Nak pudarkan jeragat memang tak mudah, pakai skincare pun belum tentu membantu. Tetapi kalau nak laser, itu memerlukan kos yang agak tinggi.
Jika dibiarkan, ini membuatkan wajah kusam sekali gus menurunkan tahap keyakinan diri seseorang bila nak berdepan dengan seseorang.
Sekadar maklumat tambahan, masalah jeragat timbul disebabkan beberapa punca iaitu:
1) Tidak mengamalkan rutin penjagaan wajah dengan betul atau konsisten iaitu mencuci, memakai penyegar (toner) dan pelembab
2) Keturunan
Ads
3) Umur. Seiring dengan peningkatan usia, semakin tinggi risiko ditumbuhi jeragat
4) Cahaya matahari. Disebabkan itu, kita disarankan untuk memakai pelindung UV setiap hari lebih-lebih lagi sekiranya aktif melakukan aktiviti di luar
5) Perubahan hormon, lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita apabila hamil, melahirkan anak, mengambil pil perancang dan sesetengah ubat-ubatan.
Ini Cara Pudarkan Jeragat
Sampai bila mahu mengenakan solekan tebal untuk menutup cela dan noda di wajah? Jangan risau, ini petua pudarkan jeragat sebagaimana yang dikongsikan oleh @zuriaty_musa:
Ads
1) Ambil sebiji ubi kentang, bersihkan dan kupas kulitnya
2) Parut ubi kentang menggunakan pemarut sehingga halus
3) Perah air ubi kentang menggunakan penapis. Asingkan airnya di dalam bekas lain dan simpan dalam peti ais di mana ia boleh tahan selama seminggu. Airnya boleh dijadikan semburan seperti penyegar
Benarlah jodoh itu tidak pernah mengenal usia. Sungguhpun perbezaan usia yang agak jauh, namun cinta sejati pasangan suami isteri, Kelana b Shamsudin Alamudi dan
Siti Nur Nashrah akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin.
Kelana b Shamsudin Alamudi, 61 dan Siti Nur Nashrah, 29 sudah ditakdirkan untuk hidup bersama.
Berbeza usia 32 tahun bukan penghalang pasangan ini mendirikan rumah tangga. Masyarakat kita sering memandang serong terhadap golongan wanita atau lelaki yang lebih berusia yang mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pasangan yang jauh lebih muda daripada mereka.
Perbezaan usia yang besar di antara pasangan sering dianggap tidak mampu kekal lama namun sebenarnya banyak saja pasangan yang mampu mengecap bahagia. Pendek kata, jarak usia bukanlah penghalang untuk membina sebuah ikatan yang kukuh dan mampu kekal selamanya.
Berkahwin dengan pasangan yang mempunyai jurang usia yang besar bukan penghalang mengecap rumah tangga mendamaikan.
Seperti mana pasangan lain, hubungan dengan jurang usia yang jauh juga pasti akan melalui cabaran dan rintangan seperti perbezaan pendapat, pegangan prinsip serta gaya hidup.
Namun itu bukan bermaksud hubungan itu tidak mempunyai keserasian sebaliknya terdapat pelbagai cara dan kaedah dalam menjaga dan membina hubungan tersebut agar lebih kukuh walaupun berbeza usia.
Berkongsi cerita tentang kisah pasangan Kelana b Shamsudin atau lebih selesa disapa Kelana dan pasangannya Siti Nur Nashrah atau mesra disapa Nashrah, sememangnya pasangan ini sudah ditakdirkan untuk hidup bersama.
“Kami bertemu dalam satu program. Mula-mula hanya sekadar pandang-pandang dan senyum-senyum sahaja. Beberapa bulan kemudian kami bertemu lagi dalam satu program yang lain. Kebetulan kerusi kosong hanya ada di sebelah Nashrah maka saya duduk di sebelahnya,” ujar Kelana.
Selepas saling bertukar nombor telefon hubungan itu akhirnya menjadi serius. Pasangan ini mengambil kata putus untuk mendirikan rumah tangga selepas setahun menjalinkan hubungan.
“Dalam satu program yang lain, saya bertemu dengan ibu Nashrah. Saya berterus-terang dengan ibu Nashrah untuk mengambil Nashrah sebagai isteri. Reaksi ibu Nashrah ketika itu tenang sahaja. Mungkin inilah yang dinamakan jodoh,” jelas Kelana.
Ditanya bagaimana Nashrah menyesuaikan diri dengan anak-anak tirinya, ini jawapannya.
“Anak-anak tiri saya kebanyakannya semua sudah dewasa. Ada yang sudah berumah tangga dan memiliki anak. Cara saya mudah sahaja, tidak perlu masuk campur tentang hal ehwal anak-anak tiri dan juga bekas isteri suami.
“Jika ada sebarang masalah antara suami dan anak-anak dan ibu mereka, saya mengambil pendekatan untuk tidak masuk campur.
“Setakat ini saya tiada masalah dengan anak-anak tiri sementelah pula kami saya dan suami tinggal berasingan dengan anak-anak tiri,” ujar Nashrah.
Mengulas tentang jodoh, pertemuan, ajal, maut, ujar Kelana, jika hendak mencari pasangan hidup, carilah orang yang menyayangi kita.
“Carilah orang menghormati kita, terima buruk dan baik kita, dan yang tidak banyak meminta. Pada saya inilah perkara yang lebih penting.
“Ikutlah rasa hati. Jika kita rasa pasangan itu boleh terima, barulah kita lanjutkan hubungan itu ke arah yang lebih serius. Bagaimanapun jika kita hanya bertepuk sebelah tangan, eloklah tamatkan sahaja hubungan itu. Jika diteruskan juga, ia akan menyusahkan kita dikemudian hari.
“Paling penting, jangan berkahwin kerana duit, kecantikan dan kekacakan seseorang itu. Berkahwinlah ikut kata hati. Berkahwinlah kerana kita suka, bahagia, maka teruskanlah,” jelas Kelana.
Tambah Kelana lagi, jika selepas berkahwin ada berlaku pergaduhan, selesaikan secara damai. Ingat pada anak-anak.
“Tidak perlulah kita berperang. Ada sesetengah kes pasangan yang berpisah walau dah lama tapi masih juga belum dapat ‘move on.’ Masih lagi berdengki. Keadaan itu tidak bagus.
“Jika hendak berkahwin, mesti ada persefahaman, boleh terima buruk dan baik dan perlu ada ‘give and take,’ akhiri Kelana.
Hadis menjadi sumber penting dalam Islam berdasarkan peranan dan pengaruh besar selepas al-Quran sejak zaman Rasulullah SAW. Kesilapan dalam memahami nas ataupun teks hadis akan mengundang kekeliruan dalam kefahaman syariat Islam.
Dalam masyarakat kita mungkin anda pernah mendengar tentang hadis berikut; Rasulullah SAW bersabda: “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya adalah lebih baik daripada isteri itu mengerjakan haji dan umrah.” HR Anas bin Malik Jazakallah.
Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulannya (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki” Riwayat Ibn Hibban
Bahkan, isteri yang solehah dapat menggembirakan suaminya kerana jika si suami melihatnya maka akan menyenangkan hatinya. Hal ini sebagaimana yang disebutkan di dalam suatu hadis, Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Hendakkah kamu aku beritahukan tentang sebaik-baik harta seorang lelaki adalah wanita yang solehah. Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan, apabila dia memberi arahan kepadanya wanita itu taat, dan apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya.” Riwayat Abu Daud (1664)
Begitu juga Nabi SAW menyebut berkenaan empat perkara yang menjadi kebahagiaan seseorang lelaki, iaitu:
Maksudnya: Seorang isteri adalah pemimpin di dalam urusan rumah tangga suaminya dan akan dipertanggungjawabkan atas urusan rumah tangganya. Riwayat al-Bukhari (893)
Namun, hadis yang menyebutkan tentang seorang isteri yang menyediakan makanan kepada suaminya adalah lebih baik daripada seorang isteri itu mengerjakan haji dan umrah tidak dijumpai teks asalnya dalam mana-mana kitab hadis yang muktabar.
KESIMPULAN:
Terdapat banyak hadis yang menceritakan tentang kelebihan hidup berumah tangga dan juga hubungan sesama suami dan isteri tetapi tidak dijumpai teks hadis yang menceritakan tentang seorang isteri yang menyediakan makanan kepada suaminya adalah lebih baik daripada seorang isteri itu mengerjakan haji dan umrah sebagaimana yang tersebar dalam kalangan masyarakat. Wallahua’lam.
Makin menjadi-jadi usahawan wanita yang seorang ini, Asyalliee Ahmad. Kemeriahan persandingan mereka yang diadakan baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas lima tahun mendirikan rumahtangga. Nak pilih bahagia, kenalah tahu rahsianya dan rahsia perkahwinan ini dikongsikan Asya di akaun Instagramnya.
Masa awal perkahwinan kami, ramai yang kata “awal2 boleh la sweet bagai sebab baru kahwin, tunggu la 3 ke 4 tahun lagi, semua tu hilang nanti. Percayalah” bukan takat asya yang kena, ramai orang yang baru kahwin selalu kena ni.
Tapi bagi asya ia terletak pada individu Kalau betul dia kahwin atas dasar cinta, kasih sayang dan tanggungjawab. Benda tu takkan terjadi. Manusia ni tak sempurna, kena saling melengkapi mana yang kurang. Jangan pandang buruk pasangan kalau dah tahu, tapi bawa berbincang satu sama lain. Perbaiki satu persatu dan bukannya kecam dan tak boleh terima.
3 TIP NAK BAHAGIA SUAMI ISTERI
Nak cari bahagia caranya tak sama tapi konsepnya serupa. Mana-mana pasangan yang sudah berkahwin pun akan tercari-cari rentak kebahagiaan sendiri. Ada orang lebih suka apabila ‘membeli’ kebahagiaan dengan wang ringgit, ada yang suka dengan belaian kasih sayang malah ada yang cari bahagia dengan memenuhi perut yang kosong.
Bagi Asya, sepanjang lima tahun perkahwinannya bersama Eboy Arbaain, ini tiga tip yang diamalkan untuk memastikan kehidupan rumahtangganya terpelihara.
Berdasarkan pengalaman 5 tahun kahwin ni, cinta dan kasih sayang kami tak berkurang pun malah makin bertambah 🤍 Apa yang kami buat?
1. Jika ada masalah, kami berbincang. Selalunya diwaktu “pillow talk” sebelum tidur. Bila pasangan kita meluah, jangan cepat nak melatah nak menjawab tapi dengar dulu dan fahami luahan si dia kemudian barulah kita bagitahu bahagian kita pula. Last baru berbincang macam mana nak selesai masalah tersebut.
2. Sentuhan kasih sayang seperti peluk, cium dan pegang tangan buat setiap hari tanpa jemu! Walaupun tengah masak minta la dekat pasangan “sayang nak kiss 💋” ataupun setiap kali bangun tidur dan sebelum tidur kiss dulu
3. Bermanja tapi bukan ngada-ngada. Bukan takleh ngada2 tapi jangan selalu tapi kalau bermanja biarlah setiap hari 😍 Jujur k, asya tak reti tau nak bermanja 😂 tapi disebabkan eboy cakap nak asya jadi manja, so asya cuba untuk buat manja walaupun malu permulaan tapi lama-lama akan jadi kebiasaan. Suami mmg suka kalau isteri dia bermanja 🤪
Ada banyak lagi tau, tapi 3 je la asya share dulu 😆 Next time asya share lagi tips
WANITA PERAMPAS, AWAS!
Sekarang ni memang musim wanita murahen nak cari laki orang ke? Haa ghisau nyahh. Sebelum ni duk dengar cerita orang je, bila jadi dekat diri sendiri ni tahu la nak handle macam mana. gittew
Kata Asya, yang paling utama adalah peranan SUAMI. Biarlah sebaik manapun isteri menjaga dan melayani suami namun seandainya suami sendiri membuka pintu untuk merelakan wanita lain singgah di hatinya, perkara itu tetap akan terjadi. Dari perbualan yang ringkas, ia boleh membawa kepada satu perubahan yang kita sendiri tidak mahu.
“Ape pun peranan suami tu yang penting. Kalau suami pun yang memang sama jenis menggatal juga, haa sediakan parang la siap-siap laaahh tibahh tapi aku serius ni. Jangan duk tibai yang pompuan ja, laki sekali kita tibai. Pastu kita nyahh laa dari hidup dia dan mula kan hidup kita yang baru sebab kita berhak untuk bahagia ye.
Aku bersyukur sangat la dapat suami yang jenis sayang & obses dekat isteri sendiri. Tak caya? tanyalah orang keliling kami macam mana eboy layan asya. Aku jarang nak tunjuk, sebab kalau tunjuk bersemut habis henfon hampa laahhhh tiber.
Walaupun kami dah 7 tahun kenal & 5 tahun dalam perkahwinan tapi kami masih mad in love gitteww 😜…
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...