Kadang kala tutur kata yang dilafaz tanpa disangka boleh mengguris hati pasangan. Mungkin pada si isteri anggapannya hanya bercakap biasa tiada mempunyai maksud yang tersirat. Bila si suami diam seribu bahasa , barulah anda tahu kata-kata atau perbuatan tersebut membuatnya terasa hati. Lelaki juga punya perasaan dan secara tidak langsung boleh merajuk enggan bercakap atau dengan kata lain protes dengan sikap si isteri.
Tenung balik kata-kata anda duhai isteri apa yang membuat rajuk si lelaki berpanjangan. Baiki kesilapan segera agar rumah tangga kembali tenang dan bahagia.
1-“Bila nak dapat kerja?”
Dengan ekonomi sekarang, memang susah nak dapat kerja. Kalau pasangan anda salah satu mangsa dibuang kerja, bersabarlah. Apa anda patut buat: Mereka memerlukan sokongan anda. Jadi, daripada asyik tanya soalan ini, apa kata anda perhati sendiri usaha mereka.
2 – “Tinggallah! Nanti saya buat sendiri semua”
Suami mungkin tak pandai nak kemas rumah atau basuh dan susun pinggan macam yang kita nak. Tapi itu tak bermaksud mereka tak tawarkan bantuan kan? Kalau anda terus “halau” mereka macam ni, mereka akan anggap anda tak perlukan pertolongan mereka. Nanti mereka tak mahu menolong dah! Apa patut anda sebut: Biar saja dia nak tolong. Meringankan beban, kot!
3 – “Tak tahu. Ikut awak lah.”
Soalan makan dekat mana (kalau tak masak), ataupun nak makan apa, nak tengok TV berapa, nak tengok wayang apa – semua itu memang kadang-kadang memenatkan. Tak tahu nak jawab apa sebenarnya! Pilihan memang banyak, tapi kita lagi suka biar suami yang tentukan.
Tapi, mereka pun penat juga lah kalau asyik kena decide soalan-soalan ini! Sepatutnya kan keputusan bersama? Apa patut anda sebut: Cuba bincang dan ambil jawapan paling mudah dipersetujui dua-dua pihak. Senang cerita!
Ads
4 – “Saya gemuk.”
Okay, rasanya ini semua isteri akan asyik sebut pada suaminya. Mungkin sebab kita memang gemuk, atau kita sengaja nak pujian. Naik bosan suami nak jawab nanti!
5 – “Saya tak patut kahwin dengan awak dulu!”
Oh no! Bila bergaduh, memang semua benda dari mulut terlepas. Tapi, janganlah terlepas ayat ini. Ia boleh buat pergaduhan jadi lagi besar. Hati suami pun boleh terluka menganggap anda menyesal mengahwini mereka.
6 – “Tak ada apa-apa.”
Silent treatment atau asyik kata yang “tak ada apa-apa” sedangkan anda marah tentang sesuatu adalah benda yang tak sihat dalam perkahwinan. Anda ingat suami akan faham kalau tak diberitahu? Mereka takkan faham punya!
Ads
Apa anda patut buat: Jadi, lebih baik anda terbuka saja cakap apa yang tidak kena dan selesaikan masalah tersebut.
7 – “Baju apa abang pakai ni? Buruk sungguh lah!”
Kecil hati si suami kalau anda mengutuk dengan keras penampilannya. Macam kita jugalah, nak suami kutuk pilihan baju yang kita pakai? Apa patut anda sebut: Cuba bagi pilihan suruh dia tukar baju. Tak adalah direct sangat nak kata anda tak berkenan dengan baju dia nak pakai. Ataupun anda beri terus pilihan baju yang anda rasa sesuai. Tapi kalau tak mahu juga tak boleh buat apa, la ye!
8 – “Jaga anak, tapi jangan buat ini ini ini ini…”
Mengarah itu ini pada suami tentang anak-anak akan buat mereka rasa yang mereka “tak pandai” langsung jaga anak. Apa anda patut buat: Rileks… anda dan pasangan boleh belajar sama-sama cara nak jaga dan urus anak. Dan paling penting, anda perlu percaya suami anda.
Ads
Jangan asyik nak check macam mana dia jaga anak setiap masa. Insyaallah, mereka akan jaga anak dengan elok (tapi gaya seorang lelaki lah). Janji anak tak terdedah pada bahaya!
9 – “Awak tak pernah…”
Katakan yang suami anda “tak pernah” buat semua benda akan buat mereka rasa yang mereka tak berguna langsung. Apa anda patut buat: Cara paling baik jika nak cakap sesuatu benda yang suami “sudah jarang buat” adalah dengan duduk berbincang. Cakap yang dia telah lama tak berbuat perkara itu.
Sumber: The Asian Parent
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah 13 hari kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan gara-gara wabak Covid-19 yang melanda negara kita. Buat para isteri, pastinya anda semua dah pening kepala memikirkan menu apa yang mahu dimasak untuk suami tercinta.
Kali ini, kami mahu kongsikan satu lagi menu yang ringkas tapi boleh buat suami tak senang duduk. Itu pun kalau suami anda suka masakan pedas. Resipi telur mata sambal hijau yang dikongsi oleh Cheyah Saripuddin ini nampak sungguh menyelerakan.
Bahan-bahan
15-20 biji cili padi hijau (ada cili besar boleh campur, nak pedas boleh tambah)
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji telur ayam
Secubit garam
Gula sedikit saja jika suka
Foto: Cheyah Saripuddin
Cara-cara penyediaan
1. Tumbuk semua bawang merah, bawang putih dan cili sehingga lumat kasar. Tak perlu lumat sangat tak beshhhh.
Foto: Cheyah Saripuddin
2. Tumiskan dan biarkan ia sedikit garing. Boleh masukkan gula dan garam bagi secukup rasa.
Foto: Cheyah Saripuddin
3. Pecahkan telur. Masak sehingga telur masak ikut citarasa. Nak berkuah boleh tambah air tapi cheyah tak tambah. Hehe
Mahar atau mas kahwin merupakan satu pemberian yang wajib suami berikan kepada isteri kerana pernikahan. Isteri berhak mendapat mas kahwin sejurus akad nikahnya sah. Mas kahwin akan menjadi hak isteri seepenuhnya dan tidak boleh diambil oleh suami atau ahli keluarga yang lain kecuali jika isteri benarkan.
Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah. Maknanya, ia mudah untuk dipenuhi oleh bakal suami. Namun, jika bakal suami tidak mampu, adakah boleh membayar mahar kepada isteri secara ansuran atau hutang?
Boleh Dengan Persetujuan Kedua-Dua Pihak
Menurut perbahasan ulama melalui al-Fiqh al Manhaji, mereka berpendapat bahawa boleh membayar mahar kepada isteri dengan cara hutang atau apa sahaja yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Sumber: Google
“Pemberian mas kahwin tidak disyaratkan dengan segera. Ia boleh disegerakan atau ditangguhkan sebelum persetubuhan. Walau bagaimanapun, penangguhannya hendaklah berdasarkan tempoh masa yang telah dipersetujui masanya. Isteri juga berhak menahan dirinya daripada melakukan persetubuhan dengan suami sehingga mas kahwin tersebut langsai. Namun, jika ia bersetuju untuk ditangguhkan, maka isteri tidak berhak menahan diri daripada suami kerana ia adalah berdasarkan persetujuan masing-masing.”
Melalui perbincangan ini, ia menunjukkan bahawa mas kahwin adalah hak isteri yang wajib ditunaikan. Jika suami tidak mampu dan meminta dipanjangkan tempoh bayaran, ia dibolehkan dengan persetujuan masing-masing.
Bagaimana Kalau Suami Meninggal Atau Bercerai Sebelum Membayar Mas Kahwin?
Jika suami meninggal sebelum sempat melunaskan bayaran mas kahwinnya kepada isteri, maka isteri boleh menuntut daripada harta suami atau juga ahli keluarganya. Namun, jika penceraian atau kematian berlaku sebelum sempat mereka bersentuhan, si isteri berhak mendapatkan separuh daripada kadar mas kahwin tersebut.
Mafhum: “Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar mas kahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari mas kahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya, (tidak menuntutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan mas kahwin itu dengan sepenuhnya.” (Surah Al-Baqarah, 2:237)
Selalu kita rasa perempuan garang ni menakutkan dan tidak digemari oleh sesetengah orang. Gaya dan perwatakan yang nampak kasar dan tiada manisnya selalu buat orang tidak suka.
Tapi sebenarnya memiliki isteri ataupun wanita yang bersikap kasar dan garang ini ada kelebihan serta keistimewaan yang tersendiri. Jika anda memiliki wanita atau isteri yang mempunyai sikap garang, anda sepatutnya bersyukur dan rasa bertuah sebenarnya.
Mungkin dari luar mereka kelihatan garang dan menjengkelkan, tetapi jika anda betul-betul memahami pasangan anda, sudah pasti anda akan lebih menghargai mereka.
Nak tahu kenapa mereka yang garang ini lebih digemari oleh lelaki? Ini 5 sebab yang perlu anda tahu.
1. Pelindung terbaik anda dan keluarga
Masa kita masih budak-budak dulu, semestinya kita mempunyai emak yang garang. Sama juga jika kita dapat pasangan yang garang, mereka ini jenis yang sangat mengambil berat dan melindungi kita setiap masa. Jadi anda tidak perlu takut jika ada orang sekeliling yang ingin mengancam anda.
2. Penasihat terbaik pasangan
Mungkin sudah menjadi sikap kecil lelaki yang tidak akan terlepas daripada melakukan perkara yang bukan-bukan. Jadi jika anda mempunyai pasangan yang garang, sebaik-baiknya anda elakkan diri daripada melakukan perkara yang bodoh sebelum anda terkena penangan pasangan anda.
3. Lebih berdikari
Wanita yang memiliki sikap yang garang ini, jangan sesekali anda merasakan mereka seorang yang lemah. Mereka juga dapat melakukan sesuatu perkara tanpa meminta sedikitpun bantuan daripada lelaki. Mereka juga tergolong dalam orang jenis yang sangat berdikari. Sudah pasti sesebuah perhubungan itu tidak akan mendapat sebarang masalah.
4. Pandai dalam menyelesaikan masalah
Wanita yang garang juga mempunyai satu lagi kelebihan iaitu mereka lebih bijak dalam merancang sesuatu perkara. Wanita jenis ini tidak suka membazirkan masa dan kehidupan seharian lelaki lebih mudah dan teratur.
5. Lebih gemar melakukan kerja tanpa menyusahkan orang lain
Oleh itu janganlah anda sesekali mengeluh dan rasa menyesal jika memiliki pasangan yang mempunyai sikap garang. Sebaliknya anda adalah orang yang paling bertuah mempunyai pasangan hidup seperti mereka. Jadi hargailah mereka seadanya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...