Berpantang selepas bersalin caesar tidak mudah untuk seorang wanita, suami harus telliti dan prihatin bila isteri bersalin cara ini. Ada yang berpantang 44 hari, ada yang berpantang sampai 100 hari. Ini semua bergantung kepada kesesuaian keadaan, kesihatan, dan budaya anda. Menurut BabyCenter, pembedahan Caesarean dikategorikan sebagai pembedahan major. Maka, ada beberapa perkara penting yang perlu anda elakkan, terutamanya bagi penjagaan pantang bersalin pembedahan. Ini kerana, otot dalaman dan luka anda memerlukan rehat supaya cepat sembuh dan anda dapat kembali menguruskan kehidupan harian dengan lebih efisyen.
7 PANTANG BERSALIN CAESAR YANG PERLU DITITIKBERATKAN
1. BERGERAK AKTIF
Elakkan melakukan sebarang kerja-kerja rumah yang sukar, turun naik tangga, ataupun mengangkat barang yang lebih berat daripada bayi anda. Selain itu, pergerakan biasa seperti menoleh dan memusing mungkin menyebabkan kesakitan dan perlu dilakukan secara berhati-hati.
2. BATUK
Jaga pemakanan dan jauhkan sebarang jenis makanan berminyak atau pedas mahupun minuman seperti air sejuk dalam kuantiti banyak kerana ia boleh menyebabkan batuk. Memang seksa bila dah kena!
Ads
Sekiranya anda ingin terbersin, ketawa atau terbatuk, letakkan sebiji bantal merentangi perut dan tekan perlahan-lahan untuk ‘menahan’ pergerakan perut. Selepas 1 minggu, anda juga boleh memakai bengkung atau ‘binder’ daripada kapas yang dapat menyokong perut serta postur anda.
3. BERENDAM DALAM AIR PANAS
Elakkan tab air panas atau kolam renang sepanjang waktu berpantang. Tapi, anda digalakkan untuk mandi supaya badan rasa selesa dan bersih. Berhati-hati supaya luka pembedahan tidak terlalu basah dan dilap dengan kering selepas mandi. Sentiasa perhatikan luka supaya sebarang jenis jangkitan dapat dicegah atau dikesan pada peringkat awal.
4. HUBUNGAN INTIM
Buat sementara waktu, ‘berpantang’ dahulu daripada hubungan intim walaupun mungkin dar*ah nifas yang keluar tidak begitu banyak. Pastikan luka bersalin caesar anda telah kering dan anda telah berasa cergas untuk melakukannya bersama pasangan.
Ads
5. SENAMAN
Seperti ramai ibu-ibu, ramai yang ingin cepat kurus selepas bersalin caesar. Apapun, tangguhkan sebarang senaman abdomen sehingga 4-6 minggu selepas bersalin. Dapatkan saranan doktor sebelum memulakan sebarang rejim senaman atau diet yang khusus.
6. AMBIL REMEH TENTANG PENYUSUAN BADAN
Biasanya mereka yang bersalin pembedahan akan memerlukan sedikit pertolongan untuk menyusu badan kerana lokasi luka pembedahan yang sedikit mencabar.
Ads
Oleh itu, jangan teragak-agak untuk bertanya atau mendapatkan pertolongan sesiapa untuk membantu anda memangku bayi ketika anda cuba mendapatkan posisi yang selesa. Sediakan pam susu sekiranya anda berasa susah untuk menyusu bayi secara‘direct’.
7. BIARKAN DIRI DILANDA KEMURUNGAN
Bersalin secara pembedahan memang memakan masa yang lebih lama untuk sembuh berbanding besalin secara normal. Tapi, ketahuilah bahawa anda tidak perlu melaluinya sendiri. Dapatkan sokongan moral dan bantuan keluarga apabila anda memerlukannya. Berbuallah dengan suami, saudara, atau teman-teman untuk mengurangkan stres. Jangan memaksa diri menguruskan keluarga atau terlalu memikirkan kerja harian hingga menjejaskan emosi anda.
Dalam penjagaan pantang bersalin caesar, tidak salah anda mengambil ubat penahan sakit. Dapatkan nasihat doktor dan jururawat untuk membantu anda.
Selain itu, terdapat beberapa tanda amaran yang tak patut dipandang ringan seperti demam berterusan, pendar*ahan yang terlalu banyak dari far*aj, luka bernanah atau kemerahan, jahitan terbuka atau berlubang, bengkak, atau rasa kesakitan yang luar biasa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam kesibukan membuat persediaan untuk hari bahagia nanti, bakal pengantin perlulah bersedia dan ambil tahu apakah soalan-soalan yang bakal ditanya oleh tok kadi. Jangan pula nanti gugup dan menjadikan diri tidak tenang bila tiada persediaan diri. Antara contoh-contoh soalan yang boleh anda jadikan panduan adalah seperti berikut;
1) Mengucap dua kalimah syahadah
Rukun pertama dalam rukun Islam. Setiap Muslim dan Muslimah wajib tahu.
2) Istighfar
Kenapa kita kena sentiasa beristighfar? Kerana kita hamba Allah yang tidak pernah lari dari membuat dosa dan kesilapan. Maka pebanyakkan beristighfar untuk melembutkan hati dan minta diampunkan dosa-dosa.
3) Surah Al-Fatihah
Surah ini merupakan rukun dalam solat. Jika kita tidak tahu atau tidak lancar membaca surah al-Fatihah, bagaimana solat kita ingin menjadi sah? Maka lancarkan bacaan surah al-Fatihah serta betulkan tajwid. Niat bukan hanya untuk lepas soalan akad nikah sahaja, namun niatkan kerana Allah dan sentiasa memperbaiki diri.
4) Rukun Iman
Beriman kepada Allah S.W.T
Beriman kepada Malaikat
Beriman kepada kitab-kitab suci
Beriman kepada para Rasul
Beriman kepada hari akhirat
Beriman kepada Qada’ dan Qadar
5) Rukun Islam
Mengucapkan dua kalimah syahadah
Mendirikan solat fardhu 5 waktu
Berpuasa di bulan Ramadhan
Menunaikan zakat
Menunaikan haji bagi yang mampu
6) Doa Qunut
Doa qunut dibaca di dalam raka’at kedua solat Subuh.
7) Hadas Besar
Pengantin perlu tahu perihal hadas besar. Perkara-perkara yang boleh menyebabkan hadas besar, larangan ketika berhadas besar dan cara bersuci (mandi hadas).
Soalan-soalan akad nikah bergantung kepada kehendak tok kadi tersebut dan tiada dalam syarat rukun nikah. Walaubagaimanapun ini merupakan perkara yang wajib diketahui oleh umat Islam.
Sumber: https://www.kahwinlife.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak mudah tapi tidak ramai yang mampu mengungkapnya. Perkataan ‘maaf’ atau ‘sorry’ selalu digunakan bila anda dan pasangan bergaduh atau melakukan kesilapan yang boleh menguris hatinya.
Dalam perkahwinan adalah digalakkan untuk anda dan pasangan berbaik dan sentiasa menyelesaikan masalah anda dengan segera. Jangan terlalu ego kerana ia akan memakan diri. Ini sebab kenapa anda perlu meminta maaf secepat mungkin.
1. Mengalah untuk yang tersayang
Apa salahnya mengalah demi orang yang tersayang bukan? Ini juga telah membuktikan yang anda tidak mementingkan diri sendiri.
2. Dapat menjernihkan hati
Ya, dengan meminta maaf ia boleh menjernihkan hati anda. Tetapi jangan hanya bercakap dimulut malah dihati juga. Buang ego dan dendam anda padanya kerana itu akan lebih menyeksa diri.
3. Meredakan keadaan
Ego dan konflik boleh mulai mereda dengan adanya perkataan maaf yang keluar dari mulut anda dengannya. Luahkan perkataan maaf tepat pada matanya dengan hati yang ikhlas dan anda boleh lihat kesannya.
4. Dapat mengawal ego
Ego juga dapat dihapuskan dengan perkataan maaf. Buang ego anda dan jangan berdendam kerana ia tidak bagus untuk diri. Malah, ego juga mampu mengawal seluruh minda anda jika anda tidak dapat mengawalnya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kembara bersama pasangan pastinya akan menjadi perkara terindah, apatah lagi jika anda berdua sama-sama ‘kaki jalan’. Peluang untuk jalan bersama ini selain merapatkan lagi hubungan suami isteri, anda berdua juga dapat mencipta memori susah senang bersama dan berpeluang melawat pelbagai tempat menarik bersama orang dicintai.
1. Peluang rakam kenangan manis
Pastikan dengan bercuti bersama pasangan anda berdua berpeluang merakamkan kenangan bersama ke pelbagai tempat menarik yang dilawati. Ia tentunya menjadi momen terindah yang pasti menjadi kenangan buat anda berdua.
2. Cari pengalaman baharu
Kembara bersama akan memberi anda pelbagai pengalaman baharu sama ada yang suka dan duka. Semua cabaran yang dihadapi ini boleh merapatkan lagi hubungan anda berdua.
3. Ada kebebasan
Nikmat kembara dapat dirasai apabila anda dan pasangan berkesempatan melakukan perkara atau aktiviti yang anda ingini bersama yang tersayang. Ini juga akan menambahkan kemesraan dalam hubungan kaih sayang anda.
4. Pelajari perkara baharu
Menarik bukan jika perkara yang sebelum ini anda berdua tidak pernah lakukan boleh dipelajari bersama? Ternyata begitu berharganya pengalaman itu!
5. Beri inspirasi untuk menghadapi masalah hidup
Hasil daripada pengembaraan, anda berdua akan saling menginsafi tentang kehidupan orang lain. Malah akan lebih menghargai dan bersyukur dengan apa yang anda berdua miliki.
6. Kongsi suka suka bersama
Bayangkan sebelum ini anda pergi mengembara seorang diri tapi kini ada teman yang menjadi pelindung buat anda. Pastinya diri rasa lebih selamat dan berkeyakinan kerana anda mempunyai peneman yang boleh dipercayai.
p/s : Nak travel bersama pasangan tu kalau boleh bawalah pasangan yang sah ye! ?
Lagi sweet tempah hotel yang siap ada dekor lagi. Romantis habis.
sumber: lelakisihat.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...