Dalam sebuah perkahwinan, kita bukan sekadar kena tunduk ego untuk bina kebahagiaan suami isteri. Namun perlukan seni komunikasi yang tepat untuk tidak saling melukakan hati.
Lebih jelas lagi, jemput baca perkongsian saudara Abu Hurairah Roslan ini. Sebelum menikmati alam rumah tangga, jom baca…
Bukan Sekadar Tunduk Ego
Kalau orang tanya, macam mana saya menjadi seorang ayah dan suami?
Jawapan saya simple.
Daripada isteri.
Isteri Itu Cerminan
Isteri adalah cermin untuk saya melihat diri saya sendiri. Ya, disaat saya melihat kekurangan dan kelemahan dirinya sebagai isteri, ada hikmah dan didikan buat diri saya menjadi suami.
Isteri adalah seperti tongkat bagi orang “buta” seperti saya. Ya, disaat saya rasa saya betul dan ketua keluarga, ada banyak ruang dan masalah yang perlu saya betulkan dulu, lalu saya perlu pada ilmu dan panduan untuk menjadi lelaki paling baik dalam keluarga.
Ads
“Abang, lepas masak nanti kemas boleh? Saya tak boleh tengok dapur bersepah.”
Teguran daripada isteri.
“Abang, nanti boleh tengokkan bilik anak-anak? Saya kadang terlepas pandang.”
Kata isteri pada satu masa.
“Abang, anak-anak perlu sesuatu. Boleh abang tanya mereka nak apa?”
Ads
Belajarlah Seni Komunikasi Rumah Tangga
Semuanya adalah seni-seni komunikasi dalam rumah tangga. Saya belajar semua itu daripada seorang isteri yang prihatin, yang sayang suaminya, yang mahu suaminya teguh, yang mahu suaminya baik.
Namun, penghalang utama itu semua satu saja. Ego kita.
Pedih juga bila isteri tegur.
Sakit juga terkena panahan kata-kata isteri kita. Ternaik juga nafsu dan perasaan, hingga kita rasa isteri ni seperti tidak ada rasa hormat dan rasa merendah diri pada suami.
Bukan itu maksud isteri kita. Mereka benar makhluk yang sangat emosi. Mereka benar insan yang sangat perlu pada beribu kata dan makna. Mereka memandang rumah tangga, seribu kali lebih seni dari kita.
Ads
Saya cerita ini, bukan hanya tentang rumahtangga saya. Kalian bacalah kisah asam garam rumahtangga nabi.
Kalian masukklah seminar dan tazkirah tentang hal-hal suami isteri.
Semuanya ada panduan menjadi suami isteri yang lebih baik dari hari ini.
Dalam kesibukan kerja dan ujian hidup ini, jangan lupa pada diri kita yang ayah, suami dan lelaki.
Terima kasih pada sang isteri yang setiap hari memperteguhkan pandangan suami.
Yang selalu mengingatkan bila lupa,
Yang memberitahu bila buntu,
Yang selalu ada setiap masa.
Benarlah, jadi suami baru tahu kenapa Tuhan cipta kita jadi lelaki.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak selesa kalau rumah banyak cicak, risau najisnya merata. Bukan hanya di dinding, malah kadang bahagian celah-celah pun banyak tahinya. Ini memang jadi rasa was-was tentang kebersihan.
Dikongsikan oleh saudari Awyn Othman, nampak berkesan dan mudah untuk DIY sendiri. Yang penting masalah cicak banyak, selesai.
Rumah Banyak Cicak
Kalau biasanya anda suruh suami selesaikan bab ini, kali ini tak perlu ya. Boleh buat sendiri sahaja untuk halau cicak. Jom tengok bahan apa yang anda perlukan.
Bottle spray kosong
Cuka 2 sudu
Sabun pencuci pinggan 1 sudu
Air sebanyak 250ml
Cara nak buatnya:
Goncang sampai larut semuanya, kemudian boleh spray kawasan cicak selalu berjemaah dekat dinding rumah.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pantun merupakan pelengkap dan penyeri dalam majlis merisik. Sesetengah masyarakat Melayu masih lagi menggunakan pantun sebagai mukadimah sebelum bicara diteruskan kepada tujuan asal kehadiran mereka. Walaupun jarang digunakan oleh masyarakat zaman sekarang, ia tetap popular bagi sesetengah orang.
Ianya merupakan satu seni dalam berbahasa untuk menyatakan hasrat hati atau biasanya disebut sebagai ‘ayat berlapik’. Dengan berbalas-balas pantun ianya akan menambah lagi keceriaan dalam majlis merisik. Ia dimulakan dahulu oleh keluarga pihak lelaki dan dibalas oleh wakil pihak perempuan.
Ketika sesi berbalas pantun berlangsung, kedua-dua belah pihak keluarga akan mendengar dengan baik dan cuba untuk membalas dengan pantun yang menarik. Terdapat juga elemen jenaka diselitkan bagi menambahkan lagi suasana yang ceria.
Pantun yang selalu diguna pakai dalam majlis merisik ialah pantun empat kerat. Ia sangat popular dibandingkan dengan pantun dua atau enam kerat. Bagi pihak lelaki, pantun mereka akan mengandungi mesej tentang hajat bertandang ke rumah belah perempuan.
.
Mereka akan menerima balasan pantun yang menjemput mereka masuk ke rumah. Namun, jika si gadis terus membuat keputusan, pantun yang diterima akan mengandungi mesej samada menerima atau menolak pinangan.
Sesi membalas pantun ini cuma seketika dan tidak melibatkan si dara mahupun si teruna. Ia diutarakan oleh keluarga kedua-dua belah pihak yang selalunya diwakilkan kepada ibu bapa saudara lelaki dan perempuan. Ia tidak memerlukan persediaan yang sukar kerana pembayang pantun biasanya digunakan berdasarkan apa yang ada di persekitaran sahaja.
Hanya dua baris terakhir membawa maksud sebenar tentang tujuan yang ingin disampaikan. Jadi, bagi mereka yang berhajat masuk meminang terapkanlah khazanah Melayu yang tak ternilai ini agar ia tidak lapuk dek zaman. Siapa lagi yang akan mengangkat seni warisan Melayu ini jika bukan kita sendiri.
Pada masa kini, ia jarang digunakan dan hanya sesekali sahaja dapat didengari melalui beberapa majlis tertentu. Justeru itu, ambil lah peluang merisik ini dengan membawa seni ini. Bagi yang sudah memaklumkan kehadiran untuk masuk meminang, kedua-dua belah pihak boleh bersiap sedia dengan pantun masing-masing agar majlis dapat berlangsung dengan lebih sempurna.
Adat merisik ini akan menambahkan lagi keindahan dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Walaupun sedang berada di zaman moden, ia sesuatu yang tidak patut di pandang sepi.
Berbincanglah dengan bakal isteri anda untuk melaksanakan adat ini jika berkesempatan. Ia tidak memerlukan modal yang besar, hanya memerlukan usaha dan kesudian pihak wakil ibu dan bapa lelaki dan perempuan menjadi orang tengah buat bakal mempelai.
Setelah berazam untuk berkahwin, sudilah menyatakan hasrat dengan tulus ikhlas. Bawalah bakal pasangan anda berjumpa dengan kedua ibu dan bapa kerana itu adalah yang terbaik dilakukan. Elakkanlah bercinta tanpa pengetahuan mereka kerana restu ibu bapa sangatlah penting bagi mendapatkan keberkatan dalam perkahwinan.
Kredit foto: TANGKAP PICTURES
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasti anda semua akan berdebar apabila tibanya majlis pernikahan yang akan menyatukan anda berdua. Bagi bakal pengantin lelaki degupan jantung pula mesti sudah berdegup kencang.
Senang kata tak senang duduk bila berdepan dengan tok kadi dan wali pengantin perempuan. Macam mana nak hilangkan situasi ini? Jom lihat tips di bawah ini agar sedikit sebanyak membantu anda!
1. Banyakkan latihan
Cuba teruskan berlatih sebutan supaya tidak terlalu laju dan gagap.
2. Buat persediaan rapi
Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh tok kadi supaya semua urusan berjalan lancar.
3. Tenang
Tenangkan diri anda. Jangan merasa kelam kabut. Jika perlu minumlah segelas air minuman untuk hilangkan rasa gugup anda.
4. Jaga pernafasan
Perasaan gemuruh itu mesti ada dan ia amat berkait rapat dengan pernafasan. Jadi, tarik nafas panjang-panjang dan hembuskannya biar hilang sedikit gementar itu.
5. Pakai singlet atau kemeja-T nipis
Jangan lupa untuk memakai singlet nipis di dalam untuk mengelakkan menyerap peluh. Pakaian yang selesa akan memberikan ketenangan kepada anda.
6. Jangan banyak bergerak
foto : maxtography
Pengantin lelaki, semestinya pada majlis akad nikah nanti segala perhatian akan tertumpu kepada anda. Jadi, jangan banyak bergerak. Duduk di tempat anda dan rileks.
7. Semangat
foto : amirnaufalphotography
Ya, ini adalah harinya jadi bersemangatlah! kerana anda akan menikahi perempuan yang anda cintai. Bukan mudah untuk anda capai tahap sehingga hari ini. Lakukannya dengan penuh semangat dan gembira.
8. Pastikan cukup tidur
Tidur yang cukup akan membantu anda untuk mendapatkan tenaga dan emosi yang stabil. Rehat secukupnya agar anda dapat melawan rasa gugup anda pada keesokkan harinya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!