Inilah dikatakan rezeki orang kahwin! Tahniah buat Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dan Datin Seri Nurheliza Helmi yang dinobatkan sebagai penerima anugerah The Most Memorable Wedding Celebrities! Anugerah Pesona Pengantin X The Wedding Kuala Lumpur yang berlangsung di Shangri-La Hotel semalam.

Pasangan sehati sejiwa ini hadir sedondon dalam busana rona biru rekaan Eja Shahril, melangkah masuk ke ballroom Shangri La Kuala Lumpur dengan penuh bergaya dan mata-mata para tetamu tidak lekang memandang kepada pasangan yang masih dalam mood bulan madu. Cukup mesra dan romantis! Itulah yang boleh digambarkan mengenai pasangan ini! Walaupun bergelar Datuk Seri dan Datin Seri, .pasangan ini lebih mesra disapa Kak Ja dan Abang Dee ini ternyata menjadi tumpuan di majlis berprestij anjuran Pesona Pengantin dan sempat melayan soalan daripada rakan-rakan media.
Baru 47 Hari Bergelar Suami Isteri, Abang Dee & Kak Ja  Diuji Soalan  Rumahtangga!Melihat kepada cerita viral mengenai penyatuan dua jiwa ini pada tanggal 1 Januari 2022, tidak salah jika anugerah The Most Memorable Wedding Celebrities! Anugerah Pesona Pengantin diberikan kepada mereka berdua. Ditanya reaksi kedua-duanya tatkala menerima trofi yang julung kalinya dipersembahkan oleh Pesona Pengantin, Datuk Seri Mahadi melahirkan rasa syukur di atas kesudian Pesona Pengantin memberikan ‘hadiah istimewa” itu untuk dia dan isteri tersayang.

Baru 47 Hari Bergelar Suami Isteri, Abang Dee & Kak Ja  Diuji Soalan  Rumahtangga!

“Kami tak sangka dan ikutkan macam kami tak layak untuk menerima anugerah ini.Tapi setelah diberitahu, kami menerima dengan tanggungjawab dan amanat yang sangat besar diberikan Pesona Pengantin. Semoga award ini menjadi asbab untuk orang jadikan perkahwinan ini satu asbab syurga. Satu ikatan suci di antara kaum Adam dan Hawa untuk sama-sama ke Jannah.”
Baru 47 Hari Bergelar Suami Isteri, Abang Dee & Kak Ja  Diuji Soalan  Rumahtangga!Sambil mengaminkan kata-kata suami tersayang, Datin Seri Heliza menambah, “Mula-mula kita rasa, tak apalah. Tak pernah terlintas pun benda-benda macam ni dan kita fikir macam nilah, bila dianugerahkan The Most Memorable dengan harapan bila orang ingat, orang akan mendoakan.
Baru 47 Hari Bergelar Suami Isteri, Abang Dee & Kak Ja  Diuji Soalan  Rumahtangga!Ya Allah mudah-mudahan sampai syurga. Orang doa macam tu. Itu yang kita nak sebenarnya doa-doa daripada anda semua. Terima kasih kepada Pesona Pengantin.”

IKLAN

Sepanjang majlis berlangsung, ternyata pasangan ini menampilkan sikap happy go lucky dan suka bergurau antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, Abang Dee dan Kak Ja sangat sporting turut serta dalam game ‘Awak Kenal Saya Ke Tak?’, kuiz secara spontan yang diberikan oleh team Pesona Pengantin.

Paling menarik perhatian adalah apabila kedua-duanya sangat ‘ menjaga soal ‘privacy’’ dalam hubungan mereka dengan tidak mendedahkan tarikh perkenalan mereka dengan memberi jawapan ‘rahsia’ walaupun tanpa melihat dan berbincang jawapan masing-masing!. Seolah-olah mereka sudah sepakat dengan jawapan masing-masing!
Baru 47 Hari Bergelar Suami Isteri, Abang Dee & Kak Ja  Diuji Soalan  Rumahtangga!Sungguh hebat ‘rahsia’ pasangan ini Walaupun sudah lebih 47 hari berkahwin, mereka masih menyimpan memori tersebut sebagai rahsia peribadi tanpa perlu berkongsi dengan umum.

Pesona Pengantin turut mengajukan soalan mengenai tip perkahwinan buat pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, jawapan Datuk Seri Mahadi.membuka dimensi baharu dalam erti sebuah perhubungan.

IKLAN

Baru 47 Hari Bergelar Suami Isteri, Abang Dee & Kak Ja  Diuji Soalan  Rumahtangga!

“Pertama kalinya saya rasa kami tak layak. Baru sangat pun baru 47 hari. So 47 hari tu saya rasa kami tak layak nak beri apa-apa nasihat tapi sedikit perkongsian, more to give and take. Nak kebahagiaan ni kena give and take. Ustaz-ustaz pernah kata suami ni kena bertanggungjawab, isteri kena taat. So bila ada dua benda tu, akan mix dan sempurna. InshaAllah.”
Baru 47 Hari Bergelar Suami Isteri, Abang Dee & Kak Ja  Diuji Soalan  Rumahtangga!Tambah  Datin Seri Heliza pula mengenai alam perkahwinan.

IKLAN

“Dan sebenarnya memang kena minta dengan Allah sebab Allah yang jaga hati-hati manusia, Allah yang jaga satu-satu perhubungan. Jadi kita minta Allah ilhamkan, lindungi perhubungan ini agar Allah menurunkan Sakinah Mawaddah Wa Rahmah till Jannah dan juga kena berkomunikasi. Kalau ada apa-apa kena beritahu.”

Baru 47 Hari Bergelar Suami Isteri, Abang Dee & Kak Ja  Diuji Soalan  Rumahtangga!Moga rumah tangga pasangan ini terus diberkati Allah SWT dan menjadi inspirasi kepada suami serta isteri di luar sana.Dari lensa Pesona Pengantin yang melihat bagaimana pasangan ini mesra selepas tamat event, mereka kembali menukar pakaian kasual yang sedondon dan berbual mesra sambil bergerak menuju ke lobi hotel untuk menikmati makan malam bersama. Cukup mesra dan saling berbual dan memberikan bahasa tubuh tanda penuh kebahagiaan. Barakallah Fii Umrik dari team Pesona Pengantin!

Kredit foto: Instagram Heliza Helmi & Datuk Mahadi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI