
Buat yang bakal bermentuakan pasangan yang berlainan daerah atau negeri anda, korang kena practice perkataan-perkataan negeri pasangan anda. Ini kerana supaya anda tidak tersalah faham nanti. Terutama yang bakal bermentuakan ”Oghang Kedah’.
1. Sekiranya anda susah nak sebut perkataan dalam loghat utara, gunakan bahasa Inggeris. Insya-Allah, mentua anda faham.
are-yark
are-lock-stark
pung-guy
pe-die
lock-lark
pung-cock
da-pork
ti-dog
2. Apabila mentua anda kata NO, dia maksudkan YES
Contoh, “Selepas Maghrib nanti, kita pi pekan NO.”
3. Sekiranya mentua anda sebut ROTI, dia maksudkan BISKUT
Contoh, “Roti tu nanti hang cicah dengan are-yark kopi. Sedap tengah panas.”
4. Mentua orang Kedah tak sebut “pasar.” Usah buat ghempang dengan kata “pasaiq.” Orang Kedah sebut, “merket.” Sama macam orang New York sebut.
5. Mentua anda tak minum air. Mereka MAKAN air.
Contoh, “Makanlah are-yark kopi tu, sat lagi lekat nasi.”
6. Sekiranya mentua anda kata, “Ambik ni, pi simpan buang,” jangan buang. Pi simpan.
7. Kalau mentua tanya, “Bila hang nak buat lagu tu,” usah mula menyanyi. Malu kat orang kampung nanti.
8. Apabila mak mentua ajak menyorok, usah pergi sembunyi di sebalik pintu. Cepat-cepat pergi dapur.
Kredit:
Norizan Bin Sharif Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beza Tunang Dalam Islam vs Adat

Pertunangan merupakan ikatan cinta antara dua pihak sebelum menikah. Ia sebagai menandakan bahawa anda adalah milik ‘seseorang’ untuk ke fasa yang seterusnya.
Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
Jawapan:
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, “Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku.”
“Kahwin la dengan kita bila-bila..,” jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukumsyarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon. Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang, maka ia adalah haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab ‘pinangan’ tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar.
Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
Sekiranya kita memang betul-betul sudah menjadi tunangan orang, bacalah artikel ‘Disiplin Islam Dalam Pertunangan’ dan ‘Bagaimana Bercouple Cara Islam?’
“Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak.
Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran dan ada cincin.
Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat.
Sumber : Ustaz Azhar Idrus
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
15 Perkara Yang Lelaki Boleh Buat Untuk Jadi Suami Romantis, Gerenti Isteri Terlebih Sayang!

Apabila bercakap bab romantis isteri sememangnya pakar tapi jangan pula isteri menidakkan usaha suami untuk berikan aksi romantik kepada anda. Mungkin jarang kita tengok suami beraksi romantis, tapi percayalah kalau sekali suami dah romantis pasti hati isteri akan berbunga-bunga dan senyum sampai ke telinga.
Ingatlah suami isteri, dalam perkahwinan cinta tidak hanya manis di mulut saja tetapi ia akan terasa indahnya jika dapat diwujudkan dalam bentuk tindakan yang nyata. Wahai isteri, suami anda juga tak mahu kalah. Perkara ini mungkin pernah dilakukan suami sebagai bukti yang dia juga suami romantik seperti anda!
1. Di pagi hari waktu anda belum bangun, suami sudah membuatkan anda secawan kopi dan membawanya ke bilik tidur sambil mencium dahi untuk membangunkan anda. Ketika memberikan kopi, suami bertanya “Nyenyak tidur?” Pasti aksi suami buat anda tersenyum tanda diri dihargai.
2. Waktu anda masih sibuk membuatkan sarapan untuk anak-anak, suami membaca surat khabar dan bercerita pada anda tentang berita-berita terkini supaya anda tidak perlu membacanya lagi. Menjimatkan masa dan anda berdua boleh berbincang bersama tentang isu semasa.
3. Setelah anda pulang kerja dan masuk ke bilik tidur, anda melihat ada bunga mawar terletak di atas katil dengan catatan kecil bertuliskan “I love you”. Sweet kan?
4. Di hari minggu, suami selalu berusaha bangun dahulu untuk membuatkan sarapan. Setelah siap, suami akan memeluk anda sambil berbisik, “Sarapan sudah siap”.
5. Sebelum tidur, suami selalu letakkan segelas air di meja sisi katil. Mungkin benda ni nampak kecil tapi itu bukti perhatian suami terhadap anda.
6. Setiap pagi setelah pergi kerja, suami akan mengirimkan sms berisi kalimat-kalimat manis seperti “Every time I see you, I fall in love all over again” atau “You’re special to me in every way”. Aduh! Pasti meleleh jiwa isteri jika setiap hari suami begini.
7. Di ketika mood anda terganggu, suami diam-diam keluar rumah dan membelikan sesuatu untuk menghiburkan hati anda. Coklat atau bunga barangkali?
8. Suami mengirimkan gambarnya membuat muka-muka lucu semasa dia berada di luar rumah. Aduh lucu sekali! Suami selalu buat anda ketawa!
9. Ketika suami ditukar ke luar kawasan, anda perlu berjauhan dengannya selama beberapa bulan. Setiap pagi suami akan mengirimkan pesanan “Good morning, love”. dan di malam hari “I’ll be dreaming of you”.
10. Ketika anda bertugas di luar daerah selama beberapa hari, suami mengirimkan gambar anak-anak di rumah serta foto selfie-nya. Tidak keruan anda dibuatnya!
11. Ada ketikanya suami mengirimkan pesanan yang panjang berisi alasan-alasan kenapa dia mencintai anda. Anda pula memerlukan masa untuk membacanya namun kesannya boleh buat anda tersenyum sepanjang hari.
12. Kalau anda dan suami makan aiskrim bersama, suami selalu berikan anda gigitan terakhirnya. Suami isteri kan kena berkongsi!
13. Setiap hari suami selalu katakan bahawa anda kelihatan cantik walaupun setelah bangun pagi, ketika muka anda penuh sememeh dengan air liur basi.
14. Apabila anda dan suami pulang daripada kerja, suami mengajak anda duduk bersama untuk bercerita tentang perkara yang dilalui sepanjang hari. Anda rasa bahagia dapat berkongsi cerita dan banyak perkara dengan suami. He’s my best friend.
15. Selepas menikmati makan malam, suami mengajak anda ke ruang tamu sambil berehat dan membaca buku. Dalam pada membaca itu suami tidak mahu melepaskan genggaman tangannya dengan anda. Betapa bahagia anda rasa disayangi dan dihargai!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Tahu Nak Bagi Hantaran Apa Untuk Pasangan Anda? Mungkin Senarai Ini Boleh Membantu

Isi Kandungan
ToggleBila sebut tentang perkahwinan, salah satu perkara yang perlu anda fikir adalah tentang hantaran. Tentunya anda mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan anda kerana ia merupakan kenangan terindah yang hanya berlaku sekali seumur hidup.
Tetapi, pening pula bila fikir soal hantaran dan keliru untuk memberi hantaran yang sesuai kepada pasangan masing-masing. Jadi, kami kongsikan barangan yang sesuai untuk majlis pernikahan anda. Yang penting, pilihlah mengikut personaliti dan bajet masing-masing.
Dulang hantaran selalunya diberi mengikut nombor ganjil dan pihak perempuan selalunya akan memberi lebih dua dulang kepada pihak lelaki. Contohnya, jika pihak lelaki memberi sebanyak 5 dulang, pihak perempuan akan membalas 7 dulang.
Contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan:

- Mas Kahwin/Duit Hantaran
- Cincin/Gelang/Rantai/Barangan Kemas
- Tepak Sirih
- Al-Quran
- Sejadah
- Bunga Rampai/Potpourri
- Jam Tangan
- Kasut
- Beg Tangan
- Telekung
- Barangan Makeup/Set Wangian
- Buah-Buahan
- Kek/Kek Cawan/Coklat
- Gajet seperti telefon bimbit
Contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki:

- Sireh junjung
- Kemeja/Seluar
- Beg Duit/Tali Pinggang
- Al-Quran
- Sejadah
- Jam Tangan
- Set Minyak Wangi/Barangan Mandi
- Kasut
- Buah-Buahan
- Kek
- Agar-agar
- Coklat
- Gajet seperti telefon bimbit, PS5
Semoga senarai ini membantu bakal pengantin di luar sana untuk memilih barang hantaran. Good luck guys!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI