal pemakanan semasa berbuka dan bersahur semoga ibadah dapat dijalankan lancar .
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Banyak sebenarnya peringkat untuk mengenali keluarga bakal pasangan. Dah lepas stage mak ayahnya, kena pula lalui peringkat ambil hati adik-beradiknya pula. Ada pasangan kita yang sangat rapat dengan adik-beradik. Kadang-kadang sampai mereka juga turut terlibat untuk memilih pasangan hidup kita.
Nak masuk dalam keluarga pasangan, jangan sesekali abaikan perasaan dan penerimaan adik-beradiknya. Cubalah ambil hati mereka sikit kerana daripada mereka jugalah kita boleh tahu apa yang pasangan kita suka dan tak suka.
Di sini ada beberapa panduan yang anda boleh cuba. Bukan susah pun ambil hati mereka. Asalkan anda ada personaliti menarik, pandai ambil hati dan tak nampak annoying di mata mereka, tentu semuanya berjalan lancar.
Ajak keluar makan
Kalau anda ada bajet lebih, ajaklah mereka keluar makan berdua dengan anda. Mula-mula memang rasa awkward tapi bila dah selalu jumpa mungkin akan terbiasa. Masa inilah anda boleh kenal bakal ipar atau ipar anda dengan lebih dalam.
2. Sering menghubungi
Sekarang ni ada banyak cara anda boleh menghubungi seseorang. Bertanya khabar melalui whatsapp salah satu daripadanya.
3. Ambil tahu
Ambil tahu bila tarikh hari lahir atau tarikh ulangtahun perkahwinan mereka. Selain hadiah, ucapan juga menjadi tanda mereka juga penting untuk anda.
4. Saudara sendiri
Selain adik-beradik kandung, anggaplah mereka juga sama seperti adik-beradik sendiri. Mesralah dengan mereka dan sayangi mereka sebagaimana anda menyayangi adik-beradik sendiri.
5. Jemput ke rumah
Bila dah berkahwin, ajaklah mereka datang ke rumah. Jamu dengan makanan yang anda masak sendiri. Sambil-sambil tu, mintalah petua masakan atau tanyalah apa yang mereka pandai masak. Puji-puji sikit, jangan lupa tu!
6. Kenalpasti hobi mereka
Anda kena peka sedikit dengan sekeliling. Bila berkunjung ke rumah mereka, anda boleh tahu apa yang mereka minat. Mungkin lepas ni anda juga boleh join mereka sekali!
7. Jangan sekat hubungan persaudaraan
Jangan sesekali sekat hubungan pasangan dengan adik-beradik mereka. Itulah ‘pantang’ yang perlu anda elakkan. Sekiranya mereka ingin keluar bersama, berilah peluang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun pemberian hantaran hanyalah adat semata-mata, ia sudah dilihat seperti satu kemestian yang harus ada sebagai tanda pemberian di kedua-dua belah pihak. Tidak kiralah berapa jumlah yang dibalas mahupun jenis barangan yang diberi, ia terpulang kepada pasangan dan ahli keluarga dalam menentukannya.
Kali ini, Pesona Pengantin aturkan tip untuk tidak membazir pada hantaran yang dikirim agar pasangan mempelai dapat mengurangkan belanja perkahwinan.
Jangan Mengikut Trend
Trend kini lebih melihat gajet berteknologi untuk dijadikan barang hantaran buat pasangan mempelai. Benar! Ia dilihat sebagai mengikut arus teknologi dan pastinya bingkisan yang diberi kelihatan lebih mahal dari biasa seperti telefon pintar, kamera serta komputer riba. Namun, jika ia bukanlah satu keperluan dan sekadar untuk dilihat gah, ia merupakan satu pembaziran yang tidak harus dilakukan terutamanya buat pasangan yang bukan daripada golongan berkemampuan. Jangan disebabkan trend, anda sanggup mengikat perut sendiri.
Jualan Akhir Tahun
Kebiasaannya, jualan akhir tahun menawarkan barangan berjenama dengan harga yang lebih murah. Barangan dalam bentuk set seperti barangan kecantikan, wangian serta aksesori sememangnya disyorkan kerana potongan daripada setiap barangan adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan pembelian secara satu.
Sekadar Memenuhi Adat
Ketahuilah bahawa memberi hantaran merupakan adat semata-mata. Jadi, ia bukanlah satu kewajipan yang mesti dilaksanakan dalam sesebuah perkahwinan. Oleh itu, sediakan hantaran secara sederhana dan mengikut kemampuan anda. Jumlah dan barangan yang menjadi hantaran harus difikirkan mengikut keperluan agar barangan itu dapat digunakan semula untuk masa akan datang. Paling penting ialah ikatan yang sah, bukannya bilangan hantaran yang hanya sekadar memenuhi adat sahaja.
Barangan Berjenama
Buat sesetengah pasangan mempelai, hantaran yang dihias indah haruslah diisi dengan barangan yang mewah dan berjenama. Tiada salah untuk anda yang benar-benar mampu untuk memilikinya, namun buat yang tidak berkemampuan tapi masih menginginkannya, itu akan mendatangkan masalah. Ingatlah bahawa kehidupan selepas perkahwinan adalah lebih penting daripada barangan hantaran berjenama yang boleh mendatangkan beban dan pembaziran.
Gubah Sendiri
Melakukan gubahan pada hantaran digalakkan di samping dapat menjimatkan belanja upah. Selain kos yang kurang, idea untuk menghiasinya dapat memenuhi kehendak anda sendiri. Buat rujukan menerusi majalah-majalah perkahwinan mahupun laman sesawang yang boleh memberi idea serta tutorial agar gubahan yang dihasilkan tampak lebih menarik. Gunakan barangan sendiri jika perlu. Siapa sangka, mungkin anda dapat menghasilkan magis pada ciptaan anda nanti!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!