Nak pudarkan jeragat memang tak mudah, pakai skincare pun belum tentu membantu. Tetapi kalau nak laser, itu memerlukan kos yang agak tinggi.
Jika dibiarkan, ini membuatkan wajah kusam sekali gus menurunkan tahap keyakinan diri seseorang bila nak berdepan dengan seseorang.
Sekadar maklumat tambahan, masalah jeragat timbul disebabkan beberapa punca iaitu:
1) Tidak mengamalkan rutin penjagaan wajah dengan betul atau konsisten iaitu mencuci, memakai penyegar (toner) dan pelembab
2) Keturunan
Ads
3) Umur. Seiring dengan peningkatan usia, semakin tinggi risiko ditumbuhi jeragat
4) Cahaya matahari. Disebabkan itu, kita disarankan untuk memakai pelindung UV setiap hari lebih-lebih lagi sekiranya aktif melakukan aktiviti di luar
5) Perubahan hormon, lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita apabila hamil, melahirkan anak, mengambil pil perancang dan sesetengah ubat-ubatan.
Ini Cara Pudarkan Jeragat
Sampai bila mahu mengenakan solekan tebal untuk menutup cela dan noda di wajah? Jangan risau, ini petua pudarkan jeragat sebagaimana yang dikongsikan oleh @zuriaty_musa:
Ads
1) Ambil sebiji ubi kentang, bersihkan dan kupas kulitnya
2) Parut ubi kentang menggunakan pemarut sehingga halus
3) Perah air ubi kentang menggunakan penapis. Asingkan airnya di dalam bekas lain dan simpan dalam peti ais di mana ia boleh tahan selama seminggu. Airnya boleh dijadikan semburan seperti penyegar
Ads
4) Hampas ubi kentang jangan dibuang, sebaliknya dicampur dengan aloe vera atau madu untuk dijadikan masker
5) Sapukan masker tersebut pada wajah dan biar setengah jam, kemudian bilas wajah dengan air bersih.
Nanti jangan lupa cuba ya, ini salah satu usaha untuk pudarkan jeragat dengan cara paling jimat dan berkesan.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular satu video pelakon, Datin Intan Najuwa menerima seekor kuda hadiah istimewa daripada suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman sempena ulang tahun kelahiran yang ke-26 tahun.
Menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik dalam akaun TikTok, pemilik nama lengkap Intan Najuwa Abdul Wahid itu berkongsi video memaparkan dia bersama kuda yang diberi nama Trulala.
Teruja Melihat Intan Najuwa Terima Hadiah Kuda
Jelas dirinya cukup bahagia dan bertuah, ramai netizen turut menzahirkan rasa teruja dan tumpang gembira melihat hadiah tersebut dan menyifatkan kehidupan Intan tak ubah dilayan seperti seorang puteri.
“Meganya hadiah hari lahir Intan, awak memang dijaga lelaki yang tepat, saya tumpang gembira melihat kebahagiaan awak,” komen seorang peminat.
“Kehidupan Intan macam seorang puteri dalam kisah dongeng, sempurna dan bahagia menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri yang saling melengkapi,” demikian komen seorang lagi netizen.
Selesa Dengan Panggilan Namanya
Intan mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan tersebut pada 18 Ogos lalu di Desaru Coast, Johor dan menerima wang hantaran sebanyak RM222,000.
Walau menjadi suri hati kepada lelaki berpangkat Datuk, Intan lebih selesa dipanggil namanya kerana baginya, gelaran semua manusia sama sahaja di sisi Yang Maha Pencipta.
Begitulah bertuahnya Intan dengan kehadiran jodohnya, selayaknya dilayan seperti seorang puteri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semalam berlangsungnya majlis perkahwinan penyanyi Shahir Zawawi dan Jaskin Jaludin bertempat di Royal Ballroom Bizmilla, One City, Subang Jaya. Dekorasi pelamin yang dihasilkan team Mila Jirin sungguh menakjubkan! Mainan lampu dan hiasan bunga-bungaan nampak mewah.
Kredit foto: Instagram Bizmilla
Kolaborasi di antara kedua-dua bekas peserta Akademi Fantasia ini menjadi. Sebagai pemilik Bizmilla, tentunya Mila mahukan yang terbaik buat pelanggan merangkap teman seperjuangan.
Saat melafazkan akad nikah, pasangan merpati sejoli ini menggayakan busana berwarna putih. Mereka dinikahkan bapa pengantin perempuan, Jaludin Nongce disaksikan Penolong Pendaftar Nikah, Ustaz Muhammad Hakimi Mustapai dan bapa pengantin lelaki, Zawawi Abdullah.
Hanya selepas dua bulan menyulam cinta, pasangan ini memilih untuk hidup bersama. Malam semalam juga Shahir melancarkan single terbaharu berjudul ‘Halal’, yang diciptakan khas buat isteri tersayang.
Dua minggu lalu penyanyi dan pelakon, Aizat Amdan dengan terbuka telah mengumumkan tarikh pernikahannya dengan Elyssa Alia Illias dan awal pagi tadi, mereka sah bergelar suami isteri selepas tiga tahun berkenalan.
Kredit foto: Instagram @aizatamdan
Pasangan ini dinikahkan bapa Elyssa, Leftenan Kolonel (B) Illias Moidean dengan disaksikan jurunikah Idrus Mohd Shahlan. Aizat menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 namun merahsiakan jumlah wang hantaran.
Kredit foto: Instagram @aizatamdan
Merpati dua sejoli ini yang mengenakan rekaan dari jenama Altelia Amani tampak begitu cantik dan segak. Dilatari dekorasi pelamin dengan konsep bunga-bunga vintaj hasil sentuhan KL Wedding Ministry, A-Park Puchong menjadi lokasi majlis pernikahan dan persandingan mereka.
Penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu dan Sampai Ke Hari Tua ini bersyukur kerana telah kini mereka melalui fasa baharu dalam hidup.
Kredit foto: Instagram @aizatamdanKredit foto: Instagram @aizatamdanKredit foto: Instagram @aizatamdan
“Selepas ini, apa sahaja tindakan tidak boleh fikir untuk diri sendiri sahaja. Saya ada isteri dan perlu minta persetujuan bersama.”katanya.
Menurut sumber dari Media Hiburan, pasangan ini akan berangkat ke Los Angeles pada Spetember nanti untuk menguruskan hal kerja dan terus menyambung perjalanan ke Mexico untuk berbulan madu. Wow! Jarang sekali kita dengar pasangan pengantin memilih Tulum, Mexico sebagai lokasi berbulan madu. Tak sabar nak lihat foto-foto mereka nanti.