Tak kiralah usia anda masih muda sekali pun, kalau dah disahkan ada penyakit darah tinggi, kenalah rajin makan ubat. Amalkan gaya hidup yang lebih sihat dan makan pun kena jaga!
Ikut saja arahan yang doktor sampaikan dan kalau nak tahu macam mana kiraan BP yang cantik, rujuk perkongsian Doktor Khairul Faizie ini ya…
Bila Ada Tekanan Da rah Tinggi
Soalan yang biasa patient tanya:
“Tekanan da rah yang mana lebih penting di jaga, yang atas atau yg bawah? “
“Betul ke kalau umur meningkat, tekanan tinggi sikit macam 150/90 atau 150/80 tu, kita anggap OK?”
Mula mula, fahamkan terma berkaitan.
Tekanan yang atas dipanggil SYSTOLIC pressure.
Tekanan yang bawah dipanggil DIASTOLIC pressure.
Bagaimana tekanan Systolic & Diastolic terhasil?
Bila jantung mengepam da rah, da rah akan bergerak dalam saluran da rah arteri untuk beredar ke seluruh badan. Aksi mengepam ini yang hasilkan tekanan di dalam saluran da rah arteri. Dan tekanan ini yg kita sukat sebagai Systolic pressure.
Manakala tekanan dalam saluran da rah bila jantung berehat ( in between beat ), di panggil sebagai Diastolic pressure.
Apa range yang normal?
OK, yang aku tulis ni ialah simplified punya penerangan utk mudah faham, 3 situasi:
1) Untuk IDEAL, ialah bacaan < 120 / 80.
TAK MENGIRA UMUR ya.
Tak kisah muda atau tua.
3 ) Bacaan in between 121 – 139 / 80 – 89 ialah bacaan pre Hypertension.
Memang kalau nak ikut definisi tertentu, contohnya dari American Heart Association, ada instilah stage 1, stage 2 tu semua…yang tu tak nak ingat pun takpa, nanti boleh lupa / confused. Just ingat 3 situasi tu.
Untuk mudahkan faham & ingat, rumusan nya ialah bacaan SYSTOLIC lebih penting untuk di jaga, terutamanya buat mereka yg sudah berumur 40 tahun ke atas.
Ini kerana bacaan systolic yg tinggi meningkatkan risi ko sperti heart at tack & stro ke.
Dan memang biasa, bagi mereka yg > 40, ramai yg alami Isolated Systolic Hypertension (ISH) yg mmg tingkatkan risi ko penya kit cardiovascular.
Ads
Memang ada study yang menunjukkan, untuk golongan muda < 40, bacaan diastolic adalah komponen yang penting untuk kaji risi ko penya kit berkaitan jantung.
Kalau kedua dua bacaan systolic & diastolic tak terkawal, lagi lah teruk.
*** Recent study juga menunjukkan, kalau kita dapat kawal BP kita dalam range yg ideal, < 120 /80, maka benefit nya banyak:
– 43 % kurang risi ko kematian cardiovascular
– 38 % kurang risi ko lemah jantung
– 17 % kurang risi ko heart attack
– 11% kurang risi ko stroke.
Kalau BP Selalu Tak Cantik
Point paling penting juga, kalau dah selalu sangat bacaan BP korang tak cantik, tak kira lah umur 20 an sekalipun, dan telah 2- 3 bulan cuba ubah gaya hidup (exercise, diet yang betul), maka tolong lah jangan berlengah start makan ubat da rah tinggi. Sebabnya, setiap saat yg kita lewat mula rawatan, maka setiap saat itu lah saluran da rah kita menerima impak tekanan tinggi… SETIAP SAAT.
Dan lagi lama, lagi tinggi risi ko komplikasi seperti stroke, heart atttack, jantung bengkak (lemah jantung), dan termasuk juga ROSAK BUAH PINGGANG.
Ads
Ya, buah pinggang rosak sebab da rah tinggi tak terkawal ya.
Buah pinggang tak rosak sebab makan ubat da rah tinggi.
MAKAN UBAT TAHAN SAKIT /PA IN KI LLER secara kerap / kro nik yg tinggikan risi ko buah pinggang rosak.
Nasihat untuk umur 40-an
Terima kasih banyak atas ucapan birthday saya pada hari ini, 27 December. Saya hargai semua ucapan dan doa doa, moga kebaikan doa tuan puan semua berbalik kepada yg mendoakan.Amin.
40 tahun.
Ya.
Bangun pagi, tengok cermin…
Ohhh ….ini rupa aku bila 40 tahun.
Saja berseloroh dengan isteri pagi tadi masa sarapan…” u tengok dahi i, ada wrinkle tak? U tengok kulit i, tegang lagi tak? U tengok rambut i, ada uban tak ? ” ?
Usia 40 tahun sangat signifikan dari sudut pandang agama.
Kurangkan mengejar dunia.
Dah tiba masanya tumpuan lagi banyak sebagai persediaan berpindah alam.
Badan secara fizikal dirasa sihat.
Tiada penyakit Alhamdullilah.
Malah @ 40 saya sebenarnya lebih fit dari saya umur 30. Dulu nak lari 1km pun mencungap.Kini walaupun bukan sado, tapi berusaha utk lebih sihat, niat utama supaya mudah beribadah, mudah menjadi khalifah di dunia dlm cara tersendiri. Doakan misi nak kurus + sihat tercapai.
Apa apa pun, walau diri dirasa fit, seiring pertambahan usia…sedarlah…sel sel badan tu ialah sel umur 40 tahun..tulang belulang tak sekuat usia 20an…jantung, kidney, hati…makin lusuh…ini fitrah yg perlu disedari.
So lepas ni, toksah nak sentap2 kalau budak sekolah panggil ” acik “….sebab memang dah level pakcik ! ??
– Dr Khairul Faizie
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Majlis perkahwinan hampir di depan mata. Esok anda dan pasangan bakal diijabkabulkan menjadi sepasang suami isteri. Bagaimana rasanya? Pasti gugup bukan? Adakah segala rawatan untuk anda tampil mempesonakan sudah dilakukan?
Jangan ingat segalanya sudah selesai, anda boleh terus tidur dengan lena. Sebelum menamatkan zaman bujang esok hari, ada lagi perkara penting yang harus anda titikberatkan.
Apakah ada hal lain yang boleh dilakukan pada malam sebelum hari perkahwinan? Tentunya ada. Ini 5 perkara yang mesti bakal pengantin lakukan agar anda bangun dengan wajah segar, lebih bersemangat dan bersedia untuk menempuh alam baharu.
1. Minum banyak air putih
Jangan sampai kulit anda kelihatan tidak bermaya di hari perkahwinan. Oleh itu, minumlah air putih yang cukup pada malam sebelum hari penting anda. Anda juga boleh minum air kelapa muda untuk mendapatkan kulit lembut dan bersinar.
2. A princess needs her beauty sleep
Besok merupakan hari paling bersejarah dalam hidup, dan kamu perlu tampil lebih segar. Jangan stres dan tidurlah dengan nyenyak dan cukup. Ini merupakan cara yang sempurna untuk mendapatkan kulit yang segar. Lakukan urutan terlebih dulu, letak bahagian mata anda dengan timun dan gunakan pelembap sebelum tidur. Dengan begitu kulit anda akan nampak segar ketika bangun di keesokan harinya.
3. Eksfoliasi
Melakukan scrubbing atau eksfoliasi di malam sebelum hari perkahwinan sangat perlu untuk menghilangkan sel-sel kulit mati yang membuat anda tampak kusam. Anda boleh menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti miyak kelapa, perahan lemon atau gula.
4. Basuh rambut
Jika kulit kepala anda terasa berminyak dan gatal, serta rambut tampak kusam, anda perlu mencucinya segera. Lebih baik menggunakan air dengan suhu normal dibandingkan air panas. Setelah selesai bersyampu jangan lupa untuk menggunakan perapi dan vitamin rambut agar rambut tampak indah di keesokan harinya.
5. Banyak makan buah dan sayur
Mungkin anda biasa makan makanan berlemak dan pedas di malam hari, tapi kali ini sebaiknya jangan. Dengan begitu risiko untuk terkena masalah pencernaan di keesokan hari lebih kecil. Sebaiknya anda makan makanan berserat seperti buah dan sayur. Selain membuat tubuh menjadi lebih segar, makan buah dan sayur juga sangat baik untuk kesihatan rambut dan kulit anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam hubungan rumah tangga, kita sering mendengar wanita atau isteri yang selalu merajuk. Menjadi tugas seorang suami untuk mengambil hati dan memujuk hati isteri yang terasa hati atau dalam kesedihan. Namun, Siapa pula yang akan memujuk apabila suami merajuk?
Lelaki juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Mungkin mereka jarang menunjukkan perasaan kecil hati pada si isteri dan sentiasa menerima kerenah anda seadanya. Tetapi bila kerenah anda melampaui batas, mereka mula berjauh hati. Jangan abaikan perasaan mereka. Ambil tahu apa yang anda perlu lakukan untuk memujuk hati si dia yang sedang merajuk.
Buat wanita dan isteri di luar sana, apakah perkara yang anda harus lakukan bila pasangan anda merajuk? Jom kami kongsikan 6 perkara yang boleh anda buat saat suami anda sedang merajuk!
1. JANGAN TANYA PERASAANNYA
Elak bertanya apa yang dia rasa kerana anda tahu dia sedang marah dan merajuk. Jangan buat si dia rasa jengkel dengan sikap sambil lewa anda. Jika anda berterusan mendesak untuk si dia melayan pertanyaan anda, barangkali boleh membuatkan dia semakin marah dan muak dengan perangai anda. Jangan biarkan si dia hingga keluar dari rumah untuk mencari ketenangan. Khuatir bertemu wanita yang lebih memahami hatinya saat dia berduka lara!
2. BERI MASA BERSENDIRI
Apabila lelaki kesayangan anda merajuk, mereka memerlukan masa untuk menenangkan fikiran. Jangan sangka perselisihan faham antara kalian hanya memberi kesan kepada anda sahaja. Kebiasaannya, mereka lebih banyak mendiamkan diri. Jangan diganggu dan beri mereka peluang untuk berehat daripada bebelan anda.
3. BERI KEJUTAN ISTIMEWA
Jika wanita merajuk, lelaki sering menghadiahkan jambangan bunga bagi merawat hati nan lara. Apa kata anda lakukan perkara yang sama. Hadiahkannya coklat atau sediakan makan malam romantis dengan hidangan yang dimasak khas untuk si dia.
4. SENTIASA BERI SOKONGAN
Bila lelaki melayan rajuk, mereka tidak mengendahkan anda sebagai tanda protes. Jika dia sedang menonton rancangan televisyen kegemarannya, duduk dan temannya tanpa berbicara sepatah pun. Walau tiada komunikasi antara anda, dia tahu anda tetap kekal di sisi walau apa juga berlaku.
5. KETEPIKAN EGO WANITAMU
Bukan lelaki sahaja mempunyai ego, wanita juga punya rasa angkuh yang sama. Namun, tidak salah sekali sekala anda buang rasa itu demi si dia tersayang. Jika terlalu lama rajuknya, ucapkan maaf dan kucup mesra tangannya. Bertolak ansur itu kunci kejayaan sesebuah hubungan.
6. KETAHUI MASA YANG TEPAT DAN SEMPURNA
Sebaik sahaja berjaya mendapatkan senyumaanya kembali, duduk berbincang dalam keadaan yang tenang mengenai perselisihan faham tersebut. Jangan biarkan persoalan dibiarkan tergantung begitu sahaja. Berbincang dengan baik dan cuba selesaikan masalah bersama-sama.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masa inilah pelbagai pandangan dan cadangan dari keluarga, rakan akan berpusu-pusu menerjah diri dalam merancang “tema perkahwinan”, belum lagi dengan persetujuan tunang yang tersayang. Jika si dia bersetuju dengan pilihan tema yang dibuat; selesai masalah!
Akan tetapi jika tidak, mahu berpeluh akal diperah mencari jalan penyelesaiannya. Jangan cepat mengalah, Kami menyediakan beberapa langkah dan panduan berikut, pasti sedikit sebanyak dapat membantu anda memperoleh tema perkahwinan yang dihajatkan, jom baca!
.
1) Tema Perkahwinan : Pemilihan Tema
Bawa berbincang bersama tunang, keluarga mahupun teman-teman. Sungguh pun anda bakal dihujani dengan pelbagai cadangan dan pendapat, cubahlah memahami dan ambil idea yang ingin mereka sampaikan. Contohnya tema perkahwinan tradisional Melayu yang mengetengahkan elemen songket.
2) Tema Perkahwinan : Pemilihan Warna
Kenal pasti pilihan warna yang anda dan pasangan gemar. Kemudian rujuk senarai pilihan warna yang ada terutamanya variasi warna daripada kelompok warna yang dipilih.
Jangan terlalu ‘kaku’ (rigid) dalam pemilihan warna. Cuba lari daripada warna-warna kebiasaan. Sekalipun rona merah jambu pilihan anda, ketahuilah ada pelbagai jenis rona yang tergolong dalam lingkungan warna tersebut.
3) Tema Perkahwinan : Impian VS Imaginasi
Tingkatkan imaginasi, berfantasilah dengan idea dan impian anda. Cuba bayangkan suasana sebenar hari perkahwinan anda Bersama si dia. Tanya diri, apa yang anda benar-benar inginkan terserlah pada hari tersebut.
4) Tema Perkahwinan : Lebarkan Pengetahuan
Kehabisan idea? Tambahkan ilmu, lebarkan pengatahuan. Rujuklah media-media cetak dan elektronik yang bakal mencurahkan lautan idea pada anda. Anda akan lebih bijak merancang dan lebih peka akan tema apa yang bersesuaian dengan jiwa anda dan si dia.
5) Tema Perkahwinan : Pemilihan Lokasi
Sedar atau tidak, anda perlu mula mencari lokasi perkahwinan (tempat bakal berlansungnya majlis). Biarlah bersesuaian peilihan tema dan konsep dengan lokasi majlis anda nanti, terutamanya dari segi suasana sekitarnya. Antara lain anda juga perlu pertimbangkan perihal faktor cuaca. Jika tema perkahwinan berkonsepkan terbuka (outdoor), anda perlu merancang sediaan khemah yang bersesuaian jika hari tersebut hujan.
.
6) Tema Perkahwinan : Rujuk Pakar
Aturkan janji temu anda bersama pengusaha – pengusaha perkahwinan yang anda benar-benar meminati hasil kreativitinya. Berkongsi pendapat dan suarakan apa yang anda inginkan kepada mereka yang sememangnya telah berpengalaman dalam bidang ini. Nyatakan bersama perangkaan bajet anda agar penyesuaian konsep dengan perbelanjaan dapat diseimbangkan menepati impian dan juga peruntukan yang ditetapkan.
Mudah bukan! Sebenarnya tidaklah terlalu sukar untuk merancang tema sesebuah majlis malah ia mampu menjadi suatu aktiviti yang menyeronokkan. Menjayakan perlaksanaannya pula, berpeganglah pada kata kunci penyelidikan dan konsisten. Anda perlu melakukan sekurang-kurangnya sedikit usaha mengkaji sesuatu perkara sebelum keputusan akhir dibuat.
Malahan anda perlu konsisten agar semua perancangan kelengkapan majlis berpandukan tema majlis perkahwinan yang ditetapkan. Jika perlu, lantik perancang perkahwinan yang anda yakin kebolehannya dalam menyempurnakan lagi berlansungannya majlis perkahwinan impian anda dan pasangan.
Sumber : Wedpedia
Terima kasih : Gambar dari majlis Shida Melvin
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...