Menjelang hari bahagia, pastinya bakal pengantin ingin memiliki kuku yang kuat dan cantik apatah lagi untuk upacara menyarung cincin kelak. Namun begitu, kuku yang dirias tidak semestinya sihat dan kuat. Tanpa penjagaan rapi pada kuku, ia sebenarnya turut mencuri tumpuan saat berdampingan dengan orang lain terutamanya ketika hari bahagia dan bersalam-salaman dengan tetamu yang hadir di majlis istimewa anda.

Bakal Pengantin,  Jangan Culas Pastikan KUKU CANTIK, Ikut Tips Ini!

Tentu ramai yang memilih penjagaan kuku paling mudah iaitu dengan berkunjung ke salun kecantikan dan mendapatkan khidmat medicure dan pedicure. Bakal pengantin sebaiknya perlu memiliki bajet untuk mendapatkan rawatan menicure dan pedicure di salun kecantikan. Tetapi, anda sendiri perlu rajin meneliti keperluan kuku. Jangan hanya harapkan penata rias semata-mata!

Setiap hari, perhatikanlah perubahan yang mungkin berlaku pada kuku anda. Gunakan kesempatan waktu yang ada untuk merancang rawatan kuku yang ingin anda lakukan pada hujung minggu nanti. Jom kita mulakan hari ini!

Bakal Pengantin,  Jangan Culas Pastikan KUKU CANTIK, Ikut Tips Ini!

Sentiasa Menjaga Kebersihan

1. Sebelum mulakan rutin harian, sangat penting untuk anda pastikan kuku dan kulit sekitarnya bersih dari kotoran. Jika anda memakai pewarna kuku, bersihkan sisa pewarna yang comot pada jari dengan menggunakan pembersih kuku.

Atau, anda juga boleh mengambil berus gigi lama dan sabun. Gosokkan pada kuku dan kulit dengan perlahan untuk membersihkan kotoran serta menggalakkan pengelupasan kulit mati tanpa perlu menggunakan bahan kimia atau skrub mahal.

Bakal Pengantin,  Jangan Culas Pastikan KUKU CANTIK, Ikut Tips Ini!

IKLAN

2. Sentiasa Lembut

Kuku anda sangat halus. Membersihkan dengan cara yang kasar boleh menyebabkan kuku mudah rosak dan dijangkiti kuman. Anda tidak digalakkan menggunakan peralatan besi terlalu kerap di bawah kuku kerana ia boleh merosakkan kulit.

3. Trim Kuku

Biasakan diri untuk trim kuku anda, sama seperti rambut. Luangkan masa sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk aktiviti trim kuku supaya kuku tumbuh cantik dan sekata.

Bakal Pengantin,  Jangan Culas Pastikan KUKU CANTIK, Ikut Tips Ini!

IKLAN

4. Hargai kesihatan berbanding ukuran

Bagi sesetengah wanita, kuku yang panjang kelihatan cantik walaupun di sebalik cat warna itu, kuku anda merekah dan pecah! Kuku yang pendek sentiasa nampak kemas dan bersih. Ia juga membolehkan kuku tumbuh dengan lebih sihat dan cantic.

5. Tidak Membuang Kutikel

Tahukah anda kutikel pada kuku sebenarnya mempunyai fungsi untuk melindungi kawasan sekitar bawah kuku. Jika anda membuangnya, ia akan memudahkan bakteria untuk menjangkiti kawasan tersebut. Semakin anda membiarkan kutikel, semakin kuku anda menghargai anda.

Seminggu sekali selepas mandi, hanya tolakkan dengan perlahan kutikel dengan menggunakan kayu khas untuk kutikel dan sapu losen untuk membiarkannya lembut dan lebih kemas.

IKLAN

Bakal Pengantin,  Jangan Culas Pastikan KUKU CANTIK, Ikut Tips Ini!

6. Kebersihan Peralatan Kuku

Penjagaan kebersihan pada peralatan kuku adalah sangat penting. Pastikan setiap kali membersihkan kuku, anda mencuci di celahan ketip kuku dan tweezer yang digunakan agar bakteria tidak membiak.

7. Sentiasa Menjaga Kelembapan

Setiap malam anda pasti tidak lupa untuk menyapu pelembap pada wajah kan? Begitu juga pentingnya kelembapan untuk melindungi kuku. Gunakan campuran minyak kacang almond dan avocado pada kuku dan kutikel agar ia sentiasa lembap dan berkilat.

8. Kawal Diet

Tambahan vitamin dan supplemen seperti biotin, vitamin E dan minyak ikan dalam regimen harian anda boleh memberikan protein terbaik untuk kuku. Ada juga pakar berpendapat, kekacang dan ikan adalah sumber terbaik yang boleh anda amalkan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI