Mempunyai siku hitam pastinya mengurangkan keyakinan diri bagi kebanyakan wanita. Biasanya bahagian badan lain yang mudah mengalami perubahan warna seperti ini ialah lutut.
Kedua-dua siku dan lutut adalah bahagian tubuh yang mempunyai warna kulit yang cenderung lebih gelap daripada bahagian lain. Ini kerana kedua-duanya bahagian ini merupakan bahagian yang paling banyak mengalami geseran.
Untuk korang yang ada masalah siku dan lutut hitam, bolehlah cuba cara seperti yang dikongsikan oleh Malique Hamdan
BERIKUT DIKONGSIKAN PRODUK-PRODUK YANG DIPERLUKAN UNTUK MENGATASI MASALAH SIKU & LUTUT HITAM
Dove Peeling (sheabutter) The Ordinary Peeling Solution Vaseline (serum burst lotion)
Ads
Skrub dengan Dove, bilas dan sapu dengan The Ordinary peeling solution. Biarkan selama 10 minit. Kemudian sapukan Vaseline. Konsisten pakai pasti hasilnya menakjubkan!
Perbezaan antara sebelum menggunakan produk-produk ini dengan selepas menggunakannya.
Ads
Ads
Memang ketara jelas kelihatan bahagian siku kelihatan cerah. Hitam-hitam pada siku juga hilang malah kulit kelihatan sihat dah lembut. Bakal pengantin baru kenalah cuba ni ye! Janganlah hanya kulit wajah sahaja yang cerah bersih tapi bahagian siku dan lutut kehitaman!
Benarlah jodoh itu tidak pernah mengenal usia. Sungguhpun perbezaan usia yang agak jauh, namun cinta sejati pasangan suami isteri, Kelana b Shamsudin Alamudi dan
Siti Nur Nashrah akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin.
Kelana b Shamsudin Alamudi, 61 dan Siti Nur Nashrah, 29 sudah ditakdirkan untuk hidup bersama.
Berbeza usia 32 tahun bukan penghalang pasangan ini mendirikan rumah tangga. Masyarakat kita sering memandang serong terhadap golongan wanita atau lelaki yang lebih berusia yang mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pasangan yang jauh lebih muda daripada mereka.
Perbezaan usia yang besar di antara pasangan sering dianggap tidak mampu kekal lama namun sebenarnya banyak saja pasangan yang mampu mengecap bahagia. Pendek kata, jarak usia bukanlah penghalang untuk membina sebuah ikatan yang kukuh dan mampu kekal selamanya.
Berkahwin dengan pasangan yang mempunyai jurang usia yang besar bukan penghalang mengecap rumah tangga mendamaikan.
Seperti mana pasangan lain, hubungan dengan jurang usia yang jauh juga pasti akan melalui cabaran dan rintangan seperti perbezaan pendapat, pegangan prinsip serta gaya hidup.
Namun itu bukan bermaksud hubungan itu tidak mempunyai keserasian sebaliknya terdapat pelbagai cara dan kaedah dalam menjaga dan membina hubungan tersebut agar lebih kukuh walaupun berbeza usia.
Berkongsi cerita tentang kisah pasangan Kelana b Shamsudin atau lebih selesa disapa Kelana dan pasangannya Siti Nur Nashrah atau mesra disapa Nashrah, sememangnya pasangan ini sudah ditakdirkan untuk hidup bersama.
“Kami bertemu dalam satu program. Mula-mula hanya sekadar pandang-pandang dan senyum-senyum sahaja. Beberapa bulan kemudian kami bertemu lagi dalam satu program yang lain. Kebetulan kerusi kosong hanya ada di sebelah Nashrah maka saya duduk di sebelahnya,” ujar Kelana.
Selepas saling bertukar nombor telefon hubungan itu akhirnya menjadi serius. Pasangan ini mengambil kata putus untuk mendirikan rumah tangga selepas setahun menjalinkan hubungan.
“Dalam satu program yang lain, saya bertemu dengan ibu Nashrah. Saya berterus-terang dengan ibu Nashrah untuk mengambil Nashrah sebagai isteri. Reaksi ibu Nashrah ketika itu tenang sahaja. Mungkin inilah yang dinamakan jodoh,” jelas Kelana.
Ditanya bagaimana Nashrah menyesuaikan diri dengan anak-anak tirinya, ini jawapannya.
“Anak-anak tiri saya kebanyakannya semua sudah dewasa. Ada yang sudah berumah tangga dan memiliki anak. Cara saya mudah sahaja, tidak perlu masuk campur tentang hal ehwal anak-anak tiri dan juga bekas isteri suami.
“Jika ada sebarang masalah antara suami dan anak-anak dan ibu mereka, saya mengambil pendekatan untuk tidak masuk campur.
“Setakat ini saya tiada masalah dengan anak-anak tiri sementelah pula kami saya dan suami tinggal berasingan dengan anak-anak tiri,” ujar Nashrah.
Mengulas tentang jodoh, pertemuan, ajal, maut, ujar Kelana, jika hendak mencari pasangan hidup, carilah orang yang menyayangi kita.
“Carilah orang menghormati kita, terima buruk dan baik kita, dan yang tidak banyak meminta. Pada saya inilah perkara yang lebih penting.
“Ikutlah rasa hati. Jika kita rasa pasangan itu boleh terima, barulah kita lanjutkan hubungan itu ke arah yang lebih serius. Bagaimanapun jika kita hanya bertepuk sebelah tangan, eloklah tamatkan sahaja hubungan itu. Jika diteruskan juga, ia akan menyusahkan kita dikemudian hari.
“Paling penting, jangan berkahwin kerana duit, kecantikan dan kekacakan seseorang itu. Berkahwinlah ikut kata hati. Berkahwinlah kerana kita suka, bahagia, maka teruskanlah,” jelas Kelana.
Tambah Kelana lagi, jika selepas berkahwin ada berlaku pergaduhan, selesaikan secara damai. Ingat pada anak-anak.
“Tidak perlulah kita berperang. Ada sesetengah kes pasangan yang berpisah walau dah lama tapi masih juga belum dapat ‘move on.’ Masih lagi berdengki. Keadaan itu tidak bagus.
“Jika hendak berkahwin, mesti ada persefahaman, boleh terima buruk dan baik dan perlu ada ‘give and take,’ akhiri Kelana.
Gurau senda antara suami isteri sepatutnya dikekalkan setiap masa, setiap hari, kerana ia bukan sahaja merupakan sunnah Rasulullah malah ia juga dapat mengekalkan hubungan kasih sayang antara si suami dan juga isteri. Sebagai contoh yang paling dirasai adalah daripada Rasulullah SAW yang sentiasa bergurau senda untuk mengekalkan keceriaan dan suasana yang bahagia bersama isteri-isteri Baginda dan juga anak-anak Baginda.
Ada sesetengah pasangan yang baru sahaja diijabkabulkan ianya merupakan perkara biasa apabila mereka bergurau senda antara suami isteri, yelah, sebab mereka baru sahaja mengenali secara lebih rapat antara satu sama lain.
Masa itu, saat bulan madu pun belum habis. Namun, bukan semua pasangan yang baru berkahwin merasai saat ini, ada yang mula-mula, kalau suami bergurau benda remeh pun si isteri mudah ambil serius, kenapa? Sebab masing-masing orang cakap belum ada pengalaman lagi, namun, apa yang anda kena ingat, gurau senda juga merupakan salah satu rahsia dalam mengekalkan hubungan rumah tangga yang bahagia!
Kita sebagai umat Baginda seharusnya mencontohi perilaku kehidupan keluarga Baginda tidak kira sama ada terhadap isteri ataupun anak, dan cucu bagi mendapat pedoman yang paling tepat dalam mengekalkan kemesraan bersama keluarga.
Prinsip Rasulullah dalam bergurau senda dengan isteri-isteri Baginda ialah dengan sentiasa menghormati dan menjaga perasaan isteri-isteri Baginda. Bayangkan betapa besarnya penghormatan Rasulullah SAW terhadap isteri-isteri Baginda, mampukah lelaki di muka bumi ini mencontohi Rasulullah? Sedangkan apa yang kita tahu, kebanyakan mereka suka mencabar isteri mereka semata-mata kerana mengetahui akan kuasa yang mereka ada sebagai seorang suami.
Rasulullah amat membenci suami-suami yang suka memukul isteri mereka. Baginda menegaskan, “Aku hairan melihat suami-suami yang menyeksa isteri, padahal dia lebih patut diseksa oleh Allah”
Perbuatan untuk sentiasa bermesra, bergurau senda, dan sentuhan kasih sayang dengan isteri adalah amalan yang patut dipratikkan pada saat anda melangkah ke alam perkahwinan lagi, perbuatan ini dapat diibaratkan sebagai kekuatan bagi hubungan yang mesra dan penuh kasih sayang.
Sebagai contoh, si suami boleh memberikan pujian pada si isteri sebelum tidur, seperti “cantik awak malam ini”, hal ini dapat memberikan senyuman pada si isteri yang penat menjalankan tanggungjawabnya seharian, maka hilang segala kepenatan apabila dilemparkan dengan kata-kata pujian itu. Selain itu, tindakan bergurau dengan isteri sebelum tidur menjadikan minda ada tenang dan dapat tidur dengan lena, namun ingat, bergurau mestilah tanpa mengguris hati si isteri.
Gurauan yang dilakukan oleh Rasulullah dengan isteri Baginda, Saidatina Aisyah r.a dengan berlumba lari bersama. Dengan gurau senda juga mampu mengurangkan tekanan yang dialami. Gurau senda melahirkan suasana yang harmoni bersama pasangan. Gurau senda merupakan sunnah yang dituntut dalam Islam.
Untuk bakal suami di luar sana, amalkan sikap bergurau senda dengan bakal isteri anda untuk menjamin keharmonian rumah tangga kelak. Insha Allah. Bagi yang dah mendirikan rumah tangga, terapkan amalan ini dalam diri anda dan pasangan, ianya bagi mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara anda dan pasangan 🙂
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi korang yang ada air fryer di rumah terutama pengantin yang dapat hadiah kahwin, jangan simpan sahaja di dalam kabinet dapur. Gunakan sepenuhnya. Selain cara masakan yang sihat tanpa menggunakan minyak, penggunaan air fryer memudahkan dan mempercepatkan urusan di dapur.
Kalau berhajat nak masak ayam bakar, paling cepat guna air fryer. Selain menu yang sihat, ayam bakar menjadi pembuka selera seisi keluarga. Ini resipi Ayam Bakar Air Fryer seperti yang dikongsikan oleh Munira Ali ini.
BAHAN-BAHAN:
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
4 ulas bawang putih
Halia
1 sudu rempah kari
3 sudu madu
2 sudu minyak masak
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar kicap
1/2 sudu makan secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Perap ayam dengan halia, serbuk lada hitam dan bawang putih yang telah ditumbuk hancur.
2. Masukkan secukup rasa. Selepas itu masukkan bahan-bahan lain.
3. Perap. Lagi lama lagi sedap. Boleh kelar-kelar sedikit ayam supaya bahan mudah meresap dan sebati dengan ayam.
4. Bakar ayam dengan suhu 180’C selama 20 minit. Balikkan dan bakar selama 15 minit lagi. Terbalikkan sekali lagi dan bakar semula selama 5 minit. Ini bergantung pada saiz ayam.
5. Air yang di bawah penapis air fryer bolehlah siram atas ayam bila ayam sudah masak. Lagi nampak ‘juicy.’
Sumber kredit: Munira Ali via Resepi Air Fryer (Malaysia)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...