Menawan hati dan menjadi kesayangan suami tidak bermakna isteri hanya bermanja-manja sahaja. Ramai mengandaikan, apabila menyuap suami atau isteri di khalayak ramai, itu tandanya romantik. Apabila nampak pasangan orang tua yang berpegangan tangan, itu tandanya romantik. Apabila nampak isteri betulkan kolar baju suami, itu dianggap romantik.
Benar, dari kaca mata orang ramai yang melihat situasi sebegitu, akal tidak dapat lari dari mengatakan mereka itu pasangan yang romantik. Namun, itu cuma secebis sahaja daripada kehidupan berumah tangga. Contohnya lihatlah bagaimana intimnya hubungan Rasulullah SAW dengan Aisyah r.a.
Oleh itu jom tiru cara ini agar anda menjadi isteri kesayangan suami.
Ads
1. Berhias namun tidak perlu bersolek hebat. Cukup sekadar mekap ringkas dan manis dipandang.
2. Jadi yang menyenangkan dan jangan tidak tahu untuk bergurau. Ramai suami suka mengusik isteri, jadi janganlah isteri cepat merajuk. Sambut jenakanya dengan tawa.
3. Pandai mendahulukan suami dan menghormati pandangannya. Minta izin jika ingin ke mana-mana dan minta keputusannya dalam urusan rumah tangga. Yakini suami sebagai pemimpin keluarga.
Ads
4. Bersikap sederhana dan jangan minta suami di luar kemampuannya.
5. Memanjakan suami seperti memotong kukunya, menyediakan air minuman atau mengurut badannya jika suami kepenatan.
Ads
6. Bijak dan berpengetahuan kerana bertukar-tukar fikiran serta komunikasi berkesan penting untuk kebahagiaan rumah tangga.
7. Hormati hak peribadinya, jangan terlalu busybody seperti sering memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan sebagainya. Yakini kesetiaan suami terhadap anda.
8. Jangan membanding-bandingkan suami dengan suami orang lain yang lebih kaya atau berkedudukan tinggi. Suami anda juga ada kelebihannya tersendiri.
9. Pandai menjaga diri apabila anda keluar rumah dan menjaga maruah suami.
10. Ada di sisi suami sewaktu jatuh dan bangunnya, meniup semangat sewaktu suaminya gundah, menemani suami mengharungi kehidupan dan mencintai suaminya dengan sepenuh hati.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Kenapalah bilis yang aku baru goreng tadi kejap je dah lemau. Padahal dah simpan dalam bekas kedap udara. Frust betul makan yang liat macam ni… Terbantut selera.”
7 Petua Nak Dapatkan Ikan Bilis Goreng Yang Rangup, Tahan Lama, Tak Liat
Berikut adalah tips dan petua yang boleh anda cuba untuk menggoreng ikan bilis yang rangup, garing dan crispy.
1. Tos / Sangai Selepas Basuh
Selalu juga orang keliru sama ada nak basuh dulu ikan bilis atau tak. Kadangkala ada yang bagi tips tak payah basuh supaya garing. Tapi ada yang tak lalu nak makan kalau ia tak dibasuh dulu.
Sama ada anda nak mencuci atau rendam ikan bilis sebelum dimasak, terpulang. Yang penting, toskan ikan bilis seketika hingga kering dan tak berair.
Kalau nak cepat, boleh sangai (goreng tanpa minyak) untuk hilangkan kandungan air tadi. Lepas tu barulah goreng dalam minyak panas seperti biasa.
2. Renjis / Perap Dengan Cuka
Satu lagi tips nak dapatkan ikan bilis goreng yang rangup adalah dengan menggunakan cuka.
Caranya, basuhkan bilis, toskan dan renjis dengan cuka makan sambil dirata-ratakan. Kemudian gorenglah macam biasa. Mesti rangup.
Boleh juga rendamkan terus dengan cuka selama lebih kurang 5 minit sebelum digoreng. Jangan risau, ia takkan menjejaskan rasa ikan bilis. Cubalah!
3. Goreng Dengan Asam Keping
Kalau di rumah tak ada cuka, boleh letakkan asam keping dalam 2-3 keping semasa menggoreng.
Ramai dah cuba dan katanya memang rangup kejadian ikan bilis tu.
4. Gaul Tepung
Seperti yang kita tahu, tepung akan membuatkan gorengan kita menjadi garing dan crispy. Begitu juga halnya dalam kes ikan bilis ni.
Jadi, bila dah basuh ikan bilis nanti, gaul pula dengan tepung. Biasanya guna tepung beras atau tepung jagung. Kemudian goreng. Insya Allah garing dan tahan lama.
5. Simpan Peti Sejuk Sebelum Goreng
Ada juga yang kata kalau nak rangupkan ikan bilis yang digoreng, biarkan ikan bilis yang telah dibasuh dan ditoskan tadi di dalam peti sejuk semalaman.
Esoknya keluarkan dan terus goreng macam biasa. Ia akan jadi rangup sebab air dari ikan bilis tu akan tersejat.
6. Tunggu Minyak Hilang Buih
Cara nak menggoreng pun memainkan peranan juga dalam nak mendapatkan hasil yang krup krap krup krap.
Nak dapat hasil gorengan bilis yang mantap, seeloknya goreng dalam minyak yang banyak dan api yang perlahan. Pastikan minyak dah panas masa nak masukkan ikan bilis.
Nak tahu dah garing ke tak, tunggu sampai ikan bilis berhenti berbuih. Terus angkat dan toskan guna tisu dapur. Bila dah agak sejuk baru simpankan dalam bekas kedap udara.
7. Jangan Sira Atas Api
Kalau yang nak buat sambal, jangan ada api masa masukkan ikan bilis yang telah digoreng.
Jadi, bubuh sambal dalam bekas lain dulu dan kemudian barulah tuangkan bilis dan sirakan. Baru garing!
Kalau nak kawin, seeloknya bincanglah dengan pihak lelaki terlebih dahulu , mengenai bajet dan berapa hantaran dia boleh bagi. Cukuplah sekaadar untuk persiapan majlis kenduri.
2 . Barang hantaran
Tidak perlulah membeli barang yang terlalu mahal, beli lah mengikut kemampuan diri anda sahaja. Belajar lah berjimat kerana anda mungkin memerlukan duit untuk kegunaan lain juga.
3. Majlis yang bersederhana
Ini selalunya mengikut pihak anda sama ada mahu di gabungkan atau di sekalikan. Jika di sekalikan ia lebih jimat dan tidak memakan masa. Namun, jika anda ingin berbuat berasingan, buatlah majlis yang sederhana dan mampu dari anda.
4. Sewaan baju pengantin
Zaman sekarang kita boleh lihat bermacam-macam harga untuk menyewa baju. Disarankan agar anda tidak memilih yang terlalu over dan mahal kerana ingat anda hanya menyewa sahaja. Biarlah ia cantik dan sedap mata memandang, tidak menjadi masalah.
5. Doorgift
Beri lah doorgift yang berfaedah, dan berguna untuk tetamu agar mereka boleh menyimpann. Kerana sekarang bermacam-macam doorgift yang kita boleh lihat tetapi tidak berfaedah.
6. Kek kahwin
Ia memang sesuatu yang wajib dalam majlis perkahwinanhaa, jadi beli kek yang berpatutan dan sedap. Bukan hanya kerana ingin kelihatan cantik dan mewah sahaja.
7. Jurugambar
kalau ada adik-beradik, atau saudara mara yang mahir bab kamera memang mudah dan menjimatkan kerana jika di bandingkan dengan harga jurugambar di luar ia lebih mahal.
8. DJ / JuruHebah
Mahu atau tidak, ia terpulang kepada anda. Dj atau juruhebah ini adalah orang yang anda bayar untuk memeriahkan lagi suasana di majlis anda. Jika mereka ada tidak lah begitu sunyi majlis anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi persoalan sekarang, masyarakat memandang serong dan ambil mudah dengan perkahwinan di usia muda. Ada yang mengatakan kahwin muda kerana menutup aib atas dasar keterlanjuran. Kita sepatutnya mengubah perspektif atau pandangan masyarakat yang serong terhadap perkahwinan di usia muda.
Sebenarnya mengikut anjuran Islam perkahwinan ini sangat mudah. Cuba kita nilai situasi berikut, seorang pemuda datang berjumpa dengan ayah si perempuan lalu menyatakan hasratnya untuk menjadikan si perempuan itu isterinya. Lalu ayah perempuan itu bertanya berapa yang kamu ada sekarang? Lalu dijawab oleh pemuda itu saya ada RM100. Pak cik itu menjawab, baik simpan untuk maharnya, walimahnya sederhana sahaja, cukuplah sekadar meraikan hari bahagia dan hebahkan pada orang ramai. Subhanallah! senangnya ingin mendirikan masjid. Itulah sebenarnya anjuran Islam.
Dalam bab munakahat ini, Islam tidak meletakkan syarat yang membebankan umatnya. Apa yang penting adalah sunnah nikah itu, dan diri terpelihara daripada perkara yang merosakkan. Sekarang bagaimana situasinya? Nilailah situasi sekarang jika ingin mendirikan rumah tangga. Nilailah hantaran yang diminta kini, dengan dulang-dulang sebagai hantaran sedangkan pada agama cukup pada kemampuan membayar mas kahwin.
Mas kahwin itu ialah hadiah untuk wanita bukanlah syarat beg tangan beratus ratus pada harga serta perhiasan dan alat solek yang berjenama sebagai hadiah dalam kesempurnaan perkahwinan. Memang pada hakikatnya bukan semua ibu bapa beranggapan seperti itu. Alhamdulillah bagi ibu bapa yang menitikberatkan nilai sebuah perkahwinan ini sebagai asas agama, dengan tidak membebankan pasangan yang ingin berkahwin.
Sesungguhnya barakah itu pada mahar yang murah. Saya membuat penilaian tentang pemikiran kebanyakan orang tentang perkahwinan di usia muda, ramai yang mengatakan perkahwinan ini atas dasar nafsu semata mata. Betapa negatifnya fikiran sebegini sedangkan perkahwinan itu satu tuntutan dalam agama. Kebanyakkan ibu bapa akan berkata begitu pada anak anak mereka, tetapi andai mereka berada di tempat anak-anak, dengan persekitaran yang boleh menjerumuskan mereka ke lembah maksiat, nescaya mereka ini pasti akan ada keinginan untuk berkahwin di usia muda.
Melalui sistem perkahwinan, ia akan meningkatkan rasa tanggungjawab dan berusaha di kalangan kaum lelaki dan wanita. Sebagai contoh kaum lelaki akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kedudukan ekonomi mereka bagi tujuan memenuhi hak-hak orang yang berada dibawah tanggungan dan jagaannya.
Selain itu, seseorang yang berkahwin dapat bermujahadah dan melatih dirinya dengan menjalankan pentadbiran dan pengurusan, menjaga dan menjalankan tanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Islam menggalakkan perkahwinan dan menyeru supaya berkahwin dengan penuh keimanan kepada Allah. Ini kerana selalunya perkahwinan itu sendiri akan memperbaiki keadaan yang sulit. Melalui perkahwinan, si suami akan bekerja bersungguh-sungguh memperbaiki kedudukan ekonomi, menghadapi cabaran dan tanggungjawab secara lebih telus dan si isteri pula membantu memelihara perbelanjaan keluarga.
Pada hakikatnya tiada masalah yang akan wujud sekiranya semua pasangan melakukan tanggungjawab masing masing dengan baik. Realitinya ibu bapa takut untuk mengahwinkan anak di usia muda kerana bimbang akan keadaan anak dari segi keperluan asas serta perbelanjaan masa hadapan. Saya ulaskan dengan lebih mendalam tentang masalah ini, Adakah apabila sah bergelar suami isteri maka bantuan memenuhi keperluan daripada ibu bapa itu tidak boleh diterima oleh anak anak? Tidak salah bukan?
Malah anak anak juga dengan kudrat mereka mampu bekerja bagi menampung keperluan hidup mereka walaupun bersederhana. Dalam mengharungi rumah tangga mereka di usia yang masih muda dan dalam status sebagai pelajar lagi, maka ibu bapa juga merupakan tempat dan perangsang bagi pasangan ini untuk menempuh hari-hari sebagai suami dan isteri.
Rumahtangga Islam dibina adalah berpaksikan ikatan perhubungan jiwa dan emosi yang suci serta luhur dan tidak berpura-pura. Rumahtangga yang dibina hendaklah berasaskan ketaqwaan, pasangan suami isteri yang saling menghormati dan melindungi antara satu sama lain. Begitu juga pergaulan yang baik di antara suami isteri seterusnya akan melahirkan rasa tanggungjawab dan kebersamaan di dalam mengendalikan sesebuah rumahtangga. Perkahwinan menambahkan lagi kekuatan rohani, khusyuk dalam beribadah serta pengabadian diri kepada Allah SWT. Menerusi perkahwinan dapat mententeramkan perasaan berahi yang membara dalam jiwa manusia. Begitu juga dapat mendamaikan kerunsingan-kerunsingan jiwa kerana segala permasalahan hidup dapat dikongsi bersama dengan pasangan masing-masing. Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Dua rakaat sembahyang dari orang yang telah berumah tangga lebih baik daripada sembahyang orang yang masih belum berumahtangga.”
Pemilihan pasangan pada hakikatnya boleh menjadi salah satu pencetus masalah keruntuhan rumahtangga sekiranya ia tidak difahami dan tidak dilakukan dengan betul. Aspek tersebut dianggap penting dalam mewujudkan keserasian dan persefahaman setelah akad nikah dimeterai. Oleh sebab yang demikian, maka matlamat dalam pemilihan pasangan perlu difahami dengan tepat agar tidak mendatangkan mudarat kepada perkahwinan yang telah dimeterai, sama ada masyarakat menyokong atau menentang tentang isu kahwin muda ini. Apa yang perlu difahami adalah bahawa setiap individu mempunyai pandangan dan prinsip masing masing.
Kesimpulanya , berkahwin pada usia muda adalah terpuji. Namun pastikan kamu cukup bersedia untuk menempuh alam rumah tangga ini pada usia muda. Dapatkan restu kedua belah pihak dan kecapilah keindahan rumah tangga sebaik baiknya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!