Makna bahagia tu sangat subjektif kerana apa yang kita lihat hanyalah yang tersurat. Tapi kita tak tahu kisah di sebalik yang tersirat.

Mari kita sama-sama hadamkan kata-kata dari pendakwah bebas, Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria makna di sebalik bahagia mengikut situasi yang berbeza.

Bahagia Orang Berbeza-beza, Bersangka Baik & Lalui Hidup Dengan Tenang
Pendakwah bebas, Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria. (Kredit: FB Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria)

“Ada orang rasa bahagia boleh bagi makan dekat kucing-kucing tepi jalan. Tak cukup dengan tu, kucing-kucing yang sakit dirawatnya dan dijaga penuh kasih sayang.

Ada orang bahagia bila siap masak pada suami atau anak-anak je hidang cantik-cantik pastu tangkap gambar untuk kenangan. Satu kepuasan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata.

Ada orang bahagia saat boleh bagi makan dekat anak-anak yatim, rasa puas boleh lihat anak-anak syurga gembira. Kasih dan sayang tu tak semua orang boleh merasa.

Ada orang bahagia dapat belikan anak-anak pakaian baru, walaupun hanya beli di pasar malam. Rasa nak membahagiakan orang tersayang tu terlalu kuat. Dapat gaji terus belanja anak tanpa fikir keperluan diri yang lama tak berganti. Nikmatnya tengok anak tersenyum bahagia.

Bahagia Orang Berbeza-beza, Bersangka Baik & Lalui Hidup Dengan Tenang
Kredit Foto: Instagram Wawa Zainal

Ada orang bahagia setiap hari bersedekah, walaupun sedikit tangannya laju memberi. Bahagia melihat orang yang susah dapat merasa dan memiliki. Tanda syukur dengan rezeki yang Allah bagi.

Ada orang bahagia dapat solat berjemaah dan mengaji Quran setiap hari, diperbaiki solatnya dan bacaan. Tak kira usia atau waktu lapangnya. Dikejarnya akhirat seperti esoknya dia mahu pulang ke negeri abadi.

Ada orang bahagia setiap langkah dipenuhi doa dan zikir. Selalu berzikir mengingati Allah. Halang diri bercakap benda-benda tak baik, bercakap keburukan orang atau pun nak mencari salah orang jauh sekali. Bahagianya bila lidah tak terpisah dengan zikir.

Tak kira siapa pun kita, kaya ke miskin, apa pun pangkat kita, kita tetap manusia biasa dan sentiasa perlu perbaiki diri.

Setiap orang akan melalui saat sukar, saat diuji dengan ujian kecil atau berat, tapi Allah Maha baik. DigantiNya dengan perkara yang baik-baik tanpa kita sedar.

Laluilah hidup dengan tenang, bahagiakan diri sendiri dan orang sekeliling, maafkan semua orang, bersangka baik dengan semua orang dan sayangi semua orang.

Moga Allah sayang dan kebaikan yang bahagiakan kita tu asbab untuk kita ke syurga paling tinggi. Aminn..”

Sumber: Facebook Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI