Sesuai untuk anda yang baru kahwin, boleh deko ruang secara minimalis bagi nampak luas dan lebih tenang apabila masuk rumah.
Senang juga jika nak berpindah ke tempat lain, maklumlah baru berumah tangga biasanya belum ada rumah sediri.
Baru Kahwin Molek Deko Ruang Minimalis
Namun jika deko rumah sediri seperti yang dikongsi Susun Atur Sioca ini pun cukup bagus, memang ‘sedapkan’ mata memandang dan tak serabut masuk rumah.
Kalau lihat kediamannya memang kosong kerana prinsipnya, tiada fungsi tak beli. Jika terbeli let go. Malah dek kerana prinsip ini juga dapur pun nampak kosong. Tapi pegangan ini memang mudahkan kehidupan malah menjimatkan. Boleh lihat perkongsiannya.
Kalau Tak Guna, Let Go
“Rumah saya ada empat bilik dan satu airwell. Saya bahagikan ikut bilik utama, bilik anak, bilik baju, bilik buku dan ruang dobi.
“Bilik tidur hanya ada katil sahaja. Tak ada barang lain. Almari baju pun tak ada. Baju semua di’one-stop-centre’kan di bilik baju. Side table juga tak ada,” kongsinya.
“Bilik anak-anak juga begitu. Hanya ada katil. Meja belajar, buku-buku semua di’one-stop-centre’kan di bilik buku.
Ads
Kalau nak belajar, kami akan berkumpul setempat dan bawa semua keperluan belajar, dah sudah, letak balik di bilik buku.
“Bilik baju saya gunakan konsep baju tergantung. Dah bertahun guna konsep ni. Konsep ini sangat membantu menjimatkan masa para ibu dan isteri. Langkah dia semudah masuk baju dalam mesin, sidai guna hanger, angkut hanger ke tempat masing-masing di bilik baju, selesai!”
Bagi anda yang mempunyai masalah pakaian kecil-kecil, masuk sahaja dalam kotak tapi pastikan satu jenis satu ‘rumah’. Kain pelikat, kain batik, tuala tu kena lipat tapi easy peasy kan?
Ads
Ruang Bilik Buku
Bilik buku pula ada rak buku dan meja belajar. Itu sahaja. Nak bagi kemas, tersusun, efektif, sentiasa gunakan konsep SETIAP BARANG ADA ‘RUMAH’ SENDIRI. Jangan sekali-kali campur aduk bila kemas.
Ceritanya lagi, “Ruang dobi saya letakkan di airwell rumah. Dia sebenarnya langit terbuka tapi kami tutup dengan zink lutsinar supaya hujan tak masuk tapi cahaya matahari boleh masuk. Di sini ada mesin basuh, ampaian, dan sedikit ruang untuk barang-barang stor contohnya cat, tangga dan lain-lain.”
Perabot Guna Sampai Rosak
“Dapur, ruang tamu, ruang makan pun sama. Ada perabot asas sahaja dan memang digunakan seharian. Kalau yang tak ada function, saya tak akan beli. Kalau dah terbeli, saya akan let-go. Semua perabot tak bertukar selagi tak rosak. Sebab tu kalau mai dulu dengan sekarang, itu jugalah rupanya,” jelasnya.
Ads
“Dinding semua kosong. Tak ada sebarang deko kecuali jam dan cermin. Saya tak rajin nak lap habuk kat bingkai-bingkai tu semua. Dulu pernah cuba nak hias-hias tapi tak kena dengan jiwa. Cabut balik, let-go semua.
“Kat dapur je ada bingkai sebab nak tutup cela pada dinding (retak sikit sebab alih pintu toilet yang asal),” katanya.
Rumah juga tak ada sebarang karpet kecuali satu pvc mat, meraikan tetamu yang lebih selesa duduk bawah.
Perjalanan minimalis ini entah bila mulanya. Tahu-tahu dah kosong sahaja rumah. Kalau masuk, macam orang baru pindah.
Apa pun rasa seronok dan lega. Itu perasaan yang dilaluinya bila memilih deko minimalis. Banyak lagi yang diminimalis, bukan rumah, corak pemakanan, penjagaan seharian semua terkesan. Masih banyak perlu dibaiki. Masih banyak nak belajar. Yang penting sesuai untuk anda yang baru kahwin tiru cara ini.
Trend dulang hantaran perkahwinan sentiasa berubah-ubah saban tahun. Daripada hiasan klasik tepak sirih sehinggalah ke trend moden di mana dulangnya lebih santai dan terbuka, semuanya miliki ciri-ciri tarikan yang tersendiri. Walau bagaimanapun dulang hantaran menggunakan bunga segar tetap menjadi pilihan bakal mempelai kerana ia lebih menyerlah.
Perlu diingatkan bahawa hiasan bunga segar tidak boleh terlalu sarat sehingga menenggelamkan barang-barang hantaran. Memadai dengan beberapa kuntum bunga bagi memperindahkan gubahan hantaran. Kebiasaannya bunga-bungaan disusun kemas di sekeliling dulang. Walau bagaimanapun, terpulang kepada kreativiti anda untuk menggubah dulang hantaran asalkan ia tidak nampak terlalu padat.
Berbanding dahulu, kebanyakan dulang hantaran pada masa kini lebih berkonsepkan pada warna-warna pastel. Antara pilihan bunga-bunga segar yang sering menjadi pilihan ialah hydrangea, baby breath, ros, lili dan sebagainya.
Gabungan warna-warna pastel dan kesesuaian dengan penggunaan bunga untuk dulang hantaran sangat sesuai untuk majlis nikah mahupun majlis persandingan. Pilihan trend sebegini memudahkan proses memadankan dulang hantaran dengan tema majlis pertunangan atau perkahwinan secara keseluruhannya.
Ayuh kita cuci mata dengan pilihan dulang hantaran yang ‘bermain’ dengan gabungan warna-warna pastel bunga-bunga segar.
Kredit Gambar: Instagram mankajang29
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau nak tutup wayar yang berselerak di dinding mahu pun lantai, pilihan terbaik adalah dengan menyediakan bekas wayar atau wire casing.
Namun macam mana pula nak lindungi wayar tv yang berselirat pada dinding? Ya, anda boleh gunakan wire case, tapi lebih cantik jika anda gunakan TV wall panel. Jadi, sebarang wayar sama ada dari TV dan decoder akan tersimpan di dalam panel tersebut.
Modal RM399 Je Dapat Hasilkan TV Wall Panel, Isteri Mesti Suka!
Kos untuk membuat TV wall panel ni pun lebih kurang buat kabinet dapur sebab kaedah dan material yang digunakan lebih kurang sama.
Nak nampak kemas bahagian TV, anda boleh guna idea yang dikongsi oleh Puan Diyana Mahmud dan pasangannya yang ambil keputusan untuk buat sendiri sahaj TV Wall panel.
Apa yang menarik, Tv Wall Panel yang dianggarkan RM 1, 500 – RM 2, 000 oleh kontraktor ini hanya memerlukan kos RM 399 jika dibuat sendiri.
Jom tengok cara buat TV Wall panel yang dibina oleh pasangan ini
Bahan/kos:
Playwood tebal 10mm size 8 ftx 4ft RM 52 x 2 pieces
Kayu 1×2 RM8 x 7 pieces
Vinyl flooring RM 115 x 2 kotak
Gam 1 botol RM 9 Total=RM 399
Cara-cara:
1. Dapatkan ukuran TV wall penal yang akan dibina dan lakar struktur sokongan yang akan memegang TV wall panel tersebut 2. Tentukan keperluan barang atau kayu mengikut gambarajah yang telah dilakar
3. Pasang struktur sokongan dan tutupkan dengan playwood seperti lakaran yang telah dilakukan. Jangan lupa, buat satu lubang sebagai ruang penyimpanan wayar-wayar TV.
4. Untuk lebih kemas, pasang kan frame kayu atau wainscoting mengikut saiz yang bersesuaian
5. Seterusnya, Tampal vinyl sebagai kemasan
6. Lepas vinyl kering, tebuk lubang untuk letak bracket TV dan pelbagai eksesori lain.
DAH SIAP!
Nampak kemas bukan? Jadi, kalau anda rasa nak ubah suai bahagia TV, boleh lah cuba DIY sendiri sahaja, jimat tak perlu upah orang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tema dekorasi merupakan magnet sesebuah majlis. Ia menjadi tumpuan para tetamu yang datang meraikan hari bahagia. Setiap ruang wajib diberi sentuhan magis berkonsepkan tema yang diidamkan pasangan ratu dan raja sehari.
Dekorasi singgahsana bertemakan konsep moden ala Inggeris ternyata menghasilkan sentuhan mewah dan romantis. Rona warna putih dan hitam yang dipilih memberi gambaran mewah buat si raja dan ratu sehari.
Seakan menterjemahkan rasa cinta yang bergelora dalam jiwa, ia dipantulkan pada keindahan rekaan seni kreatif dekorasi sesebuah pelaminan.
Pasti si raja sehari gembira dengan hasil yang ditampilkan lantas idea pelamin yang diidam dapat direalisasikan. Ternyata warna-warna monokromatik ini ternyata menjadi warna yang sering digunakan untuk majlis bertemakan konsep moden ala Inggeris.
Antara seni dekorasi pelamin yang berjaya menjentik pandangan ialah hasil sentuhan Kayangan Gallery. Dekorasi pelamin yang diciptakan oleh Kayangan Gallery sentiasa memilih rona-rona monokromatik untuk menghasilkan sentuhan mewah dan minimal. Dengan penggunaan aksesori seperti kristal candelier, platform marble dan lilin pastinya menambahkan lagi kesan dramatik pada dekorasi pelamin.
Kayangan Gallery kebiasaannya memberi peluang kepada pelanggannya untuk memberitahu idea dan konsep yang diidamkan. Pelanggan akan diberikan cadangan dan idea terbaik berdasarkan konsep yang digambarkan.
Kayangan Gallery juga akan menerangkan kepentingan pilihan warna, kedudukan pelamin, dan pencahayaan yang sememangnya merupakan faktor penting bagi sesebuah majlis resepsi.
Penggunaan aksesori seperti kristal candelier, platform marble dan lilin pastinya menambahkan lagi kesan dramatik pada dekorasi pelamin.
Rona-rona monokromatik untuk menghasilkan sentuhan mewah dan minimal.
Terserlah keindahan rekaan seni kreatif dekorasi sesebuah pelaminan.
Setiap ruang wajib diberi sentuhan magis.
Rona warna putih dan hitam yang dipilih memberi gambaran mewah buat si raja dan ratu sehari.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!