Perkahwinan mungkin sebuah penjara, namun orang beriman yakin dengan memenjarakan diri dari dosa demi untuk membolehkan kehidupan yang bebas di jannah nanti. Perkahwinan mungkin sebuah syurga, dan orang bijak tahu kelalaian menjaganya akan menjadikannya sebuah neraka. Nakhodalah yang mencorakkannya, pembantu nakhoda yang setialah yang memperkukuhkannya.

IKLAN

Berkahwinlah Kerana Allah, InshaAllah Segala Dugaan Dapat Kita Hadapi Dengan Tenang

IKLAN
IKLAN

Berkahwinlah bukan kerana apa yang
kita boleh dapat dari pasangan
tetapi
berkahwinlah kerana apa yang
kita boleh bagi pada pasangan.

Dengan itu, kita
akan sentiasa mahu berusaha,
akan sentiasa berasa cukup,
akan sentiasa rela bersabar,
dan akan sentiasa redha dengan ketidaksempurnaan pada pasangan.

Kerana kita tahu,
dalam perkahwinan bukan hanya kebahagiaan di dunia yang dikejar,
tetapi ketersediaan dalam melaksanakan tanggungjawab itu
yang akan memberikan kita
kebahagiaan berterusan di akhirat kelak.

Berkahwinlah kerana Allah,
inshaAllah segala dugaan
dapat kita hadapi dengan tenang.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI