
Bila anak saya dua sekali demam. Demam rindu. Rahmat Allah.
Pernah seorang wanita mesej saya tanya dia hari-hari pukul anak-anaknya. Cubit anaknya. Siang malam mengamuk di rumah. Macam mana saya tak mengamuk, dia pukul adiknya. Menjerit 24 jam. Sepahkan rumah. Main bedak bertabur satu rumah. Kadang-kadang kencing berak pun jadi mainan. Penatlah saya.
Ustaz macam mana saya nak sabar dan bahagia. Saya tak tahan saya marah dan pukul lepas tu rasa menyesal. Saya risau perangai anak-anak ni.
Jawab saya sebenarnya anak-anak yang aktif tanda anak tu sihat dan pandai. InsyaAllah bakal Daie besar. Anak-anak buat semua tu kerana dahagakan belaian kasih sayang. Belajar lihat semua ini amanah. Solat mengadu pada Allah. Zikir dan doa. Banyak taubat. Berdosa orang lepaskan geram pada anak-anak.
.
Suami pula perlulah membantu kerja-kerja di rumah. Peluk dan sayang isteri. Isteri dahaga perhatian suami. Berilah masa cium isteri dan anak-anak. Pegang tangan mereka lafaz sayang pada anak-anak. Ibu cerita baik bapa pada anak-anak. Bapa cerita baik ibu depan anak-anak. Jangan sesekali bergaduh depan anak-anak
Cucu Rasulullah saw dan sahabat yang kecil-kecil ada pernah pecahkan barang, main belakang Nabi saw masa solat, main berlari melompat menunggang Rasulullah saw tapi Rasulullah saw tak rasa malu bahkan anak-anak ini bila besar menjadi seperti Rasulullah saw. Sifat dan akhlak serta kecintaan mereka
Saya ingat seorang anak sekolah rendah ditanya apa itu love.Jawabnya love tu time.kita bekerja untuk anak-anak. Sekarang kita lupakan mereka. Kita pandang dan beri perhatian pada phone. Tapi tak beri perhatian kepada keluarga. Kita beri perhatian pada kerja dan kawan-kawan tapi tak beri perhatian pada keluarga. Apa dah jadi dengan kita. Ya Allah ampunkan diriku ini.
Anak-anak dahagakan kasih sayang ibubapanya. Ingatlah apa sahaja yang anak anak buat bukan kerana jahat tapi kerana mereka dahagakan perhatian, belaian dan kasih sayang. Kita sendiri yang dah besar ni pun rindu nak berbual dengan mak ayah. Yang tiada mak ayah rindu nak panggil mak..nak panggil ayah. Perkataan itu jadi ubat bagi anak. Sayangi dan belailah anak-anak.
Sumber :Ebit Lew
Jom Buat Aktiviti Hujung Minggu Yang Lain Bersama Pasangan. No. 4 Gerenti Thrill

Hujung minggu sudah tiba! Apa perancangan anda untuk bersama si dia? Makan dan minum di restoran ‘fancy’ atau kafe ‘classy’? Menonton wayang? Bosannya! Terlalu memfokuskan terhadap diri masing-masing di restoran atau kafe belum tentu dapat menyemarakkan lagi hubungan cinta bersama si dia.Bagi memberi kelainan apa kata anda bawa si dia lakukan sesuatu yang lebih bermanfaat untuk meluangkan masa bersama. Jom cuba beberapa aktiviti ‘weekend getaway’ untuk mengukir momen bersama si dia!
Berbasikal
Singgah ke mana-mana taman rekreasi menarik. Jika tidak memiliki basikal, sewakan sahaja basikal di taman rekreasi. Terpulang pada anda berdua sama ada ingin menaiki dua buah basikal atau pun sebuah sahaja sudah mencukupi. Aktiviti ini bukan sahaja menyihatkan, malah memberikan peluang untuk sama-sama menikmati keindahan alam sekitar di samping berbual-bual bersama si dia.
Perpustakaan
Ini tidak bermakna membuang semua habuk di sebalik buku-buku tebal dan membuatkan si dia cepat berasa jemu apabila berkunjung ke perpustakaan. Pilih majalah atau buku ensiklopedia dipenuhi gambar-gambar berwarna. Inilah masanya untuk bertukar pendapat dan idea berkenaan rencana menarik. Jangan pula memilih buku ensiklopedia dinosaur! Baca dan lihat ensiklopedia yang memaparkan gambar-gambar menarik seperti destinasi pilihan di seluruh dunia. Mungkin anda boleh mencadangkan tempat-tempat menarik untuk berkunjung bersama si dia berdasarkan ensiklopedia tersebut.
Pusat Peliharaan Haiwan
Tidak bermakna anda perlu membelikan si dia atau memiliki haiwan peliharaan. Kunjungi zoo berdekatan untuk sama-sama melihat gelagat haiwan. Lebih menarik kini anda juga berpeluang untuk ke pusat-pusat penjagaan haiwan peliharaan dan juga haiwan eksotik (contohnya SPCA dan Farm in the City) berdekatan untuk melihat sendiri keunikan makhluk comel ini. Tiada apa yang lebih menggembirakan apabila melihat tawa dan senyuman terukir pada wajah si dia apabila berkunjung ke tempat-tempat sebegini.
Taman Tema Permainan
Lebih menyeronokkan untuk mana-mana jejaka yang ingin menguji tahap ‘thrill’ dan ‘anxiety’ si dia. Sekiranya si dia kurang gemar dengan permainan seperti rollercoaster, elakkan daripada memilih permainan yang meloyakan untuk mengelakkan perkara tidak diingini (termuntah, pening kepala dan sebagainya). ‘Cotton candy’dan bertih jagung menjadi hidangan pilihan apabila berkunjung ke taman tema permainan.
Karnival
Festival dan karnival yang dibuka untuk orang ramai berlangsung hampir setiap bulan berdekatan. Pastikan anda memilih tarikh bersesuaian dan karnival yang dikunjungi. Elakkan karnival buku atau karnival pengantin! Kunjungi booth menarik untuk melihat minat dan kesukaan si dia. Anda juga boleh menjamu selera makanan ringan yang dihidangkan. Tip berguna untuk ke karnival bersama si dia adalah mengelakkan daripada berkunjung ke sana apabila matahari terik. Anda berdua akan cepat berpeluh dan berasa panas lalu merosakkan momen bersama si dia.
Pantai
Waktu terbaik untuk pergi ke pantai bersama si dia adalah sewaktu matahari terbit dan juga sebelum matahari terbenam. Cipta momen romantik bersama si dia dengan berjalan-jalan di persisiran pantai sambil menikmati aiskrim. Mulakan dengan perbualan kosong dan menjadi pendengar setia sambil menikmati pukulan ombak yang berderu di tepi pantai.
Patut Tahu
– Mengapa aktiviti yang disyorkan ini lebih menarik dan jauh lebih menjimatkan? Sekiranya berkunjung ke pusat membeli belah seperti kebanyakan pasangan, wang ringgit juga mungkin kehabisan apabila si dia ingin sesuatu daripada setiap butik menggunakan duit anda.
– ‘Activity based dating’ lebih menyeronokkan kerana bukan sahaja ia bermanfaat kepada anda berdua tetapi sisi sebenar si dia akan lebih terserlah daripada duduk bersama berbual-bual kosong di taman atau pun restoran. Kebanyakan jejaka juga pastinya cepat berasa bosan.
– Anda juga perlu lebih kreatif apabila berkunjung ke tempat-tempat yang telah dinyatakan. Sekiranya ingin ke zoo atau pusat peliharaan haiwan, pilih untuk menaiki kuda bersama. Begitu juga apabila ke taman rekreasi. Luangkan masa dengan menaiki bot atau pun berkayak.
Kalau Isteri Penat, Peluklah Dia. Letakkan Bahu Supaya Dia Boleh Bersandar

Wanita bergelar isteri dan ibu adalah insan hebat yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada setiap lelaki di muka bumi ini. Bayangkan kalau hidup tanpa mereka, pasti kehidupan kita tidak akan terurus seperti sekarang. Menguruskan rumah tangga dan anak-anak, ditambah dengan tuntutan kerja, semua itu dilakukan tanpa keluh demi tanggungjawab.
Kadangkala, isteri ini letih. Tak terungkap oleh kata, hanya diam memendam. Kadang juga mereka meluahkan dengan leteran. Suami yang tidak memahami, akan menganggap isteri hanya merimaskan dan hanya tahu marah. Hakikatnya, pandanglah sebentar wajah isteri itu, mereka hanya mahukan pengertian.
Oleh itu, sebagai suami anda patut tahu apa yang boleh membuatkan isteri bahagia. Perkara paling penting, elakkan dari menyakiti hati mereka. Perkongsian dari seorang suami Abu Hurairah Asifa wajar dijadikan panduan oleh semua lelaki di luar sana. Tak perlu hadiah yang mahal, cukuplah suami bantu menguruskan rumah tangga.
Mari kita ikutan coretan beliau seperti di bawah ini. Masih terlambat untuk anda bahagiakan hati isteri !
Bila hantar isteri setiap pagi ke tempat kerja, kadang rasa kesian sangat.
Sepatutnya, bukan dia yang memikul tanggungjawab dan mencari rezeki ni. Tapi, isteri tetap mahu membantu meringankan beban dalam setiap usaha dan kerja hari-hari.
Kadang, melihat para isteri yang bekerja ni, yang sedari awal pagi bangun dan siapkan anak-anak, pastikan sarapan suami walau secawan kopi, petang pula berlari berhimpit dalam lrt, meredah hujan dan panas lagi, betapa kuatnya wanita hari ini hidup dan terus hidup lagi.
Maka, sebagai suami, ada cara untuk kita bantu dan hiburkan para isteri. Yang membuatkan mereka akan terus hidup dan akan membahagiakan diri serta anak-anak kita nanti.
Ini tipsnya.
1. Kadang kita takde duit minyak pergi kerja. Isteri faham tu. Dia akan tanya dan kadang akan hulurkan RM50 untuk kita.Ucapkan terima kasih dan bila kita ada lebihan rezeki, pulangkan semula duit isteri tu. Walau mereka tak minta, tapi moga dengan kita beri, rezeki kita akan berkat kembali.
2. Tengah sibuk, tengah serabut, tengah kelam kelibut, jangan minta isteri melayani kita. Buatkan air, tolong urutkan badan, tolong gembirakan, tolong puaskan kita. Tengok isteri penat baru balik kerja, anak tiba-tiba nak susu, kita bangunlah buatkan. Sibuk pagi-pagi, kita tolong isteri siapkan baju anak-anak ke taska dan sekolah.
3. Isteri kalau penat, semua benda dia nak marah. Semua benda dia nak baling. Semua benda dia nak hangin. Cara bantu mereka adalah dengan sabar. Diam je. Pergilah siram bunga ke, betulkan meja makan ke, suap anak biskut ke. Tapi kalau dia rimas dan suruh kita berhenti buat apa-apa, bertukarlah jadi tiang. Yang kekal tegak berdiri.
4. Kalau isteri tunjuk bil, bagitahu perbelanjaan dan kewangan, itu yang paling isteri risau dan pening. Kalau kita tak mampu bantu, kita dengar dan bagi idea dan ingatkan isteri, tentang rezeki yang Allah nak beri. Kuatkan keyakinan dia. Ajak isteri berusaha lagi dan kita akan terus kuat untuk rumahtangga ini.
5. Hiburan isteri, satu sahaja dalam hidup ni. Suami! Ya! Suami adalah hiburan utama pada isteri. Kita kalau tidak menjadi sumber hiburan isteri, maka isteri akan mencari hiburan yang lain. Maka, hiburkanlah isteri. Jadilah seorang penyanyi. Seorang pelawak. Seorang penyair. Seorang penjual shawl.
6. Kalau isteri penat, peluklah dia. Letakkan bahu supaya dia boleh bersandar. Doakan isteri kita. Selawat dan ciumlah dahinya. Kita pun bukan suami romantik sangat, tapi apa yang kita buat ni, demi amanah yang Allah beri.
Hari ni, kita sebagai suami dan isteri, bukan lagi pasangan yang biasa. Kita di uji dan di sakiti hari-hari. Dengan tekanan dan sara hidup yang gila, dengan ujian di tempat kerja, soal anak yang hari-hari menambah sakit kepala, dan soal pasangan kita yang berubah dan menyakiti hati dengan sikapnya.
Jadi, apakah jalan keluarnya? Apa sikap dan cara kita mendepaninya?
Hanya dengan kembali menjadi hamba. Hamba yang banyak memberi dari meminta. Yang terus berjuang dari mengeluarkan pedang dan ajak berperang.
Rumahtangga itu tempat untuk kita mengusahakan bahagia. Panggillah Allah membela rumahtangga kita. Panggillah Rasulullah memberkati rumahtangga kita.
Ingatlah, dosa kita, yang menjarakkan kita. Dosa itu, lebih besar dari salah dan silap pasangan kita.
Ada Sebab Kenapa Orang Tua Kata Tak Manis Bertunang Lama-Lama

Kata orang tua-tua, darah manis bagi mereka yang sedang dalam tempoh pertunangan. Sebabnya pelbagai cabaran dan rintangan yang akan dilalui bakal pengantin.
Ikuti kisah perkongsian Nur Hakimah Rais di laman facebooknya dugaan selama 2 tahun bertunang.
Dear ex fiancee..
Cukup harini 2 tahun bertunang..
Imah tak pernah reveal sapa tunang Imah.
Sepanjang bertunang..
Kawan-kawan terdekat je akan tahu..
Sebab..
Ajaran islam dah cantik.
Islam jaga maruah kita.
Kalau bertunang orang tak tahu.
Tak kenal tunang kita,
Tak jadi nanti takde lar malu.
Kami bertunang memang tamau orang tahu pun.
Dari sedara pun memang nak sorok.
Jiran-jiran pun takda jemput langsung.
Cakap kat jiran ada buat makan family je.
Kami bertunang dah lama,
Dari 2015, 2017 baru kahwin,
Punyalah lama ,orang pun terkejut.
Hang tunang apa bertahun.
Dah dia datang rumah..
Beberapa hari @ seminggu agaknya..
Terus tunang..
Sebab takut Imah masuk belajar,
Orang pulak sailang dia.
Sebabkan express punya pasal,
Ko tengok tudung pun senget,
pakai spek smpai kena marah ngan kawan ,
Selendang tu rembat generasi berapa tah punya,
Tirai kat belakang tu pukul 1 pagi imah duk buat,
Sebab mak saudara punya pasal cakap tak seri takde tirai,
Gigihlah hai imah siapkan.
Hari bertunang tu dah gaduh ngan en tunang.
Sebab Imah dengan dia janji nak buat satu dulang je masing-masing,
Pastu tengok dia bawak empat dulang,
Berasap dah masa tu,
Tapi sabar,
Habis je majlis,
Imah perg kat dia cakap “weh ! Kan janji 1 dulang”
Dia muka gelabah cakap,
“Emak siapkan dah masa saya balik rumah, saya tak tau pun mak da buat”
Hahaha hari pertama tunang dah gaduh,
Dekat 2 tahun bertunang ni ko rase cam mana????
Segala puting beliung taufan ada,
Semua dah rasa dah,
Lagi2 imah kat kl dia kemaman,
Lagilah haru,
Sebb tu orang cakap jangan bertunang lama,
Bila bertunang ni, bluetick pun gaduh besar weh,
Imah tak tipu.?
Kalau ada yang rasa nak bertunang lama tu,
Takyahlah,
Bertunang tak sama ngan bercinta,
Dugaan dia macam-macam,
Tang tulah orang nak minta kita juga dari tunang kita,
Time tu juga macam-macam tekanan ada,
Dugaan dia kuat, sangat kuat,
tak yahlah bertunang lama-lama.
Dah habis dah bebel,
Tq for being my husband???
I love u!
P/S: kalau korang pernah ingat Imah citer,
masa nak ambil gmbr ni .
Tunang imah tanya mak dia
“boleh ke ambil gambar dengan dia,mak dia tak marah ke”
hahahaha imah tepuk dahi sebb jarak jauh kot!
Mcmlah aku ni nak g cuit dia???
Ambil gambr je pun
Tu yang jarak sebatu tu.