Apakah kaitannya rezeki dengan isteri? Bahagianya seorang isteri akan dirasai oleh seisi keluarga. Ini menyebabkan seluruh isi rumah merasa bahagia.

Isteri yang bahagia dan bersyukur atas pemberian suaminya akan mewujudkan suasana yang damai dalam keluarga sekaligus diluaskan rezeki suaminya, kerana Allah memberikan lebih banyak rezeki bagi mereka yang senantiasa bersyukur.

Bahagiakan Hati Isteri Anda, Baru Kebahagiaan Dan Rezeki Akan Datang Melimpah Ruah

Ikuti perkongsian Ustaz Ebit Lew tentang kaitan murah rezeki dengan isteri. Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usaha macam-macam. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah jer. Kenapa yer ustaz? Abang ada ibubapa lagi ke? Mak ayah saya dah tiada. Abang ada isteri tak? Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak.

Saya beri 2 kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apa pun. Minta pada Allah dulu. Dia diam termenung. Kemudian dia cakap betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri.

Jawab saya bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita. Sangkaan dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita. Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya.

IKLAN

Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita. Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena.

Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya. Tak lama dia jumpa saya. Katanya ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka.

Bahagiakan Hati Isteri Anda, Baru Kebahagiaan Dan Rezeki Akan Datang Melimpah Ruah
ShaidaAmal

Silaturrahim membuka pintu rezeki, inikan bersama isteri kita yang tercinta. Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak?

Jawabnya yer ustaz. Saya tipu isteri saya. InsyaAllah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah. Ramai orang kaya raya hidupnya jadi sempit dan tak tenang kerana lupa diri dan menyakitkan hati orang tersayang amanah Allah. Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar.

IKLAN

Isteri yang solehah sentiasa mendoakan dan mentaati suami agar rahmat Allah mencurah-curah. Kebahagiaan yang dirasai isteri akan membuatkannya selalu menyokong suami walau dalam keadaan apa pun, hinggakan si suami tidak akan pernah hilang semangat dan dorongan walaupun berada dalam keadaan yang paling sukar.

 

 

IKLAN

 

 

 

 

Sumber : akuokay, ebit lew

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI