Bagi lelaki, perasaan wanita sukar untuk dijangka. Wanita boleh gembira dan secara tiba-tiba perasaannya boleh tersentuh lalu menangis. Oleh sebab itu lelaki jangan rasa pelik dengan wanita yang ‘cengeng’ (menangis). Belajarlah menyelami hati wanita dan sesekali memandang remeh apabila wanita menangis!
Saat wanita yang anda sayangi mengalirkan air mata, berusahalah untuk menutup kekurangannya menjadi kelebihan buat anda dengan memahami sebab-sebab mengapa mereka menangis.
1. Wanita menangis kerana emosinya lembut
Wanita lebih menggunakan perasaan ketika berfikir dan bertindak kerana mereka dicipta dengan hati yang lemah lembut dan mudah sensitif. Tidak hairanlah apabila ada sesuatu yang menyentuh emosinya, wanita akan mudah menitiskan air mata. Ditambah lagi jika terjadi perkara yang di luar pengharapannya dan tidak bertemu tempat untuk dia meluahkan isi hatinya, maka wanita mudah menangis.
2. Wanita menangis kerana takut kehilangan
Wanita sering kali menjaga apa jua yang disayanginya dengan sepenuh hati. Apabila sesuatu yang menjadi kesayangannya itu hilang, dia akan rasa kehilangan lantas menangis. Malah saat bermasalah dengan pasangan juga membuatkan wanita cenderung untuk menangis kerana sering memikirkan perkara-perkara negatif misalnya rasa takut kehilangan cinta hatinya.
Ads
3. Wanita menangis kerana faktor hormon
Para suami perlu tahu saat isteri anda memasuki pra menstruasi (PMS), isteri akan cenderung untuk mudah sensitif, kuat merajuk dan sering marah-marah. Malah ada ketikanya emosi buruknya juga akan diluahkan melalui tangisan.
4. Wanita menangis apabila mengimbas kenangan
Tidak seperti lelaki, wanita dilahirkan dengan ingatan yang kuat kerana mudah untuk mengingat setiap peristiwa yang dilaluinya satu persatu. Apabila peristiwa sedih atau rindu datang menjengah ingatannya, wanita akan cenderung untuk menitiskan air mata.
Ads
5. Wanita menangis ketika lelaki melupakan momen penting
Wanita sememangnya sukakan belaian dan perhatian. Apabila pasangannya terlupa tarikh-tarikh penting seperti ulang tahun kelahiran, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya, perasaannya akan sedih dan akhirnya menangis kerana merasakan pasangannya tidak menghargai tarikh penting itu.
6. Wanita menangis ketika lelaki membohonginya
Setiap orang pasti kecewa apabila dirinya dibohongi. Inikan pula seorang isteri yang memiliki hati lembut sudah pasti jiwanya rasa kecewa, sedih dan akan menangis apabila dibohongi oleh orang yang dipercayainya dan disayangi.
Ads
7. Wanita menangis ketika lelaki membuatkan hatinya terluka
Pasti rasa pedih dan pilu saat diri dilukai oleh pasangan. Apabila hatinya tergores oleh insan tersayang, wanita hanya mampu mengubati rasa sakit dalam hatinya melalui tangisan.
8. Wanita menangis ketika lelaki mengkhianati kepercayaannya
Tiada wanita yang tidak cemburu jadi suami jangan sesekali mengkhianati kepercayaan wanita. Apabila kepercayaannya hilang, wanita boleh berubah menjadi seorang yang murung, menyendiri, sering menangis dan sebagainya.
9. Wanita menangis ketika lelaki tidak menghargai usahanya
Isteri mana yang tidak sedih dan menitiskan air mata jika pengorbanan untuk membahagiakan rumah tangga tidak dihargai suami. Oleh itu para suami sentiasalah berusaha untuk menghargai pengorbanan isteri untuk membuatkan anda bahagia. Walaupun usahanya itu tidak sebesar mana, ringankan mulut untuk mengucapkan terima kasih ataupun jagalah perasaannya sebaik mungkin. Terlalu banyak kesakitan yang telah wanita alami daripada sakit datang haid, sakit melahirkan anak dan sebagainya, jadi janganlah ditambah lagi dengan menyakitkan hatinya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkara ini biasanya menjadi pertelingkahan di antara pasangan yang baru berkahwin. Isteri akan menggunakan hujahnya tersendiri dan si suami pula menggukakan kuasanya sebagai ketua keluarga yang mesti dipatuhi.
Ada teknik tip untuk anda berdua membuat keputusan.
1.” Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): “Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama delapan tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku Insya Allah, dari orang-orang yang baik layanannya”. Al Qashash:27
Kalaulah ingin merujuk ayat di atas, pengantin lelaki kena berkorban tinggal bersama ayah mertua dan membantunya selama 8 tahun. Tetapi dengan keadaan sekarang perkara ini tidak mungkin boleh berlaku.
Namun kita boleh ikuti konsepnya. Iaitu dalam tempuh 8 tahun sang suami utamakan rumah mertuanya dahulu. Dalam kes pulang beraya ke kampong, elok utamakan rumah isterinya.
2.Orang perempuan banyak menggunakan emosi dan perasaannya dalam setiap urusannya. Sedangkan lelaki hanya fokus mindanya kepada sesuatu tugasan. Dia boleh abaikan emosi dan perasaannya. Oleh itu, isterilah yang lebih terkesan menyambut hari raya pertama. Apa lagi dengan status dia sebagai seorang isteri. Jiwanya pasti mengelabah untuk pertama kalinya menyambut raya di rumah orang lain. 1001 macam dalam fikiran yang menghantuinya. Oleh itu raya pertama di rumah isteri.
3.Jika isteri ini telah ada bilik tidur khas di rumahnya dan suaminya pula tiada bilik khas untuk di rumahnya. Ini akan menyebabkan isteri tidak selesa jika terpaksa berkongsi bilik persalinan dengan ipar-iparnya. Oleh itu elok raya pertama di rumah isteri. Tetapi jika suaminya memang ada bilik khas, sila rujuk tip 1 dan 2 di atas.
4.Tetapi kalau sepanjang ramadhan, pasangan ini tinggal di rumah isterinya, maka eloklah susun strategi untuk berhari raya pertama di rumah kampong suaminya.
5.Jika suami adalah anak tunggal, Dinasihatkan buat rancangan untuk berpuasa 2-3 hari awal di rumah kampong isteri. Kemudian berhari raya pertama di rumah suami. Sebab kehadiran anak tunggal dengan isterinya ini memberi kesan positif bertambah sayang ibu mertua kepada anak menantunya.
Wanita dan kecantikan, mana boleh berpisah! Dalam keadaan kegawatan ekonomi ni terlalu banyak perbelanjaan kecantikan yang perlu dikurangkan. Nak beli produk murah, takut tak berkesan, nak beli produk mahal, takut tak mampu. Jadi, apakata kita gunakan kaedah paling selamat dan yang paling penting murah!
Pemakaian masker wajah sangat penting untuk beri kulit ‘makanan’ yang sihat. Dari segi diet, janganlah diabaikan pula. Masker wajah ini bukan sahaja boleh memberikan seri atau glowing semula jadi malah ia membersihkan kulit kita dan menjadikannya segar.
Perkongsian dari Facebook Aisyah Badar Bajrai ni nampak sangat mudah untuk dihasilkan. Masker anti jeragat dan jerawat menjadi petua yang sering menjadi ditanya kepadanya. Jom kita baca!
Ni petua paling ramai orang request kat Aisyah. Yess, petua untuk jeragat.
Bonus dia, petua ni bukan setakat boleh pudarkan jeragat. Tapi dia boleh cerahkan kulit dan pudarkan parut jerawat jugak. Best tak best?
Kalau konsisten pakai, kulit pun boleh ter glowing sekali. Cik jerawat pun segan nak datang tau.
Nak nampak kesan best, korang konsisten la pakai seminggu sekali. InsyaAllah puas hati.
Macam biasa, petua Aisyah memang guna barang kat dapur jek. Jadi memang korang boleh buat la.
MASKER ANTI JERAGAT DAN JERAWAT.
Bahan-bahan:
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar jus lemon
Air ros secukupnya
Cara membuat:
1. Campurkan semua bahan dan kacau rata-rata. Air ros dimasukkan secara agak-agak supaya masker ni tak pekat sangat.
2. Sapu rata-rata pada muka. Dan biarkan selama 10- 15 minit. Lepas tu basuh bersih-bersih dan pakai pelembab muka. Pelembab muka ni penting supaya kulit tak kering.
Paling penting waktu siang jangan lupa pakai sunblock. Baru lah jeragat baru tak datang.
Selamat mencuba. Kalau nak petua lain yang best-best, jangan lupa follow Aisyah Badar Bajrai tau.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mempunyai berat berat badan yang berlebihan adalah mimpi buruk bagi setiap wanita. Tambahan pula buat anda yang sedang menghitung hari untuk menempuh hari bahagia. Rela diet bermati-matian demi mendapatkan berat badan ideal agar nanti ketika menyarungkan baju pengantin terletak cantik di tubuh.
Satu hal yang perlu anda fahami, diet bukan bermakna anda harus memotong setiap hidangan makanan, namun paling penting anda bijak mengatur apa yang anda makan. Jadi, diet itu ialah memilih mana yang baik untuk tubuh dan menjauhi apa yang boleh memberikan kesan buruk apabila diambil.
Tanpa diet khusus dan ekstrem, anda masih boleh menjaga badan agar kekal ideal. Di bawah ini merupakan beberapa penjelasan yang mana anda mungkin boleh berdiet tanpa dibebani dengan terma diet itu sendiri.
1. PILIH MAKANAN ISTIMEWA HANYA DI HARI ISTIMEWA
Anda boleh cheat day ketika hari-hari istinewa, misalnya makan donut dan kek ketika majis ulang tahun. Namun diingatkan cheat day itu hanya dibuat untuk majlis itu sahaja dan bukannya di hari ulang tahun semua teman-teman anda. Di hari-hari biasa, anda boleh meneruskan pengambilan makanan sihat seperti biasa.
2. BANYAK BERBUAL KETIKA MAKAN
Kalau nak kurus tanpa diet, jangan makan seorang diri. Usahakan untuk anda mencari teman makan agar ketika di hadapan makanan, anda boleh terganggu dengan berbual bersama teman. Ini kerana semakin banyak yang anda berbual maka proses makan anda akan menjadi semakin lambat. Ini secara tidak langsung membuatkan anda makan sedikit.
3. JANGAN MEMUSUHI COKLAT
Kajian yang dilakukan di University of Toronto mengatakan gadis yang menghindari coklat selama seminggu akan membuatkan anda semakin mengidamkannya, malah akan makan lebih banyak lagi coklat. Kajian lainnya pula mengatakan, jika anda melarang diri daripada makan coklat dan berusaha untuk tidak memikirkan tentang coklat, anda akan semakin obsesi dan teruja untuk makan lebih coklat.
4. JANGAN AMBIL DIET SODA
Jika anda mengambil diet soda, ia sebenarnya mendorong otak untuk mengambil lebih banyak gula. Bahkan diet soda juga membuatkan anda percaya yang anda sudah mengurangkan kalori harian, jadi kemungkinan anda akan mensubsidikan kalori tersebut untuk mengambil makanan berkalori yang lebih banyak.
5. JANGAN SIBUK MENGIRA KALORI
Tubuh kita menggunakan 1000 kalori daripada junk food dengan 1000 kalori daripada makanan sihat untuk hal-hal yang berbeza. Jangan terlalu sibuk mengira jumlah kalori yang anda ambil. Jika anda sibuk mengiranya, ini akan membuatkan anda kehilangan kalori padat yang berkhasiat. Sebaiknya fokus sahaja piring anda dengan makanan sihat yang terdiri daripada protein, sayuran dan lemak sihat. Itu lebih baik!
6. BIJAK MENGAMBIL GULA
Gula tidak baik untuk tubuh, jika anda mengambilnya secara berlebihan ia akan tersimpan sebagai lemak. Namun ini bukan bererti anda perlu menghilangkannya sama sekali. Kenali reaksi tubuh anda setelah mengambil makanan yang mengandungi gula. Makanan yang membuatkan anda rasa keletihan setelah mengambilnya, itu yang patut anda hindari. Pada dasarnya, semua makanan seharusnya mampu membuatkan tubuh seseorang menjadi sihat.
Tanpa perlu melakukan diet khusus dan semua orang faham tentang enam perkara ini pasti anda mampu mempunyai berat badan ideal seperti yang anda idam-idamkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!