Bau dah lah busuk, bila kencing atau buang air semalaman pun tak hilang kesannya. Itulah petai, yang busuk, yang pahit tetapi amat besar khasiatnya. Bagus sangat untuk kesihatan tubuh badan dan manfaatnya kepada penggemar petai itu sendiri.

 

Petai juga tidak mudah didapati pada masa sekarang, sebab tu harganya boleh tahan mahal jugak. Saya bukanlah penggemar petai tetapi kalau setakat sebiji dua tu, saya makan jugak. Tapi taklah ketagih macam sesetengah orang.

 

Khasiat Petai Dan Baunya

Bau petai memang busuk terutama apabila setelah diproses dalam perut kita. Hasilnya memang menyakitkan hidung. Petai juga disebut parkia speciosa dalam bahasa saintifiknya banyak ditemui dalam negara kita.


Ketahuilah bahawa bau petai tidak mendatangkan mudarat tetapi kurang selesa. Namun petai banyak khasiat untuk tubuh badan. Petai mengandungi vitamin C dimana ia mampu meningkatkan imun tubuh badan dan bertindak sebagai antioksida.

 

Petai mengandungi kalium yang mampu mengawal keseimbangan air dalam badan dan fungsi jantung. Bagi menghilangkan bau petai; anda boleh mengambil air kopi, teh tanpa gula, berkumur dengan air garam, dan atau mengunyah beras. Itulah serba sedikit maklumat dan khasiat tentang petai yang anda kena tahu.

 

IKLAN

Biar pandai makan petai tetapi tahu khaisat di sebalik petai dan baunya. Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh pusat kebajikan kesihatan MIND terhadap beberapa orang pesakit kemurungan, rata-rata mereka mengatakan akan berasa lebih baik selepas makan buah ini.

 

Ini disebabkan oleh kandungan petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang akan bertukar kepada serotonin ketika berada dalam tubuh badan sekali gus menjadikan orang lebih relaks, gembira dan emosi lebih stabil.

Kunyah Petai Macam Kacang. Apa Khasiat Petai Untuk Bakal Pengantin?
.

Khasiat makan petai terhadap kesihatan individu

Membantu merawat PMS

Buat anda yang tertanya-tanya, premenstrual syndrome (PMS) adalah kondisi yang akan menjejaskan fizikal, mental dan kelakuan wanita ketika kitaran menstrualnya. Dikatakan dengan memakan buah yang kaya dengan vitamin B6 ini, ia mampu membantu mengawal kandungan gula dalam darah individu sekali gus memberi kesan positif kepada mood anda.

IKLAN

 

Membantu mencegah anemia

Anemia adalah sejenis kondisi yang mengakibatkan kekurangan sel darah merah dalam tubuh badan. Kesannya ia akan membangkitkan simptom-simptom seperti berikut:

Lemah dan penat
Pening kepala
Mual-mual
Muntah-muntah
Mudah dijangkiti penyakit
Sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti ini, mungkin anda boleh cuba makan petai sebagai salah satu langkah alternatif selain daripada ubat?

Kunyah Petai Macam Kacang. Apa Khasiat Petai Untuk Bakal Pengantin?
.

Membantu menstabilkan tekanan darah

Untuk pengetahuan anda, buah ini sangat tinggi dengan kandungan potasium namun rendah garam. Ini menjadikan petai adalah makanan yang sangat bagus untuk membantu menstabilkan tekanan darah.
Kepercayaan ini telah dibuktikan oleh US Food and Drug Administration yang mengesahkan petai memang benar boleh membantu menstabilkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.

IKLAN

 

Membantu meningkatkan kebolehan kognitif

Menurut kajian yang dilakukan di sebuah sekolah di UK, pelajar yang makan petai pada waktu sarapan dan makan tengah hari, didapati boleh menyelesaikan masalah berkaitan pembelajaran dengan lebih mudah.
Persoalannya, bagaimanakah buah ini boleh memberi kesan kepada kebolehan kognitif individu? Jawapannya adalah pada kandungan potasium yang sangat tinggi. Antara kebolehan kognitif yang dikatakan boleh ditingkatkan ini adalah kebolehupayaan untuk memahami serta belajar sesuatu yang baharu.

 

Membantu melegakan bekas gigitan nyamuk

Bukan sahaja buahnya yang bernutrisi malahan kulitnya juga bermanfaat terhadap kesihatan individu! Salah satu daripada kebaikan kulit petai adalah ia dikatakan mampu melegakan bekas gigitan nyamuk yang sudah pasti akan menimbulkan rasa gatal dan sakit yang tidak menyenangkan. Caranya, hanya ambil kulitnya lalu sapukan ia pada bahagian kulit yang terkena gigitan. Namun, sila hentikan perbuatan anda ini sekiranya ia mendatangkan kerengsaan pada kulit.

 

Membantu menyelesaikan masalah kegemukan

Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Institute of Psychology di Austria, didapati bahawa individu yang stres dengan pekerjaan akan mengambil makanan ringan seperti coklat, keropok dan kerepek lebih banyak.
Menerusi penelitian yang dibuat terhadap 5,000 orang di sebuah hospital, saintis mendapati bahawa orang yang obesiti adalah terdiri dari golongan pekerja yang banyak menerima tekanan di tempat kerja.

 

Jadi, adalah dicadangkan supaya individu yang kerap stres makan makanan tinggi karbohidrat seperti petai setiap 2 jam sekali untuk membantu menyelesaikan masalah kegemukan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI