Bahagianya bila kembali bergelar isteri. Ada orang yang boleh menemani setiap hari, berkongsi cerita dan bersama-sama menguruskan keluarga. Begitulah kehidupan Yana Yunus, penyanyi dangdut era 1990-an yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Muhammad Raj Kumar Abdul Qayyum.
Siapa sangka, empat tahun perkenalan di antara Yana dan Raj akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin. Walaupun ada ketika Yana berputus asa kerana suami berlainan agama namun bila sudah jodoh, akhirnya mereka bersatu jua.
“Boleh dikatakan Raj lulus segala ujian yang saya cuba berikan dan salah satunya adalah dia dapat memenangi hati anak-anak kerana kebaikannya.
Pernah juga dalam tempoh perkenalan itu saya putus asa kerana dia berbeza agama tapi mungkin kerana jodoh kami kuat maka kini saya menjadi isterinya yang sah. Alhamdulillah.”
Ads
Cabaran perkahwinan beza agama?
“Antara cabarannya adalah banyak gangguan yang memungkinkan hubungan kami tidak akan ke mana-mana kerana perbezaan agama terutamanya dari kawan-kawan, adik beradik.
Bahkan ibu sebelah suami juga banyak memikirkan tentang hubungan kami. Namun suami nekad dan cuba memberitahu keluarganya tentang perhubungan kami dan akhirnya mereka menerima saya.”kata Yana.
Ads
Menurut Yana lagi, keluarganya bersikap terbuka menerima Raj kerana ada dikalangan ahli keluarga mereka juga berkahwin dengan pasangan berbeza agama. Mereka sangat mengalu-alukan kehadiran ahli keluarga baharu.
Berbeza pula dengan keluarga Raj, kekangan terhadap agama pada awalnya sedikit sulit.
“Saya rasa kebanyakkan pasangan yang berkahwin dengan pasangan berlainan agama pasti akan melalui laluan yang sama seperti saya. Pada permulaannya mereka tak dapat menerima seseorang yang bukan berasal dari agama yang sama tapi setiap hari saya berdoa sekiranya memang dia lah jodoh saya maka Allah permudahkanlah. Tak sangka doa saya Allah angkat dan akhirnya majlis kami yang berlangsung berjalan dengan lancar.”
Bagaimana dengan anak-anak?
“Mereka agak kebingungan kerana mereka masih budak lagi dan belum faham sangat tapi bila kami menjelaskannya beberapa kali baru la anak-anak faham dan terima.
Kalau nak kahwin dengan pasangan berbeza agama ni, saya nasihatkan supaya jangan terlalu memaksa. Bagi pasangan kita itu pilihan supaya dia boleh memilih dan memikirkan kemana hala tuju hubungan itu.
Jadi sekiranya memang betul lah dia memilih kita untuk dijadikan suri hatinya pasti Allah akan bukakan jalan tersebut. In shaa Allah. Yang penting hati kena bersih dan ikhlas.”ujar Yana.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat pasangan yang baru kahwin, jika memiliki ruang rumah kecil, anda jangan rasa tak best pula. Sebab anda boleh bagi nampak luas jika pandai pusing perabot unuk naikkan seri rumah.
Dengan pemilihan dekorasi dan susunan perabot yang betul, anda juga boleh membuatkan ruang dalaman rumah yang kecil tampak menarik walaupun dengan pengayaan yang serba ringkas.
Ruang Rumah Kecil
Mari kita lihat bersama hasil dekorasi yang telah ditonjolkan kediaman berkeluasan 700sqft ini untuk dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada anda semua.
Pemilik kediaman telah memilih rona coklat terang dan gelap sebagai warna pilihan dekorasi ruang dalaman rumah. Di samping itu, pemilihan perabot warna hitam telah dijadikan sebagai pilihan bagi melengkapkan lagi dekorasi tersebut.
Dekorasi ruang dalaman kediaman ini kelihatan seperti berkonsepkan ala ‘Industrial Minimalist’ dan hasilnya nyata tampak sangat menarik dan kemas.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuih bakar merupakan salah satu kuih tradisional masyarakat Melayu yang menjadi kegemaran ramai. Ada juga yang ‘memanggil’ kuih ini dengan ‘panggilan’ kuih bahulu kemboja.
Sering dihidangkan di majlis-majlis rasmi, perkahwinan, kenduri-kendara dan sebagainya, kuih bakar enak dimakan ketika sarapan pagi dan minum petang.
Kuih bakar tradisional dibakar dengan dapur arang menggunakan acuan khas. Seiring dengan gaya hidup masyarakat masa kini, kuih bakar boleh dimasak dengan cepat dan mudah menggunakan air fryer.
Anda yang baru kahwin sesuai sangat masak untuk suami. Tak perlu guna oven dan rasanya pun tetap sedap macam masak guna dapur arang.
RESIPI KUIH BAKAR MENGGUNAKAN AIR FRYER
Bahan-bahan:
1 cawan air daun pandan
2 cawan santan/1kotak kecil
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna hijau
Cara memasak:
1.Kisar semua bahan tadi sehingga sebati. Masukkan dalam loyang .
2.Bancuhan ini boleh dapat dua biji kuih bakar. Bahagi bancuhan kepada dua bahagian dan bakar secara berasingan.
3.Masukkan ke dalam air fryer dan bakar dengan suhu 170 celcius selama lebih kurang 45 minit.
4. Tunggu sehingga betul-betul sejuk barulah dipotong. Enak dinikmati ketika masih panas.
Dalam rumah tangga, pasangan suami selalulah berdoa agar rumah tangga terus kekal bahagia. Doa memiliki kekuatan luar biasa dalam kehidupan. Sesuatu yang nampak tidak mungkin di mata manusia akan menjadi mungkin atas kehendak-Nya.
Saling berkasih sayang dan hormat-menghormati, itulah suami isteri. Bila dah sayang, selain menunjukkannya secara fizikal, berdoalah. Ia adalah senjata terbaik untuk mencari kebahagiaan.
DOA SEORANG SUAMI
Seorang isteri sangat memerlukan doa seorang suami dalam hidupnya. Doa yang baik-baik, doa yang indah-indah.
Pernah terfikir tak, bila isteri buat “perangai”, asyik marah-marah, asyik bad mood, asyik merajuk, asyik membebel, mungkin kerana suami terlalu kurang atau belum cukup mendoakan isteri. Suami ingin isteri jadi sabar dan lemah lembut, tetapi jarang2 sekali mendoakan isteri. Lalu bagaimana?
Percayalah doa seorang suami itu mustajab.
Doakanlah isteri jadi seorang yang “haalim” iaitu berlemah lembut dan santun, santun terhadap suami, santun terhadap anak-anak.
Bantulah isteri memperbaiki kelemahan dirinya.
Isteri adalah hawa yang dicipta dari tulang yang bengkok, meluruskannya dengan paksa, akan mematahkannya. Luruskan dengan kelembutan dan kebaikan, eloklah dia.
kredit : Aisyah Huraiyah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!