Tidak dinafikan anak pelengkap ikatan perkahwinan namun bukan semua pasangan yang berkahwin dimurahkan rezeki dengan kehadiran cahaya mata.
Jika minggu lalu kisah seorang pemuda beri kucing makan dikejutkan dengan tawaran pekerjaan, minggu ini kisah seorang wanita dikurniakan zuriat pula kerana perbuatan sama dan ia menghangatkan timeline media sosial.
Tampil berkongsi detik indah itu, wanita menggunakan Tweethandle @heerawahab atau nama sebenarnya Nurul Thahira Abd Wahab memaklumkan dia berjaya hamil selepas sebulan memelihara haiwan itu.
Saya dan suami sudah dua tahun berkahwin namun belum dikurniakan zuriat. Sebelum ini saya pernah hamil tapi keguguran.
Menurut wanita berusia 24 tahun ini, pelbagai usaha dan kaedah telah dilakukan untuk mendapatkan zuriat termasuk mencuba perubatan secara tradisional namun ia tidak berhasil.
Sebutlah apa sahaja, semuanya sudah kami lakukan. Saya ada berjumpa doktor ambil ubat kuatkan rahim, malah berurut pun kami buat sehingga terpaksa berulang-alik dari Pulau Pinang ke Kedah, namun tak berjaya.
Saya dan suami juga cuba ubah cara kehidupan. Kami berhenti ambil minuman berkafein, makan makanan yang sihat, makan vitamin, tapi semua seperti tidak menjadi.
“SETIAP KALI BERI MAKAN PADA KUCING, SUAMI AKAN CAKAP DENGAN KUCING MINTA DOAKAN SUPAYA KAMI JUGA DIKURNIAKAN ZURIAT. MEMANG ITULAH SATU-SATUNYA PERKARA DIA AKAN KATA PADA KUCING”
Benarlah kata orang, kalau bela kucing rezeki semakin bertambah dan ia memang terbukti. Thahira atau lebih mesra disapa Herra yang kini sudah 11 minggu hamil memberitahu suaminya, Mohd Shidee Jahli, 31, seorang yang penyayang dan sangat sukakan kucing.
Setiap kali ke kedai makan, dia mesti akan order ikan untuk diberi pada kucing. Even dalam bakul motor, kereta dia akan ada bekalan makanan untuk diberi pada kucing.
Setiap kali beri makan pada kucing, suami akan cakap dengan kucing minta doakan supaya kami juga dikurniakan zuriat. Memang itulah satu-satunya perkara dia akan kata pada kucing.
Ads
Menurut anak jati Pokok Sena, Kedah ini lagi, beberapa individu lain turut tampil berkongsi nasib sama dengannya.
Selepas share pengalaman itu ramai pula yang tampil berkongsi masalah. Ada yang sudah 11 tahun kahwin tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.
Heera mendedahkan dia pernah mengalami kemurungan gara-gara terlalu inginkan zuriat sehingga terpaksa menjalani beberapa sesi terapi.
Rakan-rakan yang berkahwin masing-masing dah ada anak dan besar. Kita dekat sini terasa apabila orang tanya bila nak ada anak, tak teringin ke nak ada anak.
Saya asyik menangis sehingga tak lalu makan. Sampai satu tahap saya berasa amat tertekan dan berputus asa. Kalau berjalan ke mall dan lalu depan kedai babysaya akan rasa terlampau sedih. Dah macam tak betul. Sehingga saya tidak mahu berjumpa dengan sesiapa dan memilih untuk menjauhkan diri.
Heera bagaimanapun menasihati wanita khusunya mereka yang belum dikurniakan zuriat untuk tidak tertekan dan berputus asa dan sentiasa percaya akan dikurniakan ganjaran jika berbakti sesama makhluk tuhan.
Saya tak sangka akhirnya saya mengandung kerana sebelum ini setiap kali lewat datang bulan saya teruja buat ujian kehamilan namun keputusannya selalu menghampakan.
Ads
Tapi kali ini suami perasan kelakuan saya berbeza. Saya sering mengadu ubat gigi tak sedap, dah expired ke?
Kemudian dia suruh saya buat ujian kehamilan dan betul saya mengandung. Saya buat ujian itu sehingga lima kali sebab saya betul-betul tak sangka. Yang penting kita usaha, selebihnya berserah kepada Allah.
Perkongsian kisah itu mendapat respons positif daripada orang ramai yang berpendapat ia merupakan ganjaran Allah kerana berbuat baik terhadap haiwan terutamanya kucing, haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW.
Ads
Sumber: mStar
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular kes perceraian pengarah, Syamsul Yusof dan Ira Kazar membuatkan penyanyi Datuk Nora Ariffin menasihati orang ramai agar tidak bersorak gembira atas kesengsaraan orang.
Kata Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 51, masa depan semua insan adalah kehendak Ilahi dan tidak perlu masing-masing seronok melihat keretakan rumah tangga pasangan lain.
Pesan Datuk Nora Ariffin
“Jangan kita terlalu seronok, bertepuk tangan melihat orang bercerai-berai sebab kita pun tak tahu hal sebenar.
“Kita pun tak tahu perancangan Allah SWT dan nasib kita di kemudian hari,” katanya menerusi hantaran InstaStory.
Tanpa menyebut mana-mana nama, hantaran pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu dipercayai dibuat berikutan kes perceraian Syamsul dan Ira semalam walaupun baru mendirikan rumah tangga setahun lebih.
Bila Berpisah, Pasti Ada Alasan
Tiada persefahaman menjadi alasan sutradara berusia 40 tahun itu untuk memilih perceraian, berita tersebut disambut dengan tanda tanya termasuk bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam.
Pasangan terbabit bernikah di Selatan Thailand pada 6 Januari tahun lalu yang kemudian disahkan Syamsul sendiri menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram.
Sebelum ini, Nora juga diuji kemelut diceraikan bekas suami, Dr. Rushdi Ramli menerusi rakaman video.
Sertai Malaysia #QuranHour 2024 30 Ogos Ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Akhiri status duda, pelakon Hafidz Rohsdi sah bergelar suami kepada wanita pilihannya Athira Yuhada.
Majlis pernikahan Hafidz atau nama lengkapnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29, dengan pasangan berlangsung di Glasshouse Event Space Glenmarie, Shah Alam.
Hafidz Rohsdi Tamatkan Status Duda
Berita ini dimaklumkan sendiri aktor tersebut menerusi Instagramnya dengan kapsyen: “Alhamdulillah” berserta tanda pagar HafidzAthira.
Dengan sekali lafaz, pelakon drama Bisik-Bisik Gelora itu akhirnya memperisterikan Athira yang sebelum ini didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangganya dengan bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Selepas selesai akad, tetamu dilihat bersorak beramai-ramai menunjukkan keterujaan atas pernikahan merpati dua sejoli itu.
Wang Mas Kahwin
Dalam majlis bertemakan serba putih tersebut, Hafidz menyerahkan RM300 kepada pengantin perempuan sebagai mas kahwin.
Sebelum ini, tular kad undangan perkahwinan antara Hafidz dan Athira tanpa mendedahkan butiran lanjut selain memaklumkan tarikh majlis.
Ketika gosip mengenai hubungan mereka, pada Julai lalu Hafidz menegaskan antaranya dengan wanita terbabit sekadar kawan, selain menegaskan mereka tidak mungkin berkahwin dalam masa terdekat.
Bahkan, wanita berkenaan juga pernah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kekhilafannya rapat dengan Hafidz pada Februari lalu iaitu sebaik Nurul Shuhada mendedahkan keintiman mereka.
Pelakon drama Tundukkan Playboy Itu itu mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun mereka bercerai talak satu pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah yang meraih tumpuan ramai.
Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.
Kalau jumpa seseorang, Fazura tak tolak jodoh. Begitulah kata-kata daripada pelakon dan penyanyi ini selepas berpisah dengan Fattah Amin.
Ramai yang suka melihat perkembangan pelakon ini baru-baru ini, nampak semakin ceria dan positif dalam video yang dikongsi.
Fazura Tak Tolak Jodoh
Menerusi video yang dikongsikan, memaparkan Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin sedang membuat tutorial tudung ketika sedang bersiaran langsung di TikTok.
Tiba-tiba seorang individu yang merupakan pekerja Fazura membaca komen daripada netizen yang memuji aktres itu nampak lawa dan berseri seperti ingin bernikah.
Minta Doakan Baik-baik
Sejurus mendengar pujian tersebut, bekas isteri kepada pelakon Fattah Amin ini bersahaja meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Ujar Fazura lagi, bagaimanapun dia ketika ini ingin memberi sepenuh perhatian kepada anak perempuannya, Fatima dan kerja. Namun, tidak menolak sekiranya ditakdirkan Allah SWT untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.
Doakan saya dan walaupun saya dah single tapi saya fokus kepada Fatima dan kerjaya. Tapi mudah-mudahan jika ditakdirkan ada jodoh lagi, semoga yang baik-baik dan terbaik buat saya dan Fatima. Doakan okay.
Pada 13 Disember lalu, Fazura mengumumkan telah selesai menjalani tempoh idah selepas sah bercerai dengan bekas suami, Fattah Amin pada 7 Oktober 2024.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.
Sumber: TikTok
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!