Kredit: Google

SURAH Al-Ikhlas, sepertimana surah-surah al-Quran yang lain juga memiliki banyak rahsia yang terkandung di dalamnya. Dinamakan surah Al Ikhlas, kerana dia menyelamatkan orang yang membacanya dari kesusahan dunia akhirat, dari kesusahan sakaratul maut, dari kesusahan kegelapan malam dan dari segala kesusahan risiko di hari kiamat.

Ternyata ada waktu tertentu yang dianjurkan membaca surat Al-Ikhlas.
Berikut sembilan waktu yang dianjurkan untuk mengamalkan surat Al-Ikhlas:

Baca Surah AL-Ikhlas Pada Waktu Tertentu, Bila Datang Kesusahan Akan Dipermudahkan

Pertama: waktu pagi dan subuh

Pada malam hujan lagi gelap gelita kami keluar mencari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk solat bersama kami, lalu kami bertemunya. Beliau bersabda,

“Apakah kamu telah solat?” Namun sedikitpun aku tidak berkata-kata. Beliau bersabda, “Katakanlah“. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Beliau bersabda, “Katakanlah“. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Kemudian beliau bersabda, “Katakanlah“. Hingga aku berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang harus aku katakan?”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Katakanlah (bacalah surah) QUL HUWALLAHU AHAD DAN QUL A’UDZU BIRABBINNAAS DAN QUL A’UDZU BIRABBIL FALAQ ketika subuh dan pagi sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akn mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan.” (HR. Abu Daud no. 5082 dan An Nasai no. 5428. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Kedua: sebelum tidur

“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika berada di tempat tidur di setiap malam, beliau menadahkan kedua tapak tangannya lalu kedua tapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An Naas). Kemudian beliau mengusapkan kedua tapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Beliau melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari no. 5017)

IKLAN

Ketiga: ketika ingin meruqyah (membaca do’a dan wirid untuk penyembuhan ketika sakit)

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, dia berkata, “Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam hendak tidur, beliau akan meniupkan ke tapak tangannya sambil membaca QUL HUWALLAHU AHAD (surah Al Ikhlas) dan Mu’awidzatain (Surah An Naas dan Al Falaq), kemudian beliau mengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya.

Aisyah berkata, “Ketika beliau sakit, beliau menyuruhku melakukan hal itu (sama seperti ketika beliau hendak tidur,).”

Baca Surah AL-Ikhlas Pada Waktu Tertentu, Bila Datang Kesusahan Akan Dipermudahkan

Keempat: Wirid sesudah Solat (sesudah salam)

IKLAN

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan padaku untuk membaca mu’awwidzaat di akhir solat (sesudah salam).” (HR. An Nasai no. 1336 dan Abu Daud no. 1523. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih). Yang dimaksud mu’awwidzaat adalah Surah Al Ikhlas, Al Falaq dan An Naas sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Hajar Al Asqolani. (Fathul Bari, 9/62)

Kelima: dibaca ketika mengerjakan solat sunnah fajar (qobliyah subuh)

“Sebaik-baik Surah yang dibaca ketika dua raka’at qobliyah shubuh adalah Qul huwallahu ahad (Surah Al Ikhlas) dan Qul yaa ayyuhal kaafirun (Surah Al Kafirun).” (HR. Ibnu Khuzaimah 4/273.

Syaikh Al Albani mengatakan dalam Silsilah Ash Shohihah bahawa hadits ini shahih. Lihat As Silsilah Ash Shohihah no. 646). Hal ini juga dikuatkan dengan hadits Ibnu Mas’ud yang akan disebutkan pada point berikut.

Keenam: dibaca ketika mengerjakan solat sunnah ba’diyah maghrib

IKLAN

“Aku tidak dapat mengira kerana sangat sering aku mendengar bacaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca Surah pada solat dua raka’at ba’diyah maghrib dan pada solat dua raka’at qobliyah subuh iaitu Qul yaa ayyuhal kafirun (Surah Al Kafirun) dan qul huwallahu ahad (Surah Al Ikhlas).” (HR. Tirmidzi no. 431. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan shahih)

Ketujuh: dibaca ketika mengerjakan solat witir tiga raka’at

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca pada raka’at pertama: Sabbihisma robbikal a’la (Surah Al A’laa), pada raka’at kedua: Qul yaa ayyuhal kafiruun (Surah Al Kafirun), dan pada raka’at ketiga: Qul huwallahu ahad (Surah Al Ikhlas) dan mu’awwidzatain (Surah Al Falaq dan An Naas).” (HR. An Nasai no. 1699, Tirmidzi no. 463, Ahmad 6/227).

Baca Surah AL-Ikhlas Pada Waktu Tertentu, Bila Datang Kesusahan Akan Dipermudahkan

Kelapan: dibaca ketika mengerjakan solat Maghrib (solat wajib) pada malam jumaat

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa ketika solat maghrib pada malam Jumaat membaca Qul yaa ayyuhal kafirun’ dan ‘Qul ‘ huwallahu ahad’. ” (Syaikh Al Albani dalam Takhrij Misykatul Mashobih (812) mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih)

Kesembilan: ketika solat dua rak’at di belakang makam Ibrahim setelah tawaf

“Lantas Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjadikan makam Ibrahim antara dirinya dan Ka’bah, lalu beliau melaksanakan solat dua rakaat. Dalam dua rakaat tersebut, beliau membaca Qulhuwallahu ahad (Surah Al Ikhlas) dan Qul yaa-ayyuhal kaafirun (Surah Al Kafirun). Dalam riwayat yang lain dikatakan, beliau membaca Qul yaa-ayyuhal kaafirun (Surah Al Kafirun) dan Qulhuwallahu ahad (Surah Al Ikhlas).” (Disebutkan oleh Syaikh Al Albani dalam Hajjatun Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, hal. 56)
sumber : binusrah

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI