Pemberian dulang hantaran di dalam majlis pertunangan mahu pun pernikahan merupakan suatu kemestian di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan.
Selain memenuhi keperluan dan tuntutan adat untuk mengikat dua hati menjadi satu. Berbalas dulang hantaran juga dianggap sebagai simbolik mengukuhkan hubungan kekeluargaan di antara kedua-dua belah pihak. Malah turut menjadi bukti tanda kasih antara pasangan dengan pemberian barangan yang istimewa dan bermakna.
Perlu Diingat:
1. Ada bekas hantaran seperti dulang, bakul, kotak ataupun bekas kaca.
2. Harus ada alas dulang seperti daripada fabrik organza, satin, sifon yang digubah indah dengan juraian manik ataupun renda.
3. Cantikkan gubahan dengan jambangan bunga sama ada yang segar ataupun artifisial. Lagi banyak lagi cantik. Namun ada juga yang menggunakan sedikit bunga dan terpulang pada cita rasa masing-masing.
4. Perlu pastikan gubahan itu kukuh dan senang untuk dibawa agar tidak jatuh tatkala dibawa pengiring.
Ads
5. Jika barangan makanan yang dibawa, pastikan diletakkan dalam bekas yang selamat agar tidak dimasuki habuk ataupun serangga seperti semut dan lalat.
Perkara Perlu Dielak:
1. Jika mahu membawa manisan sebagai hantaran seperti kek atau kuih, pastikan diisi pada hari mahu berangkat. Jangan bawa manisan yang berkuah, bimbang menghadapi kesukaran membawanya.
2. Elakkan gubahan hantaran dibawa kanak-kanak kerana bimbang akan terjatuh dan pasti akan mencacatkan majlis.
3. Pastikan kek yang dibawa adalah jenis fondan bukan krim. Ini kerana bimbang jatuh atau kemek dan akan merosakkan kek yang dibawa.
Ads
Tip minimumkan kos:
1. Beli barangan gubahan dengan harga borong.
2. Buat penawaran untuk menggandakan penjimatan wang.
3. Bandingkan harga di beberapa kedai terpilih.
4. Beli barang hantaran sewaktu jualan potongan harga.
Ads
5. Jika barangan lama (seperti majlis tunang) masih elok, boleh gunakan dengan menggubahnya semula.
6. Beli barang sedikit demi sedikit, taklah rasa terbeban bila beli barang sekaligus.
kredit foto hantaran: dw.co, ayulrahman, qahharphotography
Saksikan juga pasangan manis dalam detik indah Pesona Pengantin bercerita tentang persiapan hantaran mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kitaran haid wanita tidak selalunya berjalan dengan lancar. Sesetengahnya mempunyai tempoh yang tepat mengikut jadual setiap 28 hari, sesetengah wanita lagi haid mereka agak sukar diramal.
Sekurang-kurangnya 30 peratus wanita mengalami haid yang tidak teratur semasa usia reproduktif. Walaupun kebanyakan kitaran yang tidak teratur biasanya tidak mendatangkan masalah, tetapi ia kadang-kadang memberikan isyarat yang anda mungkin menghadapi masalah kesihatan.
Apakah yang dimaksudkan dengan haid tidak teratur ?
Satu kitaran haid yang normal berkitar di antara 21- 35 hari. Aliran haid dianggap tidak teratur jika ia berlaku lebih cepat dari 21 hari atau lebih lama dari 35 hari. Sekiranya terlewat berbulan bulan atau haid berlaku 2 kali sebulan ia dianggap tidak teratur.
Untuk menentukan sama ada haid anda teratur atau tidak, kira dari hari pertama haid anda sehingga hari pertama haid yang seterusnya. Ulang pengiraan ini untuk tiga bulan. Jika tarikh haid anda sangat berbeza dan tidak jatuh dalam lingkungan 21-35 hari, anda mengalami haid tidak teratur.
Punca Haid tidak teratur
Dalam banyak kes, haid yang tidak teratur adalah berkaitan dengan keadaan yang dipanggil anovulation atau tidak bertelur dan ia selalunya berkait dengan ketidakseimbangan hormon.
Haid tidak teratur di kalangan gadis belasan tahun sangat kerap terjadi. Selalunya disebabkan tahap hormon yang tidak stabil. Biasanya ia akan beransur pulih secara semulajadi walaupun mungkin memakan masa bertahun-tahun.
Haid juga boleh menjadi sangat tidak teratur di lewat usia reproduktif anda. Ramai wanita sedar bahawa mereka menghampiri menopos apabila haid mereka menjadi tidak seimbang. Apabila haid tidak datang selama 12 bulan berturut, anda dikatakan sudah menopos.
Hamil dan keguguran pula kerap menjadi penyebab kepada haid yang tidak teratur terutama sekiranya anda dalam lingkungan usia 20-40an. Pastikan dahulu anda tidak hamil dengan menjalani ujian kehamilan sebelum bergegas ke klinik doktor anda.
Faktor-Faktor lain
SENAMAN ATAU BERDIET KETERLALUAN.
Terlalu banyak bersenam boleh menyebabkan haid menjadi tidak teratur atau ia berhenti terus. Ini kerap berlaku pada ahli sukan yang berbadan kurus dan tidak berlemak. Kehilangan berat badan yang keterlaluan dari diet yang melampau boleh memberi kesan yang sama.
TEKANAN.
Tekanan perasaan yang kronik atau kebimbangan luar biasa tentang masalah tertentu boleh menyebabkan hormon anda tidak stabil seterusnya kitaran haid yang tidak teratur.
TEKANAN FIZIKAL.
Sekiranya anda baru pulih dari penyakit yang berat atau mengalami pembedahan, kitaran haid anda mungkin terjejas tetapi ia tidak memakan masa yang lama.
KAEDAH MERANCANG KELUARGA BERHORMON
Seperti Pil Perancang, Implanon atau Depo-provera boleh membuat tempoh haid anda menjadi singkat, berlaku sekali sekala atau tiada langsung untuk berbulan-bulan lamanya. Intrauterine Contraceptive Device (IUD) atau alat dalam rahim juga boleh menyebabkan haid tidak teratur.
POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME (PCOS).
Sindrom ovari Polisistik iaitu satu masalah perubatan yang menyebabkan sista kecil pada ovari dan mengganggu ovulasi anda. Wanita dengan PCOS biasanya mempunyai sejarah haid yang tidak teratur selama bertahun-tahun. Selain dari sukar hamil disebabkan tidak bertelur, PCOS boleh meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan jantung.
MASALAH KETUMBUHAN DALAM RAHIM.
Fibroid rahim, polip dan endometriosis kerap dikaitkan dengan haid tidak teratur.
MASALAH PERUBATAN.
Gangguan tiroid boleh menyebabkan haid yang tidak teratur jika tahap darah hormon tiroid terlalu rendah atau terlalu tinggi. Keadaan kesihatan lain yang boleh menyebabkan kitaran yang tidak teratur termasuk penyakit buah pinggang, penyakit kencing manis dan masalah prolaktinemia.
MENYUSU BADAN.
Mereka yang menyusukan badan kerap mengalami haid yang tidak teratur tetapi haid anda akan pulih dengan sendiri sekiranya anda berhenti menyusu.
Jumpa Doktor Anda
Haid tidak teratur boleh menjadi petunjuk pertama bahawa anda mungkin mengalami masalah perubatan. Sekiranya anda mempunyai berat berlebihan dan haid yang tidak teratur bertahun-tahun lamanya anda mungkin mengalami PCOS. Kajian mendapati 10 peratus daripada wanita dalam usia reproduktif mengalami PCOS.
Anda juga perlu disaring untuk mengesan gangguan tiroid, prolaktin dan penyakit lain yang boleh dikaitkan dengan haid yang tidak teratur.
Kitaran haid yang tidak teratur juga boleh menyebabkan anda sukar hamil kerana anda tidak bertelur (ovulasi) secara semula jadi. Ujian ultrasound dan darah boleh memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah ini.
Rawatan Haid tidak teratur
Rawatan bergantung kepada punca kenapa haid anda tidak teratur. Jadi amat penting untuk anda berjumpa dengan doktor agar rawatan yang tepat dapat diberikan.
SUMBER : alamhamilblog.com
OLEH : Dr R Juhaidah adalah Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi dari Hospital Columbia Asia Puchong dan mempunyai 17 tahun pengalaman sebagai Pakar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gambar perkahwinan merupakan memori yang akan dikenang oleh setiap pasangan pengantin. Momen yang dirakamkan oleh jurufoto pastinya menjadi kenangan terindah dalam hidup anda.
Untuk mendapatkan gambar yang cantik, anda haruslah memilih jurufoto yang berpengalaman dalam bidang ini. Perhatikan juga reviu-reviu daripada mereka yang pernah menggunakan khidmat mereka.
Selain itu, anda juga perlu belajar untuk ‘pose’ supaya gambar anda nampak ‘hidup’ dan tidak kaku. Gambar yang kaku tidak boleh diubah meski sehebat mana pun jurufoto anda.
Jadi sebelum kahwin, belajarlah beberapa ‘pose’ jika anda mahu dapatkan gambar perkahwinan yang cantik. Tip ‘wedding pose’ ini telah dikongsi oleh seorang jurufoto menerusi akaun Twitter miliknya, @hafizaquafiz.
*******************************************
Aku nak kongsi few wedding pose yg korang boleh cuba as a photographer/pengantin
Groom stand behind bride or vice versa, give them too look into distance or toward each other. Capture their romantic interactions, their joy & emotions!
For this pose, other than shoot straight from forward direction, korang boleh pelbagaikan angle shoot untuk jadikan shoot tu lebih menarik dan best. I love to separate them apart & join their hand. Supaya aku dapat fokus juga dekat diorang punya reactions.
Have them walking slowly toward us (photographer). Have them to talk to each other & focus on capturing candid and natural expression.
Pelbagaikan kompo, be creative!
No gap between body. Ask them to look to the eyes, feel the love gitew! Position their hand accordingly, direct where should their body face to. Pose yang ni kena santai, lagi santai lagi love!
This is my personal favourite composition in wedding photography. Walaupun sesetengah orang tak dapat terima awat pengantin kecil sangat dalam gambaq.
For this compo, u need to be detail, so that we get the frame & compo that we want. Framingkan ikut kreativiti anda.
Ask them to hold their hand, face facing each other atau seorang sahaja yang pandang muka pasangan. Or both look forward, up to you! Be creative okay!
You can either position bride to the front or vice versa to create some layer between them. Jarak diorang berdiri up to u. Want some deep pose, ask them to shut of their eyes, held head bit up, there u go.
For moment, just shout “happyyyyyyy lagi guys!”
You need to get them to trust & comfortably comfort with u first before doing this.
Tips: Layan pengantin seperti kawan/keluarga, be good & do good with them.
Ramai yang dah bercinta lama tetapi masih tak bersedia nak kahwin atas sebab-sebab tertentu.
Kalau ikutkan perkahwinan ini adalah pintu gerbang untuk memulakan perjalanan panjang yang penuh liku. Jadi anda kena ambil serius dan berbincang bersama pasangan mengenai persediaan perkahwinan sebelum mendirikan ‘masjid’.
Berikut adalah beberapa ciri pasangan yang belum bersedia untuk berkahwin yang boleh anda semak:
Perkara yang mendorong perilaku ini boleh terjadi disebabkan sama ada kerana si dia trauma masa lalu, isu kepercayaan atau sebab lain.
Tetapi jika pasangan anda lebih kerap memberi komen negatif tentang perkahwinan, bermakna pasangan anda tidak ‘tergesa-gesa’ untuk meneruskan hubungan mereka ke peringkat perkahwinan.
Mengejar kerjaya dan impian adalah hak setiap individu. Namun, sekiranya pasangan anda tidak menyertakan anda dalam perancangan masa depannya, kemungkinan dia tidak mengambil serius dalam perhubungan kalian.
Termasuk jika pada masa ini pasangan anda masih suka melepak atau berpesta dengan rakan-rakannya daripada melakukan perkara yang lebih bermanfaat.
Dalam perhubungan, pertengkaran adalah perkara biasa yang berlaku. Malah, pasangan yang tidak pernah bergaduh dalam perhubungan juga boleh diragui kasih-sayangnya.
Sebaliknya, jika anda dan pasangan sering berborak tentang perkara remeh dan menjadikannya lebih beremosi dan dramatik, berkemungkinan belum masanya untuk kalian ke jinjang pelamin.
Ini memerlukan dua orang dewasa yang sama-sama ‘matang’ untuk mampu berkonflik dan mengatasi perbezaan demi mengekalkan hubungan yang berkekalan.
Bendera merah yang seterusnya adalah jika anda atau pasangan sering mengelak atau menukar topik perbualan apabila hal perkahwinan dibincangkan. Dari segi psikologi, orang benar-benar ingin bercakap tentang perkara yang menggembirakan mereka dan cenderung untuk mengelakkan topik yang membuat mereka tidak selesa.
Jika pasangan anda serius menjalinkan hubungan, dia akan cuba membawa anda ke dalam kehidupan mereka.
Selain melibatkan anda dalam rancangan masa depannya, dia juga tidak akan teragak-agak untuk memperkenalkan diri anda kepada keluarga, kawan atau orang penting dalam hidupnya.
Jika ini tidak berlaku, jangan terlalu berharap.
Setelah berkahwin, pasangan anda adalah orang pertama yang akan dilihat apabila bangun dan orang terakhir sebelum anda tidur.
Itulah sebabnya jika anda dan pasangan belum bersedia untuk bercakap secara terbuka tentang perkahwinan, termasuk mengenai komitmen, seks, nilai, kewangan, dan lain-lain, kemungkinan besar anda masih jauh dari fasa perkahwinan. Terutama jika anda mempunyai prinsip atau nilai yang berbeza dalam isu-isu yang penting.
Pasangan yang serius akan tidak menganggap topik kewangan sebagai materialistik atau ‘rezeki sudah diatur’.
Orang yang sudah bersedia untuk berkahwin memahami bahawa perkahwinan hanyalah “syarat” dan kehidupan selepas itu adalah panjang dan mencabar. Itulah sebabnya mereka memahami bahawa kestabilan kewangan adalah salah satu bekalan yang perlu disediakan untuk memikul tanggungjawab yang besar.
Haaa… itulah ciri pasangan yang belum bersedia untuk berkahwin. Kalau anda atau pasangan mempunyai tanda-tanda ini, boleh cepat-cepat buat keputusan sama ada nak teruskan atau cukup sampai di situ.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...