Bila dah kahwin, auto kita akan berkongsi segala hal dengan si dia. Baik dari sudut bab kerah tenaga menjaga anak-anak mahu pun topup duit waktu-waktu ‘kecemasan’. Itu pun kalau si dia ada duit dan ikhlas nak bantu.
Namun yang menjadi masalah, ramai pasangan suami isteri hari ini yang mengeluh dan mula meluah masalah rumah tangga di laman media sosial.
Bila Dah Kahwin
Ada yang kata penat uruskan anak sendirian. Dan ada yang merungut dek kerana asyik kena hulur duit sebab tak cukup.
Sepatutnya hal ini menjadi lebih harmoni apabila anda boleh toleransi dan masing-masing ambil peduli tanggung jawab. Nak lebih dekat, jemput baca perkongsian saudara Hafidzi Mohd Noor berkenaan isu rumah tangga.
Dah namanya berpasangan sudah tentulah ada perkongsian. Ya, akan ada anak bersama yang patut dididik.
Bukan sahaja anak-anak itu hasil perkongsian hidup bahkan hendak membesar, mendidik, menyekolahkan sehingga anak-anak berumah tangga kelak berhajat pada perkongsian suami-isteri aka ayah-ibu.
PERKONGSIAN apa?
Ads
PERKONGSIAN ini bermula dari saat kedua pasangan di ijab kabul sehingga akhir hayat. Dari soal pendapatan sehinggalah mengurus rumahtangga dan membesarkan anak-anak. Bahkan ada yang menyandarkan perbalahan itu pada tanggungjawab suami dan isteri dari sudut syariat. Masing-masing berkeras menyediakan nafkah (perbelanjaan) adalah tanggungjawab suami sepenuhnya.
Di pihak suami pula berkeras mengurus rumah, menyediakan makanan, melayan anak-anak dan segala mak nenek urusan rumah tangga adalah tanggungjawab isteri sepenuhnya. Malah ada pula isteri yang berhujah dari kuliah dhuha yang dia join, isteri melayan kehendak batin suami, memasak dan membasuh bagai tu kerja suami; ditambah dengan contoh dari Nabi SAW lagi ‘Nabi pun jahit baju baginda sendiri’.
Bukanlah kita pertikai di sana ada hak dan tanggungjawab yang digariskan oleh syarak menurut hukum feqah. Namun di sana juga ada perbahasan-berbahasan semasa yang mengambil kira tuntutan kehidupan sezaman. Betul, tanggung jawab suami menyediakan nafkah (sara hidup) dan hubungan kelamin itu adalah ketetapan hukum munakahat yang tidak berubah.
Namun dengan tuntutan ekonomi yang serba kompleks ini tasawur PERKONGSIAN ‘will come into play’ BERSEMBANGlah dalam suasana penuh kasih sayang bagaimana untuk menguruskan kewangan rumah tangga demi kebahagiaan keluarga. Jangan ingat isteri yang tidak bekerja tidak perlu dibawa BERSEMBANG.
Ads
Ambil Peduli Hal Kewangan
Hujung bulan kita pun hulur RM600 pada isteri dan kata ‘pandai-pandailah you buat belanja’. Tengah bulan isteri pun minta duit lagi ‘abang boleh bagi duit belanja, saya nak ke pasar hari ni’.
Kita pun yang tidak pernah ke pasar dan tak pernah nak ambil tahu harga barang-barang dapur.
BERKONGSI sumber dari isteri bekerja sama sekali tidak akan mengurangkan gensi sang suami. Allah Ta’ala tahu si suami berusaha sehabis baik untuk membahagiakan isteri dan melengkapkan keperluan isteri.
Bantulah Pasangan Seikhlas Hati
Ads
Isteri pula apa sahaja yang dibelanjakan untuk membantu suami mencukupkan keperluan rumah tangga akan dihitung sedekah kepada suaminya. Dan apakah sedekah yang lebih baik dari suami kepada keluarga dan dari isteri kepada suami.
Bersembang suami isteri ini adalah memenuhi tuntutan syura dalam rumah tangga. Dalam syura ada keberkatan dan akan mengelak dari salah faham serta andaian tidak munasabah.
Bukanlah keluar kenyataan bodoh:
“Eh! Dulu arwah abah saya bagi duit belanja pada arwah emak banyak tu cukup aje?” Ini soalan bodoh ke atau membodohkan diri sendiri?
Kadang-kadang kita ingat bila isteri bekerja, persoalan perbelanjaan rumah tangga ini jadi kurang mendesak, rupanya makin serabut. Seolah-olah suami dan isteri berkeras mengawal pendapatan masing-masing. “Saya dan bayar bil letrik, air, IndahWater. Awak kena bayar WIFI, Cookoo. Ini cukai taksiran dan quit rent ni siapa nak bayar?”
Dah berbalah kat situ. Puncanya tidak BERSEMBANG. Ini belum soal mengurus anak-anak lagi. Tuan-puan lebih maklum dari realiti kehidupan hari ini.
Agaknya macam mana untuk mengekalkan semangat PERKONGSIAN ini agar berlaku dalam apa jua keadaan.
Kuncinya adalah BELAS EHSAN.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat semua yang baru sahaja bergelar suami/isteri tahniag di ucapkan. Kehidupan anda pasti akan berbeza daripada yang sebelumnya. Sudah menjadi trend apabila pasangan yang baru sahaja berkahwin, mereka di nasihatkan untuk meluangkan masa bersama ke tempat yang lebih romantik untuk ber‘honeymoon’.
Namun, ada juga sesetangah pasangan yang mempunyai sedikit masalah kewangan oleh kerana duit yang dikumpul banyak berhabis kepada majlis resepsi.
Bagi anda yang sedang mengalami masalah kewangan tetapi masih inginkan honeymoon untuk anda dan pasangan dengan mencari tempat dan bajet yang rendah. Anda tidak perlu risau dan bersusah payah untuk menghabiskan bulan madu anda untuk ke luar negara semata-mata melihat pasangan lain.
Untuk maklumat anda, Malaysia juga mempunyai banyak tempat menarik dan sesuai untuk berbulan madu. Anda hanya perlu pilih sahaja yang mana satu dan tentunya ia tidak memerlukan passport! Dari situ anda sudah jimat dari segi kewangan anda. Jom kita lihat antara tempat menarik di Malaysia yang anda boleh berbulan madu. Confirm puas hati.
1. Pulau Mabul, Sabah
Ia adalah pulau kecil di pesisiran pantai timur Sabah di Malaysia. Pulau ini telah menjadi kampung nelayan sejak 1970-an. Pada tahun 1990-an, ia mula menjadi popular kepada penyelam kerana berdekatannya dengan pulau Sipadan. Terletak 15 km dari Sipadan, permukaan tanah seluas 20 hektar 2-3 meter di atas paras laut, kebanyakannya terletak di dasar rata dan pemandangan udara berbentuk bujur. Sekelilingnya adalah pantai berpasir, bertengger di sudut barat laut terumbu dua kilometer persegi yang lebih besar. Anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini seperti, diving,snorkeling, melihat terbit dan tenggelamannya matahari, dan banyak lagi.
2. Avani Goldcoast Resort, Sepang
Di vila di atas air anda boleh nikmati gabungan sempurna kebahagiaan pantai dan akses mudah ke semua tempat dan kedai. Banyak kemudahan di sediakan seperti berbasikal, aktiviti pantai, dan banyak lgo. Lokasinya jugak strategik dan dekat hanya 40-minit memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
3. Pulau Langkawi
Langkawi, secara rasmi dikenali sebagai Langkawi, iaitu Jewel of Kedah (Melayu: Langkawi Permata Kedah), adalah sebuah daerah dan kepulauan 99 pulau (+ 5 pulau kecil yang kelihatan hanya pada air pasang) di Laut Andaman kira-kira 30 km dari pantai utama Malaysia barat laut. Pulau-pulau ini adalah sebahagian daripada negeri Kedah, yang bersempadan dengan sempadan Thailand.
4. Cameron Highlands, Pahang
Cameron highlands merupakan salah satu tempat yang menarik untuk berbulan madu. Sesuai untuk anda yang suka kan cuaca sejuk dan kehijauan alam.
5. Bentong, Pahang
Terletak di tengah persekitaran hijau yang subur di Janda Baik, Pahang, Embun Luxury Villas adalah destinasi percutian eksklusif yang kurang dari 1 jam dari kesibukan kota Kuala Lumpur. Direka untuk percutian yang sempurna, ia menawarkan pelbagai aktiviti pemandangan yang indah.
6. The Shorea, Negeri Sembilan
Hotel yang diperbuat dengan kayu kitar semula, batu semula jadi dan jubin yang ditebang telah ditetapkan di hutan hujan 17 km dari Toi Waterfall dan 7 km dari Jelita Ostrich Farm. Lapangan Terbang Kuala Lumpur terletak sejauh 58 km.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ingat pesan mudah ini kalau nak bahagia, jangan tunggu duit banyak baru rasa nak belanja isteri dan anak-anak. Konsep rezeki, lagi banyak kita berkongsi dengan orang tersayang, lagi banyak lah akan masuk.
Begitulah sepatutnya. Jika gaji kecil, plan dengan cara paling sederhana. Ikut kemampuan, nak tunggu kaya duit kepok-kepok memang entah bila lah ya. Bak kata saudara Firdaus Shakirin, bahagiakan orang rumah kita ikut poket kita. Jangan tiru orang!
Jangan Tunggu Duit Banyak
“Kalau tunggu ada banyak duit baru boleh seronok, maka susahlah. Ada sikit, kita seronok lah cara sikit. Nak kumpul bagi banyak pun, tapi asyik tertekan, stress, moody, bergaduh dan masam muka. Akhirnya jadi tak seronok juga,” katanya.
Tambahnya lagi, setiap orang di dalam rumah merasai penat yang berbeza-beza. Sekiranya tunggu ada duit, baru nak keluar maka orang dalam rumah boleh stes dan burn out kerana terlalu lambat.
“Si suami pergi balik kerja hari-hari, si isteri uruskan hal rumah, anak pula belajar hari-hari. Mental dan emosi setiap penghuni rumah berlainan mengikut apa yang dilalui. Tapi kalau kena tunggu ada duit baru boleh ambik suasana baru, maka masing-masing akan stres,” jelasnya lagi.
Wang Akan Tetap Habis
Dia turut menyatakan bahawa duit tetap akan habis sekiranya digunakan dengan cara tersebut atau tidak. Nasihat juga diberikan agar berbelanja mengikut jumlah wang yang ada.
“Duit sedikit, kita belanja cara sedikit. Duit banyak, kita belanja cara banyak. Sesuaikan sahaja apa aktiviti yang boleh dibuat,” ulasnya.
Sekecil-kecil perbelanjaan, cukup untuk masing-masing hilangkan tekanan, reset dan refresh badan. Isi minyak kereta, jalan, letak tikar, bawa lauk dari rumah dan makan tepi laut.
Balik pasti semuanya akan gembira walau sekecil-kecil momen.
Tidak lama lagi, kita akan menyambut bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan kasih sayang. Ternyata Ramadan kali ini cukup berbeza dan tidak sama seperti tahun-tahun yang lalu apabila tidak semua berpeluang untuk pulang ke kampung menyambut bersama keluarga.
Jika tahun lalu kita boleh berjemaah menunaikan solat terawih di masjid, suasana itu tidak akan kita rasai pada tahun ini. Begitu juga dengan bazar Ramadan. Semuanya terpaksa dibatalkan kerana wabak Covid-19 yang melanda negara kita. Aduh, terasa sungguh sayu sekali Ramadan tahun ini.
Walau apa pun, hidup perlu diteruskan dan kita perlu berpuasa seperti biasa. Jalanilah Ramadan tahun ini dengan penuh ketenangan dan kesabaran. Berdoalah agar wabak ini segera pergi dan kita boleh pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga tercinta.
Menurut Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan menerusi artikel di mStar, ini antara persiapan yang boleh kita lakukan untuk menghadapi bulan Ramadan pada musim Covid-19.
1. Ikhlaskan Niat Kerana Allah
Pasanglah niat di dalam hati untuk menggunakan waktu di bulan mulia ini untuk beribadah dengan membaca Al-Quran, qiamullail, berzikir, berdoa dan apa sahaja amalan yang mendekatkan diri dengan Allah.
2. Buat Jadual
Sediakan jadual untuk kita melakukan aktiviti-aktiviti yang mendekatkan diri dengan Allah. Jika tidak, kita akan leka dengan telefon pintar atau televisyen. Maklumlah, banyak cerita menarik yang disajikan di televisyen hingga kita lupa tujuan sebenar kita berpuasa.
3. Wujudkan Suasana Ramadan Di Rumah
Inilah masa untuk kita berkumpul bersama ahli keluarga untuk melakukan ibadah bersama-sama seperti solat berjemaah, tadarus Al-Quran, berzikir dan banyak lagi. Jika anda berjauhan dengan keluarga, lakukanlah amalan ini bersama rakan-rakan atau orang yang ada berhampiran anda. Ingat, jangan keluar rumah! Semua aktiviti perlu dilakukan di dalam rumah.
4. Hayati Kisah Nabi & Para Sahabat Dalam Menghadapi Ramadan
Kisah para Nabi dan sahabat telah direkodkan di dalam Al-Quran dan banyak memberi ibrah di dalam kehidupan. Jika ada masa terluang, suami bolehlah menyelitkan perkongsian tersebut kepada isteri dan anak-anak untuk dijadikan teladan. Semoga kisah tersebut dapat memberi pengajaran kepada mereka tentang erti kesabaran dan kesyukuran.