Ads

Sah Bergelar Isteri, Dea Annisa Anggun Berhijab Di Sisi Mazaki Ahmad Dalam Pernikahan Serba Putih

Khabar bahagia datang daripada pelakon Indonesia, Dea Annisa apabila dia akhirnya selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Mazaki Ahmad.

Pasangan ini disatukan dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada 9 Ogos 2026 di On Green Venue, Raffles Hills, Cibubur. Memilih untuk meraikan hari istimewa mereka secara intim, majlis tersebut dihadiri keluarga serta kenalan terdekat kedua-dua mempelai.

Dikenali sejak kecil menerusi nama Dea Imut, Dea yang kini sudah matang sebagai seorang pelakon memulakan satu lagi lembaran baharu dalam kehidupannya. Kali ini bukan di hadapan kamera, sebaliknya sebagai seorang isteri.

Pesona Pengantin Serba Putih

Untuk momen paling bermakna dalam hidupnya, Dea memilih penampilan yang cukup sederhana tetapi sarat dengan elemen elegan.

Pelakon berusia 30 tahun itu tampil manis dalam gaun pengantin putih dengan potongan bersih dan minimal, dipadankan bersama hijab rona senada. Gaya tersebut memberikan pesona tersendiri kepada Dea, tanpa memerlukan perincian berlebihan untuk menyerlahkan aura seorang pengantin.

Sah Bergelar Isteri, Dea Annisa Anggun Berhijab Di Sisi Mazaki Ahmad Dalam Pernikahan Serba Putih

Melengkapi penampilannya, solekan lembut menjadi pilihan, sekali gus mengekalkan karakter natural dan romantis yang menjadi nadi keseluruhan majlis.

Mazaki pula tampil segak dalam persalinan jas putih yang digandingkan bersama seluar hitam dan bow tie. Gabungan klasik tersebut nyata serasi dengan penampilan Dea, menjadikan pasangan ini kelihatan cukup sepadan pada hari bahagia mereka.

Ads

Garden Wedding Penuh Romantis

Bukan sahaja busana pengantin mencuri perhatian, konsep pernikahan Dea dan Mazaki turut memberikan inspirasi buat pasangan yang mengimpikan sebuah majlis intim dengan estetika timeless.

Memilih konsep garden wedding, ruang majlis diserikan dengan dominasi bunga putih serta sentuhan rona bumi dan peach yang cukup lembut. Hamparan bunga mawar dan hydrangea melatari ruang pernikahan, sementara fabrik putih yang menjuntai menjadi latar romantis untuk menyempurnakan suasana.

Keseluruhan dekorasi terasa mewah tanpa kelihatan keterlaluan. Pilihan palet warna neutral pula mencipta suasana yang tenang dan intimate, sangat bertepatan dengan konsep majlis yang hanya diraikan bersama insan terdekat.

Menariknya, Dea sebelum ini memang mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang tidak terlalu besar. Justeru, konsep intim yang dipilih pasangan ini memberikan ruang untuk mereka menikmati setiap detik penting bersama keluarga dan sahabat yang menjadi sebahagian daripada perjalanan cinta mereka.

Ads

Mahar Istimewa Diambil Daripada Tarikh Lahir Dea

Satu lagi perincian yang mencuri perhatian ialah mahar yang diberikan Mazaki kepada Dea.

Ketika prosesi ijab kabul, Mazaki menyerahkan wang tunai sebanyak Rp2,921,996 sebagai mahar. Nilai tersebut bukan dipilih secara kebetulan, sebaliknya membawa makna cukup peribadi kerana diambil daripada tarikh kelahiran Dea, 29 Februari 1996.

Sah Bergelar Isteri, Dea Annisa Anggun Berhijab Di Sisi Mazaki Ahmad Dalam Pernikahan Serba Putih

Pemilihan angka yang begitu signifikan menjadikan mahar tersebut bukan sekadar simbol dalam pernikahan, malah sebuah perincian sentimental yang pasti akan terus dikenang pasangan ini.

Ads

Usai lafaz ijab kabul disempurnakan, Dea memasuki ruang akad dengan ditemani ibu dan kakaknya sebelum bertemu lelaki yang kini sah bergelar suaminya.

Cinta Bersemi Di Lokasi Penggambaran

Seperti jalan cerita sebuah drama romantis, perkenalan Dea dan Mazaki sebenarnya bermula di lokasi penggambaran apabila kedua-duanya terlibat dalam sebuah projek filem. Daripada perkenalan sebagai rakan sekerja, hubungan itu akhirnya berkembang menjadi sebuah ikatan yang lebih serius.

Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, pasangan ini terlebih dahulu mengadakan majlis lamaran secara intim pada 24 Julai 2026 di Bekasi dengan kehadiran keluarga dan sahabat terdekat.

Sehari sebelum dinikahkan pula, Dea mengadakan majlis pengajian dan doa bersama keluarga. Dalam momen penuh emosi itu, dia turut memohon restu daripada ibunya sebelum memulakan kehidupan baharu sebagai seorang isteri.

Daripada pertemuan di lokasi penggambaran sehingga akhirnya melangkah bersama menuju pelamin, kisah Dea Annisa dan Mazaki Ahmad menjadi bukti bahawa sebuah perjalanan cinta tidak semestinya perlu diraikan dengan kemewahan luar biasa.

Kadangkala, keindahan sebuah pernikahan hadir menerusi perkara yang paling sederhana, insan tersayang di sisi, suasana yang intim dan dua hati yang sudah bersedia untuk memulakan kehidupan bersama.

Kredit foto: Instagram Dea Annisa/thepotomoto

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Debaran Berakhir Bahagia, Nurel Baharin Sah Bergelar Isteri Esmeer Mansor

Pelakon dan juara Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin, 24, membuka lembaran baharu dalam kehidupannya apabila selamat bergelar isteri kepada pilihan hati, Esmeer Mansor, dalam...