Surah Al-Insyirah atau dikenali juga sebagai Surah Alam Nasyrah adalah surah ke-94 dalam Al-Quran yang diturunkan di Mekah. Surah ini memberi penekanan kepada rahmat Allah yang melapangkan dada Nabi Muhammad S.A.W., mengangkat beban baginda, serta mengingatkan bahawa setiap kesusahan pasti disertai dengan kemudahan.Surah Al-Insyirah

Terjemahan Surah Al-Insyirah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad) dengan petunjuk dan hidayah, dan Kami telah meringankan daripadamu beban yang memberati tanggunganmu, serta Kami telah meninggikan bagimu sebutan namamu.

Ads

Oleh itu, sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai daripada sesuatu amal soleh, bersungguh-sungguhlah mengerjakan amal soleh yang lain. Dan kepada Tuhanmu sahaja tempat engkau memohon.

Surah Al-Insyirah: Terjemahan, Kelebihan & Amalan Membawa Keajaiban

Ads

Kelebihan Surah Al-Insyirah

  • Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Barangsiapa membaca Surah Al-Insyirah, seakan ia mendatangiku dan menjadi suatu kelapangan daripadaku”.
  • Siapa yang membiasakan membaca Surah Al-Insyirah selepas solat fardhu, Allah akan permudahkan urusannya serta melapangkan rezeki.
  • Membaca Surah Al-Insyirah dapat menghilangkan kesukaran, mendatangkan kerajinan beribadah, serta melapangkan dada.
  • Membaca Surah Al-Insyirah sembilan kali selepas solat fardhu menjauhkan kesempitan hidup.
  • Amalan membaca Surah Al-Insyirah menjadikan hati tenang, rezeki bertambah, dan hilang rasa duka cita.

Kelebihan Membaca Surah Al-Insyirah Ketika Susah

Surah Al-Insyirah juga sering diamalkan ketika menghadapi kesukaran hidup. Antara cara yang dianjurkan:

Ads
  1. Sembahyang sunat dua rakaat, setiap rakaat membaca Surah Al-Fatihah dan surah lain.
  2. Selepas solat, duduk menghadap kiblat dan membaca Surah Al-Insyirah sebanyak bilangan hurufnya.
  3. Berdoa memohon hajat yang diinginkan daripada Allah S.W.T.

Amalan Khusus Surah Al-Insyirah

  • Membaca Surah Al-Insyirah 200 kali pada waktu dhuha dapat memperlihatkan perkara luar biasa dengan izin Allah.
  • Membaca Surah Al-Insyirah 700 atau 1000 kali sehari ketika berhajat sesuatu, nescaya dimakbulkan Allah.
  • Menulis Surah Al-Insyirah pada bekas, dihapuskan dengan air mawar lalu diminum – dapat menghilangkan dukacita dan menenangkan hati.

Pengajaran Surah Al-Insyirah dalam Kehidupan

Surah Al-Insyirah mengajar kita bahawa setiap ujian hidup akan disusuli dengan kemudahan. Ia memberi motivasi untuk terus berusaha tanpa berputus asa, serta menjadikan doa dan tawakkal kepada Allah sebagai kekuatan utama. Dengan mengamalkan Surah Al-Insyirah, hati menjadi lebih lapang, fikiran lebih tenang, dan hidup lebih diberkati dengan rezeki serta kelapangan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

InsyaAllah, semoga perkongsian tentang Surah Al-Insyirah ini memberikan manfaat dan menjadi amalan yang mendekatkan kita kepada Allah.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI