Kepada bakal pengantin yang bercadang atau ingin memakai kanta lekap di hari bahagia, anda perlu tahu jenis dan cara untuk memakainya.

Sebenarnya ia sangat mudah namun anda perlu berhati-hati semasa membelinya. Seeloknya beli di kedai optikal untuk jaminan dan keselamatan anda. Tips ini mungkin dapat membantu.

1. Jangan pakai kanta lekap lebih lama daripada yang sepatutnya

Bakal Pengantin Yang Nak Pakai Kanta Lekap Kena Tahu Ini

Gantikan kanta lekap anda seperti yang telah diberitahu doktor. Jika anda menggunakan kanta lekap jenis harian, jangan guna semula kanta lekap yang sama setelah anda menanggalkannya walaupun kanta lekap anda masih baru lagi.

2. Basuh tangan

Bakal Pengantin Yang Nak Pakai Kanta Lekap Kena Tahu Ini

Sentiasa basuh tangan anda apabila ingin memakai atau membukanya. Elakkan daripada memegang bahan yang berminyak atau wangian sebelum menyentuh kanta lekap anda.

Ads

3. Jangan campur

Bakal Pengantin Yang Nak Pakai Kanta Lekap Kena Tahu Ini

Pastikan kanta lekap kiri dan kanan tidak tercampur kerana ia akan menyebabkan kesukaran apabila anda ingin memakainya.

4. Mencabut kanta

Bakal Pengantin Yang Nak Pakai Kanta Lekap Kena Tahu Ini

Ads

Seperti biasa basuh tangan dahulu, kemudian pandang ke atas dan dengan lembut keluarkannya.

5. Pembersihan

Bakal Pengantin Yang Nak Pakai Kanta Lekap Kena Tahu Ini

Gunakan cara pembersihan yang dikhaskan. Jangan guna cara lain. Hanya gosok sedikit dan jangan guna air paip!

6. Jangan guna air sembarangan

Ads

Bakal Pengantin Yang Nak Pakai Kanta Lekap Kena Tahu Ini

Kanta lekap sangat sensitif oleh itu ia tidak boleh menggunakan air paip atau sembarangan. Seeloknya gunakan air yang telah dikhaskan.

7. Bekas kanta lekap

Bakal Pengantin Yang Nak Pakai Kanta Lekap Kena Tahu Ini

Seperti kanta lekap anda, bekasnya juga perlu dikhaskan dan tidak boleh letak pada bekas sembarangan.

 

Sumber : webmd

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI