
Ramai orang mengetahui bekam adalah mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan menggunakan alatan-alatan khusus seperti bekas plastik,kaca,tanduk dan sebagainya.
Bukan sahaja pada bahagian badan dan kepala, muka juga boleh dilakukan rawatan bekam bagi sesiapa yang mempunyai masalah resdung, jerawat,kulit kusam dan rabun.
Berikut antara pelbagai manfaat bekam muka / seri wajah :
1) Melegakan pening kepala dan migrain
2) Menghilangkan jerawat
3) Melicinkan kulit wajah
4) Mengawal masalah kulit berminyak
5) Membantu melegakan kegatalan pada kulit wajah
6) Melegakan masalah resdung
7) Memberi kesegaran pada kulit wajah
8) Mengurangkan tekanan (stress)
9) Menambah seri (awet muda)
10) Mengurangkan cela dan parut jerawat
Insya Allah ramai yang dah memcuba rawatan bekam seri wajah dan ternyata keberkesanannya.
Bagi seseiapa yang mempunyai masalah muka yang serius anda bolehlah mencuba rawatan bekam muka sebulan sekali untuk menampakkan keberkesanannya dengan cepat.
Sumber : spabekamarrayyan
Sebelum Kahwin Diet Sampai Tak Jumpa Butir Nasi. Dah Kahwin, Sama ‘Naik’ Je Perut!

Pernah dengar tak bila berkahwin, baik suami atau isteri masing-masing ‘naik badan’?Sedar atau tidak, kebanyakan wanita berat badannya bertambah selepas berkahwin. Ingin tahu kenapa? Mengikut kajian terhadap lebih 125,000 orang, mereka yang berkahwin lebih cenderung untuk bertambah berat badan. Antara faktor-faktor utama :
1) Perubahan Hormon
Semasa mengandung, Si ibu akan lebih cenderung risaukan kesihatan anak dalam kandungan. Bukan hanya makan untuk seorang tetapi makan untuk 2 ORANG. Maka si ibu akan cepat berasa lapar dan letih kerana baby dalam kandungan berkongsi khasiat dalam badan.
Doktor juga menyarankan makan kerap dan mengambil makanan yang berkhasiat, tidak boleh sesekali mengambil makanan bergas, berajinamoto ataupun makanan yang tinggi kandungan pewarna dan perasa tambahan. Di sebabkan itu juga, berlaku penambahan berat badan yang mendadak dan kita sering lihat si ibu makin montel dan comel.
2) Dah ada ‘peneman’ setia
Sebelum kawin, punya la risau akan berat badan gara-gara takut tiada siapa yang nak. Tapi apa yang berlaku lepas kahwin, penampilan diri entah ke mana kerana sudah ada suami tercinta. Perlu di ingatkan, berhias untuk suami adalah menjadi satu ibadah.
Kalau terasa tidak mahu suami mencari pasangan lain, mari kita sama-sama exercise dan mengubah cara hidup sebelum terlambat. Anda cantik, pastinya menjadi kebanggaan suami
3) Sering ke dapur
Adalah menjadi tanggungjawap perempuan menjaga kebajikan si suami selepas berkahwin. Anda sering ke dapur untuk menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak. Jika mereka lapar, anda pasti risau.
Oleh kerana anda sentiasa memasak di dapur, andalah orang pertama yang besar kebarangkalian untuk menjadi gemuk kerana makanan di depan mata! Oleh itu, kawal pemakanan, dan sediakan hidangan mengikut waktu tertentu.
4) Malas bersenam
Ini bukan sehaja berlaku pada wanita selepas berkahwin, tapi yang belum berkahwin juga ada yang malas bersenam kerana tidak peduli tentang kesihatan. Wanita yang lepas berkahwin kurang kesedaran untuk menjaga kesihatan kerana sudah memiliki keluarga dan lebih fokus kepada kewangan dengan jumlah ahli keluarga yang makin berkembang dari masa ke semasa.
Mereka juga kurang mendapat dorongan dari suami kerana suami sibuk bekerja walaupun hari weekend lebih selesa duduk bersantai di rumah bersama keluarga tanpa melakukan sebarang aktiviti.
Sumber: Nashatadotcom
Cara Mudah Dapatkan Kulit Cantik Dengan Tomato

Memiliki kulit yang sihat dan gebu semestinya menjadi dambaan setiap yang bergelar wanita. Malah sebelum pergi ke mana-mana majlis atau perayaan, sudah pasti perkara pertama yang harus dijaga dulu adalah bahagian wajah.
Bukan itu saja, selepas seharian berjemur di bawah sinaran matahari akan membuat kulit mudah gelap dan kusam. Bila lulit wajah bertukar kusam, kita haruslah mengambil langkah berjaga-jaga dan pastikan kulit sentiasa dalam keadaan yang bersih.
Tahukah anda, bagi mendapatkan kulit yang sihat anda boleh saja menggunakan dari bahan semulajadi seperti tomato. Tomato sememangnya berkesan dalam penjagaan kulit sejak dahulu lagi. Bahkan penggunaannya juga sudah terbukti bagi menghaluskan dan memberikan kelembutan pada kulit.
Ingin tahu bagaimana cara menjaga kulit kekal cantik dengan tomato? Anda boleh ikuti 2 cara mudah di bawah.
1. Gula dan tomato
- Bersihkan wajah dengan menggunakan air suam.
- Potong tomato kepada 2 bahagian. 1 untuk diguna pada sebelah pagi dan separuh lagi untuk waktu malam.
- Tekapkan tomato tadi ke permukaan gula dan terus gosokkan ke wajah dan sental dengan perlahan. Jangan terlalu kuat sehingga luka pula.
- Biarkan selama 5 minit.
- Setelah kering barulah boleh bilas menggunakan air bersih.
2. Tomato yang disejuk beku
- Potongkan tomato kepada 2, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Jangan campurkan tomato tadi dengan barangan yang lain.
- Setelah tomato beku, anda boleh keluarkannya dan gosokkan ke wajah sehingga tomato habis semua seratnya.
- Kemudian bilas wajah anda dengan air yang bersih dan tuala kerin.
- Amalkan setiap waktu pagi dan juga malam.
3. Tomato asli tanpa sebarang campuran
- Pastikan anda memilih tomato yang agak masak dan mudah untuk dilenyek sehingga halus.
- Sapukan pada seluruh wajah sehingga rata.
- Biarkan selama 15 hingga 20 minit.
- Kemudian bilas dengan air yang bersih.
- Keringkan wajah dengan tuala yang kering dan bersih.
- Amalkan sebanyak 2 kali seminggu dan anda akan melihat keberkesanannya pada kulit anda.
- Jika inginkan kulit yang cantik dan sihat, kita haruslah rajin merawatnya setiap hari.
Sumber : SirapLimau
Inilah Dia Jurusolek Yang Bertaggungjawab Mekap Fazura Macam Princess

Malam tadi telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan pelakon Fazura dan Fattah Amin di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Majlis yang turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan selebriti terdiri dari pelakon, penyanyi dan juga model.
Melihat Fazura yang cantik seperti permaisuri kayangan, nyata menyerlahkan lagi dirinya pada malam itu. Selain pakaian, dekorasi majlis tersebut, juga tidak ketinggalan mekap yang yang menaikkan seri empunya lagu ‘Sayangi Dirimu’.
A post shared by Japhet Bong (kf bong) (@kfbongmakeup) on
Tidak terlalu sarat tapi masih cantik, Fazura ditata rias oleh jurusolek antarabangsa kfbongmakeup.
Jika dilihat di IG nya, dia sering menata rias Fazura serta beberapa selebriti lain.
A post shared by Japhet Bong (kf bong) (@kfbongmakeup) on
A post shared by Japhet Bong (kf bong) (@kfbongmakeup) on
Selain mekap, rambut Fazura di hias rapi oleh Ckayliow dan dua pasang dressnya pula direka oleh pereka fesyen tempatan, Rizman Ruzaini. Fattah Amin pula di hias rapi oleh jurusolek, Rozlan Nassir.
Lepasni, admin percaya, mesti ramai yang jadikan mekap Fazura sebagai inspirasi kan?