Bila lama duduk di rumah, kita jadi tak tahu nak masak apa, tapi perlu ingat, musim PKP ini jangan sampai berlaku pembaziran, pastikan guna sebaik mungkin barang dapur agar tidak terputus bekalan nanti. Ini antara resepi mudah dan tidak perlukan bahan yang melampau banyak pun, terima kasih puan Maznah Sumaila atas perkongsian menu ini.
.
Daging Masak Merah Ala Thai KapKunKap
.
– Bawang Putih 2 bijik size paling besar dalam labu dia.
– Bawang Holand sebijik. Memang banyak guna bawang holand supaya sedap manis.
– Cili Merah yang besar tu
– Sos cili, sos tomato, sos tiram semua ikut suka nanti nak letak banyak mana.
.
Daging dalam 500gram atau ikut banyak mana kita nak makan. Rebus dia besar macam tu dan masa rebus letak pewarna makanan (merah).
Ads
Semasa rebus daging aku pecahkan halia dalam 2 inci untuk hilangkan bau dia nanti. Bijak kan?!
.
Lepas tu, daging dah masak kita potong dia seperti di atas. Cantikkan aku potong. Teruja tau mak mertua ampa bila menantu pandai potong daging. Hahaaaa
.
Kemudian, kita goreng daging tadi. Goreng sekejap untuk bagi nampak warna gelap sikit sahaja. X payah lama sangat nanti keras aku tak tanggung jawab. Hahahaaa
.
Ads
Guna minyak yang sama (jimat kan) masukkan bawang putih dan bawang holand. Tumis sampai naik bau. Lepas tu letak 1 sudu kecik cili boh.
Nak pedas, letak la banyak sikit. Tiada masalah. Aku perasan jari aku dah start gemuk lah! Adoiiiiii
.
Haaaa ni kita tumis cili boh tadi, lepas tu masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram ye kengkawan.
Banyak mana nak letak? Ikut laaaa, rasa nak ada kuah lebih, letak lebih skit sos2 tadi.
Ads
Yang ni aku hampir lupa. Sebab optional sahaja. Cehhhh bahasa omputih dohhhh… Hahaha
Kalau ada sos ikan, boleh letak sikit dalam 1 sudu kecik sahaja. Kalau tiada sos ikan, tidak usah gusar dan bimbang. Tidak berdosa ye.
.
Then, masukkan daging yang kita goreng tadi. Gaul sebati. Letak air rebusan daging dalam 2 sudu besar. Biarkan daging seketika.
Masa ni la ko letak serbuk perasa, gula dan garam ye. Garam jangan banyak. Sebab sos tiram dan sos ikan sudah masin tu.
Dah rasa nak kering, masukkan cili besar ye. Aku hampir lupa cili ni tadi. Hahahahaa..
Hari-hari terakhir di bulan Ramadan ini pasti diisi dengan membuat biskut-biskut untuk dimakan di hari raya nanti. Salah satu biskut yang boleh anda buat adalah cornflakes crunchy chocolate chips yang cukup mudah.
Anda hanya perlu menyukat menggunakan cawan. Mudah kan? Suami dan anak-anak anda pasti suka kerana biskut ini memang sedap. Jom kita intai resipi yang dikongsi oleh Nurul Syuhada Che Din ini.
Resipi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
Bahan-bahan:
250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)
Cara-cara:
1. Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
2. Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
3. Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
4. Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.
5. Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
6. Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).
* Mula-mula keluar dari oven biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.
Siapa memang ‘hantu’ tomyam dekat sini, angkat tangan! Memang tomyam yang merupakan makanan yang berasal dari negara Thailand ini sudah menjadi kegemaran rakyat di Malaysia juga. Juadah ini sangat sesuai untuk dijadikan lauk semasa makan berbuka hari ini.
Malah, kalau nak hirup macam tu saja pun memang sedap! Jadi, jom kita cuba resipi tomyam yang telah mendapat ribuan perkongsian di Facebook Ilham MEdia. Menjadi atau tak tu, jom kita cuba!
Bahan-Bahan
Bawang Holland
Bawang putih
Serai
Daun limau purut
Lengkuas (Saya tak pakai halia)
Tomyam Pes
Air limau nipis
Ayam
Sayuran kegemaran anda
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang holland, bawang putih & 2 batang serai yang telah di ketuk.
2. Dah naik bau, masukkan air & letak daun limau purut & lengkuas dlm 2 inci. Saya tak pakai halia.
3. Bolehlah masukkan Tomyam Paste kesukaan anda. Sy masukkan 3-4 sudu untuk rasa yang kaw.
4. Saya guna Tomyam Paste dr Thailand (Mae Pranom brand)
NOTE : Kebanyakkan kedai tomyam pakai brand ni.
5. Ini lah hasil separuh jalan, cantikkan warna tomyam ni..
6. Ok, saya tak pakai air limau nipis ya.. saya pakai air limau instant ni. Sedap! Air limau ni ikut tuan-tuan & puan-puan yer, kalau nak tomyam masam masukkan lebih..
7. Kemudian masukkan bahan utama kita iaitu ayam.
8. Kacau rata
8. Saya masukkan sedikit susu, dlm 2 3 sudu. Kalau santan lagi better. Tapi santan tak ada la pulak.. guna la apa yang ada yer tak..
9. Akhir sekali masukkan sayur kegemaran anda (lobak, baby jagung, celery, kubis bunga, cendawan & tomato. Perasakan dengan garam & sedikit aji. Gula tak perlu sebab paste ni dah manis & pedas. Garam kena lebihkan sedikit.
10. Tadaaaaa..Dah siap! 😋
Nak masak tomyam dah tak payah pening.. sebab pes saya guna ni dah menepati cita rasa.. tak payah tambah benda-benda lain untuk rasa tomyam yang sedap & kaw! Ni dah cukup..
Kredit gambar : Ilham Media
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Air kelapa muda antara minuman yang menjadi ‘buruan’ ramai ketika di bulan Ramadan. Banyak khasiat air kelapa muda. Minuman ini bukan sahaja sedap diminum tetapi rendah kalori, rendah lemak, penuh dengan vitamin dan mineral.
Khasiat lain air kelapa ialah mampu menurunkan tekanan darah, sakit kepala atau pening. Buah lemon pula kaya dengan Vitamin C, sejenis antioksidan yang boleh membantu tubuh badan untuk melawan penyakit. Madu pula menguatkan sistem imun badan.
Jom kita cuba resipi Air Kelapa Muda Lemon Madu seperti yang dikongsikan oleh Mohamad Arymin
RESIPI AIR KELAPA MUDA LEMON MADU
BAHAN-BAHAN:
1 biji kelapa muda (tak kisah ada isi ke tak)
3-4 hiris lemon
2 sudu madu asli
Ais batu secukupnya
Boleh tambah ½ sudu kecil garam (kalau suka)
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan madu, lemon, garam ke dalam air kelapa. Kacau biar sebati.
2. Kalau ada isi kelapa yang lembut boleh campur sekali.
3. Masukkan beberapa ketul ais batu. Siap untuk dihidangkan.