Permasalahan bentan selalunya dikaitkan dengan seorang ibu yang baru sahaja selamat melahirkan anak iaitu satu tempoh berpantang selepas bersalin. Apa itu bentan? Bentan dikatakan bermaksud sakit semula apabila setelah hampir sembuh di waktu proses rawatan selepas bersalin. Lebih tepat lagi, sekiranya seorang ibu tidak menjaga kesihatan dengan baik dan melanggar pantang semasa dalam proses berpantang, dia akan berdepan dengan risiko bentan atau pun sakit semula. Sesiapa sahaja boleh terkena bentan dalam pantang dan bentan selepas bersalin. Terdapat banyak cara mengatasi bentan, petua hilangkan bentan dan juga tips bentan selepas habis pantang.
Petua Merawat Bentan Untuk Ibu Semasa Berpantang
Ads
Seorang perunding jamu Norliza Mohd Salleh berkongsi tips untuk merawat bentan untuk semua ibu yang menghadapi masalah bentan semasa dalam pantang bersalin. Tip dn petua ini sangat-sangat disyorkan kerana ianya terbukti membantu. Kita panggil sushi garlic. Tapi bukan dari beras pulut naa, kang tak pasal bentan makin menjadi-jadi. Guna beras nasi biasa saja tau.
Ads
Bahan-Bahan
1) Nasi panas (lembik sikit)
2) Beberapa ulas bawang putih.
Caranya amatlah mudah seperti dalam gambar di bawah, bawang putih perlu bakar atau sangai dulu.Tak perlu bakar sampai rentung, nanti pahit pula.
Lepas bakar masukkan seulas yang dah bakar tu dalam nasi dan dikepalkan seperti gambar di bawah.
Dah siap terus makan perlahan-lahan. Sebelum itu baca bismillah dulu dan Selawat, insyaAllah bentan akan hilang serta berkurangan.
Ads
Bentan jangan dibuat main. Merana jiwa dan raga. Kongsikan kepada wanita di luar sana, kot-kot ada yang sedang berpantang dan nak tahu cara merawat bentan. InsyaAllah, semoga bermanfaat.
Pantun merupakan pelengkap dan penyeri dalam majlis merisik. Sesetengah masyarakat Melayu masih lagi menggunakan pantun sebagai mukadimah sebelum bicara diteruskan kepada tujuan asal kehadiran mereka. Walaupun jarang digunakan oleh masyarakat zaman sekarang, ia tetap popular bagi sesetengah orang.
Ianya merupakan satu seni dalam berbahasa untuk menyatakan hasrat hati atau biasanya disebut sebagai ‘ayat berlapik’. Dengan berbalas-balas pantun ianya akan menambah lagi keceriaan dalam majlis merisik. Ia dimulakan dahulu oleh keluarga pihak lelaki dan dibalas oleh wakil pihak perempuan.
Ketika sesi berbalas pantun berlangsung, kedua-dua belah pihak keluarga akan mendengar dengan baik dan cuba untuk membalas dengan pantun yang menarik. Terdapat juga elemen jenaka diselitkan bagi menambahkan lagi suasana yang ceria.
Pantun yang selalu diguna pakai dalam majlis merisik ialah pantun empat kerat. Ia sangat popular dibandingkan dengan pantun dua atau enam kerat. Bagi pihak lelaki, pantun mereka akan mengandungi mesej tentang hajat bertandang ke rumah belah perempuan.
Mereka akan menerima balasan pantun yang menjemput mereka masuk ke rumah. Namun, jika si gadis terus membuat keputusan, pantun yang diterima akan mengandungi mesej samada menerima atau menolak pinangan.
Sesi membalas pantun ini cuma seketika dan tidak melibatkan si dara mahupun si teruna. Ia diutarakan oleh keluarga kedua-dua belah pihak yang selalunya diwakilkan kepada ibu bapa saudara lelaki dan perempuan. Ia tidak memerlukan persediaan yang sukar kerana pembayang pantun biasanya digunakan berdasarkan apa yang ada di persekitaran sahaja.
Hanya dua baris terakhir membawa maksud sebenar tentang tujuan yang ingin disampaikan. Jadi, bagi mereka yang berhajat masuk meminang terapkanlah khazanah Melayu yang tak ternilai ini agar ia tidak lapuk dek zaman. Siapa lagi yang akan mengangkat seni warisan Melayu ini jika bukan kita sendiri.
Pada masa kini, ia jarang digunakan dan hanya sesekali sahaja dapat didengari melalui beberapa majlis tertentu. Justeru itu, ambil lah peluang merisik ini dengan membawa seni ini. Bagi yang sudah memaklumkan kehadiran untuk masuk meminang, kedua-dua belah pihak boleh bersiap sedia dengan pantun masing-masing agar majlis dapat berlangsung dengan lebih sempurna.
Adat merisik ini akan menambahkan lagi keindahan dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Walaupun sedang berada di zaman moden, ia sesuatu yang tidak patut di pandang sepi.
Berbincanglah dengan bakal isteri anda untuk melaksanakan adat ini jika berkesempatan. Ia tidak memerlukan modal yang besar, hanya memerlukan usaha dan kesudian pihak wakil ibu dan bapa lelaki dan perempuan menjadi orang tengah buat bakal mempelai.
Setelah berazam untuk berkahwin, sudilah menyatakan hasrat dengan tulus ikhlas. Bawalah bakal pasangan anda berjumpa dengan kedua ibu dan bapa kerana itu adalah yang terbaik dilakukan. Elakkanlah bercinta tanpa pengetahuan mereka kerana restu ibu bapa sangatlah penting bagi mendapatkan keberkatan dalam perkahwinan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hubungan cinta yang sentiasa diwarnai keceriaan adalah impian setiap pasangan bercinta. Berfikiran positif dan komunikasi yang baik adalah kunci kepada keutuhan sesebuah hubungan. Jangan jadikan masalah sebagai alasan kepada kemusnahan hubungan, sebaliknya jalinkan hubungan yang sihat untuk memastikan cinta terus bersemi.
Hubungan yang sihat membuatkan kehidupan jadi lebih nyaman dan menyenangkan untuk dijalani. Jauhi hubungan cinta yang tidak sihat dan boleh merosakkan hubungan sekali gus membawa kehidupan yang menyeksa jiwa.
Jom kita lihat tanda-tanda hubungan yang dimaksudkan itu. Jangan ambil mudah ya! Ketahui dan ambil langkah yang sepatutnya sebelum ia terlambat.
Anda terpaksa berpura-pura di hadapan pasangan .Gaya fesyen mengikut kehendak pasangan sedangkan anda tidak selesa, ikut makan apa yang pasangan suka sedangkan anda tidak menggemarinya , atau dalam hubungan intim anda lebih banyak berpura2. Ini tanda2 hubungan tidak sihat antara anda dan pasangan.
Jika anda kerap terasa susah untuk meluahkan perasaan dan pandangan kepada pasangan kerana risau akan terjadi pertengkaran dan mengeruhkan keadaan itu bermakna hubungan anda dan si dia tidak sihat.Sepatutnya anda dan pasangan terbuka dalam memberi dan menerima pandangan kerana ini adalah tanda komunikasi baik antara anda dan pasangan .
membiarkan masalah yang tidak selesai lenyap dengan sendiri bukan lah perkara yang sepatutnya dilakukan oleh setiap pasangan. Ini kerana masalah tersebut akan muncul juga setiap kali anda dan pasangan bertengkar.Segera selesaikan setiap masalah yang ada supaya tidak ada perkara yang boleh diungkit dan di perdebatkan setiap kali anda dan pasangan bertengkar.
Cemburu tanda sayang tapi jika ianya berlebihan hingga kadang-kadang mencetus perbalahan dan krisis ianya menandakan hubungan anda tidak sihat.Seharusnya kepercayaan dan memberi ruang pada pasangan itu lebih baik dan membuatkan anda punya nilai yang tinggi pada pasangan . Lelaki dan wanita kebanyakan nya tidak suka pasangan terlalu obses pada diri mereka.
Meminta bantuan kecil bukanlah satu masalah besar antara pasangan. Walaubagaimanapun, jika anda merasa seperti berada dalam roda tanpa alasan yang munasabah, ini bermakna anda sedan dimanipulasi. Individu seperti ini suka jika impian mereka menjadi kenyataan dan apabila matlamat mereka sudah tercapai, mereka tidak pernah memberi balik. Anda perlu berhati-hati agar tidak jatuh ke dalam perangkap mereka.
Individu seperti ini tidak berminat dengan perasaan dan keperluan anda. Mereka memang akan mengucapkan terima kasih kepada anda namun mereka masih menganggap bahawa tiada yang lebih berhak daripada diri mereka sendiri. Hidup dengan individu ini adalah satu cabaran kerana mereka bukan sahaja mempengaruhi mood dan situasi kewangan tetapi juga pertumbuhan profesional anda.
Jika anda melakukan sesuatu yang istimewa untuk pasangan anda namun si dia hanya memberikan reaksi yang biasa maka anda perlu memikirkan semula hubungan anda bersamanya. Ini kerana mereka tidak tahu untuk menghargai semua perkara yang anda lakukan untuk mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kunyit merupakan tumbuhan berasal dari Asia dan sering digunakan dalam masakan. Ada juga yang menggunakannya untuk perawatan kulit alternatif semula jadi seperti menjadikannya masker kunyit.
Namun sejauh mana kebaikan dan keberkesanan kunyit ke atas kulit? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Kunyit atau nama saintifiknya Curcuma longa mempunyai potensi untuk mengurangkan pembengkakan (keradangan) dan kerengsaan.
Mengurangkan keradangan
Curcuminoids, sebatian aktif dalam kunyit, berfungsi untuk mengurangkan keradangan dalam arthritis dan berpotensi membantu kulit anda. Ia mungkin berfaedah untuk merawat penyakit berkaitan kulit seperti psoriasis. Namun lebih banyak kajian perlu dilakukan.
Potensi antibakteria
Kunyit boleh merawat dan mencegah bakteria pada kulit yang boleh menyumbang kepada cyst jerawat dan jangkitan staph. Sebarang jangkitan aktif perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Rawat jerawat
Dengan fungsi anti-keradangan, ia mungkin dapat membantu merawat keradangan jerawat. Ini termasuk:
Ekstrak dari kunyit juga boleh mengurangkan kesan penampakan parut jerawat.
Antioksidan
Kunyit kaya dengan antioksidan. Dalam aspek penjagaan kulit, antioksidan dapat membantu menjaga radikal bebas dari memusnahkan sel-sel sihat. Ia sekali gus menghalang hiperpigmentasi, parut, dan masalah kulit jangka panjang lain.
Melalui tabiat gaya hidup sihat, kunyit juga boleh dikatakan dapat mengurangkan kanser kulit. Tetapi masih banyak kajian perlu dilakukan.
Kurangkan pigmentasi
Antara fokus utama kajian berkaitan kunyit adalah hiperpigmentasi. Ia adalah keadaan kulit yang lebih gelap daripada tisu sekeliling biasa.
Dalam satu kajian terhadap krim berasaskan kunyit, ia dapat mengurangkan hiperpigmentasi lebih daripada 14 peratus selama 4 minggu.
Iritasi kulit
Terdapat kajian menyokong kunyit berpotensi sebagai penyingkir kerengsaan untuk rawatan kanser payudara.
Rawat garis halus
Penyelidik mencadangkan kunyit sebagai rawatan yang mungkin untuk merawat garis halus dan kedutan. Ia mungkin berfungsi meningkatkan penampilan keseluruhan tekstur kulit, dan menjadikan kedutan kurang kelihatan.
Kunyit umumnya dianggap sebagai produk selamat digunakan. Namun ia mungkin mendatangkan kesan sampingan gastrointestinal seperti perut kurang selesa dan kejang jika diambil sebagai suplemen oral.
Tiada kesan sampingan kunyit untuk kegunaan sebagai penjagaan kulit. Walau bagaimanapun, idea yang terbaik adalah untuk melakukan sedikit ujian kesesuaian sebelum menggunakannya atau apa juga bahan-bahan baru yang lain pada kulit. Ini kerana sesetengah individu mungkin akan mendapat reaksi alahan.
Kunci utama untuk menjadikan kunyit sebagai masker adalah dengan mencampurkan serbuk atau ekstrak kunyit dengan agen pemekat untuk dijadikan krim dan ia berbeza mengikut keperluan kulit:
Tidak kira apa campuran yang anda pilih, biarkan masker selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air suam diikuti dengan toner, serum, dan pelembap.
Tidak digalakkan untuk memakainya semalaman, kerana ia cenderung untuk meninggalkan kesan, terutama jika anda mempunyai kulit yang cerah. Anda boleh cuba membasuh dengan susu, jika terdapat kesan kuning yang tertinggal. Amalkan penggunaan masker ini 2-3 kali seminggu.
Jika anda sedang mencari idea untuk masker buatan sendiri, masker kunyit ini mungkin sesuai untuk dipertimbangkan.
Ia memerlukan masa untuk dapat melihat keberkesanannya. Jadi sebaiknya untuk anda mengamalkannya paling tidak selama beberapa minggu untuk mendapatkan hasil yang diingini.
Jika masih tiada perubahan, anda boleh mendapatkan rundingan dari profesional atau doktor untuk menangani keperluan penjagaan kulit anda.
Sumber : https://hellodoktor.com
Oleh : Asyikin Mad Isa
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...