Berpantang selepas bersalin caesar tidak mudah untuk seorang wanita, suami harus telliti dan prihatin bila isteri bersalin cara ini. Ada yang berpantang 44 hari, ada yang berpantang sampai 100 hari. Ini semua bergantung kepada kesesuaian keadaan, kesihatan, dan budaya anda.
Menurut BabyCenter, pembedahan Caesarean dikategorikan sebagai pembedahan major. Maka, ada beberapa perkara penting yang perlu anda elakkan, terutamanya bagi penjagaan pantang bersalin pembedahan. Ini kerana, otot dalaman dan luka anda memerlukan rehat supaya cepat sembuh dan anda dapat kembali menguruskan kehidupan harian dengan lebih efisyen.
.
7 PANTANG BERSALIN CAESAR YANG PERLU DITITIKBERATKAN
1. BERGERAK AKTIF
Elakkan melakukan sebarang kerja-kerja rumah yang sukar, turun naik tangga, ataupun mengangkat barang yang lebih berat daripada bayi anda. Selain itu, pergerakan biasa seperti menoleh dan memusing mungkin menyebabkan kesakitan dan perlu dilakukan secara berhati-hati.
Ads
2. BATUK
Jaga pemakanan dan jauhkan sebarang jenis makanan berminyak atau pedas mahupun minuman seperti air sejuk dalam kuantiti banyak kerana ia boleh menyebabkan batuk. Memang seksa bila dah kena!
Sekiranya anda ingin terbersin, ketawa atau terbatuk, letakkan sebiji bantal merentangi perut dan tekan perlahan-lahan untuk ‘menahan’ pergerakan perut. Selepas 1 minggu, anda juga boleh memakai bengkung atau ‘binder’ daripada kapas yang dapat menyokong perut serta postur anda.
.
3. BERENDAM DALAM AIR PANAS
Elakkan tab air panas atau kolam renang sepanjang waktu berpantang. Tapi, anda digalakkan untuk mandi supaya badan rasa selesa dan bersih. Berhati-hati supaya luka pembedahan tidak terlalu basah dan dilap dengan kering selepas mandi. Sentiasa perhatikan luka supaya sebarang jenis jangkitan dapat dicegah atau dikesan pada peringkat awal.
Ads
4. HUBUNGAN INTIM
Buat sementara waktu, ‘berpantang’ dahulu daripada hubungan intim walaupun mungkin dar*ah nifas yang keluar tidak begitu banyak. Pastikan luka bersalin caesar anda telah kering dan anda telah berasa cergas untuk melakukannya bersama pasangan.
5. SENAMAN
Seperti ramai ibu-ibu, ramai yang ingin cepat kurus selepas bersalin caesar. Apapun, tangguhkan sebarang senaman abdomen sehingga 4-6 minggu selepas bersalin. Dapatkan saranan doktor sebelum memulakan sebarang rejim senaman atau diet yang khusus.
6. AMBIL REMEH TENTANG PENYUSUAN BADAN
Biasanya mereka yang bersalin pembedahan akan memerlukan sedikit pertolongan untuk menyusu badan kerana lokasi luka pembedahan yang sedikit mencabar.
Ads
Oleh itu, jangan teragak-agak untuk bertanya atau mendapatkan pertolongan sesiapa untuk membantu anda memangku bayi ketika anda cuba mendapatkan posisi yang selesa. Sediakan pam susu sekiranya anda berasa susah untuk menyusu bayi secara‘direct’.
7. BIARKAN DIRI DILANDA KEMURUNGAN
Bersalin secara pembedahan memang memakan masa yang lebih lama untuk sembuh berbanding besalin secara normal. Tapi, ketahuilah bahawa anda tidak perlu melaluinya sendiri. Dapatkan sokongan moral dan bantuan keluarga apabila anda memerlukannya. Berbuallah dengan suami, saudara, atau teman-teman untuk mengurangkan stres. Jangan memaksa diri menguruskan keluarga atau terlalu memikirkan kerja harian hingga menjejaskan emosi anda.
Dalam penjagaan pantang bersalin caesar, tidak salah anda mengambil ubat penahan sakit. Dapatkan nasihat doktor dan jururawat untuk membantu anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai di antara kita mempunyai mesin basuh bagi memudahkan aktiviti mencuci pakaian. Tetapi kami percaya ramai juga tidak mengetahui kesemua fungsi-fungsi mesin basuh yang dibeli. Rugi kalau tidak menggunakan fungsi mesin basuh secara optimun.
Antara fungsi yang kami yang anda tidak pernah gunakan atau tidak tahu adalah fungsi bagi butang ‘soak’. Selain daripada untuk mencuci pakain, butang soak itu dapat membantu kita untuk mencuci mesin basuh kesayangan kita tu. Bayangkanlah bertahun-tahun kita pakai, berapa banyak baju dan kotoran telah masuk didalam mesin basuh kita.
Lebih malangnya kotoran itu tidak dibuang. Ia lebih kurang sama juga lah seseorang yang makan hari-hari,tapi tak pernah membuang.. euwwww.. mesti banyak keladak dan kotoran kan?
Jadi kali ini kami ingin kongsikan satu tips yang dikongsikan oleh Mommy Daily cara-cara mudah untuk mencuci mesin basuh. Dengan cara ini, insya Allah mesin basuh akan lebih bersih, tahan lama dan cucian pada pakaian pun jadi lebih bersih. Semoga bermanfaat.
Pernah tak mommy membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan? Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat kat baju sekali. Haa, mommy jangan tak tahu, tu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh. Apa? Ye, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.
.
FUNGSI SOAK/TUB CLEANING kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang berkerja setiap kali membasuh.
So, mudah je cara nak basuh mesin basuh,
1.Tekan ON
2.Pilih dan tekan program SOAK/TUBE, tekan START.
3.Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA + SODA BIKARBONAT.
Lepas tu tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah, cuma bila buat sesi SOAK/TUB CLEANING janganlah mommy letak kain pulak.
Tu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh. Nanti cuba buat tau, dan amalkan buat SOAK/TUB CLEANING dua bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin.
Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul. Rasa rugi pula mesin basuh yang 8 tahun diguna tiba-tiba stop. Ingatkan rosak. Bila nak servis boleh tahan harganya. Beli yang baru, kita bagi free mesin basuh rosak tu pada pekedai. Tak sampai seminggu, kedai yang sama display mesin basuh kita yang dah dibaiki tu. Beza RM200 je dengan harga mesin yang baru beli. Aduudu.. rugi rasanya.
Sebab selama 8 tahun guna tak pernah tahu fungsi SOAK/TUB CLEANING ni, lepas tu baru tahu..hehhe
Sumber: Mommy Daily
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bakal pengantin semua dah siap sedia ke segala persiapan untuk berkahwin? Kalau sudah, anda memang seorang yang teratur. Tapi jangan siapkan persiapan barang perkahwinan sahaja. Persiapan diri juga perlu.
Persiapan diri anda sebelum bernikah, anda kena tahu sebelum dan selepas bernikah. Apa yang anda perlu lakukan. Senang sahaja. Ikut sahaja langkah ini okay!
Sebelum akad nikah
1. Datang awal ke tempat akad nikah supaya anda lebih bersedia.
2. Pastikan bawa kad pengenalan dan mas kahwin.
3. Ambil wuduk.
4. Sagu hati kepada tok kadi dan saksi jangan lupa. Survey sekali berapa harganya.
5. Relaks, senyum, tarik nafas dalam-dalam dan hembus.
Semasa akad nikah
1. Dengar dengan teliti khutbah nikah yang dibaca oleh tok kadi sebelum pernikahan bermula.
2. Saat paling mendebarkan bila upacara akad nikah bermula.
3. Bacaan taklik. Isteri perlu dengar betul-betul lafaz taklik ini dan suami perlu fahami apa yang dilafazkannya.
4. Jangan lupa berikan sagu hati kepada tok kadi dan 2 orang saksi tadi.
Selepas akad nikah
1. Solat sunat selepas nikah dahulu.
2. Penyerahan mas kahwin.
3. Upacara pembatalan air sembahyang – sarung cincin, gelang, rantai, atau barang-barang lain.
4. Bersalaman dan isteri mencium tangan suami.
5. Bersalaman dengan ahli keluarga lain.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bertuah jika dapat pasangan baik, ada masalah pun pasti akan dapat selesaikan dengan cara terbaik. Banyak toleransi dan bina kebahagiaan itu cukup mudah, jika si dia memahami.
Namun kahwin bukan tempat untuk menindas dan mengambil kesempatan, beringat ya. Selebihnya baca perkongsian daripada saudara Mohd Fhais ini sekejap…
Dapat Pasangan Baik
1. Jangan sesekali mengarah isteri buat itu ini macam dia itu pekerja bawahan sedangkan dalam agama suami yang patut buat kerja untuk isteri.
2. Berhenti layan isteri seperti bibik, tukang masak, pengasuh dan tukang sapu rumah semata-mata sedangkan apa yang dia buat tu bukan tanggungjawab tapi ehsan bantu suami kerana itu tanggungjawab suami.
3. Suami patut malu dengan isteri yang rajin bekerja mencari nafkah sedangkan beri nafkah tu tanggungjawab suami. Hukum memberi nafkah pun wajib bukan bagi ikut mood. Tak kisah sikit tak apa janji bertanggung jawab.
4. Suami penting diri lagi lah tak boleh. Isteri terkontang kanting sorang sorang kat rumah urus anak, urus rumah, memasak sampai nak urus diri pun tak sempat sedangkan suami di luar rumah sedang ber me-time, melayan hobi, melepak borak tentang kereta. Kahwin dengan kereta lebih baik jika begini.
5. Tidak boleh abai isteri walaupun apa pun situasi. Baik fizikal, emosi dan mental isteri, patut jadi perhatian utama suami. Bukan yang terakhir!
6. Kalau isteri kata dia penat, maka betul la tu penat. Kalau isteri kata dia sunyi, maka memang sunyi betul la tu. Jangan buat endah tak endah perkara ni. Jangan cakap isteri mengada-ngada pula. Wanita tak pernah tipu bab mental dan emosi ni.
Lagipun kalau isteri nak mengada-ngada pun tak salah. Itu tanda isteri sangat perlukan perhatian suami tercinta.
Wanita tak lemah, wanita terlalu kuat sehingga kekuatan mereka itu kadang kala boleh menikam diri sendiri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!