
Petua untuk kali ini yang kami nak kongsikan kepada anda ialah cara buang angin dalam badan. Bagi mereka yang kerap sangat buang angin tu eloklah diamalkan petua ini.
Bahan-bahan:
- 3 batang serai
- 4 cm halia atau 2 ketul
- Susu
- 1 uncang teh (pilihan tak nak letak pun tak apa)
Cara-cara:
- Diketuk kedua bahan di atas.
- Direbus dengan 3 gelas air dijadikan sehingga 1 gelas air dan masukkan susu kesukaan contoh anlene.
- Tunggu suam diminum
Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 / 3 kali. Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh-lenguh badan. Kolestrol tinggi dan sakit urat saraf.
Disyorkan minum selepas makan di siang hari.
Bawang putih dibakar beberapa ulas. Untuk melegakan perut dan badan yang banyak angin.
Sumber: karteldakwah.com
Jadikan Amalan, Inilah Rahsia 3 Zikir Untuk Wajah Kekal Muda & Cantik Berseri!

Kulit cantik berseri merupakan idaman setiap manusia tidak kira wanita mahupun lelaki. Untuk menghindari proses penuaan bukanlah perkara yang mustahil walaupun saat tua tetap terjadi dalam hidup mana-mana manusia di dunia ini secara semula jadi. Apatah lagi untuk mengurangkan penambahan usia!
Untuk melaksanakannya tidaklah terlalu sukar serta memerlukan belanja yang cukup mahal. Sebaliknya anda hanya perlu melakukan pola hidup yang sihat dan lebih berdisiplin dalam memilih makanan yang akan anda nikmati. Selain itu, anda juga boleh amalkan cara mudah yang tidak memerlukan belanja besar. Anda boleh amalkan kesemua cara ini ataupun boleh mengamalkan satu cara sahaja, asalkan anda istiqamah mengamalkannya.
CARA 1:
Dilakukan selepas solat Isyak
Ambil air segelas
Baca Al-Fatihah 1 kali
Ayatul Qursi sekali
Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali
Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumah tangga
CARA 2:
Zikir di bawah ini dibaca agar kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luar dan dalam. Amalkan membaca zikir ini dengan cara seperti berikut:
Baca “Ya Badiyah” 1 kali
Baca “Ya Nur” 1 kali
Baca “Ya Hadi” 1 kali
Baca “Ya Allah” 3 kali
Baca zikir di atas dan tiup pada tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita
Lakukan setiap hari.
CARA 3:
Amalkan membaca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 daripada surah Al-Waqiah setiap kali selepas solat Subuh. Selepas membaca ayat-ayat ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut. Kaedah ini diamalkan supaya anda kelihatan cantik, muda serta bertenaga luar dan dalam.
Bakal Pengantin Perlu Pilih Lipstick Yang Sesuai, Supaya Tak Nampak Terlalu Tua

Pemakaian gincu adalah pelengkap solekan seseorang wanita dan ianya menjadi satu perkara yang wajib kerana dengan memakai gincu, bibir anda akan terasa lembap dan keyakinan diri akan lebih terserlah.
Jika anda ingin memilih gincu pastikan ianya yang sesuai dengan bibir dan tidak mengeringkan serta bersesuaian dengan tona kulit anda agar tidak kelihatan seperti kurang sesuai ketika memakainya. Berikut beberapa jenis gincu yang berpatutan harganya yang mungkin salah satunya menjadi pilihan anda.
Maybelline The Powder Mattes by Color Sensational Lipstick
Lipstick terbaik untuk kulit sawo matang dan bibir tebal
Warna yang menarik dari gincu jenama Maybelline ini sering menjadi perhatian para wanita yang gemar menggunakan rona-rona sensasi untuk bibir. Kali ini ia menampilkan gincu yang memberikan kesan dramatik untuk bibir anda. Teksturnya dihasilkan dari jenis serbuk berpigmen dan nektar madu untuk memastikan bibir kelihatan licin dan menonjol sepanjang masa dengan sentuhan matte.
Bukan sahaja itu, dengan 17 pemilihan warna seperti Pink Potion, Make Me Blush, Coral Passion dan banyak lagi, untuk menyerlahkan lagi bibir plump anda agar tidak kelihatan pucat.
NYX PROFESSIONAL MAKEUP Soft Matte Lip Cream
Lipstick matte cream terbaik
Pasti anda jatuh cinta setiap kali melihat rangkaian gincu dari NYX kerana dengan sentuhan matte, ianya memberikan kemasan yang cantik dan warna yang menakjubkan pada bibir. Lipstick ini terasa sangat ringan apabila dipakai dan mampu bertahan lebih lama pada bibir anda. Ditambah pula dengan formula gincu yang berbau wangi dan manis, membuatkan anda tidak mahu menanggalkannya.
L‘Oreal Paris Color Riche Matte
Lipstick rona gelap seperti coklat – sesuai untuk kulit putih/cerah
Gincu dari L’oreal ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin kerana ianya memastikan bibir tidak merekah akibat kekeringan. Dengan rangkaian warna gincu yang dikeluarkan oleh Maybelline, bibir anda tampak seperti 3D dan ronanya sesuai untuk tona kulit putih mahupun gelap.
Diformulasikan dari minyak Jojoba dan minyak Canine untuk memastikan bibir tidak kering walaupun anda memakainya sepanjang hari. Hanya dengan sekali olesan, bibir anda tampil lebih licin, kemas dan berani.
Silkygirl Matte Junkie Lip Cream
Lipstick sesuai untuk remaja dan bibir sensitif
Rangkaian solekan dari Silkygirl ini dapat memastikan remaja juga dapat bergaya dengan gincu matte kerana harganya yang mampu milik. Gincu jenis cecair ini kekal pada bibir lebih lama, sesuai untuk remaja yang keluar bersantai bersama rakan-rakan atau keluarga kerana ianya tidak perlu dioleskan selalu.
Gincu matte ini didatangi dalam pelbagai rona pilihan iaitu retro, glamour, dolly dan banyak lagi. Anda tidak perlu risau kerana gincu matte ini jenis ringan, bebas haruman, paraben dan yang paling penting sesuai untuk mereka yang memiliki bibir sensitif.
Revlon Super Lustrous – 460 Blushing Mauve
Lipstick matte tahan lama
Revlon hadir dalam 12 warna matte dan salah satu darinya adalah Blushing Mauve. Tekstur gincu ini jenis berkrim serta warnanya terdiri daripada rangkaian rona yang berimpak tinggi, membuatkan ketrampilan anda tampak penuh keyakinan.
Dengan formula yang licin dan sangat kemas, gincu ini membuatkan bibir anda kelihatan lebih menarik dan menonjol sepanjang masa. Lebih menarik tentang gincu ini adalah walaupun anda minum ataupun makan, ronanya tetap kekal di bibir.
Rupanya Inilah Amalan Kenapa Orang Korea & Jepun Susah Nak ada Jerawat!

Setiap wanita inginkan kulit yang cerah dan bebas dari jerawat seperti gadis Korea dan Jepun. Korea terkenal dengan pembedahan plastik dan Jepun pula terkenal dengan teknologi terkini dalam kecantikan.
Walaupun kedua negara tersebut sangat hebat dalam bidang kecantikan, namun mereka hanya mengamalkan rutin mudah je untuk dapatkan kulit yang cantik.
Jom tengok, mana tahu kulit anda boleh jadi macam selebriti Korea dan Jepun!
1. MEREKA MENGAMALKAN MINUM TEH HIJAU
Gadis Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Teh hijau bebaskan kulit anda dari jerawat kerana mengandungi antioksidan yang baik.
2. GUNAKAN PENCUCI MUKA YANG BETUL
Gadis Korea dan Jepun menggunakan Cleansing Oil kerana ia mampu bersihkan mekap dengan sempurna, sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Patutlah tak ada jerawat.
3. PENGGUNAAN PENYEGAR WAJAH SANGAT PENTING!
Penyegar wajah mampu menanggalkan sel kulit mati dan mampu membersihkan wajah dengan sempurna. Mereka tidak gunakan kapas, tapi hanya gunakan jari untuk menyapunya pada kulit untuk penyerapan yang optimum.
4. PELEMBAB WAJAH SANGAT PENTING
Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk kulit. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.
5. AMALKAN SENAMAN WAJAH UNTUK KULIT LEBIH CANTIK
Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.
6. URUTAN WAJAH BUATKAN WAJAH LEBIH BERSERI
Rahsia wajah berseri adalah dengan melakukan urutan pada wajah. Ia menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.
7. TOPENG MUKA & PUPUR WAJAH JADI RUTIN SETIAP MINGGU
Setiap kali tengok drama Korea je, mesti heroin dok sibuk pakai topeng muka sebelum tidur. Topeng muka atau pupur wajah mampu mencerahkan kulit, mencuci kulit dan pori wajah.