Apabila seseorang itu ingin melangsungkan pernikahan mahupun sebuah pertunangan, perkara pertama yang akan bermain di benak mereka adalah:
Adakah keputusan yang aku lakukan ini adalah yang terbaik buatku dan pasangan? Benarkah dia jodoh yang tepat buatku?
Antara si A dan si B, manakah yang paling terbaik untukku?
Islam adalah agama yang sangat sempurna. Bahkan Islam juga menyediakan penyelesaian bagi mereka yang keliru akan jodoh mereka sendiri. Walaupun manusia dikurniakan dengan akal fikiran tetapi mereka tetap memiliki kekurangan, terutama dalam menentukan sesuatu di luar kemampuannya
ISLAM MENGANJURKAN SOLAT ISTIKHARAH
Ads
Oleh yang demikian, umat manusia hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang itu membuat keputusan, mereka dianjurkan solat istikharah. Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk terutama apabila seseorang dalam keraguan untuk memutuskan antara dua perkara. Misalnya soal jodoh.
Namun masih terdapat kemusykilan terhadap jawapan berdasarkan petunjuk yang diberikan. Berikut adalah penerangan jawapan daripada Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari mengenai bagaimana kita boleh tahu bahawa seseorang itu jodoh atau tidak bagi kita.
1)MELIHAT KEPERIBADIAN SI DIA
Pertama sekali, anda harus lihat bagaimana agamanya, akhlaknya, adabnya dan bagaimana sopan santunnya. Anda harus nilai dari segi luaran. Cara percakapannya dan cara si dia melayan orang tua. Apabila sudah lama mengenalinya dan selesa berkawan dengannya, anda sudah boleh mula melakukan solat istikharah.
2)TERUSKAN SAHAJA NIAT BERNIKAH
Selepas menunaikan solat istikharah, anda teruskan sahaja niat untuk bernikah dengannya. Namun, sepanjang proses untuk bernikah, anda dapat merasakan ada sahaja halangan yang mendatang. Halangan tersebut telah mengakibatkan perancangan anda dan si dia terpaksa ditangguh meskipun niat anda adalah untuk bernikah iaitu untuk menyempurnakan iman.
Ads
3)HALANGAN MENDATANG SEPANJANG PROSES PERNIKAHAN
Halangan itu juga telah mengakibatkan anda dan si dia terpaksa membatalkan niat pernikahan tersebut. Pelbagai cara sudah anda dan si dia lakukan tetapi segala perancangan tidak dapat diteruskan dengan lancar. Ianya bermakna Allah SWT tidak mahu anda meneruskan niat untuk berkahwin dengan si dia. Itulah tanda dari solat istikharah. Istikharah maksudnya kita harapkan dan kita mahukan kebaikan daripada Allah SWT.
4)REDA DENGAN KETENTUAN-NYA
Namun apabila sudah diberi petunjuk seperti itu, anda seharusnya reda akan keputusan yang telah ditentukan oleh-Nya. Usah sesekali mempersoalkan akan ketentuan-Nya kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Maka oleh itu, teruskan pencarian terhadap orang lain. Mulakan dengan niat yang sama. Sekiranya selepas solat istikharah, Allah SWT telah memudahkan proses sehingga ke tempoh perkahwinan, itulah yang Allah SWT inginkan untuk kita.
Istikharah bukan bermakna kita kena tunggu seolah-olah seperti wahyu datang:
5)PETUNJUK BUKAN HANYA DATANG DARI MIMPI
“Mana Malaikat Jibril ni? Siapa dia nak tengok dalam mimpi?”
Ads
Tidak semestinya setiap petunjuk disampaikan dalam mimpi. Malah, petunjuk daripada istikharah juga boleh berdasarkan kekuatan hati seseorang. Misalnya mereka mempunyai dua, tiga pilihan, petunjuk mungkin boleh berdasarkan kecenderungan hati untuk memilih yang mana satu. Terutama dari segi akhlak dan agamanya.
Tetapi sekiranya dalam membuat pemilihan dan masih ada halangan, pilihlah yang lain. Ternyata si dia masih bukan yang terbaik untuk anda jadikan suami atau isteri.
KESIMPULAN
Justeru, sekiranya anda masih ragu-ragu akan keputusan anda, lakukanlah istikharah. Ianya tiada batasan dalam melakukan solat istikharah. Maksudnya, sekiranya anda menunaikan solat istikharah dua rakaat, kemudian melakukannya lagi pada hari esok sebanyak dua rakaat, maka ianya tidak ada masalah. Semakin banyak anda lakukan, semakin bagus. Sehingga anda menemukan jawapan atas pertanyaan itu
Kredit: Baitulmuslim.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali gaduh, isteri salah. Setiap kali marah, isteri salah dan setiap kali ada yang tak kena, isteri salah.
Jahat betul isteri kita. Ini sesuatu yang salah patut kita semak dalam hubungan suami isteri. Nak lebih jelas, jemput baca perkongsian Puan Amy tentang hubungan yang retak dalam perkahwinan.
Setiap Kali Gaduh
Asyik buat salah memanjang, tak pernah buat elok, tak pernah jadi baik. Semua yang berlaku, berpunca dari dia. Kita yang jadi suami, memanjang betul, memanjang baik, memanjang tak buat masalah.
Maksum dan sempurna betul kita.
Punca Dari Kita Sendiri
Ada ketikanya, ada masanya, salah itu kita yang buat, punca itu dari kita. Kita yang tak kena, kita yang buat bagi pergaduhan itu tercetus. Isteri masam muka, moody, emo, sebab perangai dan perbuatan kita.
Tapi, nak ke kita mengaku? nak ke kita minta maaf kat isteri?
“Tak kot… aku suami, kenapa aku nak mintak maaf kat isteri. Aku suami, dia lah kena minta maaf kat aku walaupun itu salah aku, kan dia isteri.” Begitulah egonya kita.
Suami yang bijak, dia tak kan nampak salah isteri saja. Suami yang adil, dia tak akan menyalahkan isteri sahaja.
Kalau selamanya isteri yang salah sentiasa, maka isteri kita tersagatlah jahat dan kita memang gagal sebagai seorang suami sebab kita gagal didik, ajar dan bimbing isteri sendiri untuk buat betul dan jadi baik.
Renung-renungkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lelaki dan sukan memang tidak boleh dipisahkan. Ada antara lelaki yang sangat aktif bermain sukan manakala ada pula yang biasa-biasa sahaja.
Ramai lelaki menganggap tubuh sasa ini adalah satu bonus supaya senang untuk memikat wanita kegemaran mereka. Namun, sebenarnya tidak semua perempuan yang suka lelaki bertubuh sasa ini. Kenapa? ini sebabnya!
1. Dada lelaki besar
Ya, bila dah mula membina badan dan otot secara automatik semuanya akan menjadi besar termasuklah dada. Ada wanita yang menganggap dada lelaki yang besar seakan payudara membuatkan wanita geli!
2. Badan macam raksasa
Lelaki tubuh sasa memang mempunyai badan yang ‘berketak-ketak’. Apabila berjalan sebelah mereka wanita akan merasa badan mereka ini terlalu besar dan seperti berjalan bersama raksasa.
3. Tewas di ranjang
Sesetengah wanita menganggap lelaki sasa ini selalunya mesti ‘power’ di ranjang. Namun, ada wanita yang akan menangis pada malam pertama perkahwinannya kerana suami berbadan sado itu cepat ‘layu’.Ini kerana ejakulasi pramatang kerap berlaku kepada lelaki-lelaki sado kerana tabiat tidak sihat mereka seperti terlalu banyak mengambil suplimen.
4. Perasan dan kuat berangan
Ada wanita yang bila keluar bersama pasangannya hanya ingin mahu menarik perhatian orang ramai. Tetapi, sebenarnya lelaki seperti ini selalu ‘control’ dirinya di khalayak ramai. Mereka berfikir dengan raut wajah dan badan yang menarik mampu membuat semua orang pandangnya.
5. Dilabel mata keranjang
Sebut sahaja lelaki pasti mereka akan dikaitkan dengan perangai kasanova. Meskipun tidak semua lelaki sebegitu namun ada sesetengah mereka yang akan mengambil kesempatan dengan personaliti mereka ini untuk memikat ramai wanita.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mengambil pil perancang bukan bermakna anda menolak rezeki anak, dalam keadaan tertentu terutama sekali melibatkan kesihatan ianya amat di galakkan. Namun, ramai ibu-ibu yang was-was ataupun takut untuk mengambil pil ini kerana ada yang mengatakan ianya boleh menyebabkan kegemukan kerana pertambahan selera makan. Malahan ada juga mendakwa pengambilan pil ini tidak memberikan sebarang kesan positif.
Ibu yang nak guna pil perancang selepas hamil untuk mengawal kehamilan kena tahu cara yang betul dan disaran pakar untuk ambil pil ini. Ketahui cara-cara itu di sini. Bila boleh mula ambil pil perancang? Ibu-ibu yang memilih untuk menggunakan pil perancang selepas hamil perlulah tahu cara and langkah-langkah yang betul untuk mengambil pil ini. Jangan suka-suka ambil tanpa nasihat doktor. Dr. Zubaidi berkata secara amnya ibu menyusu boleh memulakan mini pill, 6 minggu selepas bersalin supaya anak lebih matang dan pengeluaran susu ibu sudah mantap.
Ini kerana pil perancang boleh mengurangkan pengeluaran susu badan. Ibu-ibu yang memberi susu formula pula boleh mula mengambil pil perancang 3 minggu selepas bersalin.
Pil perancang yang ada di pasaran
Pil perancang di jual dalam bentuk pek. Jenis yang paling biasa diambil ada pil hormon untuk 3 minggu dan sesetengah pek disertakan pil gula untuk minggu ke-4. Dalam minggu ke-4, anda akan datang haid dan selepas minggu keempat (28 hari), anda akan mula menggunakan pek baru. Mengikut jenama dan kegunaannya, sesetengah pil hormon diambil secara berterusan untuk beberapa bulan.
Jika ibu-ibu menggunakan jenis ini, anda tidak akan datang haid setiap bulan tapi hanya akan datang haid selepas beberapa bulan.
.
3 cara untuk mula makan pil perancang
1. Cara cepat – Selepas temujanji dengan doktor, ambil pil pertama anda. Ambil pil ke-2 keesokan harinya. Dalam 7 hari pertama mula makan pil hormon, gunakan kaedah perancang sokongan, seperti kondom untuk mencegah kehamilan.
2. Mula pada hari Ahad – Anda boleh memilih untuk mula makan pil hormon pada hari Ahad, supaya anda tak akan datang haid pada hujung minggu. Ini adalah alternatif bagus untuk ibu-ibu yang suka beriadah pada hujung minggu dengan keluarga. Sama seperti kaedah di atas, anda perlu menggunakan kaedah perancang sokongan, seperti kondom untuk mencegah kehamilan.
3. Mula pada hari ke-5 – Pada hari ke-5 datang haid, ambil pil pertama anda.
.
Rutin untuk mengawal makan pil secara harian
Terdapat juga app seperti ini yang boleh mengingatkan ibu-ibu masa untuk mengambil pil perancang. Ambil pil hormon anda setiap hari dan pada masa yang sama. Ada aplikasi dalam telefon yang boleh memudahkan anda untuk mengatur rutin ini. Jangan lupa muat turun!
.
Di sini kami sertakan beberapa petua supaya anda tidak lupa untuk mengambil pil dan terus mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang:
Pilih masa yang sesuai untuk mengambil pil setiap hari. Cara baik untuk sentiasa ingat ialah ambil pil selepas berus gigi, sarapan pagi, atau pun sebelum tidur.
Gunakan kalendar anda. Tanda hari anda akan mula makan pek baru. Tanda juga pada kalendar selepas anda telah ambil pil.
Semak lagi. Setiap pagi, periksa pek pil untuk memastikan anda betul-betul telah mengambil pil hormon anda semalam. Jika anda mendapati anda telah tertinggal satu, ambil pil itu dengan segera.
Jika ibu-ibu ada pertanyaan lain atau masih kurang pasti tentang cara yang betul tapi malu untuk tanya doktor, anda juga boleh tanya dengan jururawat yang bertugas.