Ibarat baja, kehidupan dalam berumah tangga perlu sentiasa ‘dibajai’ dengan kasih sayang dan cinta yang sentiasa menghijau. Kita tidak mahulah hanya pada peringkat awal perkahwinan sahaja kasih sayang antara suami isteri menggebu-gebu.
Sepatutnya makin bertambah usia perkahwinan, makin bertambah kasih sayang antara suami isteri. Namun rasa ‘hangatnya’ cinta dan kasih sayang antara suami isteri bukan hanya datang dengan sendiri sahaja sebaliknya ia perlu ada usaha kedua-dua belah pihak.
Manisnya pasangan merpati dua sejoli ini yang baharu sahaja melangsungkan pernikahan pada petang Jumaat, 5 Ogos. Ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Nurul Izzah Anwar memilih Yin Shao Loong, seorang pengkaji dari Khazanah Research Institute.
Berita gembira ini dikongsikan sendiri YB Nurul Izzah di media sosial miliknya. Berwalikan ayahandanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernikahan diadakan di samping kehadiran keluarga terdekat.
“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.” (QS. Ar-Rum:21)
Kami memohon doa kalian semua – agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT.
Untuk rekod, Nurul Izzah, 42 pernah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahir Iskandar Raja Salim pada Mei 2003 namun bercerai pada 2015. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raja Nur Safiyah, 15 dan Raja Ahmad Harith, 13.
Semoga pernikahan ini dikurniakan dengan kebahagiaan sehingga ke Jannah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular gambar genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani yang selamat menjadi suami kepada gadis pilihan hatinya, Siti Sarah Zurkanain baru-baru ini.
Difahamkan, majlis pernikahan berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Lundang di Kota Bharu, Kelantan dengan wang hantaran berjumlah RM9,999.99.
Turut berkongsi foto-foto majlis istimewa itu adalah jurusolek profesional, Amytouch menerusi story di laman Instagram miliknya, petang Khamis.
Pengantin perempuan dari Kelantan itu dirias cantik oleh Amytouch.
“Tahniah. Pengantin perempuan cantik hari ini,” tulisnya menerusi foto bergambar bersama pasangan itu.
Sementara itu, menerusi satu hantaran di Facebook, bapa Adi iaitu Abdul Ghani memaklumkan majlis perkahwinan anaknya bersama Siti Sarah berjalan lancar.
“Berkat doa daripada tuan, puan, sahabat serta muridnya, dengan lafaz nikah sekali sahaja dan kenduri kahwin berjalan lancar.
“Alhamdulillah, cuaca pun baik di Kota Bharu, hari ini,” katanya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Adi Putra dan Siti Sarah yang bergelar raja sehari.
Sebelum ini, Adi Putra, 24, dan Siti Sarah, 27, mengikat tali pertunangan pada 19 Julai lalu.
Adi Putra mengenali Siti Sarah sejak lapan tahun lalu menerusi laman sosial.
“Masa tu saya mengajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dia ada kawan di sana, jadi kami kenal melalui connection di Instagram. Bermula di direct message (DM) menjadi friendship, kemudian relationship pula. Pada masa tu dia masih belajar.
“Kami ambil masa tujuh tahun untuk kumpul duit sehinggalah majlis pertunangan diadakan di kediamannya di Kota Bharu, Kelantan pada 19 Julai,” ujarnya.
Untuk rekod, Adi Putra pernah menggemparkan negara selepas digelar sebagai genius matematik, khususnya dalam pengetahuan algebra, trigonometri dan darab (antara lima hingga enam digit).
Ketika berumur enam tahun, anak kelahiran Bagan Serai, Perak itu mendapat tawaran melanjutkan pengajian di dua universiti terkemuka dunia iaitu Universiti Oxford dan Universiti Harvard.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika nak dapur kemas dan tersusun rapi, kena disipilin ajar letak barang ke tempat asal selepas guna. Paling penting, tidak terbiar tanpa dilap dan dicuci.
Inilah konsep yang diguna oleh seorang wanita, Jenn Lee Goldfish. Hasilnya dapur yang berbelas tahun guna pun nampak cantik dan bersih.
Walau sudah 14 tahun tinggal di kediamannya, ramai yang memuji ruang masak beliau tersusun rapi dan menarik. Rupa-rupanya ada cara yang dipraktikkan wanita berkenaan bagi memastikan dapurnya sentiasa dalam keadaan kemas dan tetap berkilat biarpun sering digunakan.
Berikut antara tip yang dikongsikan Goldfish:
-Beliau tidak suka simpan banyak barang atas dapur. Semuanya diletakkan dalam kabinet termasuklah gula, garam, kicap dan minyak masak. Hanya sudu, garfu yang berada di luar, manakala yang lain dilarang untuk berada di atas meja dapur.
“Mungkin ada yang akan cakap ‘Eh! Si Jenn tidak masak di rumah? Suami saya selalu masak. Namun, beliau pun terikut gaya saya yang mengharamkan barang di atas meja,” jelasnya.
– Kain lap meja jangan letak merata. Beli tuala berharga RM4 di Mr DIY. Selepas lap, keringkan di luar rumah. Elakkan sidai di mana-mana bahagian dapur.
-Elakkan main sumbat sahaja plastik terpakai. Lipat cantik-cantik lalu masukkan dalam satu bekas.
-Anda juga boleh jadikan ia sebagai satu aktiviti keluarga. Ajar anak-anak tolong lipat plastik tersebut.
-Jadikan ia satu rutin terutama mop lantai dan lap dapur memasak sehingga berkilat.
-Pastikan lepas makan terus cuci pinggan mangkuk, tiada orang lain akan tolong cuci. Selepas makan terus cuci sendiri, bukannya cacat pun.
-Jika dapur anda lapis mejanya menggunakan tikar getah, pilih yang tiada corak ataupun corak marble supaya dapur kamu nampak selesa dan tidak sesak.
-Elak pilih langsir warna terang di dapur. Sebaiknya, pilih warna putih supaya dapur nampak luas.
Beliau sambil berseloroh berkata, ruang dapurnya tidak dipasang langsir kerana memudahkan beliau untuk melihat pontianak di luar waktu malam.
“Walaupun hidup kami sederhana, hati senang kerana tidak banyak barang berselerak. Rezeki senang masuk dan kami suami isteri jarang berselisih faham.
“Dapur ialah nyawa kita, sumber rezeki. Jangan sesakkan dapur kita dengan barang-barang yang kita fikir mahu guna nanti. Saya baru buang tiga plastik besar barang minggu lalu sebab saya tidak pakai juga. Less is more,” ungkap beliau lagi.
Ternyata dapur memang nampak luas, bersih dan tersusun. Barang yang diletakkan di atas dapur pun boleh dihitung dengan jari. Nanti anda pun boleh cuba tip wanita untuk naikkan seri ruang dapur di rumah, barulah semangat nak masak!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...