

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!


Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat isteri yang selama ini rasa geli atau kurang gemar jika suami anda simpan janggut tidak kiralah janggut sejemput atau jambang, inilah masanya untuk anda ubah persepsi itu. Bagi yang suka dengan ‘aksesori’ lelaki yang satu ini, sememangnya anda seorang isteri yang beruntung kerana ‘aksesori’ ini banyak kelebihannya!
Selain mendapat pahala berganda kerana ia merupakan sunah Rasulullah SAW, kajian yang diterbitkan dalam “The Journal of Evolutionary Biology” mengatakan wanita lebih cenderung inginkan lelaki yang berjanggut dan melihat lelaki sebegini sebagai rakan kongsi jangka panjang.
Oleh itu, ayuh baca fakta unik ini untuk lebih meyakinkan anda bahawa lelaki yang menyimpan janggut bukan sahaja memberi manfaat buat dirinya sendiri malah turut bermanfaat untuk isterinya.
1. Malaikat tadah air wuduk yang jatuh dari janggut
Ketika zaman Rasulullah SAW ada seorang sahabat yang berjanggut nipis yang sedang mengambil wuduk untuk bersembahyang di masjid. Melihatkannya, Rasulullah SAW tersenyum dan memalingkan mukanya. Sahabat itu menyangka Rasulullah SAW senyum kerana janggutnya yang nipis itu dan memalingkan mukanya kerana tidak suka pada janggutnya itu.
Keesokan harinya, lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah SAW, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah SAW tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut. Ini membuatkan dia bertambah hairan lalu mengajukan pertanyaan kepada Baginda.
“Wahai Rasulullah, mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?” Jawab Baginda, “Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu dijanggutmu wahai sahabat.”
2. Kurangkan tanda penuaan dan awet muda
Seorang ahli dermatologi dari London bernama Dr. Nick Lowe mengatakan bahawa janggut membantu melindungi kulit agar tetap sihat, mengurangkan tanda-tanda penuaan sekali gus membuatkan lelaki awet muda. Ini kerana pendedahan terhadap sinaran matahari yang sedikit membuatkan lelaki yang menyimpan janggut kelihatan lebih muda berbanding mereka yang tidak mempunyai janggut.
3. Buatkan wajah sentiasa hangat
Rambut merupakan penebat yang membuatkan lelaki kekal hangat, begitu juga dengan janggut kerana ia merupakan sebahagian daripada rambut yang ada pada wajah. Carol Walker, Konsultan Trichologist dari Birmingham Trichology Centre mengatakan janggut dapat menahan udara sejuk sekali gus menaikkan suhu leher terutamanya jika berada pada cuaca yang sejuk. Ini kerana janggut mempunyai kelebihan dalam menyerap dan menyimpan haba di dalam badan.
4. Beri perlindungan daripada sinaran ultra violet
Hasil kajian dari University of Southern Queensland menerusi jurnal bertajuk “Radiation Protection Dosimetry” mendapati bahagian wajah yang tertutup dengan janggut rata-ratanya sepertiga lebih rendah terdedah dengan sinaran ultra violet yang membahayakan sekali gus memberi perlindungan terhadap sinar ultra violet matahari 90 hingga 95 peratus. Bahkan kajian yang dijalankan di Australia juga membuktikan perkara yang sama.
5. Kurangkan gejala asma dan alahan
Jika anda mengalami alahan debunga atau debu dan gejala asma, janggut sebenarnya membantu sebagai penapis bagi mengelakkan kuman sampai ke permukaan wajah. Lebih besar janggut yang anda simpan, maka lebih banyak bahan pencemaran yang dapat ditapis setiap hari.
6. Melembapkan kulit wajah
Kulit wajah terbina dengan ejen pelembap tersendiri yang dikenali sebagai ‘sebaceous glands’. Ia bertindak untuk mengeluarkan minyak semula jadi yang menjadikan kulit kekal lembap. Dengan menyimpan janggut yang tebal, ia akan membantu melindungi kulit wajah anda daripada terkena angin yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering.
7. Elak masalah jerawat
Menyimpan janggut juga boleh membantu melindungi kelenjar sebum daripada dijangkiti oleh bakteria jerawat, vulgaris, sekali gus mencegah terjadinya masalah jerawat dan bintik hitam.
8. Sensasi ciuman yang berbeza
Wanita lebih menikmati ciuman dengan lelaki berjanggut berbanding lelaki yang wajahnya mulus tanpa janggut. Ini kerana janggut akan membuatkan pasangan rasa geli sekali gus menambahkan keintiman saat mencium suami.
9. Pahala buat isteri
Sebaik sahaja isteri celik mata dari tidur, rebutlah peluang pahala dengan merenung wajah suami dan kemudian usap lembut janggut suami dari dagu hingga ke penghujungnya.
10. Galak kesuburan wanita
Kajian oleh para saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat berjudul “The Amazing Fact of Human Body” mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia membantu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita dengan cara sentuhan dan belaian pada janggut atau jambang suami.
11. Calon ayah yang baik
Kajian dari University of New South Wales dalam jurnal bertajuk “Evolution and Human Behaviour” mengatakan bahawa wanita berpendapat lelaki yang memiliki janggut adalah lebih menarik serta dilihat sebagai calon pasangan dan ayah yang baik.
12. Sesuai dijadikan pasangan romantik
Hasil kajian yang dijalankan ke atas wanita Britain berusia 18 hingga 44 tahun mendapati tarikan yang dimiliki oleh selebriti terkenal seperti George Clooney, Brad Pitt dan David Beckham adalah disebabkan oleh wajah mereka yang berjambang. Mereka juga menyifatkan lelaki berjanggut paling sesuai dijadikan pasangan romantik.
* Ingat ya suami! Walaupun banyak kelebihan, pastikan janggut atau jambang anda sentiasa dibersihkan dan dirapi selalu agar ia tidak menyebarkan bakteria dan kuman untuk diri anda mahupun orang lain terutamanya isteri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!
Sekarang kita tengok di setiap majlis kahwin dah jarang orang bawa hadiah untuk pengantin. Kebanyakan dari kita lebih senang beri duit sebagai hadiah. Memang tidak dinafikan, duit amat diperlukan oleh pengantin yang baru memulakn hidup. Tapi ada beberapa barang yang memang berguna untuk dijadikan hadiah.
Barang Elektrik
Kuali
Tuala
Bantal
Pinggan Mangkuk
Duit
Kipas
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!
Amalkan bersama suami supaya saling diberkati hubungan rumahtangga anda berdua.
Dari Ibn Masud Nabi SAW bersabda maksudnya : “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
1) Doa Mohon Perlindungan Daripada A zab Neraka., A zab Ku bur, Fitnah Kehidupan Dan Kema tian Dan Fitnah Dajjal.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ،
وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّال
Maksudnya, “Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada a zab neraka jaha nam, daripada a zab ku bur, daripada fitnah kehidupan dan kema tian, dan daripada keja hatan fitnah dajjal.” (Hadis Riwayat Muslim)
2) Doa Ini Sangat Baik Diamalkan Jika Kita Ada Masaalah Hutang.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ
Maksudnya, “Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kema tian. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang.” (Hadis Riwayat Bukhari)
3) Doa Yang Ini Amat Baik Untuk Melupuskan Sifat Mazmumah Yang Ada Pada Diri Kita.
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْقَبْرِ.
Maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bakhil, aku berlindung kepadaMu dari penakut, aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku berlindung kepadaMu dari fitnah dunia dan sik sa ku bur. (Hadis Riwayat Bukhari)
4) Doa Mohon Diampunkan Dosa Yang Terdahulu.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي, أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْت
Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah bagiku dosa-dosa yang terdahulu, yang terkemudian, yang aku rahsiakan, yang aku nyatakan, yang aku melampau, dan yang Engkau lebih mengetahui daripadaku tentangnya. Engkaulah yang mendahulukan dan mengemudiankan sesuatu, tiada illah sebenar melainkan Engkau.” (Hadis Riwayat Muslim no. 1762).
5) Doa Mohon Ampun Kerana Menzalimi Diri Sendiri.
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ. فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku telah menza limi diriku dengan kezali man yang banyak. Tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, maka ampunilah bagiku dengan keampunan dariapda-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 6181 dan Muslim no. 6819).
6) Doa Yang Amat Baik Untuk Memohon Allah Jadikan Kita Hambanya Yang Bersyukur Dan Sentiasa Mengingatinya.
اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ.
Maksudnya, “Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepadaMu dan ibadah yang baik untukMu” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Nasaie)
7) Doa Ini Untuk Memohon Allah Mudahkan Urusan Hisab / Perbicaraan Kita Di Mahkamah Allah Di Akhirat Nanti.
اللهم حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرَا
Maksudnya, “Ya Allah! Hitunglah aku dengan perhitungan yang mudah.” (Hadis Riwayat Ahmad)
8) Doa Ini Adalah Doa Taubat. Sesuai Sangat Dibaca Selepas Membaca Tahiyyat Akhir Dalam Solat Taubat.
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ ، وَارْحَمْنِي إِنَّك أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menza limi diriku sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah diriku dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah aku. Sesungguhnya Maha Pengampun dan Penyayang. (Hadis Riwayat Bukhari)
9) Doa Mohon Ampun Dosa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا اللَّهُ الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ ، أَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Maksudnya, “Ya Allah! Aku memohon kepada Mu. Ya Allah Yang Maha Esa Yang… Yang Tidak Mela hirkan dan Tidak Dila hirkan, dan tidak ada yang setara dengannya, Engkau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang (Hadis Riwayat Abu Daud)
10) Doa Memohon Dimasukkan Ke Syurga Dan Diselamatkan Dari Neraka
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ
Maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepada-Mu, agar dimasukkan ke Syurga dan aku berlindung kepada-Mu dari Neraka.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
#Semoga perkongsian ini menjadi asbab kita semua mendapat redha dan rahmat Allah SWT dan terlepas dari sik sa ku bur, sik sa mahsyar semasa hisab dan sik sa neraka.
Sumber: nabilahumaira.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd ❤️ Dikendali Oleh Astro Group
