Bergaduh dengan pasangan hidup, limitnya cukup dengan sehari semalam. Kalau lebih dari tempoh tersebut, itu EGO.
Belajar memaafkan, inilah yang diterangkan oleh saudara Firdaus Syakirin tentang hubungan suami isteri bila sudah berumah tangga.
Bergaduh pagi, petang baik balik. Bergaduh petang, malam baik. Bergaduh malam, keesokan pagi kena baik. Jangan dipanjangkan atau dibiarkan pergaduhan tu sampai berhari-hari.
Bergaduh Dengan Pasangan, Jangan Lebih Sehari. Tak Payah Ego Minta Maaf!
Ads
Tak bercakap, bermasam muka, buat tak tahu antara satu sama lain.
Siapa yang minta maaf dulu, siapa yang mula bercakap dulu, siapa yang dah buat macam biasa balik, maka dia lah yang terbaik sebab dia boleh kawal dan rendahkan ego dia. Siapa yang tunggu orang lain minta maaf, siapa yang tunggu orang lain mula bercakap dulu, maka dia lah yang PALING EGO dalam rumah tu.
Kena Faham Ego
Ads
Lelaki ada ego, perempuan ada ego. Kena tahu ego ni kegunaannya untuk apa. Yang lelaki kalau nak dihormati isteri, maka jangan guna ego sebab ego lelaki kebanyakannya akan memakan diri sendiri. Akhlak, perangai, pertuturan, perbuatan, budi bahasa si lelaki tu yang menyebabkan isteri taat dan hormat suami.
Bukan kita kena EGO TINGGI, baru isteri hormat dan taat kepada kita.
Ads
Lama-kelamaan isteri akan menyampah, meluat, bosan bila kita asyik menggunakan EGO kita untuk memenangi apa saja perbalahan, pergaduhan dan pertengkaran yang asalnya bermula akibat daripada kesilapan kita sendiri.
Mengalah Dan Minta Maaf
Percayalah, hubungan yang bahagia adalah hubungan yang harmoni, pasangan yang gembira, kedua-dua suami dan isteri tolak ego ke tepi.
Siapa salah, dia mintak maaf. Siapa yang silap, dialah yang perbetulkan. Siapa yang sedar pasangan dia buat salah dan silap, dialah yang kena bagi teguran dan nasihat. Siapa yang kena tegur dan kena nasihat, dialah yang kena berlapang dada dan terbuka dengan teguran dan nasihat tersebut.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika seseorang itu cinta dan sayang pada seseorang itu seikhlas hati, pasti dia menerima pasangannya tanpa sebarang syarat. Bagi pelakon lelaki serba boleh, Datuk Fizz Fairuz, dia tidak kisah dan menerima seadanya keadaan fizikal isteri tersayang, Datin Almy Nadia.
Tidak dinafikan, isteri kesayangannya itu menerima banyak saranan daripada orang sekeliling yang meminta supaya menurunkan berat badan namun Fizz atau nama lengkapnya Mohd. Fairuz Zainal Abidin tidak kisah dengan perubahan bentuk fizikal isterinya. Fizz tetap menyayangi dan mencintai wanita itu sepenuh hati.
“Kadang-kadang isteri tanya sama ada saya sayangkan dia atau tidak kerana bentuk badannya yang gemuk. Saya cakap biarlah.
“Kalau awak kurus, saya mengandungkan awak balik. Sebab saya menerima dirinya yang sekarang. Saya tidak kisah kerana saya suka dia begitu (gemuk),” luah Fizz.
Ujar pelakon berusia 44 tahun itu lagi, dia bersyukur kerana memiliki seorang isteri yang dianggap sempurna kerana pandai menguruskan rumah tangga serta anak-anak.
“Kalau dia kurus, saya tidak fikir isteri akan dapat jadi seorang ibu sempurna. Saya bersyukur dengan kehadiran empat orang cahaya mata dalam keluarga.
“Jadi tidak perlu fikir kalau orang bercakap buruk tentangnya,” kata Fizz.
Sebelum ini dia Fizz pernah memberi galakan kepada Almy untuk menurunkan sedikit berat badan, tetapi mestilah dengan cara yang betul dan sihat.
“Saya pernah suruh dia kuruskan badan. Saya beri galakan. Tapi cara yang bagaimana? Potong usus? Sementara nak tunggu sembuh lebih kurang dua minggu, anak-anak nanti bagaimana?
“Saya nak ambil pembantu, dia tak mahu. Semua kerja nak buat sendiri. Saya tahu isteri penat buat kerja rumah, uruskan anak-anak ke sekolah. Tapi itu yang dia mahukan,” katanya.
Untuk info, Almy atau nama lengkapnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 37, pernah menjadi mangsa kritikan netizen terutama selepas melahirkan anak dan tidak lagi bergiat aktif dalam dunia lakonan.
Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan termasuk seorang anak angkat.
Persediaan pakaian kaum Adam untuk menyambut hari raya memang cukup ringkas. Cukup sekadar sepasang baju Melayu dan kain samping untuk dipakai pada pagi lebaran. Tidak lengkap baju Melayu jika tidak dipakai bersama kain samping yang diikat pada bahagian pinggang.
Kain samping jika dipakai bersama baju Melayu teluk belanga, ia biasanya dipakai pada sebelah dalam baju. Manakala baju Melayu cekak musang, ianya dipakai di bahagian luar.
Pemakaian samping juga menggambarkan status seseorang dalam masyarakat. Kaum kerabat mengikat samping pada belah kanan, golongan bangsawan pada belah kiri manakala orang kebanyakan pada bahagian tengah.
TIP MEMILIH KAIN SAMPING YANG SESUAI:
■ Pilih kain samping yang berwarna cerah agar mudah dipadankan dengan pelbagai warna baju. Jika memilih kain songket bunga tabur jangan biarkan lebih dari dua atau tiga warna.
■ Ikatan kain samping mestilah kemas terutama sekali pada bahagian belakang. Jika anda inginkan ikatan bunga pada sampin, kekemasan ikatan sangat penting. Saiz bunga tadi janganlah terlalu besar sehingga menutup bahagian pinggang.
■ Kerawang bunga pada kain samping juga mestilah ringkas tetapi mempunyai motif tradisional. Pastikan kain songket mempunyai kepala kain agar senang dibezakan antara bahagian depan dan belakang kain.
■ Untuk mencuci kain songket, anda boleh menggunakan syampu ataupun perapi rambut. Bilas dan keringkan di dalam rumah agar warna kain songket tidak rosak kerana pancaran cahaya matahari.
Pemakaian samping juga ada aturannya. Samping yang dipakai di bawah lutut bermaksud sudah berkahwin manakala bagi orang samping dipakai di atas lutut.
Cantik pula tengok seorang suami ini makeover pintu rumah, kemas tak perlu upah orang pun. Jangan kata baik upah orang, sebab kalau anda rajin, hasilnya lagi puas hati.
Jom tengok macam mana lelaki ini mampu memberikan kesan pada dekorasi kediaman rumahnya. Lihat saja makeover mudah yang dilakukan oleh Pa’e Faeza untuk pintu stor rumahnya.
Makeover Pintu Rumah
Pintu sebelum makeover
DIY transform pintu stor sebab pintu berada di ruang tamu jadi kenalah elok.
Kayu untuk buat wainscoting beli di hardware saja. Sehari saja dah siap, yang lambat cum cat sebab beli online.
Sebelum buat tetapkan ukuran wainscotting pada pintu, buat lakaran terus supaya senang untuk lekat.
Potong kayu ikut ukuran dan lekat guna gam silicon kayu.
Siap. Nak buat makeover ni pada pintu lain dalam rumah pun boleh juga.
Nampak tak perbezaan sebelum dan selepasnya? Kemas dan cantik, bukan? Jimat poket anda kalau buat sendiri. Benda mudah, kenapa nak jadikan susah? Perlukan sedikit kerajinan sahaja.