Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang semakin tinggi, keutamaan dalam menjalani kelangsungan hidup perlu diberikan dan ketika itulah kita sering gagal dalam memenuhi impian untuk memiliki rumah sendiri.
Pakar hartanah, Azizul Azli Ahmad kongsi tip dan cara untuk pasangan baru kahwin memiliki rumah sendiri
Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dan perempuan melalui suatu akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumah tangga sebagai suami isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.
Namun, kerana indahnya sebuah perkahwinan, ramai di kalangan kita yang lupa akan perkara-perkara asas berkenaan perkahwinan seperti makna perkahwinan, hukum-hukum di dalamnya, persediaan dan pelbagai lagi.
Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat disebut tentang perkahwinan yang ditujukan secara langsung atau tidak langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah semulajadinya. Antaranya:
Firman Allah s.w.t
“Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu (Adam). Dia (Allah) menjadikan daripada diri Adam dan isterinya dan mengembang biak daripada kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan….”
Firman Allah lagi:
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang (lelaki dan perempuan) diantara kamu, dan orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kekayaan kepada mereka dengan kurniaanNya, kerana Allah maha luas (rahmat dan limpah kurniaNya), lagi maha mengetahui. ”
Selain itu, Rasulullah Salalhu ‘Alayhi Wa Salam turut menyentuh tentang perkahwinan di dalam beberapa hadis baginda. Antaranya:
“Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu: Wahai kumpulan anak-anak muda! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”
Dijelaskan dalam hadis di atas bahawa Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi saw.
Antara faedah yang ketara di sini ialah seseorang itu dapat menjauhkan diri daripada perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya. Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nur; 24:32)
Memiliki pasangan yang sesuai dan serasi dengan diri merupakan dambaan diri seseorang. Walaupun begitu, bagaimana cara untuk meminang si dia yang bersuri di hati? Adakah masih sesuai dengan surat cinta dan mesej dengan nama yang tidak diketahui?
Antara tips mudah untuk mendapatkan hasrat yang sudah lama diimpikan adalah dengan menggunakan orang tengah sebagai perunding bicara. Merekalah seperti utusan-utusan yang memegang amanah yang akan melamar si puteri yang tercinta. Dengan cara tulus dan sopan, orang tengah ini memainkan peranan membicarakan isi hati yang terkandung di sebalik hasrat seorang putera.
Cara ini sebenarnya banyak dilakukan oleh mahasiswa-mahasiswa di universiti dan kolej apabila sudah berkenan dengan seseorang di tempat yang sama mereka belajar. Mereka akan mengajukan kepada pensyarah tertentu tentang hasrat yang terbuku. Sebagai mengikut sunnah Rasulullah dan menjunjung keimanan yang tinggi, maka pilihan menggunakan orang tengah adalah yang terbaik. Pensyarah inilah yang akan menjadi orang tengah mahasiswa terbabit.
Selain itu, seseorang yang berhasrat untuk menikah juga boleh menggunakan pendekatan yang lebih realistik dan fleksibel. Dengan mendekati adik-beradik bakal pasangan yang sama jantina dengannya, maka hasrat di hati mudah untuk disampaikan. Hal ini telah dibuktikan dan cara ini adalah mengikut syariat.
Manakala cara yang dominan menggunakan orang tengah adalah menggunakan perkhidmatan kawan baik. Selaku kawan baik atau sahabat setia, dialah yang sudi menjadi orang tengah kita. Seseorang ini hendaklah jujur dan amanah. Bimbang jika kawan yang kurang baik, bertukar tangan pula!
Begitu juga menggunakan orang tengah di kalangan ibu bapa dan sanak-saudara kerana mereka adalah orang yang lebih hampir dengan kita. Mereka lebih mengenal diri kita dan ciri-ciri yang sesuai untuk bakal pasangan kita. Lagipun, mereka adalah antara golongan yang diharapkan dan diyakini.
Meskipun begitu, cara menggunakan orang tengah kini telah berubah kepada kaedah yang lebih efektif mengikut perkembangan semasa dan keperluan zaman. Cara tersebut adalah dengan menggunakan badan organasasi tertentu dalam mengatur urusan pertemuan jodoh dan pernikahan.
Badan organisasi ini akan menolong untuk mencari calon yang sesuai mengikut permintaan klien. Jika klien berkenan dan si bakal pasangan bersetuju, mereka akan dipertemukan untuk melihat dengan lebih dekat. Setelah berbincang dan masing-masing berkenan, maka diaturkan pertemuan antara keluarga supaya rancangan pernikahan dapat berjalan dengan lebih lancar.
Setelah semua itu, setiap manusia tetap sahaja ada kekurangan masing-masing. Pencarian jodoh bagi seorang hamba adalah lemah dalam mencari hikmah-Nya. Oleh sebab itu, setiap bakal pasangan hendaklah menunaikan solat istikharah, mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk yang terbaik untuk diri masing-masing. Hal ini kerana Allah lebih mengetahui jodoh terbaik buat diri seseorang, sedangkan seorang hamba Allah terbatas ilmunya dalam mengetahui hal ghaib.
Solat istikharah boleh ditunaikan sama ada dua rakaat sehingga dua belas rakaat. Pada sujud yang terakhir, mohonlah di dalam hati agar Allah memberikan pasangan yang terbaik untuk diri kita. Setelah solat, banyakkan berselawat ke atas Nabi dan berdoalah dengan merendahkan hati, betapa lemahnya kita mendapatkan sesuatu tanpa izin-Nya.
Seandainya jodoh masih belum ditemui, teruskan berdoa terutama di malam yang sepi dan bersangka baik atas setiap aturan-Nya. Tuhan lebih mengetahui yang terbaik untuk hamba-Nya. Mungkin sahaja Allah mahukan kita lebih bersedia dengan mencari ilmu agama dan mengasah ilmu rumahtangga.
Bagi yang masih belajar dan belum mampu untuk menyara pasangan, fokuslah pada bidang pengajian supaya tidak mengganggu pelajaran. Bimbang yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai wanita yang terlalu taksub dalam menjaga kecantikkan luaran dan mengabaikan kecantikkan dalaman. Sebenarnya, kesihatan dalam adalah antara yang paling penting untuk dijaga agar kecantikkan luaran turut terserlah.
Antara aset utama yang penting dalam tubuh wanita adalah peranakkan atau rahim. Ramai wanita yang telah melahirkan anak mengalami peranakkan jatuh, ini bukan masalah ringan, kerana ianya adalah aset yang sangat penting dalam tubuh badan dan berkait rapat dengan keintiman suami isteri.
angan ambil ringan apabila terasa sakit di bahagian belakang, sukar membuang air besar dan terkencing apabila terbatuk. Tidak selesa semasa mengadakan hubungan kelamin kerana berasa seperti ada benda yang turun di bahagian vagina.
Tidak ramai mengetahui masalah sebenar gejala ini sehinggalah ke peringkat agak teruk dan mendesak mereka membuat pemeriksaan doktor. Sebaiknya jika anda rasa ada sesuatu yang tidak kena pada peranakkan anda, sila buat pemeriksaan segera.
Bahasa perubatan dikenali sebagai Uteral Viginal Prolapse (UVP) adalah situasi di mana rahim turun/jatuh dari tempat asal melalui saluran faraj atau kadang-kadang berada di luar saluran faraj.Dianggarkan kira-kira 30% daripada wanita yang pernah bersalin secara normal dan lebih daripada dua atau tiga kali bersalin akan berasa ada simptom-simptom rahim jatuh.
1) Peringkat pertama – rahim turun sedikit sahaja
2) Peringkat kedua – rahim sedikit terkeluar pada lubang faraj
3) Peringkat ketiga – rahim terkeluar sepenuhnya. Pada peringkat ini ia boleh mengganggu proses membuang air.
1. Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku.
2. Melakukan senaman pelvis amat penting walaupun sejak zaman bujang lagi. Ini menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pasca surgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang.
3. Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit yang teruk. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. Elakkan meneran di bilik air lebih daripada 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik.
4. Memakai girdle atau sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat.
5. Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik.
6. Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.
7. Amal makan jamu sejak anak dara.
Jaga peranakkan anda dengan baik, jangan ambil mudah jika anda mengalami simptom-simptop kejatuhan peranakkan.
Sekian petikan dari bm.com.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...