Ingat pesan mudah ini kalau nak bahagia, jangan tunggu duit banyak baru rasa nak belanja isteri dan anak-anak. Konsep rezeki, lagi banyak kita berkongsi dengan orang tersayang, lagi banyak lah akan masuk.
Begitulah sepatutnya. Jika gaji kecil, plan dengan cara paling sederhana. Ikut kemampuan, nak tunggu kaya duit kepok-kepok memang entah bila lah ya. Bak kata saudara Firdaus Shakirin, bahagiakan orang rumah kita ikut poket kita. Jangan tiru orang!
Jangan Tunggu Duit Banyak
“Kalau tunggu ada banyak duit baru boleh seronok, maka susahlah. Ada sikit, kita seronok lah cara sikit. Nak kumpul bagi banyak pun, tapi asyik tertekan, stress, moody, bergaduh dan masam muka. Akhirnya jadi tak seronok juga,” katanya.
Ads
Tambahnya lagi, setiap orang di dalam rumah merasai penat yang berbeza-beza. Sekiranya tunggu ada duit, baru nak keluar maka orang dalam rumah boleh stes dan burn out kerana terlalu lambat.
“Si suami pergi balik kerja hari-hari, si isteri uruskan hal rumah, anak pula belajar hari-hari. Mental dan emosi setiap penghuni rumah berlainan mengikut apa yang dilalui. Tapi kalau kena tunggu ada duit baru boleh ambik suasana baru, maka masing-masing akan stres,” jelasnya lagi.
Wang Akan Tetap Habis
Ads
Dia turut menyatakan bahawa duit tetap akan habis sekiranya digunakan dengan cara tersebut atau tidak. Nasihat juga diberikan agar berbelanja mengikut jumlah wang yang ada.
“Duit sedikit, kita belanja cara sedikit. Duit banyak, kita belanja cara banyak. Sesuaikan sahaja apa aktiviti yang boleh dibuat,” ulasnya.
Sekecil-kecil perbelanjaan, cukup untuk masing-masing hilangkan tekanan, reset dan refresh badan. Isi minyak kereta, jalan, letak tikar, bawa lauk dari rumah dan makan tepi laut.
Balik pasti semuanya akan gembira walau sekecil-kecil momen.
Apabila bercerita mengenai wanita yang melamar lelaki, janganlah disalahkan perubahan dunia, kepesatan teknologi mahupun kemajuan ekonomi kerana tidak ada satu pun diantaranya yang ada kena mengena.
Kalau bercakap mengenai ini, kita akan segera mengambil contoh Saidatina Khadijah R.A. yang melamar Rasulullah S.A.W. untuk dijadikan suaminya. Tetapi umum mengetahui Saidatina Khadijah R.A. menggunakan perantaraan dan tidaklah meluahkan hasrat hatinya sendiri secara terus terang kepada Rasulullah.
Setiap apa yang kita lakukan, ada adabnya. Waima apabila kita bertemu orang yang kita benci pun, ada adabnya agar tidak mengguris hati sesama manusia. Apatah lagi apabila hendak melamar seseorang. Ikutlah adab yang betul kerana kemanisan dan kesopanan seorang wanita Muslimah terserlah kerana adab yang dibawanya.
Melamar lelaki sebenarnya adalah perkara yang agak berat untuk dilakukan bagi seseorang yang bergelar perempuan, namun dalam Islam ianya tetap dibenarkan asalkan menjaga maruah dan kehormatan wanita tersebut. Kami membahagikan cara melamar lelaki untuk perempuan kepada dua bahagian. Pertama ialah secara terus terang kepada lelaki berkenaan dan keduanya ialah melalui orang tengah atau perantaraan.
Menyampaikan lamaran secara ‘direct’ sebenarnya memerlukan keberanian yang tinggi. Jika anda tidak berani untuk menanggung risiko ditolak, maka saya tidak menyarankan anda menggunakan kaedah ini. ‘Direct’ bukanlah bermaksud anda mesti berhadapan atau berjumpa dengan calon lelaki tersebut. Boleh jadi anda hanya menyampaikan hasrat anda melalui email, sms, media sosial dan juga menerusi perbualan telefon.
Jika anda seorang yang mampu menerima risiko dan berani, silakan guna cara ini. Tidak ada kesalahan pun melakukannya. Bahkan melamar lelaki soleh dan yang kita yakini baik akhlaknya adalah merupakan perbuatan terpuji kerana menginginkan suami yang soleh bagi membimbing dirinya ke syurga.
Wakil perantara sebenarnya boleh sahaja terdiri daripada kalangan ahli keluarga kita sama ada ibu dan bapa, saudara atau sesiapa sahaja yang kita percaya kepadanya. Mungkin juga anda boleh memilih teman atau sahabat rapat yang amanah dan boleh menjaga rahsia. Tugas perantara ini adalah untuk menyampaikan hasrat anda untuk berkahwin dengan lelaki berkenaan.
Kaedah ini adalah lebih baik dan ia sebenarnya lebih menjaga maruah wanita terbabit sekiranya lamaran mereka ditolak. Jika seseorang wanita sudah bertemu dengan calon pilihan hati dan berkenan dengan seseorang lelaki yang baik pada pandangan mereka namun hanya memendam perasaan, saya sarankan untuk menggunakan kaedah orang tengah ini.
Cara ini adalah untuk anda yang sudah lama kenal tetapi masing-masing malu nak cakap. Guna bahasa kiasan seperti,’saya rasa sekarang dah cukup bersedia, tak sabar nak ada keluarga sendiri’. Mungkin jawapan dia akan positif.
Sumber : Baitulmuslim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal JAMA Dermatology, para penyelidik daripada Northwestern University Feinberg School of Medicine mendapati bahawa walaupun 93% dari mereka yang hadir ke klinik pernah membeli sunscreen atau pelindung matahari, kebanyakan daripada mereka kurang memahami istilah yang digunakan pada label produk. Kurang daripada separuh peserta didapati boleh mengenal pasti istilah yang digunakan. UVA, UVB, SPF, broad spectrum, PA, semuanya mungkin mengelirukan pengguna. Adakah anda juga keliru? Jangan bimbang, kerana artikel ini akan menerangkan semua istilah yang biasa digunakan pada produk penting ini.
Kebanyakkan jenama produk sunscreen hari ini sebenarnya merupakan campuran sunscreen dan sunblock. Perkataan ini juga sering digunakan secara silih berganti. Sunscreen atau sunblock membantu melindungi anda dari sinaran ultraviolet berbahaya matahari dengan cara yang berbeza:
Terdapat pelbagai jenis sinaran daripada cahaya matahari. Sinaran yang paling merosakkan kulit dipanggil sinaran ultraviolet (UV). UVB dan UVA adalah dua jenis sinaran ultraviolet yang sampai ke permukaan bumi.
Sinaran UVB bertanggungjawab menghasilkan selaran matahari (sunburn). Cara mudah untuk mengingatinya ialah UVB menyebabkan burning (terbakar). Sinaran UVB juga memainkan peranan paling besar dalam menyebabkan kanser kulit.
Sinaran UVA menembusi lebih jauh ke dalam kulit dan memainkan peranan yang lebih besar dalam penuaan kulit termasuk pembentukan kedut muka. Oleh itu, ingatlah UVA menyebabkan aging (penuaan). UVA juga memainkan peranan dalam pembentukan kanser kulit. Terdapat kira-kira 500 kali ganda sinaran UVA dalam cahaya matahari berbanding sinaran UVB. UVA ada pada setiap hari, sewaktu terik mahupun mendung disebabkan keupayaannya menembusi tingkap dan awan.
SPF bermaksud faktor perlindungan matahari (Sun Protecting Factor). Ia mengukur keupayaan pelindung matahari menapis sinaran UVB. SPF 30 bermaksud bahawa secara teknikal, anda boleh keluar di bawah sinaran matahari 30 kali lebih lama sebelum anda terbakar berbanding jika anda keluar tanpa pelindung matahari, selagi mana anda menyapu pelindung matahari dengan secukupnya.
SPF 30 bukanlah bererti keberkesanan dua kali ganda daripada SPF 15. Sebaliknya, keberkesanan penapisan sinaran UVB adalah seperti berikut:
Oleh itu, perbezaan antara SPF 30 dan SPF 50 hanya penambahan keberkesanan penapisan 1%. Sekiranya pelindung matahari disapu semula setiap dua jam dan gunakan dalam jumlah yang betul, pelindung matahari SPF 30 sudah cukup untuk orang dewasa biasa.
Oleh kerana SPF hanya mengukur perlindungan terhadap sinaran UVB, pelindungan daripada UVA ditunjukkan dengan perkataan ‘broad spectrum‘ atau spektrum luas. Kebanyakan bahan aktif pelindung matahari melindungi daripada UVB, tetapi sangat sedikit yang mempunyai pelindungan UVA, dan hanya sedikit menawarkan kedua-duanya. Pelindung matahari yang menggabungkan kedua-dua pelindung matahari fizikal dan kimia biasanya mempunyai ciri spektrum luas.
Pelindung matahari keluaran Amerika Syarikat yang melindungi daripada sinaran UVA dan UVB dilabel sebagai spektrum luas. Namun terdapat beberapa kritikan daripada aktivis pengguna bahawa piawaian yang digunakan sangat lemah. Iaitu asalkan pelindung matahari tersebut memberikan perlindungan daripada sinaran UVA, walaupun perlindungan itu sangat rendah.
Oleh itu, di negara-negara lain, label untuk perlindungan UVA mungkin tidak sama. Ujian dan label lain digunakan berbeza dengan label SPF yang sama di seluruh dunia. Banyak pelindung matahari daripada Eropah dan Asia menunjukkan tahap perlindungan UVA yang lebih spesifik antaranya pada label:
Disebabkan sinaran UVA sentiasa ada dan boleh memberi kesan penuaan serta kanser kulit, perlindung matahari perlu dipakai setiap hari, termasuklah pada hari mendung dan redup. Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat.
Tidak seperti drama semua kelihatan manis, fasa perkahwinan ini ada banyak peringkat dan buat pengantin baru anda kena bersedia dan lalui dengan tenang.
Nak tahu selebihnya, jemput baca perkongsian saudara Taufiq Razif dan ini nasihat serius buat pengantin baru. Jemput baca dan lalui dengan tenang.
1. Berkahwin ini ada 3 fasa iaitu:
– fasa berbulan madu
– fasa Power Struggle
– fasa Acceptance
2. Ketika fasa bulan madu ni pasangan kita kentut pun kita boleh cakap ” Eh sape sembur perfum ni? Sedapnya lahai.”
3. Ketika fasa bulan madu semuanya akan jadi sangat indah. Keburukan pasangan kita umpama angin lalu sahaja.
4. Ketika sudah masuk fasa Power Struggle ketika itu kekurangan suami dan isteri perlahan lahan mula terbuka dan keduanya ada standard dan gaya hidup yang berbeza.
5. Ketika fasa Power Struggle itu mungkin cara kita susun atur perabot pun berbeza, cara kita kemas bilik pun berbeza dengan pasangan kita hatta cara picit ubat gigi pun boleh jadi isu jika tak ditangani perbezaan itu dengan segera!
6. Perbezaan kita dengan pasangan kita boleh jadi kerana :
– cara didikan yang berbeza
– cara parenting yang berbeza
– persekitaran yang berbeza
– prinsip hidup yang berbeza
7. Ujian datang melalui titik terlemah diri kita. Ujian paling dasyat bagi seorang suami adalah wanita dan ketika si suami mempunyai segala gala manakala ujian paling dasyat seorang isteri adalah ketika si suami belum punya apa apa.
8. Walaupun bahtera perkahwinan tersebut melalui karang yang berbatu, lautan ribut yang bergelora dan angin kencang yang mengganas dan menggila akan sampai masanya ianya akan memasuki fasa stabil dan harmoni iaitu fasa Acceptance.
9. Ketika itu kita sudah boleh menerima kelemahan juga kekurangan pasangan. Kita akan anggap kelemahan dan kekurangan adalah ciri unik pasangan kita yang membuatkan dia istimewa di mata kita.
10. Ketika itu tiada lagi SAYA. Yang ada hanyalah KITA kerana kelemahan dan kekurangan pasangan adalah kelemahan diri kita dan kelebihan dan kekuatan pasangan adalah kelebihan dan kekuatan diri kita.
Bukan sukar cuma kena ada ilmu dan bersedia. Jadi, berusahalah untuk capai kebahagiaan sampai hujung nyawa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan juara Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin, 24, membuka lembaran baharu dalam kehidupannya apabila selamat bergelar isteri kepada pilihan hati, Esmeer Mansor, dalam...