Satu keputusan yang baik, pelakon, Puteri Sarah beri kebebasan Syamsul Yusof jumpa anak-anak selepas dia sah bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur tengah hari tadi.
Malahan Puteri Sarah Liyana berharap hubungannya dengan pengarah itu dapat diteruskan dengan baik demi anak-anak.
Puteri Sarah Beri Kebebasan Syamsul Jumpa Anak-anak, Tanda ‘Move On’!
“Alhamdulillah semua selesai. Semalam kami ada berjumpa dan sudah selesaikan semuanya dari A hingga Z (perkara yang melibatkan dua pihak).
“Harapan saya agar selepas ini tiada lagi persengketaan dan kita berbaik macam biasa. Macam kita dah berjanji,” katanya sebaik sahaja selesai prosiding pengesahan perceraian itu.
Bersalam Kali Terakhir
Ads
Ditanya momen ketika bersalaman buat kali terakhir dengan Syamsul, Puteri Sarah tersenyum.
“Biar saya seorang saja tahu,” jawabnya ringkas.
Bercakap soal hak penjagaan anak pula, Puteri Sarah menjelaskan dia memberi kebebasan untuk Syamsul melawat mereka pada bila-bila masa sahaja
“Hak penjagaan anak-anak diberikan kepada saya tapi Syamsul boleh jumpa tanpa halangan.
“Tiada jadual untuk Syamsul berjumpa dengan anak-anak. Saya rasa tak perlu lah,” ujarnya.
Ads
Terdahulu sebelum melafazkan cerai itu, Puteri Sarah dan Syamsul dilihat bersalaman dan masing-masing kelihatan tenang.
Pada 25 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah di sini dimaklumkan tiada ruang untuk Syamsul dan Puteri Sarah untuk berdamai dalam kemelut rumah tangga mereka.
Ini kerana Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang telah dibentangkan di mahkamah mengesahkan berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) pada pasangan itu dan kewujudan pihak ketiga.
Ads
Dalam prosiding hari ini, Puteri Sarah diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul diwakili peguam syarie Azmi Mohd. Rais.
Proses Penceraian
Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini Puteri Sarah mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.
Kemudian pada 18 April lalu, pasangan itu sepatutnya merekodkan persetujuan penyelesaian yang dikatakan telah dicapai dalam satu pertemuan yang mana Syamsul juga akan melafazkan talak terhadap Puteri Sarah pada hari tarikh tersebut.
Bagaimanapun saman terhadap Ira Kazar dan pengurangan jumlah tuntutan nafkah anak antara yang menjadi penghalang kepada penceraian antara Puteri Sarah dan Syamsul.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4,.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada sesetengah mentua, berharap dapat menantu sempurna. Sedangkan diri sendiri pun ada kekurangan, mana adil jika terus mencari silap ahli baru dalam keluarga.
Ya, setiap mak tentunya inginkan yang terbaik untuk anakya. Begitu juga bila anak sudah berkawhin dan mempunyai pasangan. Sudah tentulah, sebagai mentua, dia ingin menantu sempurna dan dapat membahagiakan anaknya.
Mampukah keinginan mentua untuk dapat menantu sempurna itu tercapai. Rasanya, belum tentu dapat tapi sebolehnya menantu akan cuba jadikan yang terbaik. Cuma tak tahulah macm mana pula pandangan mentua pada dirinya.
Kita bukanlah sempurna. Baik mentua atau menantu, kita bukanlah yang terbaik dan mentua jangan terlalu berharap untuk dapat menantu sempurna, sebab sampai kiamat kita tak akan jumpa.
Perkongsian yang boleh dianggap agak ‘panas’ dan makan bila pendakwah memberi jawapan ‘pedas’ kepada salah seorang perempuan apabila ditanya tentang mentua yang merasakan menantu tidak sesuai dengan anaknya.
Dalam satu perkongsian di tiktor, tular tentang wanita Indonesia yang mengajukan soalan tentang menantu yang tidak sempurna. Namun, jawapan yang diberikan oleh pendakwah terkenal negara itu, Mamah Dedah cukup pedas.
“Saya baru sahaja mengizinkan anak berkahwin dan menerima menantu baru. Namun selepas mereka berkahwin, ternyata menantu saya itu tidak seperti yang saya harapkan. Dia tidak memenuhi ciri-ciri yang saya bayangkan sebelum ini dan saya rasa dia tidak sesuai untuk anak saya.”
Kemudian, soalan tersebut dijawab tenang oleh Mamah Dedeh dengan jawapan yang cukup memberi kesan kepada mereka yang mendengar.
“Kita harus memahami peribahasa ‘rambut sama hitam, hati lain-lain’. Jika anda mengharapkan bertemu calon menantu sesempurna seperti dalam bayangan anda, sehingga kiamat tidak akan berjumpa orang seperti itu.
Ada pepatah yang mengatakan ‘Insaan Mahalul Khatha wan Nisyaan’ yang bermaksud ‘manusia itu tempatnya adalah salah dan lupa’. Jangan terlalu cepat menghukum si menantu, ada baiknya kita muhasabah diri dahulu.
Adakah kita sudah cukup sempurna untuk mengharapkan yang sama?
Sumber: MNCTV (tiktok) MSTAR
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehidupan ketika bercinta tentunya tidak sama dengan alam perkahwinan. Sebaik sahaja bergelar suami isteri pastinya banyak perkara baharu tentang pasangan yang bakal anda ketahui.
Ada ketikanya membuatkan anda rasa sukar untuk menyesuaikan diri kerana masing-masing belum mengenali sedalam-dalamnya. Untuk mengelakkan rasa kekok yang mungkin boleh menimbulkan salah faham, penting untuk anda berdua ketahui 10 benda baharu ini.
Selalunya ketika zaman bercinta memang sukar untuk anda ketahui sifat buruk pasangan. Mesti masing-masing cuba sembunyikan daripada pengetahuan pasangan. Apabila sudah berkahwin, baru nampak kelemahan masing-masing kerana setiap manusia dilahirkan tak sempurna.
Jadi jangan sesekali anda mengharapkan kesempurnaan daripada pasangan. Belajarlah untuk menerima kekurangan dan kelemahan yang ada pada pasangan dengan sama-sama membaikinya ke arah yang lebih baik.
Walaupun anda mengenali pasangan sejak sekian lama sebelum memutuskan untuk berkahwin, ini tidak bermakna anda mahupun pasangan mengenali diri masing-masing dengan sedalam-dalamnya. Apabila sudah tinggal sebumbung ambillah masa untuk lebih mengenali dan memahami diri pasangan. Dengan cara itu anda dan pasangan boleh bertoleransi dalam banyak perkara.
Jangan sesekali mengharapkan pasangan boleh membaca apa yang anda rasa atau fikirkan. Mungkin anda boleh tapi pasangan anda mungkin tidak dapat meneka apa yang terlintas di minda, mahupun apa yang anda suka atau tidak suka. Oleh itu untuk membuatkan rumah tangga harmoni, komunikasi dua hala penting agar anda dan pasangan faham apa yang masing-masing inginkan.
Tidak dinafikan bulan pertama selepas kenduri ramai pasangan yang kekeringan kerana banyak duit telah dihabiskan untuk majlis perkahwinan. Lagipun nak pinjam daripada orang tua mahupun keluarga, gerenti anda dan pasangan segan. Jadi adalah lebih baik anda dan pasangan membuat tabung kewangan lebih awal iaitu sebelum berkahwin sebagai persediaan untuk waktu-waktu kecemasan seperti ini.
Apatah lagi selepas berkahwin, banyak tanggungjawab yang anda berdua harus pikul bersama. Jika tidak bijak mengatur tabungan kewangan ada kemungkinan boleh membawa pada pergaduhan. Oleh itu, carilah penyelesaian agar kewangan anda berdua kembali stabil.
Hidup berdua memerlukan anda berkongsi rasa. Jadi apabila ada sesuatu perkara penting yang ingin anda katakan, sebaiknya luah dan beritahu pasangan dengan cara yang baik dan berhemah.
Jangan sesekali memendam rasa atau memberitahu pasangan dalam keadaan yang tidak bersedia atau dalam keadaan marah. Perbincangan penting agar anda berdua dapat mencari penyelesaian untuk perkara tersebut.
Alam rumah tangga memerlukan satu pasukan yang mantap agar hubungan yang dibina kekal bahagia. Dalam satu pasukan anda berdua hendaklah saling bantu-membantu dalam apa jua perkara yang dilakukan.
Misalnya dalam perihal rumah tangga, suami tidak boleh membebankan isteri seorang diri menguruskan segala perkara. Urusan rumah tangga haruslah dilakukan bersama agar ia memberi kemudahan dan kesenangan dalam kedua-dua belah pihak. Kerjasama ini akan menjadikan rumah tangga anda berdua lebih harmoni.
Kunci dalam perkahwinan memerlukan anda untuk banyak bermuhasabah diri dan bertolak-ansur. Dalam perkahwinan tidak ada istilah menang atau kalah. Tingkatkan kesabaran dalam apa jua hal yang anda dan pasangan hadapi. Jika sedang bergaduh, anda berdua tidak perlu lawan bercakap kerana bimbang boleh merosakkan hubungan dan membawa pada pergaduhan yang lebih parah.
Bukan itu sahaja, elakkan daripada mencabar pasangan lebih-lebih lagi suami kerana lelaki ada egonya yang tersendiri. Bimbang jika dicabar boleh membawa keburukan dalam hubungan rumah tangga. Jadi berusahalah untuk menjadi pasangan yang terbaik dan bersikap positif.
Tak dinafikan kalau dah hidup berdua mesti ada salah dan silapnya. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Apabila menjadi suami isteri, anda hendaklah belajar untuk memohon maaf jika melakukan kesalahan, selain memaafkan kesalahan pasangan.
Terapkan dalam diri untuk saling bermaafan agar segala apa yang anda berdua fikirkan tidak berpanjangan dan memendam rasa kerana ia boleh menjadi racun dalam rumah tangga. Lepaskan segala ego yang ada dalam diri anda agar anda menjadi seorang yang pemaaf.
Selepas berkahwin memang banyak tanggungjawab yang harus anda berdua fikirkan. Anda berdua juga akan hadapi segala macam benda dan hidup sendiri tanpa bantuan ibu bapa. Kadang-kala tanggungjawab yang banyak ini boleh menjadi punca berlakunya perbalahan. Untuk melengkapkan ilmu tentang alam perkahwinan, jangan malu untuk bertanya lebih-lebih lagi kepada ibu bapa kerana mereka lebih banyak makan garam.
Malah anda dan pasangan juga harus banyak membaca tentang ilmu rumah tangga bagi memantapkan lagi pengetahuan dan mengelakkan salah faham. Anda berdua juga boleh bertanyakan kepada kawan-kawan tentang pengalaman mereka dan cara mereka mengendalikan masalah. Sekurang-kurangnya perkongsian ini akan memberi anda pengalaman berharga apabila berdepan dengan sesuatu perkara.
Pastinya sebelum berkahwin anda dan pasangan impikan pelbagai perkara setelah berumah tangga nanti. Ketahuilah bahawa tidak semestinya apa yang anda berdua rancang dan impikan itu akan menjadi sebagaimana yang anda inginkan.
Ada ketikanya perancangan itu menjadi sukar untuk dicapai atas sebab-sebab tertentu atau setelah anda mengetahui karakter diri pasangan masing-masing. Oleh itu jangan keterlaluan mengharapkan yang indah-indah sahaja. Belajarnya untuk memberi dan menerima dengan seadanya.
Ramia yang suka tayang mesra suami isteri di media sosial, kadang buat begitu sebab content pun ada. Agak-agak menyenangkan semua pihak tak?
Mungkin anda jenis tak kisah tetapi kena berlapang dada membaca perkongsian Puan Sri A’jilah Mohd Samsir ini dulu, mesti rasa bersalah nak konsi manja suami isteri di medsos.
Saya ada catat sedikit perkongsian daripada ceramah Ustaz Nazri iaitu 3 perkara yang tidak boleh diceritakan kepada orang, mengikut sunnah nabi.
Contoh ketara akhir zaman ni, bila orang tunjuk duit untuk meniaga sebab nak tarik orang lain jadi dropshipper, affiliate atau bisnes partner dia. Ustaz nazri kata, ini tak mengikut sunnah.
Kalau tak tunjuk duit tu, tak boleh ke?
Sebab ada orang yang akan pandang rendah pada orang lain bila tahu umur seseorang tu masih muda.
Memang ada orang yang menilai orang lain melalui numbers. Umur muda, tak tahu apa. Baru kahwin, tak faham sepak terajang dunia perkahwinan. Anak kecil lagi, tak faham susah payah membesarkan anak-anak.
Maaf cakap, mentaliti macam ni sangatlah ramai dan menyakitkan.
Kemesraan suami isteri, jangan ditunjukkan pada khalayak. Bukan soal orang menyampah atau meluat tapi takut jadi penyakit ain.
Hubungan suami isteri ni dah jadi favourite content di socmed. Sebegitu mudahnya ideology barat menyelinap masuk dalam masyarakat islam dan merosakkan akar umbi di dalamnya.
Begitulah, sebelum kongsi mesra suami isteri pada orang, lebih baik cuba pilih kehidupan privasi. Lebih bahagia dan tenang, percayalah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...