
Dalam menghias kek, banyak cara yang boleh anda gunakan agar kek majlis kahwin anda tampak menyerlah. Kek kahwin merupakan titik tumpuan dalam acara perkahwinan kerana persembahan kek yang menarik mampu membuatkan tetamu memperkatakan tentangnya, selain membuatkan mereka rasa kagum.
Ada yang memilih untuk menampilkan kek serba mewah sesuai dengan tema kahwin yang dipilih seperti menggunakan taburan swarovski di atasnya. Tidak kurang juga mahu kek yang kelihatan natural dengan hiasan bunga segar di atas dan sisinya.
Idea menggunakan bunga segar bukan hanya menarik malah boleh menjimatkan wang daripada anda menggunakan hiasan gula fondant yang menggandakan kos. Mungkin idea kek kahwin berikut boleh memberi idea buat bakal pengantin dalam menghasilkan kek kahwin yang sesuai dengan tema kahwin anda kelak.
1. Hiasan bunga segar di dasar
2. Gubahan berseni
3. Bunga segar di atas kek
4. Bunga di antara lapisan kek
5. Sentuhan bunga segar
6. Limpahan bunga segar
7. Hiasan succulent
sumber : theknot.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Si Dia Ada 5 Tanda Ini Jangan Ragu-Ragu, Dialah Pasangan Terbaik Buat Anda!

Setiap manusia menginginkan pasangan yang tepat dan terbaik untuk menjamin kesejahteraan hidup yang harmoni. Tidak semestinya sesebuah hubungan itu berakhir dengan kisah suka tanpa ada duka sengketa.
Kadang kala tidak salah untuk bertanya kepada diri sendiri sama ada pasangan anda adalah yang tepat untuk anda. Anda boleh melihat tanda-tanda bahawa pasangan anda itu adalah pasangan yang terbaik ataupun tidak.
Jom kita lihat lima tanda si dia merupakan pasangan yang secocok dan terbaik untuk anda!
1. CEMBURU BUKAN CINTA
Anda sering mendengar cemburu itu perlu dalam sesuatu perhubungan. Lebih cemburu pasangan anda maka lebih kuatlah cinta si dia kepada anda. Namun hakikatnya ia tidak benar. Cemburu itu adalah salah satu sebab kepada kemusnahan sesuatu perhubungan dan ia mesti dikawal.
Sebagai contoh, sekiranya pasangan anda menerima bantuan seseorang, ini tidak bermakna bahawa dia berkongsi perasaan intim dengan individu tersebut. Namun ramai pasangan yang tidak dapat memahami kebenaran ini. Kebanyakannya lebih suka melihat pasangannya sebagai ‘harta’.
Terdapat banyak perkara yang boleh mendekatkan anda dengan pasangan anda tetapi cemburu dengan mudah akan memusnahkan segala-galanya.
2. JARAK
Perhubungan jarak jauh adalah sesuatu yang membahayakan perhubungan. Jarak yang besar di antara anda dan pasangan akan menyukarkan anda untuk bertemu dengan pasangan anda dengan lebih kerap. Anda dan pasangan anda lebih gemar menghabiskan masa lapang sendirian.
Hubungan jarak jauh adalah perkara yang sukar untuk dilakukan. Walaupun dengan kemajuan teknologi yang memudahkan anda untuk berhubungan dengan pasangan anda namun ia tidak sama seperti meluangkan masa bersama dengan pasangan anda.
3. SENTIASA BERGADUH
Ramai pasangan yang percaya pergaduhan kecil antara pasangan bukanlah perkara yang membahayakan. Sudah tentu, tiada pasangan yang boleh mengelak daripada pertengkaran sama sekali. Ia adalah perkara yang tidak dapat dielakkan dalam perhubungan dan ia juga penting dalam menguatkan lagi hubungan anda bersama pasangan.
Namun jika anda dan pasangan kerap bertengkar, ia mungkin tanda untuk anda mengambil serius tentang hubungan anda bersama pasangan. Pertengkaran yang kerap berlaku boleh membawa kepada penderaan fizikal.
Anda harus berfikir secara perspektif, apa yang akan terjadi pada diri anda dalam masa beberapa tahun? Bagaimana hidup anda bersama si dia dalam masa 5-10 tahun apabila tiada lagi kata manis dan hanya ada pertengkaran yang tidak kesudahannya? Anda perlu gambarkan masa depan anda bersama pasangan dan bagaimana kehidupan itu sesuai dengan konsep anda tentang keluarga dan kasih sayang.
4. MATLAMAT YANG TIDAK SERASI
Sikap berlawanan pasti akan tertarik. Ia adalah ungkapan yang sering didengar namun ia adalah berbeza dengan kehidupan yang sebenar. Ia mungkin akan kelihatan sempurna ketika anda dan pasangan anda belajar di universiti yang sama namun sebaik sahaja anda mula mengejar kerjaya yang berasingan, anda dan pasangan akan mula kurang meluangkan masa bersama.
Akibatnya, hubungan anda bersama pasangan akan menjadi dingin. Ia sudah tentu sukar untuk mencari pasangan yang mempunyai matlamat yang hampir sama dengan anda namun anda perlu pastikan pasangan mempunyai misi yang sama seperti perancangan rumah, pengagihan peranan dalam keluarga, membesarkan anak, pendidikan dan nilai moral. Jika pendapat anda berbeza dengan pasangan maka tidak usah menipu diri sendiri, tidak kira betapa kuat cinta anda kepada pasangan anda.
5. SENTIASA MERAGUI PILIHAN ANDA
Tidak mengapa sekiranya anda meragui hubungan anda dan merasa gelisah apabila anda memikirkan kemungkinan anda akan berkahwin dengan pasangan. Tetapi dalam hubungan yang sihat, masa akan sentiasa membantu untuk mengurangkan keraguan dan kebimbangan anda.
Tempoh yang anda luangkan bersama pasangan anda akan mengurangkan perasaan bimbang yang anda alami. Secara beransur-ansur anda akan menemui ciri-ciri dan kualiti yang pasangan anda miliki, seterusnya anda akan dapat kepuasan dalam hubungan anda bersama pasangan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hilang Kerja Sekelip Mata, Suami Isteri Kena Kental Bab Duit

Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Imbau Waktu Sebelum Covid, Meriah Ada Emcee Majlis Kahwin. Ini Tip Penting Pilih Pengacara Majlis

Kompang dipalu, bacaan selawat dimulakan pembuka tirai majlis perkahwinan. Indah pilihan deco mewarnai setiap sudut ruang, pelamin nampak megah dipersadanya. Kehadiran mempelai, melangkah masuk dengan gaya segak tampan bersama ratu sehari. Tidak lengkap majlis kiranya tiada suara pengacara majlis memberi pantun Melayu dan mengalu-ngalukan kehadiran semua tetamu.
Pastinya, pemilihan pengacara sangat penting agar majlis tidak hambar dan meriah. Seorang pengacara di beri kuasa dan ruang bergurau senda dengan penggunaan bahasa yang teratur, segar dan dekat di hati semua yang hadir di majlis tersebut. Inilah pencatur utama di kemuncak majlis perkahwinan, agar meriah dan menjadi momen teristimewa yang tidak mungkin dilupakan.
Raja Rastam atau lebih di kenali sebagai Raja Emcee, berusia 28 tahun mengambil tempat dan peranan untuk mengendalikan majlis agar berjalan dengan sempurna dan meriah. Mengutip tujuh tahun pengalaman sebagai pengacara majlis, Raja Emcee ini hebat dengan trademak…
“THANKS FOR CHOOSING RAJA EMCEE, THE BEST EMCEE FOR WEDDING.”
Raja Emcee berkongsi 10 tip mencari pengacara majlis perkahwinan:
- Mempunyai kredibiliti khusus sebagai pengacara berpengalaman untuk majlis perkahwinan.
- Hendaklah mempunyai identiti diri terutamanya dari segi intonasi dan gaya persembahan tersendiri ketika mengendalikan majlis.
- Mempunyai personaliti menarik, berpewatakkan ceria dan disenangi.
- Dapat menguruskan dan mengendalikan majlis dengan sempurna dan teratur walaupun terdapat sebarang masalah teknikal ketika majlis sedang berlangsung.
- Mestilah mempunyai ilmu mendalam berkaitan budaya, asal usul serta adat resam ketimuran sebuah majlis perkahwinan Melayu.
- Mempunyai budi bicara yang baik dan sikap tanggungjawab yang tinggi, amanah, berdisplin dan beretika.
- Hendaklah bijak menguruskan masa ketika mengendalikan majlis sebelum, semasa mahupun selepas majlis berlangsung.
- Berdasarkan komen/review/feedback positif terhadap servis yang diberikan pelanggan lain, contohnya daripada ibu bapa pengantin dan pengantin atau daripada mana-mana perancang perkahwinan atau koordinator.
- Pastikan ahli keluarga serta bakal mentua suka dan tertarik dengan emcee yang telah dipilih.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI