Isteri ni bila dia masak, dia selebihnya tak fikir pon sedap atau tak. Tapi kebahagian dia untuk bagi suami rasa tu yang yang buat dia lebih excited. Bengah kongsi di akaun instagram miliknya, macamana nak tackle bila isteri tanya sedap tak masakan dia.
“Masakan mak dengan i mana lagi sedap?” . Ni macam soalan terakhir matematik yang susah nak dijawab dan dirungkaikan.. sebab soal sedap atau tak ni kalau mak mak dan isteri ni masak bergantung pada Mood Nak Memasak! . Bengah request kat Mak mertua nak makan kari.. Cik Bunge pulak offer nak masak gulai lemak. 2 masakkan ni memang hasil tangan Mak dalam dunia ni yang ada citarasa tersendiri.. berbalik soalan sedap ke tak sedap masakkan isteri tu… bersyukurlah atas nikmat yang diberi. Perkataan SEDAP tu boleh lahir dari rasa syukur keatas nikmatNYA.. . Dan isteri tanya lagi.. kali ni lebih extreme macam soalan 1 Juta! Who Wants To Be A Millionaire… masa tengah makan dia akan tengok.. suami dia tambah ke tak… ? . “SAYANG TAK NAK TAMBAH NASI KE?” . isteri semangat nak memasak untuk suami tu laa nikmat sedap bagi aku. kalau masakkan dia sedap? itu bonos nikmat! kesungguhan dia nak memasak tu yang jadikan penambah perisa sedap.. ? . Lelaki pon boleh masak la. kita lelaki la yang paling terer dalam masak memasak ni! Apa yang paling aku terer bab masak ni ialah.. fikir masak masak nak makan kat mana kalau isteri takde mood masak ? Kepci atau Roti canai pon ok? ON tak ON? hahaha.. . #AbangYangPenyayang #DahPutihPonPakaiBedak
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anda boleh menghadiri undangan jamuan perkahwinan dari rakan yang berlainan agama di tempat agama meraka, ini tiada masalah.
Yang tidak bolehnya, anda pergi dan buat urusan di sana. Contohnya seperti anda buat juga perkara-perkara ritual amalan mereka di tempat ibadah.
Ada dua syarat ketika hendak masuk ke tempat ibadat orang bukan Islam.
Pertama, jangan buat benda-benda yang haram.
Kedua, anda perlu iktikad semua yang di dalam itu adalah batil.
*Maksud iktikad: perasaan yakin dlm hati (biasanya dlm hal-hal agama): Kita hendaklah memperteguh bahawa Tuhan itu ada dan alam ini dijadikan oleh Allah.
*Maksud batil: perihal tidak benar. Sesuatu keadaan yang kita alami dan kita meragui tentang kesahihan sesuatu perkara tersebut.
Oleh: Ustaz Azhar Idrus
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Soalan: Adakah sahih suami akan menanggung segala dosa isterinya?
Jawapan:
Di dalam al-Quran banyak ayat yang memerintahkan agar setiap daripada manusia itu menjaga diri mereka dan juga orang-orang yang berada di sekitar mereka daripada melakukan maksiat atau dosa. Antara firman Allah SWT yang menceritakan perkara tersebut adalah:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu serta ahli keluarga kamu dari api neraka.”
Syeikh Muhammad Sayyid Thanthawi dalam tafsirnya menyatakan makna ayat ini ditujukan kepada setiap insan yang mengaku beriman kepada Allah SWT agar mereka menjauhi diri mereka daripada api neraka dengan melakukan perkara kebaikan serta menjauhi diri daripada melakukan perkara maksiat dan ahli keluarga mereka dengan cara menasihati mereka, menunjukkan jalan yang benar kepada mereka dan menyuruh mereka melakukan perkara yang ma’ruf serta mencegah diri daripada melakukan perkara munkar. Di samping itu, Imam al-Qurthubi menukilkan daripada pendapat Qatadah dan Mujahid bahawa maksud memelihara diri adalah memelihara diri dengan menjaga tingkahlaku dan memelihara ahli keluarga pula adalah dengan menasihati mereka. [Lihat: Tafsir al-Wasith, 476/14]
Berdasarkan soalan di atas, secara asalnya di dalam syara’ setiap insan itu tidak akan menanggung dosa orang lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا
al-An’am:164
Maksudnya: “Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh setiap orang itu melainkan orang itu sahaja yang akan menanggung dosanya.”
Imam al-Hafiz Ibn Kathir mengatakan ketika menafsirkan ayat ini bahawa ayat ini menceritakan perihal hari Kiamat ketika berlakunya pembalasan, hukuman dan pengadilan daripada Allah SWT. Selain itu, setiap jiwa itu akan diberi ganjaran berdasarkan setiap amalannya. Jika baik amalannya, maka baiklah pembalasannya. Dan jika buruk amalannya, maka buruklah pembalasannya. Ini kerana, setiap jiwa (manusia) itu tidak akan memikul kesalahan (dosa) orang lain. Hal ini membuktikan akan keadilan Allah SWT sepertimana firman Allah SWT: [Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 383-384/3]
Maksudnya: “Dan (ketahuilah) bahawa seorang pemikul itu tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika berat tanggungannya (dengan dosa), lalu memanggil (orang lain) untuk menolong agar dipikul sama bebanan tersebut, maka tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya walaupun orang yang meminta pertolongannya itu daripada kaum kerabatnya sendiri.”
Melihat kepada ayat dan kenyataan daripada Imam Ibn Kathir di atas, jelas menunjukkan di dalam syara’ bahawa setiap insan yang sempurna akal fikirannya dan telah baligh (mukallaf), dosanya itu akan ditanggung oleh dirinya sendiri tidak kira apa statusnya sama ada dia seorang suami, isteri, ayah, ibu, anak atau selain daripadanya. Adapun, suami itu atau sesiapa sahaja akan berdosa bila mana dia tidak melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya seperti menasihati isteri dalam perkara yang ma’ruf dan menghalangnya daripada melakukan perkara yang munkar. Perkara ini ada dinyatakan di dalam sebuah hadith iaitu:
Maksudnya: “Ketahuilah bahawa setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan kamu akan ditanya berkaitan orang dibawahnya. Seorang Imam (ketua atau pemimpin) ke atas manusia adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Dan seorang lelaki adalah pemimpin kepada keluarganya dan dia akan ditanya berkaitan perihal mereka (ahli keluarganya).” [Riwayat Muslim (1829)]
Imam al-Nawawi berkata yang dimaksudkan dengan pemimpin di dalam hadith ini sebagaimana yang dikatakan oleh ulama’ adalah seorang penjaga yang telah diamanahkan dan beriltizam dalam memperbaikkan setiap perkara yang dilakukan terutama orang yang berada dibawah penjagaannya. Jika terdapat kekurangan terhadap orang berada dibawah penjagaannya, maka dia dipertanggungjawabkan untuk mengadilinya (jika berlaku kezaliman) serta menguruskan keperluan yang diperlukannya (orang yang berada di bawah) sama ada perkara itu melibatkan agama, dunia atau mana-mana perkara yang berkaitannya. [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 213/12]
Selain itu juga, di dalam al-Quran terdapat firman Allah SWT yang menunjukkan bahawa lelaki merupakan pemimpin buat wanita. Antaranya:
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ
al-Nisa’:34
Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.”
Kata Syeikh al-Sa’di, maksud lelaki adalah pemimpin di dalam ayat ini adalah kaum lelaki wajib menyuruh wanita (isteri) menunaikan hak-hak Allah seperti menjaga perkara-perkara yang fardhu dan mengahalang mereka daripada melakukan perkara maksiat. Ayat ini menunjukkan tanggungjawab kaum lelaki (suami) terhadap wanita (isteri) dalam memastikan mereka menjalankannya hak-hak tersebut. [Lihat: Taysir al-Karim, 177]
Bagi menjawab persoalan di atas, kami katakan bahawa si suami sama sekali tidak akan menanggung dosa isterinya jika si suami itu telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin. Adapun, jika si isteri masih melakukan perkara maksiat setelah ditegur (dinasihati) atau si isteri melakukan maksiat di belakang suami (tanpa pengetahuan suami) maka si isteri itu tetap berdosa dan suami tidak akan sama sekali menanggung dosa-dosa tersebut. Ini kerana, tanggungjawab adalah untuk menasihati isteri kerana ia merupakan satu kewajipan yang perlu dilakukan dan perkara itulah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT di Akhirat kelak jika si suami cuai dalam mendirikan hal tersebut. Untuk itu, kami tegaskan bahawa kenyataan bahawa suami akan menanggung segala dosa isteri adalah tidak benar kerana ia bertentangan dengan dalil-dalil yang telah kami sebutkan di atas.
Penutup
Kesimpulannya, setiap insan (mukallaf) akan menanggung dosanya sendiri di hadapan Allah SWT apabila tiba hari pengadilan dan setiap insan itu sama sekali tidak akan membawa atau menanggung dosa orang lain apabila dia telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin. Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kita isteri-isteri yang solehah dan menjadikan keluarga yang terbina itu penuh dengan sakinah (ketenangan), rahmah (rahmat) dan mawaddah (kasih sayang). Amin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang kala dilema juga kan, bila tiba part nak bayar-bayar ni. Agak-agak siapa yang kena bayar? Pengantin atau kita beli sendiri?
#1: Apabila baju terlampau mahal. Kalau baju bridesmaid itu terlampau mahal, mungkin lebih daripada RM300, pengantin perlu bayar untuk kos baju, atau mungkin bayar sebahagian daripada kos.
#2: Apabila baju ‘custom made‘. Baju custom made lebih nampak cantik sebab nampak ‘terletak’ dan boleh mengikut design yang dimahukan. Tapi, kos fabrik dan upah jahit pun sudah mahal bukan? Jadi, pengantin bayar kos fabrik dan kos upah dibayar bridesmaids.
#3: Apabila syaratnya hanya pada tona warna. Jika anda mahu certain warna untuk bridesmaids anda tapi tidak kisah tentang design atau stail baju bridesmaids anda, selagi bukan custommade, bridesmaids yang perlu membayar untuk kos baju kerana mereka boleh memilih stail sendiri dan boleh memakainya berulang kali.
#4: Apabila bridesmaids anda semua masih muda dan belum bekerja. Cuba cari pilihan yang mereka mampu. Jika tidak jumpa juga, anda sebagai pengantin perlu step up dan bayar untuk kos baju.
#5: Apabila destinasi majlis anda jauh dan perlukan belanja lain. Majlis perkahwinan bukan murah. Lebih-lebih lagi jika destinasi perkahwinan anda jauh. Jika pengantin tidak menyediakan tempat tinggal dan pengangkutan, pengantin perlu bayar kos baju. Kos pengangkutan dan tempat tinggal sudah mahal, jadi macam win-win.
#6: Apabila bridesmaids boleh pakai apa-apa. Kalau macam ni, sama macam bridesmaidsshopping biasa saja. Mereka boleh pilih ikut suka mereka. Jadi, bridesmaids bayar.
#7: Apabila majlis kecil-kecilan. Ada banyak sebab majlis dibuat secara kecil-kecilan. Antara sebab utamanya adalah untuk menjimatkan kos. Jadi, kalau dalam hal ini, lebih elok jika bridesmaids yang bayar kos baju.
#8: Apabila anda dulu pernah jadi bridesmaid kawan anda itu. Anda ikut caranya. Kalau dulu kawan anda bayar kos baju anda, anda bayar kos bajunya pula masa giliran anda jadi pengantin ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...