Rugi kalau tidak amal perkara semudah ini. Kebanyakan orang Islam tahu apa yang dimaksudkan membaca 3 Qul. Ianya bermaksud membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.
KEKUATAN 3 QUL
Barang siapa yg membacanya 3 kali pada pagi dan petang, maka segala sesuatu akan dicukupkan untuknya.
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah ilah yg bergantung kepada-Nya segala urusan. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yg setara dgn Dia.” (QS. Al Ikhlas: 1-4) (Dibaca 3 x)
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah: Aku berlindung kepada Rabb yg menguasai Shubuh, dari kejahatan makhluk-Nya, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita, dan dari kejahatan2 wanita tukang sihir yg menghembus pada buhul-buhul, dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki”. (QS. Al Falaq: 1-5) (Dibaca 3 x)
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah: Aku berlindung kepada Rabb manusia. Raja manusia. Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) syaitan yg biasa bersembunyi, yg membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia.” (QS. An Naas: 1-6) (Dibaca 3 x)
Sebelum tidur
Sebelum tidur amalkan membaca 3 kali (3 Qul) karena amalan ini dapat: Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was2 dan segala kejahatan, Terhindar dari segala perkara yg buruk
Ads
Cara-caranya:
Ditempat tidur sambil duduk, baca surah tiga Qul (diawali dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sehingga habis setiap surah) sambil menadah tangan. Selepas membaca surah tiga Qul tiup pada telapak tangan dan sapu muka dan seluruh badan, tangan dan kaki. Ulang sebanyak tiga kali.
Untuk anak2 yg masih kecil, ibu atau Ayah boleh baca 3 Qul, tiup pada telapak tangan dan kemudian sapukan pada keseluruh badan anak.
Diriwayatkan daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, katanya:
“Nabi صلى الله عليه وسلم ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tsb ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas). Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yg mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yg demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari)
Amalkan membaca ketiga-tiga surah tersebut sebanyak 3 kali sebelum tidur kerana amalan ini mampu:
1.Menolak gangguan jin 2.Menolak gangguan syaitan 3.Menghindarkan dari terkena sihir 4.Menghindarkan penyakit was-was 5.Menghindar dari segala kejahatan 6.Menghindar dari perkara-perkara buruk
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pesanan padu suami isteri kena hadam, jangan sebab sedikit kesenangan, kita lupa waktu susah waktu mula-mula nak bina keluarga.
Ini jelas berlaku apabila ramai pasangan suami isteri ini membuka ruang pada orang ketiga waktu dah ada anak-anak dan stabil. Betapa hancurnya hati seorang isteriapa apabila situasi ini berlaku. Nah, jemput renungkan perkongsian saudara Muhammad Hassan ini seketika.
Jangan Sebab Sedikit Kesenangan
Saya belajar sesuatu dari mereka yang sentiasa mempamerkan Kebahagiaan rumahtangga kepada umum sebagai bahan content di media sosial.
1. Jangan selalu,kerap,tiap hari mempamirkan kebahagiaan kita kepada orang lain sehinggakan kemesraan dalam bilik tidur pun mahu ditunjuk umum. Kalau boleh segala apa sisi bahagia rumahtangga mahu dipertontonkan kepada umum. Dalam Al Quran ada sebut. Anak-anak nak masuk bilik kita perlu minta izin. Surah An-nur 58.
2. Jangan sesekali angkuh mengungkapkan perkataan hanya setia kepada yang satu tidak akan pandang yang lain. Dengan niat untuk menyindir perkahwinan poligami orang lain. Jangan bang,makan tuan nanti.
Kerana setiap kata-kata itu boleh jadi datangnya ujian bertalu-talu kepada kita akan datang. Sebaliknya ungkaplah syukur punyai isteri dan anak-anak berserta doa. Ya Allah kekalkan kami suami isteri hingga ke syurga,kekalkan kami suami isteri hingga ke syurga.
3. Jangan sesekali mengkritik,memperlekehkan hubungan orang lain terutama hubungan yang sah disisi syarak. Tidak kiralah dia kahwin 1,2,3 atau 4. Contoh berlaku kepada kawan saya sendiri. Sebelum ini cukup tidak bersetuju apabila dapat tahu ada anak-anak muda kahwin ketika zaman belajar. Tup-tup anak dia sendiri terpaksa dikahwinkan ketika masih tahun pertama di universiti.
4. Jangan terlalu kerap mempamirkan kecantikan wajah isteri kita di media sosial dengan puji pujian cantiknya mata isteri abang,lembutnya pipi isteri abang,merahnya bibir isteri abang. Kerana disebalik kecantikkan wajah isteri kita itu datangnya godaan syahwat kepada mata-mata lelaki yang memandang. Cukuplah dan biarkan mata kita sahaja untuk menikmati kecantikan wajah isteri bukan untuk di kongsi bersama.
Dan kepada isteri juga. Jangan terlalu teruja mempamirkan kehenseman,harta suami,sifat-sifat romantis suami kepada umum. Kerana itu juga membangkitkan syahwat wanita lain terhadap suami.
5. Jaga ikhtilat dengan wanita-wanita lain apabila kita sudah ada nama di media sosial,terutama dengan pekerja. Jangan sesekali membuka ruang untuk kita ada apa-apa hubungan penting dengan pekerja wanita. Contohnya jadikan pekerja wanita sebagai P.A. Jadikan pekerja wanita sebagai pembuat air setiap pagi.
Sebaliknya jadikan isteri kita sebagai perantaraan dengan pekerja wanita untuk apa-apa urusan penting.
Contoh: Terpaksa bawa seorang pekerja wanita untuk meeting dengan pelanggan di luar. Pastikan isteri bersama sebagai perantaraan dengan pekerja wanita. Jangan menormalisasikan hubungan akrab dengan pekerja wanita.
Dan terakhir. Hargai sungguh-sungguh apa yang telah Allah kurniakan untuk kita hari ini. Kerana yang sedia ada ini sudah banyak lalui kesusahan,kesedihan,keperitan bersama. Jangan kerana sedikit kesenangan, kekayaan kita lupa segalanya yang lalui bersama.
Apa pun ujian yang datang menyinggah, moga kalian berbahagia suami isteri hingga ke syurga tidak kiralah 1,2,3 atau 4. Kerana kebahagiaan sebenar hanyalah di syurga. Tiada lagi kesedihan dan keperitan di sana.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Air cendol merupakan minuman yang penuh dengan rasa lemak dan berkrim. Minuman ini memang sedap dan sesuai diminum waktu musim panas. Memang terasa lega ditekak setiap kali kita menikmatinya,
Populariti minuman itu sama seperti air batu campur (ABC). Pun demikian, untuk membuat cendol yang sedap, mestilah kena tahu bahan-bahan dan cara membuatnya. Sebenarnya tak susah mana pun hendak membuat minuman cendol. Bahan pun tak banyak.
Mari kita cuba resipi Cendol Gula Melaka seperti yang dikongsikan oleh Shida Ambok ini. Pasangan yang baru kahwin bolehlah cuba buat untuk dihidangkan pada sanak saudara dan rakan taulan yang datang beraya di rumah ya!
RESIPI CENDOL GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
1.5 kg cendol segera
1 tin susu sejat (*bahan rahsia)
1 tin santan pekat (resipi akan lebih enak bila guna santan perahan kelapa parut)
Secubit garam
Gula melaka (kalau tiada gula melaka boleh juga guna gula merah)
Ais batu
CARA MEMBUAT:
1. Campur 1 tin susu sejat dengan santan pekat (Nisbah1:1)
2. Kacau dan masukkan secubit garam untuk naikkan rasa.
3. Cairkan gula melaka di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.
4. Untuk penyediaan, isikan cendol, gula melaka diikuti santan mengikut selera. Lebih sedap apabila ditambah ais.
Tak pelik pun kalau isteri keluar kerja dan suami pula jaga anak di rumah. Nak-nak zaman sekarang.
Namun apa yang menjadi isu adalah apabila hanya isteri yang keluar mencari nafkah buat keluarga sementara suami menguruskan anak.
Isteri Keluar Kerja Cari Rezeki
Peranan yang sepatutnya dibuat suami bertukar tangan kepada isteri membuatkan timbul tanda tanya, boleh ke?
Jom kita fahami dengan baik hukum isteri bekerja demi menyara keluarga seperti yang diterangkan Dr Zulkilfi Mohammad Al-Bakri ini.
Menerusi soalan yang ditanya di laman Maktabah Al Bakri, seorang penjawat awam dikatakan sudah berbincang dengan suami dan membuat persetujuan bersama hanya isteri yang bekerja.
Tetapi dia mula berbelah bahagi apabila mendengar ceramah mengatakan rezeki tak akan berkat dan sentiasa berkurangan.
Boleh Tapi Bersyarat
Menurut Datuk Dr Zulkifli, adalah harus dan dibolehkan untuk wanita keluar berkerja berdasarkan garis panduan dan dhawabit berikut:
Niat ikhlas bekerja kerana Allah SWT
Mendapat keizinan bapa atau suami.
Tidak mengabaikan tanggungjawab rumah tangga, suami dan anak-anak sekiranya telah berkahwin.
Tidak menimbulkan sebarang fitnah ketika keluar bekerja dan ketika pulang
Tidak berpakaian dengan pakaian yang mendedahkan aurat dan juga tidak bergaul secara bebas.
Jelas beliau lagi, tidak menjadi masalah untuk si isteri bekerja dengan syarat menepati garis panduan.
Suami Tak Boleh Lepas Tangan Bab Nafkah
Dalam masa yang sama, si suami tidak boleh melepaskan tanggungjawabnya dalam memberi nafkah kerana ia kewajipan ke atas seorang suami.
Datuk Dr Zulkifli menasihati suami di luar sana supaya mencari kerja yang sesuai dengan kemampuan supaya peranan sebagai suami dapat dijalankan.
Beliau faham zaman kini suami dan isteri perlu bekerja untuk menyara keluarga lebih-lebih lagi kalau ada anak.
Komitmen semakin bertambah, semua nak kena bayar dan kelengkapan rumah kena cukup, belum masuk bab keperluan diri, hutang, bil air/elektrik, sewa rumah dan seumpamanya.
Begitulah hakikat tentang mencari rezeki zaman sekarang.