Dalam Islam, amalan yang bernilai besar di sisi Allah SWT adalah apabila amalan itu dilakukan terdapat perjuangan untuk menundukkan hawa nafsu. Antara sifat orang bertakwa yang perlu dipamerkan setiap Muslim adalah mudah memaafkan orang lain.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah tidak akan menambah walau sesuatu pun kepada seseorang hamba yang memberi maaf kecuali kemuliaan.”

Selain itu, satu lagi sifat mulia di sisi Allah SWT apabila seseorang dapat menahan marah ketika dia mampu melampiaskan amarah itu.Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang menahan kemarahannya dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang yang berbuat perkara yang baik.” (Surah al-Imran, ayat 134)

Baca “Hasbunallah wa ni’mal wakil” Jika Terasa Dendam Dan Tak Puas Hati

Apabila berlaku perselisihan antara dua individu pastinya masing-masing tidak mahu mengalah, malah saling menyalahkan antara satu sama lain. Amat rugi sekiranya perkara itu terus berlanjutan sehingga menyebabkan berlaku keretakan dalam hubungan silaturahim. Dalam Islam, urusan bersifat dunia tidak perlu bersikap sedemikian kerana siapa yang mula-mula memohon maaf, bererti dialah yang mendapat kemuliaan.

IKLAN

Yang terbaik di antara kedua mereka adalah yang pertama sekali mengajak berdamai. Pertimbangan siapa yang salah itu perlu diketepikan kerana manusia sentiasa sahaja merasakan diri mereka paling benar. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak halal bagi seorang Muslim tidak bertegur sapa saudaranya melebihi tiga hari, kedua-duanya bertemu, lantas saling berpaling muka antara satu sama lain. Yang terbaik antara mereka ialah orang yang memulakan salam.” (Riwayat Bukhari)

Menerusi satu hadis ada menyatakan bukanlah orang yang kuat itu yang menang dalam perkelahian atau pertengkaran, tetapi mampu menahan dirinya ketika dia sedang marah.

Rasulullah SAW sangat terkenal dengan akhlak dan sifatnya yang begitu mudah memaafkan kesalahan orang lain. Perkara itu dibuktikan pada awal dakwah Islam, baginda dilempar dengan batu serta kotoran orang-orang kafir Quraisy.

IKLAN

Baca “Hasbunallah wa ni’mal wakil” Jika Terasa Dendam Dan Tak Puas Hati

Bagaimanapun, semua tindakan keji baginda ‘balas’ dengan doa, “Ya Allah, berilah mereka petunjuk kerana sesungguhnya mereka termasuk orang-orang yang tidak tahu.” Rasulullah SAW tidak pernah menghiraukan sikap biadab yang dilakukan terhadap dirinya selain tidak menyimpan perasaan benci, jauh sekali untuk membalas dendam.

IKLAN

Dalam peristiwa Perang Uhud, walaupun baginda melihat perlakuan kaum kafir Quraisy bertindak kejam dan tidak senonoh terhadap mayat bapa saudaranya iaitu Hamzah bin Abdul Mutalib, namun tidak melakukan perbuatan sama ke atas mayat kaum kafir Quraiys.

Baca “Hasbunallah wa ni’mal wakil” Jika Terasa Dendam Dan Tak Puas Hati

Jika di dalam hati mula ada rasa tidak puas hati dengan orang lain, dendam atau apa sahaja rusan, maka bacalah zikir berikut iaitu: “Hasbunallah wa ni’mal wakil" yang bermaksud, “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepada-Nya segala urusan kami).”

Biarlah Allah SWT sahaja yang membalas sekiranya ada orang yang ingin melakukan kezaliman atau keburukan ke atas diri kita. Namun, yang paling baik adalah memaafkan mereka.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI